Tuesday 30 September 2014

Infinity love towards white coats

Assalammualaikum semua :)

Harini aku ada ikut pameran dan ceramah kerjaya yang diadakan di SMK Bongawan II. So, kebanyakan IPTAs ada menghadiri program ini. Basically, those were IPTSes -.-" Antara 'IPTA' yang turut hadir adalah Lincoln University, ATI College dan aku lupa selebihnya sebab aku study Chemistry pulak (-.-).

Actually that is not my point. Point aku adalah, aku tertarik dengan Royal College of Surgeons Ireland(RSCI) yang aku pun tak berapa tau apa kena-mengna RCSI ni dengan Universiti Perdana(PU). For sure, program mereka ni dinamakan PU-RCSI. Adakah ini adalah twinning programme seperti UKM dengan Universiti Padjajaran(Indonesia)?? Aku pun tak tau. Anyway, yang buat aku macam nak tau banyak mengenai RSCI ni adalah sebab dorang ada offer Bachelor of Medicine (5 years degree). Ye aku tau, universiti lain jugak ada offer MBBS tapi entahlah. Aku saja jer kot. Ahaks! Erm, btw, did I mentioned that I really wanted to enter PASUM before? Err, takde eh? Hahaha, now you know! 

PU-RCSI ni program swasta tau! Dia sama level dengan KURSK STATE MEDICAL UNIVERSITY, RUSSIA yang sekarang ni orang ramai dok berpusu-pusu nak hantar anak masing-masing study medic kat sini. Padahal, study kat Malaysia lebih tip-top gitu. Tapi kalau nak dibandingkan study oversea dengan study dalam Malaysia, kos pembelajaran including kos sara diri sangat jauh berbeza. Sebab apa? Sebab kos untuk mengikuti MBBS di Malaysia ni cukup tinggi uolls! That's why biasiswa amat penting. Untuk memperoleh biasiswa pulak, result kena meletopp bak kata hang. Untuk mendapatkan result meletop pulak mesti study hard. Dan aku pulak di sini sedang menulis entry (T_T). Aku sedar diriku ini siapa. Rileks la, petang bukan masa aku study~

Korang perasan tak, dari tadi aku sebut pasal medic/MBBS aje? FYI, aku sangat meminati bidang kedoktoran yang mana itu adalah impian aku sejak kecil. Bukan atas paksaan sesiapa akan tetapi hati ini lebih mencintai bidang tersebut. Cuma bila dah datang angin kus-kus tu, adalah terbentuk angan-angan nak jadi pramugari, pilot dan sebagainya. Tapi bila aku fikir dua, tiga malahan hingga banyak kali, aku tak rasa ada any profession yang sesuai dengan aku. Pernah jugak aku menanyakan kakak aku, apa agaknya pekerjaan yang boleh dikatakan sesuai dengan aku apabila dewasa kelak? Dengan selambanya dia gelak besar macam lucu sangat dan cakap, aku tak matching dengan any profession pun sebab dia dah terbiasa memandang aku sebagai seorang doctor-to-be dalam keluarga meskipun aku belum lagi menduduki SPM. Hahaha.. Pendek kata, I must to be a doctor in our family. The FIRST doctor in our BIG family gitu..

Aku selalu membayangkan diri aku sendiri sedang berlegar-legar di hospital dengan memakai white coat dan stethoscope melingkari tengkuk. Masa aku kecik-kecik dulu, aku suka tengok rancangan Medic TV yang pernah disiarkan di TV3. Mereka menunjukkan macam mana mereka menjalankan pembedahan tersebut. Frankly speaking, sebagai budak kecik, aku langsung tak takut tengok darah dan aku selalu membayangkan, akulah yang sedang melakukan pembedahan tersebut. Selalu. So, korang boleh bayangkan tak betapa aku minat bidang ini? It's like infinity love towards white coats.

KASTEK 2012 : Naib Johan Saintis Muda Peringkat Negeri Sabah
Alhamdulillah, atas izin Allah dan doa ibu-bapa serta restu guru-guru, aku berjaya melepasi UPSR 2009 dan PMR 2012 dengan result yang cemerlang namun aku tahu, itu semua kini tidak dipandang oleh mana-mana universiti. Kau gila ke nak masuk Foundation dengan membawa result PMR? Walaupun kau straight A's tapi ada dorang kesah? Ahaks! Jadi, aku harus mendapat straight A's dalam SPM. Kini ada tinggal 33 hari sebelum SPM. Pada entry sebelumnya, aku ada menulis bahawa betapa aku tak yakin untuk menghadapi bakal penentu arah pengajianku aka kehidupanku. Aku rasa takut, cemas dan sebagainya. Aku juga merasakan bahawa ilmu aku selama ni tak dapat membantu walau sedikitpun. Namun Alhamdulillah, kini aku agak bersedia untuk menghadapi SPM 2014. Terima kasih kepada Iman sebab membantu aku dalam mengembalikan diri aku yang dulu iaitu Tasha yang penuh dengan keyakinan. Semuanya atas jasa tafsir yang telah Iman pinjamkan untuk aku. Terima kasih sekali lagi. <Kesian si Iman, ndk dapat tidur lettew tanpa tafsirnya di sisi xD>

Insyaallah, jikalau Allah mengizinkan aku untuk mendapat straight A, aku nak buat Asasi Sains Hayat di PASUM atau di UKM. Kalau ikutkan hati, aku nak buat dekat Timur Tengah(Jordan) yang ada ditawarkan oleh KPM sekarang ni. Tapi parents aku taknak sebab risaukan keselamatan aku disana nanti. Mereka cakap, it's better kalau dalam negara sebab kita tau negara kita terjamin keselamatannya. Tak payah la nak ikut program PU-RSCI atau ke Rusia atau ke luar negara bagai. Tapi kalau dapat rezeki ke oversea dan bukan dalam negara, apa salahnya kan? So, aku buat keputusan, jikalau keputusan aku cemerlang, aku nak buat dalam negara sahaja sepertimana parents aku suruh. Kita mesti dengar cakap parents agar dapat redha mereka. Kan?

Anyway, that's all for now guys. Tata~


Saturday 27 September 2014

Relaks-lah~

Assalammualaikumm..

Dah lepas sedih-sedih, aku try cari ke'syok'kan melalui Internet. Alang-alang sentuh laptop kann (suara meleret). So, tengah aku sibuk mencari quotes untuk self-improvement, ternampak pulak images yang boleh dianggap sebagai lucu la jugak. Bila aku tengok images tu kan, aku terasa macam 'eh! kita serupa!' miahahah..

Hahaha, macam aku xD

Examiner : Bahahhaha (gelak jahat)
Student : You're gonna failed me huh??! Uwaaa!

Pengawas Peperiksaan : Ok murid-murid, masa menjawab untuk uolls semua tinggal berbaki lima minit yerr.
Student : Omaigadd, Iyahhhhhh! (menulis dengan kelajuan 60km/j atas kertas)

Finally.....


Aku rasa aku nak jalan camni jugak la. Hahha, kelas kau Tasha! #likeaboss

SPM : Aku tak tahu apa aku buat

Assalammualaikum...

Hello there.. Ye, aku tahu SPM hanya tinggal 36 hari lagi :( You know, SPM.. papers.. and duhhh -.- Kalau sebelum ni aku asek nak blogging aje kan? Tapi sekarang I need to controlled. SPM tinggal 36 hari! Ohmaigadd! Dalam tempoh sesingkat ini pun aku tak tahu nak buat apa sekarang. It's like aku ni tak tahu apa-apa. Ilmu pun terasa cuma sedengkal aje. Confidence level pun macam drop tiba-tiba :( 

Orang cakap, SPM ni penentu masa depan dan aku rasa memang betul pun SPM ni penentu kita. Iman ada jugak tanya kat abang yang bagi ceramah kat kitorang haritu. Memandangkan dia a doctor-to-be, so essential sangatlah kalau Iman tanya soalan yang berbunyi "kalau nak amek medic, minimum result mesti dapat berapa?" and sadly to say, abang tu jawab "at least straight A's". So, korang boleh bayangkan tak apa yang kita perlu hadapi untuk amek medic tu? Ia nya memerlukan pengorbanan yang tinggi and now aku tak rasa aku sedang berkorban. Aku tak tahu apa yang aku buat. Aku lemah subjek Sejarah and I don't think aku boleh rangkul A untuk sejarah.

School's hopes,
My parent's hopes,
My teacher's hopes,
is definitely I can feel it,
and yes, 
those hopes are on my shoulders..


Gtg guys :'( Just pray for me if you think you should .. (sedihh)

Saturday 13 September 2014

POTN #3 : Movie Night

Assalammualaikum~
Popcorn please? Aku punya itoo!
Kucing curi popcorn aku (padahal image dari google arh) ! Hey guys?? It's Sunday night, remember? So jom tengok movie sama-sama!


Friday 12 September 2014

POTD #2 : Iman's new layout!

 
 
Assalammualaikum..
 

 
Layout Iman sangat kiut! Iolls is the very jeles one now!! Auwmm.. Do you think I should redesign my serious design of my blog? Korang rasa design blog aku ni serious ke? Aku rasa mature jer. Huahuahua~
 
 
Comparisons:-
 

Arghhh, jeles~


Superb la kau Man, kehkehkeh~

Books Madness!

Assalammualaikum..

Okeh, first thing uolls need to know is that blogposts aku kali ni maybe a little nerdy and aku tak berbicara mengenai any books affairs or what-so-ever it was called. Mihmihmihmih.. FYI, aku suka baca novel-novel or buku ilmiah. Novel paling aku suka ialah novel Inggeris mazhab UK (UK edition) Well, we're using British right? Oleh itu, meh kita sembang-sembang pasal buku, okay? Right!

Bila aku jalan-jalan ke KK, perkara yang wajib aku buat adalah singgah ke kedai buku yang berdekatan. Selalunya aku akan ke Eaton la. Niat asal cuma nak tengok buku-buku keluaran terbaru untuk praktis jawab soalan. Almaklumlah, SPM candidates kannnn....(suara meleret). Bila dah jumpa buku yang dicari, maka bermulalah perangai aku pigi bahagian novel inggeris. Saja je nak lepaking. Padahal, mata dah rambang, tangan pon asek dok nak belek novel ajo. Beli ke dak ni? Hikhikhik, I tak beli, I tengok jer...

So, kebanyakan novel yang aku nampak dekat kedai-kedai buku ialah novel Americano expresso (pehal nama kopi pulak?) Terutamanya New York best selling paling kita selalu nampak bukan? Err, maybe aku sorang jer kot yang asek ternampak benda ni.. ? Contohnya, one of my fav novels is Chicken Soup for Soul. Itu salah satu buku yang terlaris di New York. Hurmm, American jugakk. 

Bila kita nak jumpa UK edition punyaa??

Ehemm... Ade, memang adaa...

Kita boleh jer cari dekat Scholastic. Tapi kalau tak silap aku, Scholastic ni tak jual secara online sebab yang akan mengedarkan katalognya adalah guru. So, takde benda online purchasing ke apa ke. Aku pun dah visit laman web Scholastic ni tapi apa yang aku jumpa hanyalah pengenalan mengenai Scholastic. Nak dijadikan cerita, Scholastic ni banyak jualan UK edition tau. Jadi, senang kita nak beli novel English. Natijahnya, takde lah kita nak mengalami kekeliruan dalam ejaan untuk Bahasa Inggeris ni. Kalau kita budak SPM guna American, pemeriksa tak suka. Tapi kalau maintain jer penggunaan american style, takde masalah. Yang masalahnya adalah apabila kita campur adukkan American dengan British. Sah-sah penalty untuk kau bro! Kau nak? Aku tak nak(geleng-geleng kepala) Tambahan pulak, madam aku cakap, pemeriksa secondary bagi English O-level ialah dari UK. So, senang la dia nak detect kesalahan kita. Tapi kalau dah kita suka summary novel tu, tak kesah dah American ke British ke, aku lantak aje.. Kekekke~

Back to the Scholastic, this is my third time for purchasing books from them. This is worldwide punya, so kalau kita ada menempah, dia ada macam lambat sikit. Dalam dua hingga tiga bulan lamanya kita menunggu ketibaan novel-novel tersebut. Lama wehh.. Tambahan pula, untuk orang pelupa macam aku ni, memang dah tak ingat buku apa yang aku beli dulu. Mihmihmih. Oh ye, harga pulak jangan risau. Ianya sangat murah, berbaloi and you worth it! (feeling-feeling model L'Oreal) 

Macam contohnya buku ni :-
Curses and Smoke : A Novel of Pompeii MYR 75.74
Member price : MYR 68.17
Kalau beli dari Scholastic, harganya cuma MYR28.00 ! Masuk pulak postage 10%, so harga total ialah MYR30.80! Murah tak? (I wish I have the picture as a prove but I'd lost it. Mischieveous behaviour) Kiranya kau berbaloi arr tunggu sebulan dua untuk dapatkan buku pada kualiti yang sama tapi dengan harga yang jauh lebih rendah. Durian runtuh? Tak weiii, ini buku runtuh! Aww, such a heaven.

FYI, harganya rendah sebab Scholastic bertujuan untuk meningkatkan education para pelajar melalui pembacaan di samping meningkatkan language skills mereka. So, no wonder laa harga pun murah.. Madam aku tak putus asa untuk menyarankan kitorang beli buku dari Scholastic ni. She said "it's a must to have these scholastic books". Lagipun, para guru ni bukannya dapat any profit, they were just perantara student dengan scholastic. Sebagai imbalannya, para guru hanya akan rasa happy melihat budaya membaca dalam kalangan student mereka. Sejuk mata memandang gituu..

Bukan ini sahaja yer uolls, buku yang scholastic jual dalam katalog mereka memang bertepatan dengan usia dan tahap si pembaca. Contohnya, kalau untuk kanak-kanak, katalog yang diedarkan adalah berbeza dengan katalog dewasa. Katalog dewasa pulak adalah katalog yang bercampur dengan bacaan teenagers. Ada jugak dinyatakan usia berapa yang sesuai dengan buku tersebut. Tidak ketinggalan jugak pengagihan buku-buku mengikut kecenderungan jenis buku tersebut. Contohnya kita ni suka baca buku yang thrill. So, try tengok dekat bahagian imaginery atau thrilling. Memang konfom ada yang berkenan di hati. Untuk aku pulak, aku suka bahagian history and told-stories. Macam ala-ala princesses story tapi telah diberi nafas baru oleh penulis yang hebat! FYI, setiap katalog yang diberi adalah selang beberapa bulan. Kalau misalnya dah dapat katalog baru, maksudnya, buku korang tak lama lagi akan sampai!

So, para ulat buku sekalian, amacam? korang suka tak?? Madness weyy, madness!!

Sesi soal jawab bersama kite!!

Macam mana nak dapat katalog Scholastic??
Haa, aku dapat katalog Scholastic daripada guru English aku. Memandangkan Scholastic running for education, so mereka hanya mengedarkan katalog kepada student melalui sekolah-sekolah yang telah memohon untuk pengedaran katalog. Maksudnya, guru-guru bukanlah agen company ni. Mereka hanya penggalak. Errr, that's what Scholastic claims.

Kualiti buku macam mana?
Korang tak yah nak risau sebab buku yang scholastic jual memang sama dengan yang macam korang nampak dekat online bookstores dan bookstores yang berdekatan! Lagipun, ianya memang keluaran scholastic company kan? Kiranya, korang dapat buku bacaan tu directly to your hand tanpa melalui any bookstores! Happy tak? *senyum kambengs*

Macam mana nak bayar?
Guru korang sendiri yang akan kasitau benda ni dekat uolls~

Macam mana sekolah kitorang nak join Scholastic ni?
Senang sahaja yer kawans-kawans. First, jumpalah uolls punya English teacher(lagi senang), ajak cikgu korang untuk menyenaraikan sekolah korang dalam edaran scholastic ni(aku tak boleh nak cakap member sebab scholastic takde keahlian) Isi boring dekat sini(klik) . Korang akan nampak ini :-


Nampak aku bulatkan educators? Haaa, that's why kenapa korang mesti bincang ngan cikgu korang sebab priority scholastic ni adalah kepada para educators. Kalau melalui guru Inggeris, jadi isi subject taught tu dengan English. Memandangkan Scholastic lebih kepada literature, maka subject English memudahkan korang dapat reply yang segera daripada Scholastic. Kemudian, tandalah kotak yang 'I am interested to start........' itu. Insyaallah, tak lama lagi scholastic catalogue's will be available at your school! Ingat, melalui your English teacher ye~

Macam mana bentuk katalog Scholastic?Tebal tak?
Ehem, tak tebal pun. Aku sebenarnya lebih selesa memanggil katalog Scholatic ni sebagai risalah sebab dia hanya lah sekeping kertas bersaiz A5(maybe) yang diedarkan dalam keadaan berlipat macam brochure pelancongan gituu. Tapi ianya mengandungi lebih kurang 105 buku setiap edaran. So, memang rambang mata nak pilih. (Aku sebenarnya nak masukkan gambar katalog tu dalam blogpost kali ni tapi katalog tu dah hilang, aku lupa mana letaknya. Jadi, tak dapat nak gambar. Hikhikhik)

Wanna see books of mine?

Ada yang telah dipinjam. Terdapat some novels merupakan hak milik adik but dari Scholastic jugak =)
Nampak tak? From Scholastic. Ada jugak dari Point. Nevel kegemaran aku adalah Clarity by Kim Harrington.

That's all for now, tata!



Wednesday 10 September 2014

Konvesyen Siap Siaga SPM : Part 3

Assalammualaikum..

Dah nak lapuk dah citer aku ikut konvensyen ni kan? Mihmihmih.. Sorry guys, lately aku agak busy nak buat entry part 3 ni. So, terpaksalah selama ni keep on view sahaja~ Harini aku ada free siket sebab aku rindu blog aku. Asek tengok blog orang aje, blog sendiri bila nak update? Pemalas. Ngaku blogger tapi habuk pon takda. Pi daaa (angkat tangan macam Karam Sing Walia). Apa-apa pon, meh kita sambung part 3....

Hari ke tiga ni, kitorang boleh balik pada tengah hari nya. Jadi, waktu pagi diisi dengan sesi 'Muhasabah diri' di mana sesi tangis-menangis kat sini. Hisyy, aku tak suka sungguh kalau aktiviti nangis-nangis ni. Macam propa aje lebih. Nangis sini, nangis sana. Nak tunjuk hati lembut la tuu. Hahaha, itu la pemikiran aku kalau bab nangis-nangis ni. Lagipun, aku memang tak suka nangis public. Eh, ada ke orang yang suka nangis kat public?? Mihmihmih.

Masa mula-mula aktiviti ni, ceramah la kan pasal remaja zaman sekarang yang tak reti-reti nak hargai parents dia. Sampai ada yang sanggup hisap dadah durjana tu tanpa hiraukan nasib family dia. Pastu, didedahkan pulak akibat-akibat dadah. Ada yang macam lidi aje. Bila angin tiup, dia pun ikut terbang. Ada yang kanser mulut. Sungguh menjijikkan. Rasa kesian pun ada jugak. Apa la nasib korang sampai dapat pengaruh yang tak baik ni? Tahu tak? Korang yang buat benda ni akan menjatuhkan ekonomi negara(cakap macam student eko padahal sikit pun aku tak paham pasal eko)! Oleh itu, meh kita bersama-sama membanteras dadah. Kalau engkau nak try hisap dadah, JANGAN lakukannya! Buruk padahnya.

Mula-mula ceramah macam kat kempen Anti Dadah Sedunia. Bila lama-lama siket, dia macam lebih menyentuh mengenai hubungan kita dengan ibu-bapa. Macam-macam persoalan yang penceramah tu timbulkan dalam hati kami. Macam rapat dengan mereka ke tak? Kita hargai mereka ke tak? Pernah ke kita cakap 'I love you'? dan pernah ke cakap 'terima kasih'?? Haaa, tu semua korang jawab la dalam hati.. (Macam banyak yang aku cakap macam kat sini kan?)

Sambung pasal bab nangis-nangis, time tu kitorang disuruh tutup mata. Ada alunan muzik kedengaran. Very relaxing and tranquility tu dapat kita rasakan dan bayangkan. Ada bunyi burung berkicauan, seruling beralun-alun dengan bunyi deras sungai yang segar dapat kita sense. Sangat tenang. Time tu la penceramah ni memulakan strategi beliau dengan suruh kita buat throwback mengenai jasa ibu bapa kepada kita dan apa pula balasan kita kepada mereka.. Hishh, tacing sungguh iolls! Masa tu aku taknak nangis sebab nak tunjuk kuat. Tapi lama kelamaan, terpaksalah ego aku turun takhta apabila aku memang tak dapat tahan. Eeeee, uolls jangan mainkan perasaan iolls! (ko dah gedik pehal??) Oh yess, aku nangis yerr. At least, aku tak nangis sensorang. Kitorang semua nangis berjemaah.. Mihmihmih. Apa yang amazingnya adalah, taiko kat sekolah tu pun nangis jugak. Apa tak percaya?? Kau nak aku tunjuk gambauu?? Hahhaha, tak payahh.. Nanti taiko marah, aku taknak tanggung xD

Ni masa aktiviti peluk-peluk sesama rakan sebagai tanda kita hargai mereka. Sambil tu, weolls diarahkan untuk wish all the best antara satu sama lain. Iolls and kengkawan say 'peace'!!
Paling tak boleh blah bila aku tengok gambar sendiri sebab tetiba aje aku merasakan aku adalah klon Datin Rosmah yang turun padang untuk berjumpa dengan rakyat jelata sekalian. Hi uolls, datin is on the field yoww! Ehemm.. Abaikan..

Perempuan berpelukan normal...
Tapi lelaki......?


Tak salah berpelukan. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri memeluk sahabat baginda sebagai tanda cinta dan kasih baginda terhadap para sahabatnya.. =') Begitu sekali cinta baginda terhadap para sahabatnya, So, nothing nak dimalukan lah kalau peluk-peluk ni. Oops! Peluk berlainan jantina tak boleh. Haram uolls!


Ni pula masa sesi menangis.. Tacing sungguh, sangat tacing... ='(

Adakah rupa aku pun camni jugak? Tersentuh hati aku tengok kengkawan macam ni. Sampai hati En. Penceramah
buli hati dan perasaan kami. =(

Di atas tu gambar kitorang tulis mengenai nasihat-nasihat parents kita yang berkesan di hati. Kalau aku pulak, nasihat ayah yang paling aku ingat adalah "Cha, pigi makan. Isi perut tu, jangan kosong. Nanti sakit, diri sendiri yang susah" ataupun "makan banyak-banyak supaya gemuk macam adik kakak abang tu.." Manakala nasihat mak yang paling aku ingat adalah "jadilah seorang doktor supaya nanti anak mama sendiri yang akan merawat mama" Very deep. Dan semestinya parents akan selalu mengingatkan kita untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT, kan?

Ini lah En. Penceramah yang buat kengkawan iolss nangis. 

Kepada En.Penceramah, terima kasih sebab telah menyedarkan kami yang selalu lalai dengan dunia sehingga melupakan mereka yang sentiasa di sisi kami. Ibu bapa kami. Terima kasih jugak kerana telah menyedarkan kami mengenai segala tanggungjawab kami kepada ibu bapa kami. Tak sia-sia air mata kau orang semua jatuh kan? (termasuk aku) Dan tak sia-sia jugak ego aku turun takhta buat kali kedua sepanjang program ni.

Habis sesi tangis-menangis, esak-esakan, maka bermulalah sesi penutupan. Macam biasa, segala macam ucapan keluar yang mana aku sangat yakin bahawa hampir separuh daripada para hadirin dewan sekalian tak ambil perhatian. Sebab apa? Sebab masing-masing sebok bermonolog dalam hati 'panjangnya ucapan' dan 'bila laa nak habis??'. Perut pun memang dah berbunyi. Yeah, konsert hard rock is rolling in my stomach yow! Wanna join us??

Tak lama kemudian.....

Yeay! Lunch time! Hehehe, hilang dah mata yang sembab tadi, dan yang hanya adalah perasaan excited nak mengisi perut yang sedang rancak mendendangkan lagu rock yang maha dahsyat. Sabar perut, sabar.. Untuk pengetahuan uolls, lunch pada hari tersebut adalah ikan masak sos cili, sotong masak entah (SOTONG!!) dan sayur. Akhirnya, sempat juga aku makan sotong kat dewan makan. Taklah parents aku susah-susah masak. And FYI too, pada malamnya aku call ayah semata-mata nak cakap "ayah, tadi aku kempunan sutung, bisdia ndk meninggalikan kediaku sutung. Belikan esuk buleh?" (Brunei membahasakan dirinya aku bukannya saya) Sambil buat suara sedih supaya ayah jatuh simpati dan kesian kat aku. And you know what? Aku balik je dari program ni, berlambak aku tengok sotong dalam peti sejuk. Awww, my dad love me!!

Dan begitulah berakhirnya kisah sotong aku di sepanjang program ni. (eh, sejak bila jadi kisah sotong? Whatever). Overall, thanks kepada pihak sekolah sebab menjalankan aktiviti macam ni. Sangat bagus untuk kita budak SPM agar sedar dan laju-laju muhasabah diri masing-masing. It's not too late to realize our mistakes. But does it too late untuk sedar bahawa SPM tinggal 50+ hari lagi? (buat muka tak tahu sambil tanya orang sebelah, SPM tu natang apa wehh?) Haha!

Bahagian ndk micing: Sotong sedap, uollss sukaaa?? (meleretkan suara) 



Friday 5 September 2014

POTD #2 : Books madness!

Assalammualaikum.. 

Later, Insyaallah I'll update about Books Madness. Harini just POTD yerr =)


By Dr. Zakir Naik. My newly-idol. Tengok harga buku only MYR 11.00 ! Teruja sangat nak beli tapi kesian, aku dah guna duit untuk beli buku dekat Scholastic.. ='( Now, hanya berdoa supaya buku ni tak habis..

Thursday 4 September 2014

Apakah itu Arachnophobia?

Assalammualaikum..

Hi uolls! Before that, mesti korang tengah mencari apakah itu arachnophobia kan? Majoriti korang search mesti keluar dalam English aje. Berpinar mata nak baca. So, harini aku nak update mengenai arachnophobia ni in Malay. Sebab apa? Sebab aku juga merupakan salah satu daripada sekalian arachnophobe di luar sana. Nangis dalam hati.. Wuwuwuwu..

Arachnophobia ini adalah sejenis ketakutan yang melampau terhadap arachnid iaitu labah-labah. Seriesly aku memang rasa benda ni tiap kali aku nampak labah-labah. Kalau korang masuk bilik aku, aku jamin bilik aku aku adalah salah satu tempat spider-free. Jadi, amat selamat untuk para arachnophobes di sekalian alam. Mihmihmih..

Perasaan takut yang ada dalam diri aku ni tahap kronik tau. Misalnya, kalau aku nampak labah-labah walaupun saiznya hanyalah sebesar 5sen sahaja, namun itu sudah cukup untuk aku menjadi histeria. Aku akan mintak abang aku atau sesiapa sahaja untuk bunuh benda tu sebab, aku terbayang dia akan melompat ke arah aku, masuk dalam baju dan gigit aku sekuat hati dia. Kemudian, aku terbayang yang aku pengsan dan dibawa masuk ke wad, pastu disuntik! Oh no! Aku taknak!

Bukan itu sahaja, aku rasa macam aku nak selamatkan diri aku aje. Tak kiralah sama ada aku terpaksa melompat-lompat macam orang gila ataupun naik atas sofa ataupun menyorok belakang mak aku. Yang penting aku 'selamat'. Paling tidak pun aku akan tutup mulut aku agar dia tak melompat 'masuk' dalam mulut aku dan 'membesar' dalam badan aku. Ini adalah berpunca daripada filem Inggeris yang aku tengok masa kecik-kecik dulu dimana badan seorang lelaki tu pecah akibat labah-labah membesar dalam badan dia. Maka, aku terbayang benda yang sama. Well, aku tau itu adalah fiction sains semata-mata tapi aku tetap terbayang benda macam tu..

Kemudian, aku sedar yang fobia aku ni memang terlalu teruk apabila aku tidak boleh menatap gambar labah-labah walaupun ianya kecik sahaja. Asalkan gambar labah-labah, aku memang takkan tengok. Aku terbayang yang labah-labah tu jadi real dan melompat keluar ke arah aku. Sangat menakutkan. Masa aku PMR dulu, kawan aku ada guna buku Science Nexus keluaran Sasbadi Sdn.Bhd. Kalau sebut jer Sasbadi kita memang tahu bahawa keluarannya sangat bermutu tinggi and trusted. Tetapi disebabkan gambar muka depannya adalah 3D labah-labah, aku sanggup tak guna buku tu. Malah aku menjauhinya. Teruk kan?

Sebagai science student, aku sedar bahawa reptiles macam arachnids ni takkan membahayakan kita unless kalau dia rasa kita membahayakan dia, barulah dia serang kita. Aku juga sedar bahawa benda ni pun ada perasaan. Dia bukannya nak dilahirkan macam ni. They're one of the Mother Nature's too. Ye, aku tahu semua tu. Sebab tu, aku nak overcome masalah aku ni.

Antara langkah yang aku pernah cuba buat, tengok gambar labah-labah di google images. Bila dah ada taiko siket, aku usha pulak kat Youtube. Memang creepy sebab labah-labah tu bergerak. Tiba-tiba, labah-labah tu kuang hajau bila suddenly dia bersikap aggresive terhadap camera. Kot ye pun kau lapau, jangan sampai aggresive nak makan camera. Last-last, bukannya bertambah baik, tapi bertambah teruk pulak fobia aku ni. Makin hari makin tak surut. Sedihh...

Now, aku tak tau nak buat apa ngan fobia aku ni. Aku tak suka bila dipermainkan dengan labah-labah sebab aku rasa takut gila. Ibarat hati, perasaan dan emosi sangat memainkan peranan di sini. Kadar penghasilan hormon adrenalin aku akan melonjak naik seperti biasa, which is  the case that I hate the most. Aku tak suka!! ='(

Ada seorang blogger ni, macam aku jugak. Tapi dia lagi teruk. Yang protect dia dari labah-labah selama ni adalah isteri dia sendiri. Wahh, bravo! Hidup wanita xD Dia taknak hidup dalam ketakutan so he decided untuk bela seekor labah-labah yang mempunyai kadar pertumbuhan yang rendah supaya dia takkan sedar bahawa labah-labah tu sedang membesar tapi dengan syarat, bini dia yang atur segala kebajikan labah-labah itu. So sweet..Lokasi penyimpanannya adalah di atas meja makan. Maka, siang malam pagi petang dia menghadap labah-labah tersebut. At the same time, dia jadi macam pengkaji attitudes labah-labah. Credits for him.

Dalam masa 18 bulan sahaja, kini dia boleh pegang seekor non-venomous tarantula. Wah, hebak sunggoh mu ni! Thorrbaek~ Persoalannya, sanggupkah kita membela seekor baby labah-labah di rumah atas dining table? Me definitely tak sanggup! ='(

p/s: Iman pun seorang arachnophobe jugak. Mihmihmihh~


Tuesday 2 September 2014

Vito Si Hensem

Assalammualaikum..

Biarlah aku ketawa kambengs dulu yerr. Huahuahuahua! Nampaknya ada orang merajuk. 


Vito ni adalah orang yang aku ter'crush' masa program I Juara kat MRSM Kota Kinabalu selama 2 hari 1 malam. Vito adalah nama yang aku bagi kat orang tu sebab dia menyerupai watak Vito dalam sinetron Nada Cinta yang pernah dimainkan di Astro Ria pada hari Isnin hingga Khamis setiap 6:30 petang hingga 7:30 malam.

Korang ingat tak? Alaaa, lagu dia yang macam CD rosak tu..Yang macam ni, nananananana da nada nada cinta a a a a a.. Ha, ingattt?

Tak ingat? -.-

Aditya Firmansyah tapi aku suka sebut Vito. Lagi senang
Dah ingat? Hahahha! Muka orang yang aku crush tu sebijik muka Vito original ni. Tapi, Vito yang aku minat tu Spicy. Mulut pun boleh tahan spicy jugak. Memang adat ke kalau hensem, mulut mesti kalah minah gossip??

Aku ni macam fanatik giler tau kat dia. Sampaikan, masa aktiviti Hyposis apa semua tu, aku tengok muka dia jer sebab aku tak percaya Hynosis ni. Then, kengkonon laa aku perhati muka kawan aku, padahal mata melencong kat belakang kawan aku tu.. Vito!! Pastu, masa kat dining hall, kepala aku automatically jadi sepanjang zirafah untuk cari dia tau. Kalau takda, hati aku jadi macam kaca pecah berderai. Hahahha, poyo! Pada satu hari tu, aku bertuah sebab dia duduk sebelah meja aku. Awww! Tak tentu hala aku makan. Hikhikhik, gedik nak mamposss xD

Tapi kan, aku lebih suka tengok Vito dari jauh berbanding berada dekat dengan aku. Sebab aku takut nanti dia perasan yang aku asek tengok dia jerr. Ehemm, nanti dia lari takut tengok fans fanatik macam aku ni. Tapi don't worry, sebab aku kan kipas susah mati engkau! Hahahha!

Walaupun aku ni kipas susah mati, aku takkan campur adukkan masa ceramah dengan aktiviti kipas-kipas aku sebab aku kan profesional... (muntah jap) 

Akhirnya, walaupun aku crush nak mampos kat dia, tak jugak aku ada hati nak berkenalan sebab lelaki hensem selalu perangai macam nyah(pondan). Aku taknak kecewa bila dapat tahu yang dia tu pondan. Mana la tahu kan. Aku ni suka sediakan payung sebelum hujan. Jadi, aku ambil langkah berjaga-jaga dengan tidak perlu mengenali Vito.

Kalau anda merasakan diri anda hensem, tengok diri, adakah anda pondan? Kalau tidak, maka anda merupakan idaman ramai perempuan(bukan wanita)! 

Tapi untuk pondan pulak.....

Silalah Kembali Ke Jalan Yang Benar...

eseshhh~
Pink Cherry