Sunday 2 April 2017

My First Runway

Asalammualaikum semua !

Phew, sejak kebelakangan ni aku suka join aktiviti-aktiviti kat UNIMAS ni so yeah my schedule get a bit hectic. Sape suruh kau join benda-benda macam ni sedangkan kau tau jadual kau penuh dari pagi sampai petang. Degil ! Nak jugak ikut. Tapi, aku rasa happy buat walaupun penat so why not ? Demi self-satisfaction right ? Ayah aku pun okay je aku join sebab bagi dia asalkan study aku tak terganggu and pandai atur masa, then it's fine. So, alhamdulillah I still prioritized my studies first. Hehehehe

Antara aktiviti aku ikut adalah Sukan Bola Tampar Interbatch (FMHS) in which I'm becoming the captain (yeah) and Modelling. Yes! Yes! Ni yang aku nak citer. Aku join casting for modelling sekali dengan roomate aku. Alah, sekadar untuk mencuba. Tak berharap pun terpilih ke apa ke.. Kan.. Memula tu, dia interview aku, tanya pernah tak join modelling before ? Aku jawab tak pernah. Dia tanya lagi, langsung tak pernah ke ? Aku ye kan je lah. Dah tu dia suruh aku catwalk and yes kitorang casting wajib pakai heels so I tried my best untuk catwalk tapi sumpah segan. Diorang cakap takpe takpe, masih boleh train lagi jangan malu-malu. Kfine aku pun jalan je la dengan harapan tak jatuh tergolek macam nangka bungkus depan diorang. Kalau tak, malunya aku sampai sorok kat hujung dunia pun masih tak dapat tutup. Pecayalah. Tapi nasib baik tak jatuh. Huhuhu..

The next segment pulak kena posing for photoshoot. Aku gazed the camera kengkonon feel ala-ala model Levi's gitu. Perasan ! Interviewer tu pulak siap puji pandangan mata aku tajam and have a good figure. Aduh, jangan puji depan iolls. Iolls jadi segan kalau macam ni. Ecewahhh ! Pastu dah habis photoshoot, diorang tanya aku one last question whether aku free tak pada tarikh sekian-sekian tu sebab katanya nak jadual yang flexible. Aku flexible je kalau weekends. Hehehe..

Before the casting ended, result kena announced dulu. Aku dengan rumet buat rilek arr sebab tak expect lebih pun. But fortunately turns out kitorang dua dapat ! Happy la walaupun modelling untuk fakulti lain.

Kitorang jadi model tema 'Mix and Match' untuk Karnival Pendidikan Tinggi Negara kat CityOne Megamall. So nak kata ramai boleh tahan jugak. Aku practice catwalk seminggu je so aku takut la kot-kot aku jatuh nanti. Dahlah baju yang aku dapat tu species kain meleret. Bahaya masa pusing tu, kau tahu tak ? Dibuatnya aku jatuh nanti tak ke malu ? Lagi teruk dari jatuh masa casting.

Tapi

Alhamdulillah sis tak jatuh gais !

And therefore, lemme share the pictures with uolls =)

My first catwalk !

Bukan tak happy tapi kitorang kena dilarang senyum and stay macam patung. Mannequin challenge ker ?

Tu rumet aku kat sebelah !

This is the whole team. Yang kat tengah tu adalah manager and the lecturers in charge of us

Me, Fasihah (rumet), Kakpaten, Win

Fyi, yang tarik aku untuk casting haritu Kakpaten ni la. Dia memang dah lama modelling tapi bukan under UNIMAS. Dia outside punya which is much better actually. Thanks to her sebab kitorang dapat experience something yang luar daripada field kitorang. Bukan tu je, Kakpaten ni jugak la yang jadi trainer aku kat gym. Dia train aku yang real hard punya sedangkan tu first day aku pergi gym. Ko rase ? The next day, my muscles aching a lot but in a good way. I'm telling you, she's muscular but not 'that' muscular which is the ideal one I shall say. Body goals gitu.. Back to the road, untuk haritu Kakpaten jadi UNIMAS Ambassador uolls.



All in all, aku rasa sangat berbaloi sebab dapat cuba benda baru and dapat betulkan pandangan budak fakulti lain terhadap kitorang budak medic ni. Oh, aku lupa nak mention, masa kitorang casting haritu, manager masuk tanya siapa budak medic kat sini jadi aku dengan Fasihah pun angkat la tangan. Semua pandang kitorang sambil bisik-bisik. Pastu Kakpaten cakap tu sebab tak pernah lagi ada budak medic join casting dan kitorang la first. So yeah.. We did it =D

Lagi dua minggu dari sekarang, kitorang akan mengdapi EOB 4 on Musculoskeletal Block jadi aku harap aku dapat pass block ni seperti block lain, inshaallah amin ! Lecturer cakap block ni paling susah untuk year 1 so stay focus and beware. HAHAHA!

p/s: baju-baju tu semua adalah designed and made by student themselves. Student course designing under FACA UNIMAS. Aku pun tak sure sangat nama full course tu. Anyway, anyone have interests in designing boleh lah apply kat UNIMAS ye.

That's all for now, tq for reading my post ! xoxo
Pink Cherry