Monday 19 May 2014

Kakak aku duduk Ujian Medsi

Assalammualaikum.. !

Wee, tak sangka rezeki yang datang kat kakak sejak kebelakangan ni sangat melimpah ruah. Benarlah kata orang, tuah ayam di tapak kaki, tuah manusia siapa yang tahu. (betul ke peribahasa aku?) Salah satunya ialah dapat lesen memandu dan layak untuk menduduki ujian MEDSI. As far as I know, kakak aku ni takut memandu dan ada sindrom penyakit terkejut. Contohnya, bila ada kereta kat depan stop tiba-tiba, automatically kedua-dua belah tangan hakak aku ni akan tolak kerusi depan dengan sehabis mungkin. Pastu buat feel-feel macam dia yang tengah tekan brek kereta tu sekuat hati dia. Akhirnya, dia pulak yang tercungap-cungap. Ayah aku yang drive tak pulak macam tu. Bak kata peribahasa, Cubit peha kanan, peha kiri terasa. So, bila dia lulus ujian memandu tu memang aku terkejut gila tapi bersyukur jugak sebab usaha dia belajar selama ni berbaloi jugak. Tak lah duit ayah aku terbazir hanya untuk dapatkan lesen. Boleh lah aku mintak belikan Paddle Pop kat ayah aku banyak-banyak.

Ini lah asikrim fav all-time aku =D
Walaupun tak branded macam aiskrim Magnum, dan murahan tapi sangat sedap serta dapat memuaskan deria rasa aku yang ketandusan aiskrim. Wahahha!

Okay, back to our story. Tuah kakak aku ni berlanjutan hingga ke pagi ini. 


Kecik sangat ke tulisan dia? Meh aku tulis balik.

" Syabas dan tahniah kerana saudara/i telah terpilih untuk menduduki ujian MEDSI bagi ambilan September Sesi 2014/2015 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). "
Haa, mana tak nya happy. Even though baru terpilih untuk menduduki Ujian MEDSI, tapi ini sudah cukup menggembirakan hati kami sekeluarga kerana tanpanya, tiadalah kelayakan untuk kemasukan ke UPSI ni kan? Hohoho! Lagi satu, benda paling ohsem ialah, ini adalah tawaran dari UPSI yang mana merupakan universiti idaman kakak aku sejak dia lower form lagi. Kiranya, ini merupakan langkah yang penting dalam kerjaya hidup dia lah kan. Syukur alhamdulillah.

Menurut al-kisah kakak aku, awal-awal pagi lagi dia dah bangun bukak laptop tepat jam 9:10 pagi (awal ke tu?) untuk online facebook. After dia online direct dia check Group Pra-Universiti 2013. Pastu dia tengok ada noti baru dari group tu yang mana salah seorang ahlinya memberi semakan kepada pemohon-pemohon menurut universiti yang mereka pohon. Erkk.. Kalau tak silap aku macam tu laa. Aku pun tak paham apa yang dipohon apa yang memohon. But you got what I mean right? Huhh, penat aku cakap. Memandangkan dah panjang sangat aku tulis, malas lah nak delete balik.

Kepada lepasan-lepasan Pra-Universiti 2013, anda bolehlah menyemak permohonan anda di sini :- 



Kepada yang layak, tahniah and do your best. Kepada yang tak layak takpe sebab ada hikmah disebalik ini dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anda =)

Monday 12 May 2014

Animals memang Comel!

Assalammualaikum

Untuk pengetahuan korang, aku ni peminat tegar chanel 550. Jadi, mesti korang tau apa yang selalu kena siarkan dalam chanel ni kan? Hohoho. Yerr, semua pasal haiwan-haiwan belaka. Part aku paling suka bila ada ditayangkan pasal harimau, singa, koala dan beruang. Bagi aku semua haiwan mamalia yang berbulu dan berkaki empat memang sangat comel! Tapi kalau reptilia berkaki lapan, memang sah aku lari sampai ndk cukup tanah! 

Wahh, nampak gagah <3

Comel nyerr dia! Tengok tu tengok!


Sedih laa bila harimau ni selalu kena salah anggap oleh manusia. Heyy, harimau ndk kan menyerang kalau ndk dikacau. Semua ni salah manusia. Sedih .. Sobs sobs. Pastu aku suka tengok beruang. Terutama beruang kutub. Bagi aku dorang comel sangat. Penah satu hari tu, aku cakap kat ayah aku. "ayah, mesti best kalau bela beruang kan?" Pastu free-free aku kena cakap gila.

Geramm!



Yang kat tengah-tengah tu macamm buat "Gong Xi Fatt Chai"


Koala pulak memang the very comels one sebab telinga dia furry and besar tahuu! Penjaga-penjaga dekat zoo boleh kenal pasti koala dengan hanya melihat telinga dia sahaja yerr. Tengok betapa hebatnya dorang ni. Haha, kau mampuuu?? Lagi satu, koala bear ni tukang tidur jerr. Huhh, pemalas nau engko ni! Dia stay-up malam jer. Aku pun tak tau ape hal koala ney stay-up. Namu, ada jugak kelebihan di sebalik sikap pemalas koala ney. Masa koala tidur, disitulah kecomelan haiwan ni terserlah. Aww, so cute!



Kalau singa pulak, aku prefer yang jantan sebab jantan banyak rambut. Betina takde rambut. Tak ohsem laa.

Hensem kan? Hikhikhik
Dan sudah tentu kucing merupakan haiwan paling comel antara semua. Aku nak sangat bela kucing tapi mak aku tak benarkan sebab mak aku cakap ekor kucing macam ular. Jadi mak aku geli. Dia tak takut pun. Tapi, ye ker ekor kucing macam ular?? Hmm, macam-macam. Kakak aku pulak memang takut kucing gilos. Asal ada kucing memang terpekik terlolong macam histeria.

Muka aku yang comel ni pun ada orang takut?
Uihh, anak muka innocent, sekali mak dia.. Fuhh



Masa aku kat KL haritu, aku sempat bergambar ngan binatang ni

Yes, mata anda tidak salah, aku telah bergambar dengan seekor ular! Yeayyy! Ular. Seekor ular yang sangatt cantikk dan sihat tapi belum cukup matang (maybe). Aku jugak ada bergambar dengan parrot yerr. Nakal giloss parrot ney. Siap gigit tangan aku lagi tuu. Berani kau gigit tangan aku yerr. Tapi takpe, nasib baik kau cantik, kalau tak, aku gigit kau balik. 

Walaupun polar bear and koala tak wujud langsung kat Mesia ni, tapi aku akan berusaha jugak supaya aku boleh kecapi impian aku untuk jumpa korang! Wait yerr. Harimau pulak senang jer jumpa kat Mesia. Sabah ney cukup banyak harimau. Haa, kalau nak jumpa harimau ker, babun ker, and segala jenis mamalia yang ada, sila lah datang ke Sabah yer. The Land Below The Wind. Macam-macam adaa.

Sempat lagi aku promote Sabah. Ishh ishh ishh. Ok lah, pendek cerita, aku suka mamalia yang berbulu lebat, besar, gemuk dan semestinya comel! 

Ok lah, jap lagi rancangan fav aku nak mula. Got to go! Tata~

Saturday 10 May 2014

Kegunaan Exam ku

Assalammualaikum

It is May! Ughh! Tolong lahh Tasha. Dah 11 May baru kau nak sedar ini bulan May? Wohoooo! Parah kau ni parahh! Ehem-ehem! Sokayy, aku tak kesah ponn. (gilo ndk kesah? SPM tinggal 6 bulannnn!) Banyak 'tanda seru' aku kan? hikhikhik. 

Ok la, let's start. Kemarin ada Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Benoni. (ehem, aku pun ade k). So, pendek cer, berdasarkan result last year, aku ney layak dapat anugerah jugak. hikhikhik. Masa aku atas stage tuu, aku terasa macamm artis, pandang kamera bagai then 'peace' ! Wah wahh, 3 kali naik stage sepa ndk happy? Alhamdulillah, Allah membuka rezeki untuk aku. Syukur. Tapi kan tapi, yang aku ndk tahan tu adalah ganjaran setiap anugerah tu. Omaigashh! Menggelupur aku! Dalam kereta lagi suda aku bukak sampul. Sijil pulak belum lagi aku bawa keluar dari kereta sampai sekarang. Ohsem kan? 

Btw, korang nak tahuuu? (bherr? trip kl lagi bahh) Collection aku kemarin adalah sebanyakkkkkkkk (muzik) ... Jeng jeng jeng! Seratus lima ringgit tunaii! Well, untuk budak-budak cam aku ney, jumlah tu dah cukup banyak untuk aku beli maggi. Konfom untuk bekalan setahun! Anyway, aku pun heran apsal anugerah kali ney dapat hadiah ohsem-mohsem sampai mampu membuat diriku tidak keruan. Even though setiap tahun aku dapat anugerah, tapi ndk sama laa ngan this year. Kalau sebelum ney satu anugerah dapat RM5 jer. So kalau kira semuanya ndk kan sampai seratus punya larh. But kelmarin, err, susah mau cakap. Meh aku buat list. Senang sikit

Terbaik Subjek Tingkatan - RM15
Terbaik Kelas - RM20
Terbaik Keseluruhan Tingkatan (no.1) - RM40

Ney jer aku tau sebab ney jer anugerah aku dapat. heee. Subjek Tingkatan tu aku dapat tiga. BI, Add Maths dan Bio. 

Disebabkan anugerah-anugerah di atas, aku rasa bersemangat giloss mau menghadapi exam penggal ney. Walaupun cuma exam penggal, tapi maintain is good you know. Demi ke'maintain'an ini, aku telah surfed internet untuk cari bahan-bahan untuk aku exam. As we all do know, sharing is caring! Maka, aku nak share link mana yang best untuk beberapa subjek. Bagi aku bagus. Harap berguna untuk anda jugak.


Ni jer yang aku search sebab kedua-dua subjek ney memang aku weak. Aku harap entry kali ney sedikit sebanyak akan bantu uolls untuk exam nantii. Oh! btw, wish me luck. 

Tata!
Pink Cherry