Tuesday 24 February 2015

Resepi : Coklat Rosset

Assalammualaikum..

Harini resepi coklat rosset dengan kaedah piping. Korang tau kaedah piping camne?? Korang letak adunan dalam piping bag buat macam hias kek. Then lapis dengan satu lagi piping bag. Supaya tak koyak. Kiranya macam backup la gitu. 

Jadi, bahan-bahan yang korang akan perlukan adalah..

  • Butter - 250gm
  • Susu Segar - 50gm
  • Garam - 1/2 tsp
  • Tepung Gandum - 325gm
  • Gula Aising (diayak) - 125gm
  • Coklat Masakan - 100gm
  • Esen Vanilla - 1/2 tsp
Cara-caranya....
  1. Cairkan coklat dan susu segar hingga sebati. Kaedah macam biasa yer.. Iaitu kaedah double boil.
  2. Pukul butter, gula aising, garam dan esen vanilla hingga rata.
  3. Then, masukkan coklat yang telah dicairkan bersama susu segar tadi ke dalam bowl.
  4. Bila dah ok, masukkan tepung gandum perlahan-lahan dan gaul-gaul-gaul-gaul.....
  5. Tekstur adunan mesti lembik macam samperit yer..
  6. Pastu piping atas loyang yang telah siap di'grease'.
  7. Bakar pada suhu 180 selama 20 minit atau sampai masak.
Ni piping bebudak baru belajar. Ahaks! Saya budak baru belajar~~

Aku piping tak bertanduk camni. Ape kebendenyerr tok??


Sibuk hakak kitorang piping.


Haa, ni piping aku. Sape kata aku tak piping tadi angkat tangan!
 Aku cili jugak mulut engko ni. 

Hurmm, ada bakat.. hahahha! Nampak dah seninya.

 Proses menghias. 

 Peace yow! Kain lap kat tangan tapi selfie itu harus! Arghh, peduli! Persetankan itu semuaaaa

Tu sahaje aktiviti iolls harini. Babai! Muah panda kat atas tu cikedd! Ahaks!

Resepi : Rainbow Crystall Ball

Assalammualaikum..


Anda harus cuba buat resepi ni sebab ianya sangatttttt sedap! Wa tak tipu punya! Bahan-bahan nya adalahh..

  • 125 gm Butter
  • 120 gm gula kastor
  • 125 gm minyak sapi
  • 1/2 tsp Garam
  • 300 gm Tepung Gandum
  • 125 gm Tepung Jagung
  • 50 gm Serbuk Almond
  • Paper Cup
Cara-caranya.....
  1. Pukul minyak sapi, butter dan gula kastor bersama.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan garam yang telah diayak bersama
  3. Tambahkan serbuk almond dan gaul sebati
  4. Bahagi doh kepada tiga bahagian dan warnakan. Warna tu terserah kepada uolls la. Hahha
  5. Then, bulatkan jadi comel-comel dan bakar pada suhu 180 selama 20 minit.
  6. Lastly, after masak, lumurkan balls tadi dengan gula kastor dan masukkan kedalam paper cup anda =)
Enjoy yer!

Thursday 12 February 2015

Resepi Puding Roti

Asalammualaikum.

Haaa, hai uolls! Maaf ek sebab baru harini aku dapat buat entri tentang life aku kat Giatmara ni. So far so good. Muehehehe. So, let's cekidaut what have I done with my team. Jeng jeng jeng. Kitorang buat Puding Roti. (padahal dah tertera kat tajuk di atas)


So, today tak banyak kitorang ber'selfie'. Makanan lebih cantik dari muka kitorang. Muehehe.

Okeh, now kita usha resepi pulak. Mula-mula kan aku hengat susah ler sangat buat benda ni, rupanya as easy as a pie. Hahah! Angkuh nampak xD

Resepi :-
  • Roti - 8 hingga 10 keping 
  • Susu segar - 500ml
  • Gula kastor - 120gm
  • Marjerin (dicairkan) - 30gm
  • Telur - 4biji
  • Esen vanilla - 1 tbsp
  • Tepung Jagung - 15gm
  • Kismis - 50gm (kalau nak letak lebih pun boleh)
Cara-caranya adalahhhh....
  1. Telur, gula dan esen kacau sebati. Kemudian masukkan susu segar.
  2. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh rata dengan sedikit susu segar
  3. Masukkan marjerin yang telah dicairkan dan kacau sebati. Make sure marjerin tu dah sejuk sebelum dimasukkan ke dalam adunan tadi ekk.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang hingga roti tenggelam. Bila dah adjust-adjust sikit, baru lah hangpa tabur kismis.
  5. Biarkan adunan tu jap kemudian baru la bakar dengan menggunakan kaedah 'steam bake' pada suhu 180 selama 40 hingga 60 minit atau hingga masak.
So, endingnya harus macam ni yer..



p/s : resolusi yang daebak ini credits to En. Jovear (tuan kepada Oppo Find 7) Kamsahamnida oppa! (oppa??)

Pink Cherry