Assalammualaikum..
Genre : Action / Drama / Sci-Fi
Aku suka cerita macam action-action dan science thriller jugak. Setakat ni, "FLU" adalah movie thorrbaek kalau korang nak tengok cerita macam berjangkit-jangkit tapi bukan zombie ni. fyi, aku suka jugak tengok cerita zombie tapi menakutkan siott.
Jalan cerita ni bermula apabila seorang ahli penyelamat(Jigo) menyelamatkan seorang wanita(In-Hye) ni. Bila dia bertentangan mata, Jigo pun terus jatuh cinta. Kata orang, in love at the first sight gituu. Tapi In-Hye agak jual mahal. Kemudian, demi meraih cintanya tu, Jigo pun berabis hati mencari barang kepunyaan perempuan tu kat lokasi kejadian. Then terjumpa la beg milik In-Hye dan dapat tahu bahawa dia adalah doktor pakar dan mempunyai seorang anak perempuan yang bernama, Mirre.
Lama-lama, Jigo pun rapat dengan anak perempuan tu. At the same time, para specialists yang diketuai oleh In-Hye telah menemui satu penyakit baru yang boleh merosakkan sistem respirasi dan meragut nyawa manusia dalam masa yang singkat. Malangnya, Mirre dah terjangkiti. Satu-satunya penawar adalah serum.
Disebabkan Jigo dan budak tu rapat, maka berabis dia cuba untuk membantu In-Hye dalam menyelamatkan Mirre. Pada masa yang sama, bandar tersebut telah ditutup dan diarah untuk diletupkan. Tiada yang boleh masuk ataupun keluar agar virus tu tak tersebar dengan lebih jauh. Kemungkinannya adalah tipis untuk selamat.
Jadi apakah kesudahannya? Adakah penduduk bandar tu akan mati? Mirre selamat ke? Sejauh manakah hubungan Jigo dan In-Hye?
Oleh itu, tengok movie ni tau sebab aku rate ni 5/5. Mendebarkan gitu. Aku fikir mat salleh je tau buat movie macam ni. Tak sangka rupanya movie ini lah yang terbaik dalam kategori Sci-fi/thriller/medical setakat yang aku tengok ni. Rugi kalau korang tak tengok. Buat penat aku je buat review untuk korang kalau korang buat dunno aje.
Anyway, have a fun watching! (^_^)
No comments:
Post a Comment