Friday 22 September 2017

First Year of Medic Life

Assalammualaikum

Hey guys ! I'm back !

Ok, takde sape pun yang excited kalau aku write this blogpost or not kan tapi takpe, sis redo. Hahaha So yeah, the title explained it all about what I'm going to share with you in this blogpost. Aku dah passed year 1 alhamdulillah.. Kepada juniors yang recognized me through my blog, sis sangat terharu sebab rupanya ada jugak yang baca blogpost aku. Ni yang buat sis bersemangat nak update blog ni. Hehehe.. Mengada pulak dia ni. Hm..

Now I'm entering my second year of medical school which I would likely to say it is a tough beginning compared to my first year. Mesti ramai nak tahu medic UNIMAS ni macam mana kan? Memandangkan aku baru je second year jadi aku hanya mampu cerita first year punya experience je la.

Firstly, kitorang punya pembelajaran adalah berdasarkan sistem block. Year 1 ada 5 Blocks dan Year 2 ada 4 Blocks.

Year 1
Block 1 : Foundation Block
Block 2 : Man In Environment Block
Block 3 : Blood and Immunolgy Block
Block 4 : Musculoskeletal Block
Block 5 : Endocrine System Block

Year 2
Block 6 : Nervous System and Behaviour Block
Block 7 : Gastrointestinal System Block
Block 8 : Cardiovascular and Respiratory System Block
Block 9 : Renal and Reproductive System Block

Professional Exam I

So basically ni adalah benda yang kitorang medic students perlu belajar untuk pre-clinical years sebelum proceed to clinical years untuk Year 3, 4 and 5 nanti.

Untuk memasuki Year 2, result Year 1 mestilah sekurang-kurangnya 250 daripada 500 markah penuh untuk jumlah Blocks yang ada sepanjang year 1. Kalau C- dah dikira sebagai fail. Jadi maksudnya setiap block kena dapat at least 50%. Bagi aku benda ni taklah susah sangat kalau korang tau apa yang nak dibuat. Year 1 adalah tahun yang paling easy untuk korang dalam medic school ni sebab bila dah masuk Year 2 nanti, masa tu la pening nak atur masa. Dah la kelas full dari 8 pagi sampai 7 malam, nak kena buat research lagi. Tu belum masuk revision untuk first year sebab ye lah, pro exam include your whole pre-clinical studies. When I said research just now, it really means a 'research', bukan assignment copy paste tu yang biasa korang (termasuk aku) buat sebelum ni.

Setiap orang lain cara belajarnya. Ye betul tu dan kita kena la pandai cari which method yang sesuai dengan kita. Ada yang study guna medical textbooks, ada yang study guna lecture notes je but in either way tu semua depends ngan korang. Fyi, lecture notes tu dah cukup untuk korang nak EOB (end of block exam aka final) nanti tapi kalau nak skor lebih, sila lah baca medical textbooks. Kalau ada yang mintak recommendation aku which book is good kan, aku memang tak dapat jawab sebab aku tak guna medical textbooks sangat pun. In certain conditions je aku guna contohnya untuk PBL atau selesaikan cases.

I forgot to mention to you guys just now. Medic kat UNIMAS ni guna sistem PBL which stands for Problem Based Learning. Asasi UNIMAS pun guna teknik ni jugak. Setiap minggu ada PBL weh. Hari Isnin adalah untuk trigger iaitu, korang akan discuss case yang diberi pastu point out what is the most likely diagnosis. Hari Jumaat of the same week pulak korang akan discuss the pathogenesis, pathophysiology, anatomy and etc. Bagi pendapat aku, secara keseluruhannya PBL ni 50-50. In some ways, PBL membantu banyak membantu aku dalam anatomy. Tapi part yang agak menyusahkan aku dan PBL mate aku yang lain adalah bila kitorang kena cari untuk discussion nanti. Seriously it is very time consuming and tiring a bit. Budak medic UNIMAS mesti setuju ngan aku part ni kan? hehe.. Tapi kan tapi, benda ni penting sebab some diseases yang kitorang bincang dalam PBL takde kat dalam lecture notes. Sometimes kan, bila aku cari pathogenesis untuk certain penyakit tu, aku akan jumpa terms yang aku tak pernah dengar especially in biochem. Bukan tu je, PBL ni bantu kita punya communication skills sebab bila kita jadi dah masuk clinical years nanti, akan ada banyak case presentation yang kita kena buat dan jugak discussion sebiji macam PBL. So actually buat PBL ni boleh menambahkan pengetahuan dan untuk membiasakan kita dengan keadaan ni once dah masuk clinical years. EOB nanti pun akan ada include diseases from PBL, jadi jangan pandang PBL ni sebelah mata je yer.

And yeah, that's the reason kenapa medic UNIMAS buat PBL ni. Kita sebagai medical students ni cope up je lah with everything and make the best out of it =)

How I managed to pass my Year 1?

Macam yang aku cakap awal-awal tadi, Year 1 ni is the easiest year dalam medical school so just enjoy tapi jangan la pulak terlebih enjoy. Nanti tak pasal-pasal failed pulek. Don't make it hard on yourself sebab korang dah worked very hard hanya untuk memasuki medical school kan? Jadi first year ni take it easy dulu. Slowly and eventually korang akan biasa dengan medical life. Aku sebenarnya takleh cakap banyak sangat sebab aku pun masih student gak. Aku cuma boleh bagi pendapat aku je untuk macam mana nak survive Year 1 ni. Aku awal-awal dulu pun stress gak sebab risau kan. Kot-kot aku failed first block pastu terpaksa patched up my mark in the second block, tapi alhamdulillah, tak pernah fail lagi.. These kind of thoughts were really haunting me. So apa aku buat, aku ikut je nasihat sorang akak senior ni dan sekarang dia dah masuk Year 3. Dia cakap, study je guna lecture notes and that's what exactly I did. Lecturers dah bagi notes and PBL sessions enough for our knowledges jadi takyah risau ya temen-temen.

Block apa yang paling susah untuk year 1?

Definitely musculoskeletal block weh. Sebabnya banyak sangat muscles nak kena hafal. Anatomy here and there. Mana yang nak jadi surgeon tu boleh la try to target this block. Have a glimpse on it. Kalau agak-agak boleh hafal semua ni, boleh dah tu jadi surgeon ;)

Block apa yang paling best dalam Year 1?

Of course Block 3 Blood and Immunology. Sebab masa ni la kita akan ambik the real blood dari kawan kita during lab nanti. Best gila dapat prick your friend's and also you own blood and discover your recent blood glucose level, blood pressure and etc. Block ni jugak lah yang menyedarkan aku betapa banyak gila jenis anemia yang wujud dalam medic ni sampai aku dah terkonfius bila aku revise benda tu.


This was taken during our final day of EOB 5. Try to spot me there! It is not difficult pun~

Last but not least, to all Year 1 medical students, congratulations upon your admission and be happy on your first year. Lol, berapa banyak kali aku nak mention be happy ni.To those yang nak masuk medical school, there is no time for you to play around now. Work hard for it and make your dreams come true. Aku pecaya korang boleh buat punya. Ecewah gituuu.. Hahaha

That all from me for now. Bye !
Pink Cherry