Wednesday 10 August 2016

UNIMAS UPDATE : Doktor Perubatan

Assalammualaikum

Haritu masa result UPU keluar, result UNIMAS pun keluar jugak dan alhamdulillah aku dapat first choice aku iaitu Ijazah Doktor Perubatan. Gembiranya aku masa tu memang tak terkata. Masa aku khabarkan kat parents pasal tawaran tu, dorang lagi happy. Benda yang touching sikit tu, ni memang impian aku cita-cita aku sejak kecik. Parents pulak tak penah jemu nak support aku. Keluarga apatah lagi. Makcik pakcik semua gembira sebab tak sangka budak kecik yang kuat berhingus dulu yang tiap kali ditanya nak jadi apa  tiap kali tu jugak kata nak jadi doktor, akhirnya tertunai jugak. This is really a dream comes true. Apa yang ayah cakap kat aku masa tu serius aku rasa terharu.\

Walaupun belum bergelar doktor lagi, tapi aku akan usahakan sehingga aku layak bergelar doktor 5 tahun akan datang. Inshaallah. Semoga dipermudahkan.

Ni baru setapak. Medic life susah. Ramai yang remind aku benda ni. Betul tu tapi susah jugak aku nak naik sampai ke tahap ni. Takde benda yang senang kat dunia ni. Semua susah.

Ada satu blog ni aku baca, lecturer dia cakap "If you think you'd study hard. Study harder". Perghh.. Untuk yang bukan genius cam aku ni kena harder harder harder la maknanya. Semua nak kena harder. Hukhukhuk.

Pastu,  another info yang aku dapat. Medic kat UNIMAS takde main repeat paper. Kalau fail kena repeat setahun terus. Mak aih. Mintak dijauhkan..

All in all, I hope my journey ahead will be eased with blessings. Thank you Allah for giving me this chance.

Thanks for reading this entry ∩__∩
Pink Cherry