Saturday 29 November 2014

Kisah hidup Pucubelle

Assalammualaikum..

Sebelum korang meneruskan bacaan korang, korang harus tahu bahawa ini hanyalah fiksyen semata-mata dan tiada kaitan sama ada yang hidup mahupun yang telah mati. Cerita ni jugak mungkin merepek dan mancarut sikit. So, make-sure bahawa korang memang ada masa yang terluang untuk teruskan membaca cerita aku kali ni.

Are you ready bebehh? Sure?

Ok, let's go!

Ceritanya macam ni, actually nama sebenar Cik Tashachibi bukan Nur Natasha, tapi Pucubelle. Pucubelle ni adalah adik bongsu kepada Annabelle dan Jessabelle. Kami ni cuma tiga beradik aje. Mak aku pulak bernama Kantaben. Disebabkan mak tak suka nama 'ben' kat belakang macam nama dia, maka mak decide untuk menamakan nama kami dengan -belle kat belakang. Kiranya, kalau tanpa -belle, nama kami ialah Anna, Jessa dan aku Pucu. 

Setakat ni paham?

Ok good, jom teruskan..

Aku nak cerita dulu mengenai kakak sulung aku ni, Annabelle. Dulu, dia ni cantik. Bukan hodoh macam ni. Eee, buruk nauu muka kau sekarang ekk..

Macam yang aku cakap, dulu dia ni cantik. Tapi jadi hodoh macam ni sebab mak aku sumpah dia jadi patung hodoh sebab perangai dia macam jembalang. Kemudian, mak aku pun jual la kat kedai antik yang bersebelahan je dengan kedai mamak jual roti canai dan kopi o.

Pada suatu hari, ada sebuah keluarga beli dia. Keluarga tu ada baby yang omeiiii angatt. Jadi, Annabelle ni rasa jealous laa sebab baby tu lebih comel dari dia. Elehh, macam la kau comel *mencebik* Maka keluar lah cerita Annabelle yang korang tengok kat cinema haritu.. Hmm, insaflah Annabelle oiii~

Ni pulak cerita kakak aku yang kedua, Jessabelle. Aku panggil dia Jessie je. Jessie ni jenis yang sporting sangat. Tapi jadi hantu sebab dia nak jadi hantu macam Annabelle. Dia rasa jadi hantu ni cool gilerr.. Boleh terbang malam-malam. Kalau anak dara, malam adalah party yaww. Jadi, itu lah puncanya dia nak jadi hantu..Korang ada tengok cerita Jessabelle? Itu adalah dirinya selepas melalui fasa keremajaan. Dia sedih sebab tak dapat jadi manusia semula, so dia kacau sesiapa yang dekat dengan dia. Hmm.. sedih aku tengok kau Jessie.



Yang last sekali adalah Pucubelle. Pucubelle pun hantu jugak ke? Eh tak lah, Pucubelle ni baik orangnya. Kenapa Pucubelle tak jadi hantu? Sebab dia ni sangat bersopan-santun dan penuh dengan kelembutan(ehemm!).

Credit: http://www.n-iman.eu/
Kan aku dah cakap, memang rajin datang sekolah.. Ihikkss

p/s : abaikan segala ketidakmicingan ye =D




Friday 28 November 2014

Movie Review: Flu

Assalammualaikum..

Genre : Action / Drama / Sci-Fi

Aku suka cerita macam action-action dan science thriller jugak. Setakat ni, "FLU" adalah movie thorrbaek kalau korang nak tengok cerita macam berjangkit-jangkit tapi bukan zombie ni. fyi, aku suka jugak tengok cerita zombie tapi menakutkan siott.

Jalan cerita ni bermula apabila seorang ahli penyelamat(Jigo) menyelamatkan seorang wanita(In-Hye) ni. Bila dia bertentangan mata, Jigo pun terus jatuh cinta. Kata orang, in love at the first sight gituu. Tapi In-Hye agak jual mahal. Kemudian, demi meraih cintanya tu, Jigo pun berabis hati mencari barang kepunyaan perempuan tu kat lokasi kejadian. Then terjumpa la beg milik In-Hye dan dapat tahu bahawa dia adalah doktor pakar dan mempunyai seorang anak perempuan yang bernama, Mirre.

Lama-lama, Jigo pun rapat dengan anak perempuan tu. At the same time, para specialists yang diketuai oleh In-Hye telah menemui satu penyakit baru yang boleh merosakkan sistem respirasi dan meragut nyawa manusia dalam masa yang singkat. Malangnya, Mirre dah terjangkiti. Satu-satunya penawar adalah serum.

Disebabkan Jigo dan budak tu rapat, maka berabis dia cuba untuk membantu In-Hye dalam menyelamatkan Mirre. Pada masa yang sama, bandar tersebut telah ditutup dan diarah untuk diletupkan. Tiada yang boleh masuk ataupun keluar agar virus tu tak tersebar dengan lebih jauh. Kemungkinannya adalah tipis untuk selamat.

Jadi apakah kesudahannya? Adakah penduduk bandar tu akan mati? Mirre selamat ke? Sejauh manakah hubungan Jigo dan In-Hye?

Oleh itu, tengok movie ni tau sebab aku rate ni 5/5. Mendebarkan gitu. Aku fikir mat salleh je tau buat movie macam ni. Tak sangka rupanya movie ini lah yang terbaik dalam kategori Sci-fi/thriller/medical setakat yang aku tengok ni. Rugi kalau korang tak tengok. Buat penat aku je buat review untuk korang kalau korang buat dunno aje.

Anyway, have a fun watching! (^_^)


Silver lining in every cloud

'SPM next week. Tapi melabuci baju banyak lagi yang belum siap. Kesian adik aku", aku mengeluh dalam hati tanda stress yang memuncak. 

Sedang aku membaca Sejarah (weakest subject), aku memerhatikan adik aku yang nampak macam boring sebab takde kawan dia nak melabuci baju kawin cousin aku. Maka aku ambik keputusan, "takpe la dik, jom labuci sama-sama". Terserlah kegembiraan adik aku pada mukanya. Happy lettew beban dah ringan siket.

Bila dah lama tak melabuci, then melabuci semula, memang jari asyik tercucuk jarum aje. Macam dalam 4 biji manik dilabuci mesti, wajib dan harus tercucuk jarum. Jarum pulak bukan alang-alang tajamnya ye. Tapi takpe, aku tabahkan hati sebab melabuci bukanlah perkara yang senang. Sakit belakang sebab tunduk, jari tercucuk jarum dan proses melabuci yang sangat lama adalah perkara biasa. Jadi, kesabaran dan ketabahan adalah peranan yang sangat utama kat sini.  

*malam sebelum first day SPM*
"Dik, aku tak dapat kawankan kau memanik, ada masa aku tolong ehh.."
"Okay lah, good luck esuk"
"Tenkiu"

*malam sebelum exam Sejarah*
"Jom lah, aku tolong kau memanik"
"Bukan ke esuk subjek Sejarah?"
"Ha'ahh.. tapi aku dah penat baca Sejarah. Kau nak ke tak nak ni aku tolong?"
"Okok.."

Sebelum exam Sejarah dan exam-exam sebelumnya, aku decide untuk memperbanyakkan tolong adik aku melabuci sebab aku rasa kalau baca last minute memang tak dapat compressed dalam otak. Dalam erti kata lain, aku berserah. Mak ayah aku balik-balik larang aku daripada melabuci. Tapi aku nak juga sebab tak lama lagi, tarikh kawin cousin aku. Jadi, kalau fikir-fikir balik, memang tak sempat laa kalau nak harap dua tangan adik aku aje.

Setelah SPM tamat, waktu siang aku habiskan masa aku memanik, malam pulak baru ada masa nak tengok movie, update blog dan online.

Sekarang ni dah ade wedding dress dan veil yang complete. Sangat cantik. I wish I can upload it here tapi tak boleh.. Nanti seri baju cousin aku tu hilang laaa.. After semua penat lelah, sakit belakang dan jari tercucuk sana-sini ni, aku sangat berpuas hati dengan hasil labuci kami. Cousin datang haritu untuk tengok baju dia pun terkejut sebab overwhelming sangat. Bila cousin happy, kami double triple laaagi happy. Walaupun kami bukan la professional tapi berkat kesabaran dan pengorbanan, kami dapat menghasilkan sesuatu yang ohsem. Ehemm, imbalan pun lumayan jugak la *senyumlebar*

It's like there is a silver lining in every cloud. Kita bersusah payah, hasilnya pasti akan menggembirakan. Hikhikhik.. Sekarang aku nak sambung melabuci, tak sabow nak bagi kat cousin aku semua baju dia ni 

Throwback : SMK Benoni

Assalammualaikum..

Since aku dah 'free' ni, apa kate kalau korang layan dulu cerita aku yang poyo ni. Okayy tak? Maybe a little bit historic. Alaaa, jangan lah menguap dulu.. Mentang-mentang lah sejarah, terus korang menguap ekk..

Aku masuk SMK Benoni ni masa aku Form 2 (2012). Masa tu aku rasa macam semua benda tak kena. Ini tak kena, itu tak kena. Contohnya, kalau orang langgar aku secara tak sengaja then dia tak mintak maaf, terus aku sakit hati. Pastu aku membebel dalam hati. 'kuang ajow kau, kuang ajow!' Ehemm, Cultural Shock lah katakan.

Agak lama jugaklah aku sensitif macam tu... Dan yang lucunya, aku takkan lalu depan budak lelaki kat sekolah tu sebab aku rasa dorang agak biadab. Tapi ituu duluu.. Masa mula-mula pindah..Hee~

Naik Form 3, aku masih ingat lagi. Masa subjek Bahasa Melayu, aku and the geng duduk kat belakang (okasi yang agak strategik). So, attention cikgu kat kitorang tak berapa sangat. Masa orang lain tengah fokus, aku dan yang lain-lain makan buah kedondong cecah sambal belacan. Korang tau kan bau belacan ni camne? Memangg perghhh! 

Apabila kelas sedang kecoh..
"eeee, kelagi jua bau ani. Siapa kan bawa sambal belacan ani??!"
"busukk nyaa"

Sedangkan aku kat belakang..
"ohhh, busuk ehh? Haa, ambik kau. Ambikk!" *ketawajantan sambil mengipas-ngipas belacan*
Kata orang, 'Spread the Word'. Tapi kata aku, 'Spread the Belacan!' Muahahaha!

Form 3 adalah kenangan yang paling terindah dalam sejarah persekolahan aku dengan besties sebab kitorang terpisah apabila naik Form 4 akibat berlainan aliran. 

Masuk aje Form 4, everything was changed. Form 4, honeymoon. Honeymoon, Form 4. Normal la tu. Honeymoon punya honeymoon, I lost the old me. Masa tu, aku akui memang aku sangat berbeza and that was my darkness ever. Jadi, aku taknak cerita la wehh.. Tak best xD

And now, my senior year aka final year (2014). Masa awal tahun aku agak busy, exhausted dan segala-galanya lah sebab aku terpaksa attend banyak kelas. Then bulan Mac, aku hentikan banyak kelas. Memang totally bergantung dengan usaha diri sendiri for certain subjects. So, aku agak pressure la jugak. Masuk aje bulan Jun, everything had been back to normal.

Kenangan masa Form 5 ni agak banyak untuk diceritakan. Aku pernah ada conflict dengan classmates dan juga pernah pissed-off kat dorang. Tapi, kami juga have a nice coorperation, terutama masa last-minute punya pembentangan. 

Ramai cakap Form 5 Science 2014 is the worst batch tapi ramai tak tau yang kami semua  nakal tapi berakal. Aku yakin mesti ada jugak segelintir cikgu yang tersinggung dengan kami tapi percayalah, kami tak sengaja *mukacomel*

Now, aku rindukan segala-galanya. Aku rindu my besties, my classmates, my lovely teachers (especially mdm naimah dan cikgu christie) dan tak dilupakan, my lovely meja. 


Thursday 27 November 2014

Hilang Semua..

Assalammualaikum..




Harini aku rasa nak pissed-off je. Tadi, masa aku sibuk tengok ig orang, aku dapat satu idea. Masa idea aku tengah mencurah-curah, aku nak on WecChat. Tapi, tiba-tiba WeChat aku macam ter'log-out' and I was like "Huhhh???" . Dahlah aku lupa password, simcard pun dah aku patahkan and now what?! How can I get my WeChat back? Dalam tu penting. Hilang dah semuanyaa  T_T

Nampaknya aku kena buat WeChat baru. Tapi WeChat baru pun perlu guna nombor telefon jugakk! Stress lah kalau macam ni.. Menyesal aku patahkan simcard dulu.. Eleh, kengkonon orang putus cinta macam dalam drama. Propa sangat. Sekarang sape susah? 

Ye, aku susah! Padan muka kau T_T

Movie Review : Dracula Untold (2014)

Assalammualaikum...

Genre : Action / Drama / Fantasy

Okayy, cerita ni best sangat. Ianya mengisahkan mengenai seorang putera raja yang terpaksa bertukar menjadi monster (dracula) demi mempertahankan kingdom and family dia ni daripada serangan kerajaan Turki. Jadi, dia pun minum darah dracula yang satu lagi untuk jadi dracula. Malangnya, ia ibarat satu sumpahan untuk putera ni.

Dia jadi monster hanya dalam 3 hari sahaja. Biasalaa, dracula ni limited jer kerja dia. Siang tak boleh keluar sebab cahaya matahari, so boleh keluar malam aje. Tapi dia boleh fly-fly dan bertukar jadi kelawar. Perghhh!

Jadi, macam mana ending cerita ni? Apa cer kingdom dia? Selamat ke family dia?

Haa, just watch this ok! Fyi, cerita ni sebenarnya ada berkait rapat dengan history empayar Turki, tapi tak kena tunjukkan sangat jalan ceritanya kat sini. Overall, I rate this 4/5 (^_^)

Movie Review : A Little Thing Called Love

Assalammualaikum..

Genre : Romantic / Comedy

I watched this ever since I am in Form 3(2012) and now is 2015. Aku dah banyak kali tengok movie ni. Setiap kali tengok konfom nangis. Touching sangat cerita dia ni. So, disebabkan cerita ni sangat best, aku nak recommend korang tengok cerita ni jugak tau. 

Betapa romantic nya ending cerita ni yang definitely korang akan rasa terharu.. =')

Tengok tau, jangan tak tengok!

Tuesday 25 November 2014

Movie Review: Beautiful Creatures (2013)

Assalammualaikum

Genre : Drama / Fantasy / Romance
I'd watched it just now. Sangat best, so I recommend you untuk tengok movie ni jugak.

Ianya mengisahkan mengenai budak Lena ni, dia ada kekuatan yang mutlak selepas aje umur dia masuk 17 tahun. Masa ni, dia akan ditentukan untuk menjadi caster jahat atau caster baik mengikut kepada sifat keperibadian dia sendiri.

Kemudian, Lena jatuh cinta dengan seorang lelaki biasa(mortal) iaitu Ethan. Dorang ni suka antara satu sama lain. How sweet. Masalahnya, mengikut tradisi, seorang caster tak boleh bercinta dengan mortal.

So, apakah kesudahan cinta dorang ni???

Tak perlu cemas sangat la. Kalau nak tau, tengok la movie ni. I rate this 5/5 !

Finally...

Assalammualaikum..

Alhamdulillah.. 
Finally, saat-saat yang dinantikan telah tiba. I owned my freedom guys! Setelah penat duduk beberapa exam dalam  upper form sepanjang 2 tahun ni, memang sangat susah. Sangat menyeksakan dan of course sangat stress.

Now, 
it is all in out babe! Aku ibarat burung dari sangkar yang berkicauan. Wihiiii...

So, ramai la yang tanya soalan kinda regular untuk SPM-leavers. Macam..
"kau nak buat ape lepas ni?"

Kalau korang, ramai yang celebrate kemerdekaan dengan party with friends or what-so-ever kan? Aku tak. Aku prefer duk kat rumah, tengok movie, makan, tidur. Hehehee, yes aku bukan orang yang suka keluar rumah for no reasons. Aku suka outing with family jerr...

Maybe, when I dah grow up sikit, aku akan lebih out with friends...? (Huhh?) 

Eh, who cares? Yang penting, aku sekarang is officially a SPM-leavers and Alumni of SMK Benoni Papar~

Hello World!

Thursday 20 November 2014

OTW to Freedom !

Assalammualaikummm~

Freedom?

Apa maksud freedom bagi korang? 

Freedom bagi aku adalah kebebasan mutlak daripada SPM sebab aku kan SPM candidates.Heee.. Nanti bila aku dah habis SPM, then dapat result, kemudian masuk IPTA/IPTS/Matriks segala freedom tu dah tamat. Sebab aku akan terpaksa menanti next freedom, iaitu tamat pengajian tinggi. Bila dah tamat pengajian tinggi, dapat kerja, aku akan free lah nak shopping dengan duit sendiri. Mesti best!


Tepat 25 November 2014, aku akan merasai segala freedom ni! Aku akan terlepas dari cengkaman SPM yang sungguh menyesakkan nyawa eden. I'll freeeeee, let it go! Let it go! *nyanyi lagu frozen*
This is my third freedom sebab first sekali free dari UPSR. Second, free dari PMR, The third-to-be is SPM. Yeay! From now, 4 days to go. Oyeah, tak sabar rasanya nak tamatkan semua ni. Segala ke'tension'an, you may fade away. 

Talking about SPM dari tadi, SPM setakat ni okayy tak? Frankly speaking, Soalannya sangat susah. Agak berbelit otak aku nak memahaminya. Hurmm, nampaknya sel-sel otak aku tak berhubung xD fyi, SPM 2014 adalah batch starter yang menggunakan KBAT/HOTS. Jadi, boleh tak bayangkan how difficult soalan tu? Bayangkan, hari pertama je aku dah rasa, omaigadd.. Start dari situ la aku terpaksa survive dalam SPM ni supaya aku dapat capai target. Gila kott. Tapi paper Physics kemarin, alhamdulillah. Because it is a little bit much easier dari soalan past years punya. Tapi kat paper 3, aku kondem sebab eksperimen tu aku tak tau. Aku pasrah aje laa...

Next Monday adalah Chemistry. My fav subect. Dulu subjek ni paling aku benci. Tahap kebencian adalah 5/5. Sekarang, aku dah jatuh cinta dengan subjek ni. Tahap cinta aku 5/5 (^_^) Aku harap, soalan Chemistry nanti tetap sama ngan format lama. Selasa pulak exam BIO. Last peiiiperrr! Untuk both final papers, aku tak tahu eksperimen nak baca apa, so aku cuma berserah aje laa.. Kalau apa yang aku baca tak keluar, lu pikirr la sendiri! xD

Hoiii!



Lepas habis aje last peiiperr nanti, aku nak enjoy-kan diri aku dengan menonton movie banyak-banyak biar sampai lebam mata aku macam panda kat sebelah ni. Nanti aku akan buat review pasal movie-movie yang best. 

Sekian sahaja dari sayaa, tataa♥



Saturday 8 November 2014

It's My 17th Birthday!

Assalammualaikumm..

Alhamdulillah, 27 Oktober lepas aku dah pun genap 17 tahun! Yeay!
Tahun lepas, aku telah dikejutkan dengan pelbagai surprise antaranya telur. Yucks! Yeah I know it but I think it's pretty cool you know (meh). Aku jalan-jalan sekeliling sekolah pun dengan bau busuk telur yang tak terkata, semerbak harumnya mekar mewangi di keliling sekolah. Nasib baik masa tu ujung taun, so tak ramai yang datang sekolah. Huh, what a shame =(

Jadi, masa hari Isnin lepas, aku berdoa dengan bersungguh-sungguh dan berharap tak kan ada lagi telur prank kat aku. Haha! Akhirnya, Tuhan yang Maha Mengasihani hambanya ini pun dengar lalu mengabulkan permintaan aku. Syukur. Takde la kereta ayah aku bau hanyir telor. Yeay! (bersorak kegembiraan)

Yang bestnya, birthday aku kali ni sangat-sangat tacing gitu. Sebab, kali ni disambut dengan meriah walaupun dari sudut pandangan zahir, birthday aku lebih meriah pada last year, but honestly, tahun ni sangat awesome. Antara sebabnya adalah, first, my ayah is the first man yang wish kat saye masa otw ke sekolah yerr uolls. Apa lagi, aku pun semangat la melangkah ke sekolah (^_^) Pada malamnya pulak, kami sekeluarga makan KFC kat rumah sebagai main course, Blueberry fruit cake sebagai dessert, roti untuk supper pulak. Hilang segala pantang larang diet aku.Sehhhh.... Ehem, fyi, kami sekeluarga tak suka sambut family fiests kat luar. Lebih selesa kalau kat rumah aje =) Second, my buddies yang diketuai oleh Fanta make a fantabolous surprise dengan membeli kek mango cheese from Kak Kiah Cakehouse, my fevret! (tenkiu sangat). Third, dapat makanan from En. Eqin ! Tenkiu the mayoh-mayoh =D

Kemudian, aku dikejutkan lagi dengan hadiah yang amat aku tak jangka from Mr. Blogger kita, iaitu tuan kepada Hitlat. Sebelum ni aku memang tau dia ada something untuk aku sebab dia ada bagi hint juga sebelum my birthday ritu. Tapi aku ingat benda 'something' tu benda biasa orang bagi as a birthday gift. But guess what? Dia tiba-tiba jadi macam Santa Claus kat aku. Hahaha! Bezanya, Santa Claus version Mr. Blogger ni tak pakai mascot Santa. Korang ingat lagi tak aku ada KIV: mini tafsir al-quran dan #POTD 2: Books Madness ? Aku bercadang nak beli hujung bulan lepas, tapi tak jadi sebab Santa Claus yang takde gaji ni dah pun tunaikannya as a birthday gifts. Tenkiu sangat. Aku rasa terharu gilerr doh. ='D

Inilah tafsirnya....

Mine is the pink colour <3
Bahagian tidak matching:
What I want to tell you is not about how awesome was my birthday or making any comparisons. No! Aku cuma nak korang buatlah something yang bermakna dan penuh dengan keikhlasan serta kesungguhan semasa ingin membuat birthday gifts or celebration untuk anybody apatah lagi untuk ahli keluarga anda! Because, trust me. Dengan hanya sebaris ucapan "Happy Birthday" dari family member kita pun kita dah rasa wowwwww.. =') Jangan nak harap "tepatt pukul 12 tengah malam, boifren aku wajib kol aku! Kalau tak, aku nak break! Huhh"  No no no, jangan harap macam tu sebab of course korang akan dapat dan itu dah tak jadi surprise sebab korang dah tahu dari awal. Lapuk. Kan lebih best kalau ayah merupakan first man yang wish kita instead of your boifren.

Addition : Tenkiu sebab sudi wish kepada Cik Tashachibi tempoh hari walaupun saya hanya seperti sebutir pasir di Gurun Sahara. Terima kasihhh!!

Jangan nak propa sangat, boleh tak?


Pink Cherry