Thursday, 4 September 2014

Apakah itu Arachnophobia?

Assalammualaikum..

Hi uolls! Before that, mesti korang tengah mencari apakah itu arachnophobia kan? Majoriti korang search mesti keluar dalam English aje. Berpinar mata nak baca. So, harini aku nak update mengenai arachnophobia ni in Malay. Sebab apa? Sebab aku juga merupakan salah satu daripada sekalian arachnophobe di luar sana. Nangis dalam hati.. Wuwuwuwu..

Arachnophobia ini adalah sejenis ketakutan yang melampau terhadap arachnid iaitu labah-labah. Seriesly aku memang rasa benda ni tiap kali aku nampak labah-labah. Kalau korang masuk bilik aku, aku jamin bilik aku aku adalah salah satu tempat spider-free. Jadi, amat selamat untuk para arachnophobes di sekalian alam. Mihmihmih..

Perasaan takut yang ada dalam diri aku ni tahap kronik tau. Misalnya, kalau aku nampak labah-labah walaupun saiznya hanyalah sebesar 5sen sahaja, namun itu sudah cukup untuk aku menjadi histeria. Aku akan mintak abang aku atau sesiapa sahaja untuk bunuh benda tu sebab, aku terbayang dia akan melompat ke arah aku, masuk dalam baju dan gigit aku sekuat hati dia. Kemudian, aku terbayang yang aku pengsan dan dibawa masuk ke wad, pastu disuntik! Oh no! Aku taknak!

Bukan itu sahaja, aku rasa macam aku nak selamatkan diri aku aje. Tak kiralah sama ada aku terpaksa melompat-lompat macam orang gila ataupun naik atas sofa ataupun menyorok belakang mak aku. Yang penting aku 'selamat'. Paling tidak pun aku akan tutup mulut aku agar dia tak melompat 'masuk' dalam mulut aku dan 'membesar' dalam badan aku. Ini adalah berpunca daripada filem Inggeris yang aku tengok masa kecik-kecik dulu dimana badan seorang lelaki tu pecah akibat labah-labah membesar dalam badan dia. Maka, aku terbayang benda yang sama. Well, aku tau itu adalah fiction sains semata-mata tapi aku tetap terbayang benda macam tu..

Kemudian, aku sedar yang fobia aku ni memang terlalu teruk apabila aku tidak boleh menatap gambar labah-labah walaupun ianya kecik sahaja. Asalkan gambar labah-labah, aku memang takkan tengok. Aku terbayang yang labah-labah tu jadi real dan melompat keluar ke arah aku. Sangat menakutkan. Masa aku PMR dulu, kawan aku ada guna buku Science Nexus keluaran Sasbadi Sdn.Bhd. Kalau sebut jer Sasbadi kita memang tahu bahawa keluarannya sangat bermutu tinggi and trusted. Tetapi disebabkan gambar muka depannya adalah 3D labah-labah, aku sanggup tak guna buku tu. Malah aku menjauhinya. Teruk kan?

Sebagai science student, aku sedar bahawa reptiles macam arachnids ni takkan membahayakan kita unless kalau dia rasa kita membahayakan dia, barulah dia serang kita. Aku juga sedar bahawa benda ni pun ada perasaan. Dia bukannya nak dilahirkan macam ni. They're one of the Mother Nature's too. Ye, aku tahu semua tu. Sebab tu, aku nak overcome masalah aku ni.

Antara langkah yang aku pernah cuba buat, tengok gambar labah-labah di google images. Bila dah ada taiko siket, aku usha pulak kat Youtube. Memang creepy sebab labah-labah tu bergerak. Tiba-tiba, labah-labah tu kuang hajau bila suddenly dia bersikap aggresive terhadap camera. Kot ye pun kau lapau, jangan sampai aggresive nak makan camera. Last-last, bukannya bertambah baik, tapi bertambah teruk pulak fobia aku ni. Makin hari makin tak surut. Sedihh...

Now, aku tak tau nak buat apa ngan fobia aku ni. Aku tak suka bila dipermainkan dengan labah-labah sebab aku rasa takut gila. Ibarat hati, perasaan dan emosi sangat memainkan peranan di sini. Kadar penghasilan hormon adrenalin aku akan melonjak naik seperti biasa, which is  the case that I hate the most. Aku tak suka!! ='(

Ada seorang blogger ni, macam aku jugak. Tapi dia lagi teruk. Yang protect dia dari labah-labah selama ni adalah isteri dia sendiri. Wahh, bravo! Hidup wanita xD Dia taknak hidup dalam ketakutan so he decided untuk bela seekor labah-labah yang mempunyai kadar pertumbuhan yang rendah supaya dia takkan sedar bahawa labah-labah tu sedang membesar tapi dengan syarat, bini dia yang atur segala kebajikan labah-labah itu. So sweet..Lokasi penyimpanannya adalah di atas meja makan. Maka, siang malam pagi petang dia menghadap labah-labah tersebut. At the same time, dia jadi macam pengkaji attitudes labah-labah. Credits for him.

Dalam masa 18 bulan sahaja, kini dia boleh pegang seekor non-venomous tarantula. Wah, hebak sunggoh mu ni! Thorrbaek~ Persoalannya, sanggupkah kita membela seekor baby labah-labah di rumah atas dining table? Me definitely tak sanggup! ='(

p/s: Iman pun seorang arachnophobe jugak. Mihmihmihh~


5 comments:

  1. Ada hikmahnya tu kitani tkut sma labah2 ani., humphhh. Menderita ih

    ReplyDelete
  2. Kalau SPIDER yang kecil kecil tu tak rasa takut sangat. Tapi kalau yg besar besar tapak tangan serius rasa nak pengsan bila nampak. Mcm nampak hantu 😂

    ReplyDelete

Pink Cherry