Monday 16 December 2013

Emas atau Baju. Baju atau EMAS? hurmm

 VS 


assalammualaikum~

hai peeps.. Berkenaan dengan tajuk di atas, emas atau baju? Hurmm.. Mana yang kamu pilih? maybe di mulut kamu akan cakap "I nak beli emas laa" .. Sekali dah gaji, duit yang diperuntukkan untuk emas lenyap.. hahah! lenyap ke mana? Lenyap ke shopping mall.. Okeh para wanita sekalian, cuba fikir secara logik .. memang diakui fesyen terkini semakin lama semakin ohsem right? Aku pun goyah jugak iman bila tengok baju-baju tu.. Tapi, baju-baju kamu tu ndk kan sampai 10 tahun.. maybe ada yang suda koyak, bila koyak konfom kamu buang right? suda la lusuh, ndk kan kamu mau jahit balik? no no no.. I'm sure that time tu, baju kamu dah pun ketinggalan zaman and amatlah tidak berbaloi jika kamu jahit balik..

But for gold? no no no.. emas ney sesuatu yang bernilai k.. kamu bule simpan 10 tahun ke 50 tahun sekali pun tanpa perlu fikir design terkini.. okeh girls, cuba bayangkan, setiap bulan kamu menabung RM200. Emas segram RM150. Kamu kumpul setiap bulan segram emas, setahun suda ada 12g. Cuba bayangkan kenaikan emas setiap tahun adalah 25% ? hebat bukan? okeh bayangkan lagi jika kamu kesempitan duit, kamu bule gadai emas kamu.. hence, beban kamu pun berkurangan .. very helpful right?

Tapi kalau baju? hurmm, apa adanya dengan menghantar pakaian terpakai ? penat jak membeli baju-baju branded, tapi sekali hantar tempat recycle tu, dapat berapa jak 1kg kan? contohnya baju kamu beli RM200 berat baru 350g maybe.. hantar ke recycle tu dapat RM10 untuk 1kg.. see? ruginya.. kalau emas, harga setiap gram makin naik setiap tahun.. ndk rugi langsung kalau beli emas.

Untuk students sekalian, aku pun student macam kamu jugak.. Malah tahun depan aku SPM. Dulu time aku Form2 and Form3, aku rajin membeli baju.. Fuhhh! Nikmat sungguh kalau membeli baju apa lagi kalau guna duit sendiri.. Kononnya la rasa macam ohsem.. Sekali aku naik Form4 ney, kakak sepupu aku datang ke rumah. stay 6 bulan di sini. rajin betul dia beli emas. Dengan penuh semangatnya dia cer kebaikan membeli emas. Start dari situ aku mula berminat beli emas. And baru-baru ney aku berjaya membeli cincin dan loket guna duit tabungan aku sendiri.. Rasa sangat puas. Aku memang ada emas sebelum ney, tapi tu mama belikan..

Baru la aku tau, kenapa mama rajin sangat belikan kami (3beradik perempuan termasuk aku) emas setiap kali raya.. Rupanya mama mau jadikan itu harta kami bila besar =') thanks mama. And, patutla ayah sokong mama beli emas.. Ayah ndk pernah mengeluh setiap kali mama beli emas, malahan, dulu tiap kali mama give birth, ayah akan hadiahkan mama emas. Ayah memang rajinkan belikan mama emas.

Tapi tapi tapi, tu ndk bermaksud kamu ndk bule beli baju.. Bule bah.. Sebulan sehelai kira oke lettew. Kita ndk bule jugak ndk ikut perederan semasa.. Kita cuma perlu bersederhana. mau kata aku ndk beli baju, just beli emas, ndk jugak.. Kedua-duanya aku kasi balance. Alhamdulillah parents aku sangat supportive =D

Kalau kita start kumpul emas dari usia kita muda lagi, Insyaallah banyak la koleksi emas kita nanti.. Jangan lupa, kalau dah cukup syarat untuk zakat harta, zakatkan emas anda, nanti besar dosanya .. Nauzubillah.. renung-renungkan tau..


No comments:

Post a Comment

Pink Cherry