Wednesday 10 August 2016

UNIMAS UPDATE : Doktor Perubatan

Assalammualaikum

Haritu masa result UPU keluar, result UNIMAS pun keluar jugak dan alhamdulillah aku dapat first choice aku iaitu Ijazah Doktor Perubatan. Gembiranya aku masa tu memang tak terkata. Masa aku khabarkan kat parents pasal tawaran tu, dorang lagi happy. Benda yang touching sikit tu, ni memang impian aku cita-cita aku sejak kecik. Parents pulak tak penah jemu nak support aku. Keluarga apatah lagi. Makcik pakcik semua gembira sebab tak sangka budak kecik yang kuat berhingus dulu yang tiap kali ditanya nak jadi apa  tiap kali tu jugak kata nak jadi doktor, akhirnya tertunai jugak. This is really a dream comes true. Apa yang ayah cakap kat aku masa tu serius aku rasa terharu.\

Walaupun belum bergelar doktor lagi, tapi aku akan usahakan sehingga aku layak bergelar doktor 5 tahun akan datang. Inshaallah. Semoga dipermudahkan.

Ni baru setapak. Medic life susah. Ramai yang remind aku benda ni. Betul tu tapi susah jugak aku nak naik sampai ke tahap ni. Takde benda yang senang kat dunia ni. Semua susah.

Ada satu blog ni aku baca, lecturer dia cakap "If you think you'd study hard. Study harder". Perghh.. Untuk yang bukan genius cam aku ni kena harder harder harder la maknanya. Semua nak kena harder. Hukhukhuk.

Pastu,  another info yang aku dapat. Medic kat UNIMAS takde main repeat paper. Kalau fail kena repeat setahun terus. Mak aih. Mintak dijauhkan..

All in all, I hope my journey ahead will be eased with blessings. Thank you Allah for giving me this chance.

Thanks for reading this entry ∩__∩

Tuesday 28 June 2016

MAHSA University : MBBS Offer Letter

Assalammualaikum guys !

Today would be a really short entry

Recently I got offer from Mahsa University and it is for MBBS ! Gila kau tak happy ? Mesti lah aku happy kan. Tapi bila tengok balik kos pembelajaran. Aku rasa nak nangis. Tu belum masuk kos sewa bilik, air, wifi dll. Kos untuk makan minum aku pun belum masuk lagi. Lagi la aku nak nangis. For once in my life time, I really wanted to be filthy rich macam budak-budak international school tu. Lol

Tambahan pulak MARA sekarang ni tak buka permohonan pinjaman dan biasiswa which I hope the most. Dengar cita dah takkan bukak lagi. Aduu, serabut otak aku. So, aku mintak la pendapat kawan aku ni. Dengan fast reply nya, dia hantarkan aku a lot of info pasal scholarships. Immediately aku search satu-satu yang aku boleh pohon and pathetically, hanya satu je aku dapat mohon sekarang ni.

Berdasarkan calculations aku, aku andaikan yang aku dapat scholarship tu, so kos pembelajaran MBBS tolak PTPTN  dan tolak scholarship, masih belum dapat tampung all the fees. Parent masih perlu topup. Asal sedih sangat ni ???????

LOL

Anyway, I'm still waiting. Manatau tiba-tiba ada berita gembira. Hiks 

Kalau sapa-sapa ada info, meh la share-share. Any updates I'll share to you guys ekk.

Thanks for reading ^_^

UNIMAS: pengalaman interview medic

Assalammualaikum guys! 

Lamanya kita tak borak sama. Huhuhu. Teruk gila habuk kat blog aku ni. Perghh! Sempena minggu terakhir bulan Ramadhan ni, elok lah kita bermaaf-maafan. Maafkan lah saya sebab tak update pasal movie review, books review, product review and so on. I'm so sorry! 

So harini taknak sembang panjang sebab aku tau sape yang tengah baca ni mesti berminat dengan medical field kan? Mana tak gempak title aku kat situ kot. LOL. And yeah, dalam diam saya dah pun menamatkan Asasi Sains Hayat UNIMAS batch ke-6. Ekei bha tagappp ! Yayy ! *alhamdulillah*

Iv dijalankan di Faculty Medicine and Health Sciences (FMHS) UNIMAS. Sebelum ko nak iv, first thing first, akan ada banyak saringan and tapisan yang korang kena went through. (Footnote: guidance only for budak asasi UNIMAS) Mula-mula, korang kena buat every test and quizzes betul-betul supaya final semester 1 nanti dapat 3.50 and above. Pastu, masuk mid-semester pulak, pastikan korang punya result minimum B+. Nanti, tak lama lepas tu, exactly 120 name list akan dikeluarkan untuk budak-budak yang bakal di iv. And this list menunjukkan korang adalah the top 120 among 600+. Tapi dengar cite batch ke-7 ni 1000 lebih. Taktau pulak budak hayat berapa ramai. Anyway, Be proud ! Masa ni la kau dapat ucapan tahniah even dari orang yang kau tak kenal. LOL

Before ko iv, biasanya Sir Fairuz (now kat fac language) akan buat perjumpaan and guide macam mana nak iv. The proper ethics, forecast questions dan train self-confidence korang. Macam batch aku, kitorang tak dapat buat individual assesments. Jadi, siapa yang betul-betul rapat dan strive for this iv je akan bersungguh nak mintak tunjuk ajar Sir Fairuz. I mean, everybody nak tapi Sir Fairuz is a busy man. But don't worry, he'll guide you through whatsapp. Fyi, Sir Fairuz selalu buat ceramah kat masjid asasi. So, rajin-rajin lah datang masjid yer =')

Iv biasanya dijalankan masa study week final semester 2. Pemakaian mestilah yang proper kan. Tanak cerita pasal ethics ni, let's go straight about the iv. Aku diinterview oleh timbalan dekan fakulti perubatan dan seorang lagi pensyarah perempuan. Before aku punya turn, ramai cakap "be prepared, they're such a psycho". aku macam knocked down weh. Jadi nervous kot-kot aku dapat soalan yang aku tak jangka. Tapi aku rasa aku dah prepared well enough.

Once my name was called at the waiting room, aku cuba untuk tenangkan diri. Inhaled exhaled move your ass ! Bila dah masuk bilik interview, aku pun disuruh intro. Both ada warming smiles so aku tak rasa kekok sangat nak introduce diri. Mereka hanya akan tanya berdasarkan apa yang kau intro tadi. Tips, jangan sesekali mention pasal diseases yang susah gila nak sebut ataupun medical term yang kau belum khatam sepenuhnya. Sebab nanti kau akan ditembak bertubi-tubi dengan soalan tu which finally you're mentally drained. So, aku cite lah pasal family background aku, pasal berapa lama aku pernah tinggal kat Sarawak and how much my memories held there. Another tips by Sir Fairuz, don't be too serious, be yourself and if possible, be naturally humorous.

Antara conversation yang aku highlight...

"Why do you choose to study medicine at UNIMAS?"

"UNIMAS is the first university I've been stepped on. I was 11 years old and were chosen to attend a programme held at here. So, I wanted to further my studies in medicine at UNIMAS"

"Why are you not choosing UMS as it is nearer to your place?"

"It's because 5 years is quite a long time for me to fall in love with Sarawak and I wanted to experience Sarawak more with it's culture and diversity of people. I still remember when I said to my parents that I got the offer at UNIMAS and they were too happy and said that 'oh, you can be a sarawakian!'"

*dua-dua gelak* "yeah, you should be a Sarawakian. We are the biggest state afterall... Or, you might have a sarawakian boyfriend that you didn't tell us"

Ah sudah .. Aduu, dalam hati hanya mampu berbisik, 'saya takda bf kat sini' tapi cakap "hahahaha, no I haven't" awkward pulak. Kira ok la sebab aku jadi makin selesa. Tak stress dah. Ada satu part ni yang aku tak pasti ok ke tak masa aku jawab tu.

"What make we should choose you as a doctor?"

"Because I'm precise, punctual and fast"

*and they kept nodding to what I said*

"What would make us proud of making you as our student?"

"I'm a soft spoken type of person and really good at communicating with people. If I'm treating my patient with this manner perhaps they would think which uni/school I came from, and there I would be proudly said I'm from UNIMAS"

Disebabkan aku tak yakin, aku pun tanya la Sir Fairuz, pastu sir cakap aku punya response ok. Kalau muka dorang expressionless, tu sebab maybe dorang dah penat sebab dorang nak kena iv 120 orang kot. Sape tak penat kan. Tapi aku taktau lah. HAHAHA

Tips yang aku ambil ni semua dari Sir Fairuz and I really hope it will work on me. Idk la aku dapat ke tak. Kalau ada rezeki alhamdulillah, kalau takde takpe. Allah pasti ada plan yang lebih baik untuk aku. Result keluar awal bulan Ogos ni and aku nervous gila sebab you know, the pressure right ?

Hehew

Aku masih ada beberapa tips tambahan yang berguna untuk korang yang aku nak share.
Cc : Sir Fairuz

  1. Do eye contact. Jangan pandang atas kalau gagap sebab tu maksudnya tengah hafal skrip. Instead, pandang bawah.
  2. Tegakkan badan, jangan bongkok.
  3. Show confidence. Jawab mesti padu baru ada impak.
  4. Resume jangan semak sangat. Buat yang simple
  5. Selalu practice kat cermin
  6. Expect the unexpected
  7. Baju kurung tanak floral sangat macam orang nak gi kenduri. Be plain only.

#ootd of the D-Day
Disebabkan aku takde kasut formal, aku pinjam kasut formal kawan aku yang kakinya lebih kecik dari aku. So, masa iv haritu aku pakai kasut dia. Ko bayangkan macamana aku endure kesakitannya msa iv. Sakit bro sakit. Habis iv, cecepat aku tukar kasut balik. Mihmihmih. So, masalah kasut selesai. Takyah beli baru. Wee !

Oh ya ! Sebelum ni aku cakap 120 orang budak hayat akan terpilih untuk iv kan? Untuk admission pulak, hanya 60 seats available. So chance untuk kau dan aku nak masuk medical school ni memang 50-50 je lah =')

pasrah.reda.berserah

Thanks for reading guys. Any enquiry, jangan segan silu, komen je.

Pink Cherry