Monday, 19 May 2014

Kakak aku duduk Ujian Medsi

Assalammualaikum.. !

Wee, tak sangka rezeki yang datang kat kakak sejak kebelakangan ni sangat melimpah ruah. Benarlah kata orang, tuah ayam di tapak kaki, tuah manusia siapa yang tahu. (betul ke peribahasa aku?) Salah satunya ialah dapat lesen memandu dan layak untuk menduduki ujian MEDSI. As far as I know, kakak aku ni takut memandu dan ada sindrom penyakit terkejut. Contohnya, bila ada kereta kat depan stop tiba-tiba, automatically kedua-dua belah tangan hakak aku ni akan tolak kerusi depan dengan sehabis mungkin. Pastu buat feel-feel macam dia yang tengah tekan brek kereta tu sekuat hati dia. Akhirnya, dia pulak yang tercungap-cungap. Ayah aku yang drive tak pulak macam tu. Bak kata peribahasa, Cubit peha kanan, peha kiri terasa. So, bila dia lulus ujian memandu tu memang aku terkejut gila tapi bersyukur jugak sebab usaha dia belajar selama ni berbaloi jugak. Tak lah duit ayah aku terbazir hanya untuk dapatkan lesen. Boleh lah aku mintak belikan Paddle Pop kat ayah aku banyak-banyak.

Ini lah asikrim fav all-time aku =D
Walaupun tak branded macam aiskrim Magnum, dan murahan tapi sangat sedap serta dapat memuaskan deria rasa aku yang ketandusan aiskrim. Wahahha!

Okay, back to our story. Tuah kakak aku ni berlanjutan hingga ke pagi ini. 


Kecik sangat ke tulisan dia? Meh aku tulis balik.

" Syabas dan tahniah kerana saudara/i telah terpilih untuk menduduki ujian MEDSI bagi ambilan September Sesi 2014/2015 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). "
Haa, mana tak nya happy. Even though baru terpilih untuk menduduki Ujian MEDSI, tapi ini sudah cukup menggembirakan hati kami sekeluarga kerana tanpanya, tiadalah kelayakan untuk kemasukan ke UPSI ni kan? Hohoho! Lagi satu, benda paling ohsem ialah, ini adalah tawaran dari UPSI yang mana merupakan universiti idaman kakak aku sejak dia lower form lagi. Kiranya, ini merupakan langkah yang penting dalam kerjaya hidup dia lah kan. Syukur alhamdulillah.

Menurut al-kisah kakak aku, awal-awal pagi lagi dia dah bangun bukak laptop tepat jam 9:10 pagi (awal ke tu?) untuk online facebook. After dia online direct dia check Group Pra-Universiti 2013. Pastu dia tengok ada noti baru dari group tu yang mana salah seorang ahlinya memberi semakan kepada pemohon-pemohon menurut universiti yang mereka pohon. Erkk.. Kalau tak silap aku macam tu laa. Aku pun tak paham apa yang dipohon apa yang memohon. But you got what I mean right? Huhh, penat aku cakap. Memandangkan dah panjang sangat aku tulis, malas lah nak delete balik.

Kepada lepasan-lepasan Pra-Universiti 2013, anda bolehlah menyemak permohonan anda di sini :- 



Kepada yang layak, tahniah and do your best. Kepada yang tak layak takpe sebab ada hikmah disebalik ini dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anda =)

No comments:

Post a Comment

Pink Cherry