Wednesday 31 December 2014

Copy dan Paste? Share?.

Assalammualaikum..

Copy dan paste, coffee and pasta dan etc. Sesimple dan semudah itu aje. CTRL C dan kemudian CTRL V. Tapi takde pun yang peduli akan besarnya makna disebalik aktiviti kopipes ni.

Misalnya...

Kalau dulu, femes giler lagu Matahariku nyanyian Agnes Monica yang kate nye (ala-ala Azwan Ali) menghina Islam. Part mane aku pun tak tau. Tapi semua orang dok sebok kopipes mengenai isu ni. Padahal, tak sorang pun yang tau kebenarannya. Disebabkan nak sangat update, dan takut facebook berhabuk, maka dia pun nak jugak update mengenai isu ni. 

Pastu...

Isu MH370 yang tak habis-habis jadi sebutan orang ramai. Ada yang kata disembunyikan bunian la, itu la ini la. Dan ada jugak yang tambah asam garam bercili api lagi kat dalam cerita tu supaya lebih panas dan zasssssss gitu. Kemudian, update dekat media sosial. Bila orang lain nampak cerita hot ala-ala gempak ni, senang-senang jer dia tekan Copy Paste. Tapi sekarang lebih simple. Tekan aje button SHARE. Bila ahli keluarga mangsa nampak, tak ke dia sedih?? Ade ke individu tersebut pikir apakah kesan akibat daripada yang dia buat tu? Hehehe, memang tak laa. Sebab tu la dia share, kann??? Tak berhati perut langsung.

Dan..

Haritu, masa lagu Gangnam Style tengah hit. Aku ternampak orang main copy paste post orang lain. Katanya, tarian Gangnam Style yang seakan-akan menaiki kuda tu sebenarnya menghina Islam. Kengkonon, tarian tu mengejek Rasulullah SAW sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj. Pastu, siap ada footnote lagi kat bawah.

Share berita ni ramai-ramai jika anda adalah seorang Islam dan sayang Allah.
Giler, kesahihan pun kita tak tau tapi sibuk-sibuk pulak nak share. Ini la mentaliti kita orang Melayu. Tak tau apa cer, apa kes tapi nak jugak share. Kau dah kenape?? Tau tak, bila kita share sesuatu yang salah dan tak sahih, ia ibarat menyebar fitnah. Menyebar fitnah pulak lebih teruk daripada membunuh!! 

Bila aje ternampak footnote yang berlandaskan keagamaan, ramai lettew nak share. Kengkonon, dia ni prihatin. Pastu, kengkonon nanti takut dicop sebagai seorang yang tak sayang agama. Well hello?? Sayang agama bukan begini caranya. Menyebar berita-berita yang hampeh kejadahnya. Actually, kalau anda benar prihatin mengenai agama kita, agama Islam. Caranya senang aje. Update la dengan seikhlas hati tak kira la pasal ape pon. Yang penting bukan share benda-benda yang korang sendiri pun tak pasti.


Sebenarnya, bebudak yang suka copy paste share benda-benda camni ni tak dengar Era.fm. Sebab haritu, Dr Fazley Yakob (betul ke ejaan ni?) ada bagi motivasi siket pasal isu ni. Beliau kata,

Jangan share sesuatu yang kita tak pasti. Sebab ianya umpama fitnah. Fitnah pulak lebih teruk daripada membunuh. 
Lebih kurang camni arr kot. Serupa pulak macam yang aku cakap tadi kan? Hahaha, actually, aku copy paste  ayat ni dari beliau arr.

Malas pulak aku nak berleter panjang. Ni semua sebab aku dah bohsan dengan aktiviti orang yang sebok copy paste share ni. Korang yang buat, aku pulak sakit hati. Senang cer, aku block aje nanti.  Ape-ape pon, lu pikirr arr sendiri beb. Benarlah kata omputih, everything is on your fingertips only.

Tuesday 30 December 2014

Life

Assalammualaikum...

Tanam anggur aka nama saintifiknya, menganggur. Selama aku jadi budak sekolah sejak tadika satu lagi sampai la bulan November lepas, ini la pengalaman first yang aku rasakan sebagai penganggur. Hahaha, giler. Ada ke SPM leavers yang tak pernah rasa menganggur?? Heran..

Tapi kan, lain rasanya bila tengok kawan-kawan satu batch dah ade kerja. Macam mature giler kot tengok dorang cari duit sendiri. Aku kat rumah ni, jadi keyboard warrior dan buat house chores aje. Choiiiiii. Takde manfaat langsung kerja aku kann? Macam orang takde life je aku ni. Hahaha. C'mon lah Tasha~

Pastu kan, aku ada ternampak ex-schoolmates aku yang dah lanjutkan pelajaran ke UPM melalui program fast-track. Guna result trial SPM je dohh! Gilerr, bila aku tengok balik untuk try cuba test apply, rupanya dah tarikh tutup. Habiss. Menyesal tak sudah. Walhal, result trial aku ok apa. Sehhhhhh.. Tapi takpe laa, takde rezeki aku. Allah knows better. Plus, aku memang tak target UPM pun. Mihmihmih.. Pendek cerita, Tasha, kau teruskan aje la jadi penganggur, ohkayyy??

Gilerr..

Kau tau apa rasanya menganggur ni? First, bohsan. Second, macam yang aku cakap tadi, takde life dan takde manfaat langsung. Selebihnya, lu pikir la sendiri. Nasib baik aku tinggal ngan family aku. Kalau tak? Makan minum aku camne? Kemudian, aku terbayang la segala Philadelphia sekalian alam (bahasa sabah = pilak-pilak) yang takde kerja. Apa yang dia buat cuma lepak-lepak dekat CP aje. Fyi, kat Sabah ni, CP lah tempat pertemuan segala Philadelphians sekalian alam. Kat sini la korang akan rasa macam, Eh? Sabah ke ni?? Plus fesyen rambut dorang yang entah pape entah dengan pakaian koyak rabak yang kengkonon nak ikut Korean style tanpa mengetahui bahawa, dude, you're failed. Memang takde manfaat langsung. Palis palis. Semoga hidayah turun kat korang agar ada la rasa nak cari duit dan tak menganggur sampai ke sudah. Pastu, walaupun keshing-keshing dah habis, sanggup jugak dorang round satu CP tu. Jalan-jalan macam orang takde life. Astagaaa, apa baa kamu buat ni? Bisai tah bawa bertaubat. Tolong family anu di rumah atu. 

Eh, dah! Sudah cukup cukup sudahhh. Cukup sampai disini sajaa.

Sambung-sambung.

Ehem.. Tapi, aku menganggur hanya sementara aje. Walaupun hanya sementara, aku rasa macam lama kot. Macam hidup aku terumbang-ambing di tengah lautan. Nasib je rumah aku ni kat darat.  Kalau tak?? Hahaha.

Anyway, kenapa sementara??

Sebab, bulan Januari ni, aku dah start ikut kursus Confectionary and Bakery kat Giatmara Papar. Weheeee! 

Jadi, memandangkan kursus ni macam sekolah jugak sebab bangun pagi-pagi balik petang-petang, maka aku telah menyelit cikedd masa adik aku shopping barangan sekolahnyaa. Hahaha! Anyway, kesian adik aku. Dia jadi alone ranger datang sekolah. Hikss, padan muka kau *ketawajahat*

Maka, sempat la aku beli seluar PJ, kasut sukan, pencil box (kaison punya!) dan satu buku note yang comel! Aku suka benda-benda comel. Dan tak dilupakan, aku ada beli handbag wehh! First branded handbag ever in my life! Ce teka brand ape?? It was Swiss Polo!!!! Ni bukan bag branded tapi klon yang jual kat pasar malam tu. Choiiii. Aku punya authentic lorhh.. Oh, ohkayy.. Aku memang jakun. Hahha, tapi hade haku kesyahh?? Penting, waa guna waa punya keshing keshing. Waa tak cilok lu punyaa. Kekeke..

Benda paling best yang aku shopping haritu adalah kasut sukan! Sebab kaler dia purple pink. Ohkayy, menggelupur jap. Giler kott, in love for the first sight! Nampak je terus tunjuk dan buat muka kiut (padahal ayah menyampah tengok aku camtu, hahaha) then cakap "Ayah, mau yang itu. Lawa. Pleasee?? Pleasee???"  Natijahnya, disebabkan takut tengok aku nangis hentak kaki kat kedai, maka dapat laa aku beli satu. Kekekekekeke*ketawaterkekeh-kekeh* Ish ish ish, burok nau perangai. Anak dara sapo laa ni?

End of story aku harini, aku nekad! Aku nekad..... untuk......... teruskan...........menganggur selagi result belum dapat. Hahhaha!

Bigfootnote: Fuyohhhh! Iman lulus ujian JPJ dengan cemerlang. Happy lettew. Takpe, haku menyusul tiba. BTW, congrats congratss!!*macam cheerleaders*

Sekian sahaja dari saya, hehehe.. Tata!  

Wednesday 24 December 2014

Tak senang duduk

Assalammualaikum..

HACHUMMMM!!!

Adoyaii.. Bersin lagi. Dah tiga hari aku asyik bersin. Sekarang hidung aku tersumbat giler, peratusan oxygen berkurang sebab cuma satu lubang hidung aje berfungsi. Sebelah dah tak taste apa-apa lagi. Hahaha. Suara pun dah agak-agak sengau sikit. Kalau korang dengar aku bercakap, memang korang tak dapat bezakan, adakah itu cik tashachibi ataupun itik?? Kalau ada anatidaephobia sini, memang dah lama chau. Hahaha!


Eh malas nak celoteh pasal itik ni.. Hahaha xD

Buat masa sekarang, memang tak dinafikan bahawa aku agak khuatir pasal result SPM 2014 yang dengar ceritanya akan keluar awal bulan Mac 2015. Aku takut, risau, gementar, semua ada! Bila cakap pasal SPM dengan parents aku, terus terpancar sparkling dari mata mereka ni sebab harapan tinggi melambung. You know, batch 97s ni macam kena cursed tau. Sebabnya, berdasarkan soklan-soklan tahun-tahun lepas punye, UPSR 2009 dan PMR 2012 is the toughest. Tak yah cite pasal PT3 korang lagi susah sini, pasal memang PT3 susah. Jadi, berdasarkan exam yang kitorang dah lalui ni, memang kitorang agak, SPM 2014 pun konfom akan susah punye.

Jadi, tekaan kitorang tu tepat. Kalau kat sekolah masa jawab exam, aku duduk rilek-rilek je sambil jawab soklan tu. Tak kira la senang ke atau susah debaboom ke, aku tak kesah. Tapi, bila aku tengok je kertas SPM tu, aku tenung je kertas tu sedalam dan setajam mungkin. Aku rasa, maybe kertas tu tembus sebab aku. Ciss!! Aku tenung bukan sebab ada soklan fevret aku kat sana, tapi aku tenung sebab "What the heck of Questions you are giving to us??"

Baru first week of SPM tak aku dah macam dead walking season 5 (-.-)

Pasal eksperimen untuk sains subjek pulak, memang aku tak hafal langsung sebab sebelum ni, cikgu akan bagi hint sebelum exam. Tapi SPM ni sape nak bagi hint? Bila search, banya target experiment nak kena baca. Fizik dalam 9 or lebih experiment. BIO? Kimia? Lagiii banyak nak kena hafal. So, decision aku memang kira macam suicide la. Aku pilih untuk tak perlu hafal apa-apa experiments tapi baca je. Flip through gitu. Esoknya bila tengok kengkawan sibuk menghafal itu-ini, iman aku goyah sikit. Last-last, ada la satu dua experiments yang aku hafal last minute. Dan part tragisnya, semua yang aku hafal TAK KELUAR LANGSUNG! Haha, dalam hati gelak aje la. 17 markah beb! Bila balik rumah, alhamdulillah sebab semua eksperimen yang aku rasa aku hambur kat paper-paper tersebut rupanya mengena jugak. Tak 100% serupa dengan hamburan aku, tapi ade la serupa dengan imaginasi kreatif aku ni. Hahaha..

Bila aku ingat balik moment aku SPM haritu, terdetik kat hati ni. Layak ke aku straight A's? Boleh ke straight A's kalau macam tu? Tiap kali aku cuba yakinkan hati aku, mesti ade je yang buat aku takut untuk yakin. Takut, bila dapat result nanti, tak macam yang diharapkan. 

Aku terbayang kalau aku tak dapat straight A's. Dah sah-sah untuk masuk PASUM tu agak susah sebab dengar citer, kalau straight A's, konfom dapat kalau apply. Realitinya, majority students kat sana straight A's. Aku sentiasa admire PASUM dan aku berharap sangat dapat jejak kaki kat sana kelak. At least, bila aku straight A's, maybe aku akan terjamin sikit untuk dapat kat sana nanti (ikut rezeki masing-masing).

Adakah aku fanatik dengan keputusan straight A's ni?

Sebenarnya, bukan fanatik. Tapi, aku nak parents aku rasa berbaloi dengan segala usaha mereka. Aku nak buat mereka berbangga dengan pencapaian anak mereka yang agak degil ni. Sape tak nak buat parents mereka bangga kan? Masa aku tengok muka parents aku after ambil result UPSR dulu, aku nekad untuk dapatkan straight A's PMR pulak. Bila dah straight, aku tak dapat lupakan muka mak ayah aku yang sangat bersyukur dan bangga. (I always said in my head that SPM isn't like UPSR or PMR, it's kinda tough dengan lotsa essays compared to objective questions) Pastu, aku nekad pulak nak dapat straight A's SPM untuk balas pengorbanan mak ayah dari segi kewangan dan masa sepanjang aku Tingkatan 5 ni. Sebab, apa yang mereka nak cuma untuk tengok kejayaan anak-anak dia. Jadi, apa salahnya kalau aku nak straight A's untuk mereka kan?? 

Bila masuk IPTA nanti, walaupun kau straight A's maybe kau akan dipandang sebelah mata sahaja sebab ada je yang dapat straight A1. 

Mengenangkan result SPM yang laaaama lagi akan keluar, aku risau. Risau kalau tak dapat. Aku dah try my best walaupun ada certain yang aku kira macam suicide jugak la. Fuhhh, giler aku camni. Please lah, please lah cakap yang korang pun risau jugak dengan result korang. At least, aku tak bersendirian. Hikhikhik..

Dah laa, penat aku celoteh harini.

HACHUMMM!!

Dia dah datang balik.. Malas arr..

HACHUMM!

Gtg guys, tata!

Monday 22 December 2014

Girls' Job

Assalammualaikum~
Hi uolls!

Perempuan ni memang takkan lari daripada house chores walaupun tahap pendidikan kau ni tinggi melambung sampai bertingkat-tingkat. Bila jumpa bakal mak mentua, konfom benda first diorang uji "jom teman makcik buat air kat dapur" sebab diorang nak tengok sejauh mana kau lincah bekerja kat dapur. Pastu, nanti dia akan sentuh-sentuh tangan kau sebab nak tengok kelembutan tangan nya. Kalau makin lembut, makin pemalas la maksudnya tu. (based on my Mom's guidance) Tapi tak pula tangan wanita perlu terlalu kasar. Dia hanya sedang-sedang lembut sahaja..

Perempuan mempunyai banyak benda nak kena buat. Memasak, mengemas, menjemur, melipat, menyapu, memop, cuci pinggan mangkuk dan sebagainya. Itu untuk single ladies yang baru post graduate dan tinggal sebumbung dengan keluarga. Kalau dah married dan ada permanent job, lain lagi tugasnya. Kalau dah ada anak dan ada job, makin berlipat-gandalah tugasnya. Lain lagi kalau dah jadi MJ (mak janda eh, bukan Marry Jane) atau ibu tunggal. So, simply to say, jadi perempuan bukan senang.

Bukan senang untuk buat house chores sambil buat benda lain. Kalau aku, aku lebih selesa kalau buat house chores tanpa perlu hiraukan handphone aku sebab konfom dan pasti aku akan leka. Kerja yang boleh siap dalam 20 minit jadi extended ke 1 jam. It is such a waste kan?? Dah lah kerja yang lain masih berlambak. Kalau macam ni, bila nak habisnya??

Selain itu, aku plan bila dah siap semua chores, aku akan baca novel sebab buat masa sekarang, masih banyak novel yang aku belum habis baca. Sebab, lepas SPM haritu, aku terus melabuci baju kahwin kazen aku (korang tau kan?). Pastu, bila siap, aku teman mak dan ayah buat 360 biji muffin cake. Bila kazen kawin, kitorang yang saudara-mara terdekat ni mesti akan bermalam kat sana for a few days dan tolong apa yang patut sampai la jam 2-3 pagi. Kalau tak silap, dalam 3 berturut-turut macam tu sampai aku ada eye bag akibat terlalu penat. Dah tu, ada pulak perempuan-perempuan yang curi tulang sikit. Hadoiiii.. Pendek cerita, macam mana aku nak habiskan baca novel aku, kan??

Bila majlis dah tamat dengan jayanya, rumah pulak nak kemas sebab beberapa hari kitorang tinggalkan rumah ni tak berkemas langsung. Maka, disini lah Girls' Job mainkan peranan. Jadi, memang susah aku nak fokus untuk baca novel or main handphone like all the SPM-leavers tu. After all, it's really girls' job kan?

Fortunately aku takde boyfriend. So, tak lah aku terbeban nak layan mana satu. Sebab zaman sekarang ni gedik sikit. Bila tak reply text ke ape ke, dah merajuk. Sikit-sikit nak merajuk. Pastu mula la sesi pujuk-memujuk. Macam takut sangat pulak nak break. Macam yakin sangat yang si dia tu jodoh mereka sedangkan umur baru belasan tahun. Hahaha, gelak sikit jap.

Contohnya..

Papa, mama busy sekarang ni. Nanti kita chat ehh?
Busy ke atau layan lelaki lain?? Takpe la, kalau camtu kita break.
Awlololo, papa ni, jangan la camtu. Ok la, mama layan papa jer k?

Amboi, takde angin takde ribut, tiba-tiba merajuk. Haa, ni la zaman sekarang. Sikit-sikit merajuk. Orang nak buat kerja sikit pun dia dah sangka buruk. Hahaha, tu laa. Sape suruh nak bercinta kann....
Another thing yang aku heran. Bila aku ada masa nak online kejap, aku ternampak beberapa budak perempuan yang aku rasa tiap 5 minit ade je dia nak post. Macam takde kerja lain dah. Dia tak buat house chores ke? Haa, mak aku pesan, online tu online jugak tapi kerja tu mesti siap.

As a border line to me. Aku tak nak jadi seseorang yang asyik online aje memanjang sedangkan kat rumah kerja belum siap. Orang kata, home sweet home . Tapi kalau rumah bersepah, layak ke jadi home sweet home?? Tepuk dada tanya selera girls ..

Anyway, gtg~

Thursday 18 December 2014

Movie Review : City of Ember

Assalammualaikum..

Adventure/Fiction

Haa, movie ni memang best. Tapi aku tak paham kenapa adik aku tak berapa suka tengok movie ni. Bagi aku ok aje. Jadi, aku nak recommend untuk korang tonton ek..

Cer nya adalah mengenai sebuah kota yang berada di tengah kegelapan iaitu, Ember. Masalahnya, kota ni dah nazak gila. Saliran paip banyak leaking, elektrik dari generator pun macam hidup segan mati tak mahu dan bekalan makanan pun dah tak berapa banyak sebab mayor dorang punya keja.

Jadi, memang tak sah lagi dah kalau rakyat nak tinggal kat tempat camtu lagi. Satu-satunya penyelesaian adalah dengan keluar dari kota tu. Tapi macam mana? Darkness is everywhere..

Ape-ape pon, meh tengok cerita ni!
Rating: 4.5/5

Busy

Assalammualaikum..

Lately I've been so busy. Pardon me if I'm too nosy eh?? btw, Happy birthday to my pals whom are, Erra and Jul.. May Allah will always bless you and of course may you guys both the best result of SPM as you wishing for. Plus, may all your wishes granted. Amin..

Okeh, jap. Stop speaking. Puhliss lah Tasha.. *rolling eyes* Err, sebenarnya aku nak testing English aku aje. Takut berkarat. Semenjak SPM tamat ni, aku langsung tak speaking dan buat essay lagi dah. Memang aku jangka akan berkarat. Hampehh betul.

Jadi, macam ni...

Aku nak cakap bahawa sorry for the late blogpost dan sorry sebab dah tak buat movie review lately. Lekk arr. Nanti aku akan datang dengan the best movies you can watch! Hohoho~

Friday 5 December 2014

Movie Review : Divergent

Assalammualaikum..

Genre : Action / Sci-Fi / Adventure

Hi uolls! mari kita menuju terus ke arah kisah cerita ni yerr. Aku taknak berleter banyak ni sebab aku dah penat berleter pasal internet connection dekat handphone aku ni. Penat iolls (-.-")

Okeh, cerita ni pasal sebuah kota yang mengamalkan puak-puak demi kedamaian. Ada puak Erudite(pandai-pandai), Factionless(puak yang takde faksi), Dauntless(ketenteraan, jaga keamanan) dan Abregation (puak teramai).

Menurut Erudite, Abregation tak patut mentadbir kota sebab dorang menyembunyikan Divergent dan tak pandai pun. Divergent ni adalah individu yang boleh masuk kat mana-mana puak. So, Erudite merasakan, Divergent ni mengancam keselamatan kota sebab mereka ni takde limited. Sesiapa yang busted Divergent, maka dia akan dibunuh.

So, macam mana para Divergent ni nak survive daripada para Erudite sekalian? Huhhuhu~

Tengok, jangan tak tengok! Happy fun watching guys!
Rating : 5/5

Wednesday 3 December 2014

Sometimes..

Sometimes,
there are few things that we can't say
nor speak.

But sometimes,
if we tried to,
the outcome wasn't like we expected.

life isn't just about me,
you or them,
it's about us.

but sometimes,
life is just about ourself.

Sometimes, 
we might wondering,
Why? 

but sometimes,
the answer is not a music to our ears.

Sometimes,
pasts are need to be told.

But sometimes,
it is safe,
if we remained it silent.

There are few things that we couldn't figure it out.
but if we do, maybe it will bring disaster,
especially to your heart.

Who knows?

by: Nur Natasha
"Sometimes"

It's all about today

Assalammualaikum readers!

Ehemm, korang rindu personal post aku tak? Ye laa, kebelakangan ni, aku asek buat post review aje kan? Hohoho, suka pulak aku buat review.. Hee~

Harini, aku nak inform kat korang, esok ayah aku berangkat ke KL (oh keyel) untuk menerima anugerah Usahawan Rintis. So, mak dan kakak aku ikut sekali tapi berlainan flight dengan ayah. Yang ohsemnya, flight ke keyel tu adalah kapal yang sama dengan flight aku dulu! That was MH 2613. I remember that flight sebab tarikh aku ke keyel haritu adalah tarikh MH 370 dilaporkan hilang dari radar. 8 Mac 2014

Sambung cer, sambungg. Haaa.. Kakak ikut sebab dia calon incubator. Jangan tanya aku apa natang incubator ni, sebab aku pun tak paham. Yang pasti, ada kena-mengena dengan Giatmara okehh. Memandangkan sebelum ni aku dah pergi keyel bulan Mac lepas, so aku tak jeles sangat kakak ikut. Hehehe! Tapi, pesanan penaja dari kami yang tinggal kat Sabah ni tidak harus diabaikan yer! =D  

Oh, anyway, congrats sikit untuk ayah aku! Ayah buat tu semua dengan usaha sendiri tau. Bukan senang! Don't talk shit about it.

Second thing yang aku nak inform ngan korang, tadi aku ada ikut interview Giatmara. Macam yang aku cakap kat blogpost yang lepas, aku nak sangat ikut course Confectionary and Bakery. So, here I am, attending for it. Dan benda yang best sekali adalah, baru aje interview pagi tadi, petang ni aku dah accepted! Alhamdulillah.. Bahagia aku rasa harini.

Akhirnya, tercapai juga hasratku yang satu tu. Nanti, tak mustahil aku akan boleh buat blogpost resepi kat sini. Korang nak? Korang taknak pun takpe sebab aku nak jugak update =')  Aku harap modul buat pavlova dan french macaroon pun ada dimasukkan sebab aku dah lama sangat craving for them okehh. Kesian tak? hukhukhuk *nangis di penjuru bilik*

So, that's all for today, thank you for reading entry yang tak berapa ohsem harini. Hahahha! Tata..

Monday 1 December 2014

Movie Review : Bang Bang (hindi film)

Assalammualaikum..

Have you watched this movie? If you do and you love it, hence 'Bang Bang' is the right movie for you guys as Hindustani was not bad at all~

Genre : Action / Romantic

Maigadd, pehal kau speaking bro? Trip minah salleh giler kau. Hahhaha! Ok laa, sebenarnya, aku mula perasan movie Bang Bang ni seakan-akan menyerupai satu film masa aku tengok part yang Cameron Diaz pengsan sebab kena suntik. Memang sebijikk.

Dalam movie ni, watak Tom Cruise dipelopori oleh Hritrik Roshan (maigadds!) dan Cameron Diaz dilakonkan oleh Katrina Kaif (aku jeles okehh). Macam yang aku cakap, Hindustani ain't that bad okehh. In fact, Bang Bang is hitting the Hollywood yow! 

Macam biasa, kalau Hindi punya cer, lagu-lagu plus tarian dorang memang tak pernah tinggal. Cinta antara hero dan heroin jugak tak ketinggalan. Besa bro! Ni namanya identiti. Korang haderr? Haderrr??

Yang penting, korang wajib tengok movie ni, best gilerr doh! Tak bergerak aku tengok movie ni. Panas kusyen sebab aku duduk statik je dari tadi. Hahaha!

Rating: 5/5 



Movie Review : Snow White and The Huntsman

Assalammualaikum..

Genre : Fantasy / Action / Drama

Movie ni pasal penceritaan semula sebuah cerita dongeng klasik barat iaitu Snow White and The Seven Dwarfs. Yang bestnya cerita ni, watak-watak utama macam the seven dwarfs dan the hunter tu masih dikekalkan. Cuma jalan agak berbeza dan lebih thrilling gituu. 

Kalau korang masih ingat, watak Hunter ada dekat part masa The Queen mengirim seorang pemburu untuk mengambil jantung Snow White. Tapi, pemburu tu simpati kat Snow White dan kemudian dia ambil jantung beruang (kalau tak silap aku la) sebagai ganti kepada jantung Snow White. 

Dalam versi ni, Hunter tu jadi macam pelindung Snow White. Macam mana dia boleh jadi pelindung pulak sedangkan The Queen suh dia tangkap Snow White? Heheww..

Kepada peminat kisah dongeng barat dan peminat cerita Alice in The Wonderland, This is the best movie you can watch right now! 

Rating : 4/5 
Tak full sebab tak berapa suka ending cerita ni (^_^)
Pink Cherry