Thursday 29 January 2015

Pointless..

Assalammualaikum..

Bila takde kerja nak dibuat, ini lah apa yang akan terjadi. Pemangkin kepada segala-galanya adalah Oppo Find 7 milik kawan yang sangat ohsem ditambah lagi dengan keboringan yang melanda tahap gaban kat Giatmara Papar~




eh eh.. ni blog saya. Sukahati aku la kalau aku nak taruh gambar aku sebesar alam. Hehehe, just kidding. Aku rasa aku kiut kat sini, so aku nak letak besar-besar. Hehehe (gedik ko ni). Ehem! ini raw pictures tau!

Fyi, setakat ni kami baru masuk modul 2 iaitu mengenai kebersihan diri. So, aku belum boleh update any recipe here. Setakat ni, layan je la gambar kitorang aku ber'selfie' syok sendiri ni ye. Wakakka~

Wednesday 7 January 2015

Mimpi tak best

Assalammualaikum..

Lately, aku asyik dapat mimpi yang mengerikan. Nasib baik sebelum ini, Encik Zulfaqar (haha!) ada post pasal kenapa kita ada mimpi macam tu atau macam ini. Katanya, salah satu puncanya adalah sebab kita terlalu memikirkan soal itu.

Mimpi aku ni sangatlah tidak keruan. Dua hari yang lalu, aku mimpi pasal result SPM aku cuma 5A sahaja. Dalam mimpi tu, aku menangis bagai nak rak. Pastu takut nak kasitau mak ayah pasal result aku tu. Dalam hati, "5A je?! Apa yang aku boleh buat dengan 5A?! Nothing!" . Aku risau giler dalam tu. Macam masa depan aku langsung tak cerah. Nak apply PASUM pun sah-sah tak layak. Nak masuk Sains Hayat pun nyawa-nyawa ikan aje. Giler kan? Bila aku bangun, air mata aku takde, tapi sedu aku tu ada. Pastu, cecepat aku menuju ke dapur (bukan nak makan), jumpa mak ayah dan kasitau pasal mimpi aku tu. Dengan keadaan aku belum berus gigi lagi tuh, aku cakap "Yah, aku mimpi aku dapat 5A ja SPM" . Tau apa ayah aku respon?? Dia tak cakap apa-apa, tapi gelak je. Tau gelak camne? Camni ha.. hihihihihihihihihi Macam hantu pun ade jugak, nasib suara ayah aku garau dan tak nyaring =') 

Pastu kemarin nye lak, aku mimpi mengenai someone ni. Dia tak penting pun dalam hidup aku. Last call haritu just via WeChat aje. Itu pun bulan September yang lalu (kalau aku tak silap la). Dia la punca aku patahkan simcard DiGi sampai bila aku lupa password WeChat, aku terpaksa beli simcard baru. Aku tak pernah bercinta dengan orang tu. Contact pun tak selalu. Dia macam angin yang lalu tanpa aku sedar. Haha, teruk sangat ke deskripsi aku ni? =') Tapi kan, dalam mimpi aku tu, dia jumpa dan minta maaf kat aku. Pastu, siap masuk dalam rumah dan jumpa parents aku lagi. Peliks nya, parents aku pulak macam suka dia ni. Ye laa, orangnya hensem, tough, ada kerja tetap, tinggi dan memang ohsem la. Sape tak suka kan? Aku suka dia pun sebab tu juga. But then aku tak suka dia atas sebab tertentu sehingga aku decide taknak contact ngan dia lagi (kes patah simcard).

Boleh dikatakan macam ni la dia tu. Haha!


Based on mimpi aku kat atas, yang aku terlalu fikir hanya SPM. Pasal someone tu aku memang tak fikir pasal dia langsung. So, how can he be in my dream? 

Okeh... Ni takde kena-mengena. Aku terjumpa masa usha Steve Rogers. Haha ! 

Hurmm, dihantui betul la hidup aku ni. Ape-ape pon, gtg guys, tata!

Monday 5 January 2015

Hairul Azreen & Hanis Zalikha

Assalammualaikum!

Okehh, aku excited giler dohh! Finally, Hanis Zalikha (blogger femes tu) yang aku adore sangat kini dah dilamar oleh Hairul Azreen! omg! Syukur.. Kita yang tengok ni pun dah happy, apa lagi tuan punya badan kan?? Untungg laa. Tambahan lagi, tadi aku usha Insta keknis, beliau pun sedang happy. Awww, so cuit la keknis..

Comel je kan???


Tapi.....

Disebalik kegembiraan keknis, ada jugak yang tak suka. Aku tak paham betol la. Tetiba, kengkononnya sultan murka. Sultan Melaka pulak tuh. Pastu, ada pulak dah orang share benda ni. Sebab, dorang rasa, "eh, Sultan pun tak suka laa.. hahahhahaha!"  *ketawa jahat* (-.-)
Sepanjang aku belajar Sejarah Form 5, Melaka dah takde Sultan. Sape yang pecaya tuh memang @#$%^&* ! 



Biasa la tu, kalau dalam hati ni kita ade hasad dengki, mula la tu nak jatuhkan orang. Pastu guna alasan yang tak munasarawak. Kononnya, menyalahi norma masyarakat Melayu la, melanggar adat la, tak kena dengan cara Islam, menyerupai Kristian/Barat. Semua tak kena. Semua nak guna nama Islam dan Melayu. Kau dah kenapa??


Fyi, kita selama ni tengok Melayu bersanding sebenarnya tu bukan adat melayu, tahu?? Tu adat india. Berinai tu pun adat India jugak. Kalau ikut cara Islam yang sebenar, kahwin hanya perlu akad nikah, mas kahwin dan walimaturus. Kalau ikut cara melayu sebenar pulak, merisik, bertunang dan nikah. Kan? 

Kalau dah jeles sebab tak dapat macam Keknis, takyah buat camni. Kalau lelaki jeles sebab tak seberani Hairul Azreen, takyah komen lelebih. Jaga tepi kain sendiri. Plus, sebenarnya Hairul dah jumpa family Keknis terlebih dahulu dan ini semua planning family Keknis, Astro dan Hairul sendiri. Kalau benda ni tak bagus, dah lama dah family Keknis tegah daripada buat surprise camni.

Ape-ape pon, to Keknis dan Captain Hairul, congrats! I love you both! Semoga berkekalan. #tilljannah.


Sunday 4 January 2015

Program Score-A

Assalammualaikum...

Harini aku happy dan bersyukur sangat-sangat. Sebab, tak sangka.. Rupanya, dalam banyak score-a yang aku buat sampai aku terpaksa abaikan blog aku yang kiut ni, ada jugak pencapaiannya. Walaupun competition sikit sebab program ni mahal, tapi soalannya susah. Cikgu aku sendiri cakap, soalan ni susah. Dia lebih kepada penghafalan. Bukan pemahaman aka KBAT. 

Jadi, otak aku ni bukan jenis menghafal. Otak aku cepat berkarat dan kalau hafal pun, konfom takkan tahan even dalam seminggu. Kalau bab menghafal ni, memang subjek Sejarah dan Biology aje la kan??

Sejarahh?? 

maigadds. Pening aku. Setakat ni, hanya Sejarah la mampu buat aku tak tidur malam semata-mata untuk buat revision. That's why aku tak suka Sejarah. Haritu, result trial aku cikai sebab Sejarah ni la. 

Tapi, tak sangka pulak, Score-A ada buat NATIONWIDE ScoreA™ TOP 100 STUDENT.

Aku salah seorang daripada achievers tersebut.. Ada jugak beberapa kawan aku yang turut tersenarai. Alhamdulillah. Walaupun tak dapat hadiah secara langsung, tapi being listed pun dah good enough. Rasa macam, tak sia-sia sekolah bagi free kat kitorang.

 Aku yang keenam bagi Form 4 - Sejarah


 The First bagi Form 5 - Sejarah



No 13 adalah kawan aku, Mohd Ridzqin Firdaus aka Daus Gatar Seribu aka Ketua Pelajar 2014. No 20 adalah kawan aku jugak, Nor Adriana aka Yayah. fyi, aku tak selalu jawab English kat Score-A sebab aku terlalu fokus Sejarah (-.-)


 Second for Biology but the last (-.-)



Haa, ni semua kawan aku. Fuyoo, Joyner. Caya laaa. Ohh, kau langsung tak kasitau kitorang result Score-A kau gempak ehh.. xD 


Ridzqin above me and I'm the 30th =) Subject SPM Sejarah.

Overall, tenkiu kat pihak sekolah sebab bagi benda free ni kat kitorang. Bukan murah tau. Mahal kot. Mesti para pentadbir dah pikir dua tiga kali untuk bagi ni kat kitorang. Benda free ni kita mesti manfaatkan dengan sebaik mungkin. Macam jugak nyawa kita. Allah dah bagi free kat kitorang, tapi jangan lah pulak kita menggunakan nyawa yang ada ni untuk ke arah kemaksiatan. Nauzubillah..

That's all for now ! Tata !

footnote : Baru-baru ni, aku dah siapkan books review untuk tatapan korang. Kalau nak baca, klik pada tabs di atas ohkayy? Tq for reviewing dan tq for reading this entry. I am soooo happy~

Friday 2 January 2015

Movie Review : The Roommate

Assalammualaikum...

Drama/Thriller

Hi uolls~

Haa, ni first movie review aku untuk 2015 ni. Wihuuu ! Actually, aku tengok cer ni last week, aka tahun lepas. Mueheheh. BTW, masa malam 31 Disember 2014 haritu, ada ke yang keluar tandas lepas jam 12 tengah malam?? Kalau ade, that's mean korang dah setahun kat tandas. Hahaha ! Ok tak lawak (-.-) Lapuk..

Dan akhirnya, jom kita tengok review aku pasal movie ni~

Ok, cerita ni best. Mengisahkan pasal pompuan ni ada masalah saiko siket. Dia cuma nak kawan aje. Tak lebih. Kalau tengok kan, dia ni macam lesbian pulak. Sebab, dia macam terlalu obses dengan roomate dia sendiri sehingga sanggup buat apa aja untuk roomate dia. Misalnya, bunuh anak kucing milik roomate dia sebab takut roomate dia akan dikenakan tindakan. Giler. Saiko kan? Dah la kitten tu warna hitam. Fav aku tuu Sampai hati ko bunuh dia. Hukhukhuk T_T

Scene of a kitten killed in the dryer machine. (The Roommate)

When the other kittens watching The Roommate..


Bahahhaha *rolling on the floor*

Ok, again.. tak lawak..
-----------------------
Finally, obsession dia makin bertambah-tambah. Kalau nak tahu ending cerita ni, mu tengok la sendiri ye?

Rating : 5/5

So, that's all for now babe! Tata~

Thursday 1 January 2015

Sneak Peek of 2014

Assalammualaikum..

Hello everyone...

Menurut kalendar Masihi, kita kini entering new year. 2015! Happy New Year everyone. A great year start with a great hope. Chewahhhh!


Oleh itu, mari kita lihat beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang 2014 kepada hidup aku. Hehehe. Tak banyak, tapi bolehh la kot. Sebab, 2014 ni merakamkan ups and downs aku sebagai pelajar, warganegara Malaysia dan jugak sebagai insan biasa..

Peristiwa MH370


Kembara Ilmu 2014 ke KL, Melaka dan Perak.

Keganasan di Gaza

Piala Dunia 2014 aka WaKap(World Cup)

Actually, aku sokong Belanda haritu. Punya la aku semangat sokong dorang ni. Sampai aku tak tidur tahu? Aku support dari awal Wakap lagi. Asal dorang ada game, konfom aku tak tidur punya. Tapi hampehh. Kecewa aku. Lol. Whatever la. Congrats Germany (-.-)

Kejadian MH17


Merdeka Raya SMK Benoni Papar bersama dear besties~
Eh? Del kat mana, del del kat mana?? *senada lagu Taufik Batisah*

Kahwin cousins tersayang~
Semoga berkekalan hingga ke anak cucu. fyi, both of cousins aku ni are siblings and married with their partner in the same date~ haaa, ni la veil dan baju yang berabis aku complete kan tu. Gambar lain tak dapat cari sebab handphone kakak aku kena curi, so tak sempat copy ke laptop. Plus, aku tak pasal-pasal jadi pengapit terjun. Hahaha. untung laa.

footnote: Bunga tangan pengantin perempuan are 100% made by me. Inspired from Youtube. Bunga pulak memang disediakan oleh pengantin untuk aku olah.



Banjir Teruk di Pantai Timur Malaysia


Kejadian QZ8501
Salam takziah buat keluarga mangsa daripada kami warga blogger ='(

Last sekali adalah...

Keputusan yang tidak mengecewakan...sikittttt~
#alhamdulillah
Harap-harap SPM pun camni la jugak hendaknya. =')


Nampak nama aku tu? Aku harap, menjelang tahun 2015 ni, nama aku takkan salah eja cam ni lagi. Yang betul punya, Dg Nur Natashah binti Armendas bukan Armandos =')

Overall, ni je lah sneak peek 2014 dalam kehidupan aku. Based on perkara di atas, lebih banyak kesedihan berbanding happiness. Oleh itu, Malaysia tak buat countdown macam selalu. Ni semua untuk menghormati segala kejadian yang menimpa kami secara global. Secara individu, aku jugak tersentuh dengan segala musibah yang menimpa sepanjang 2014 ini..
Pink Cherry