Thursday 28 August 2014

POTD #1 : Rakan realiti dan maya.

Assalammualaikumm...

Kau orang mesti tahu bahawa aku dan Iman ni classmates kan? Pada masa yang sama, kami juga blogger. Remaja sekarang ni lebih prefer kawan dunia maya. Tapi aku lebih suka kawan yang realiti punya sebab boleh percaya sikit kalau nak banding ngan kawan maya ni. Aku taknak ada risiko kawan-kawan dengan orang kat laman sosial ni. Nanti tak pasal-pasal aku kena aniaya. Tak ke haru nanti? 

Courtesy of Iman's blog
Kamilah kawan realiti dan maya. Boleh trust punyaa~ 

Konvensyen Siap Siaga SPM 2014 : Part 2

Assalammualaikumm..

I dah janji nak sambung cer pasal konvensyen kan? Haaa, alhamdulillah Iolls harini ada masa sikit nak update blog titeww. Eh, pehal kau cakap gedik tahap mampos ni ? Sekeh kang!

So, pada hari kedua konvensyen ni, aktiviti diteruskan dengan ceramah. Yess, ceramah. Tapi subjek Sains. So aku takde! Budak aliran Sains ada aktiviti dengan guru Kimia kitorang. So, kitorang ada rilek sikit la. Tapi tangan tak relek buss. Kitorang buat latihannn! Oh maiii~

Ceramah Subjek Sains by Cikgu Fizik kitorang, Cikgu Christie!
Pada masa yang sama, budak aliran Sains sedang......

Kami releks kat luar. Miahahaha~ Angin sepoi-sepoi bahasa gituuu...
Pastu, aktiviti diteruskan dengan ceramah Pendidikan Agama Islam selepas lunch. Memandangkan Ustaz yang ditugaskan tak dapat hadir sebab urgent last minute, so 'terpaksa'lah dibatalkan. Cakap pasal lunch ni memang buat aku sedih laa. Seperti yang aku cakap kat entri yang lepas, aku makan kue tiau seafood tapi takde sotong kan? Lunch kali ni ada sotong tapi aku tak sempat nak merasa. Sebab apa? Masa tu, cikgu dah cakap "pelajar-pelajar bolehlah makan sekarang". Tapi aku tak direct ambil makanan tau. Aku lepak dalam 15 minit kat dalam dorm bersama Amy, kemudian baru lah kami turun lunch together-gether. Bila sampai kat dining hall, (takyah nak trip mat salleh, selama ni sebut dewan makan , okey jer pon xD), aku agak terkezut dengan makanan yang dihidangkan sebab cuma ada Kari ikan dan Nasi jerr. Tapi sebab aku lapar, aku taknak la banyak complain walaupun karinya cair. Aku peminat kari jugak, so aku tau tekstur yang betul untuk kari. Jadi, betul-betul tak best lunch dia. Bila dah lapar, yang tak sedap pun jadi sedap. Sedih kan aku ni?

Tepat jam 1:50 tengah hari, kami semua menuju ke dewan walaupun ceramah Pendidikan Agama Islam dibatalkan. So, aku lepak la ngan kengkawan aku yang sekampung bukan se'classmate' ni. Syok gilerr bergaul ngan dorang ni. Pastu tetiba dorang sebut pasal lunch tadi. Terpinga-pinga aku apabila mereka cakap pasal sotong goreng dan sayur. Aku heran? Ehh, ada ke hidangan tu tadi? Ke aku yang lambat ambil? Sotong?? Tapi bila fikir-fikir balik, aku yakin yang aku tu tak lewat melainkan kalau Dewan Makan tu sendiri yang lewat hidang. Ye, aku yakin mereka lewat hidang apabila Amy cakap, dia nampak ada sotong goreng dan sayur dihidang masa kitorang turun dari dorm untuk dengar ceramah tadi.

Kecewanya hati aku tak payah cakap wehh. Remuk tau, remuk! Dua kali aku kempunan sotong. Aku terasa aku diabaikan dalam hal sotong-menyotong ni. Perasaan di hati aku tu sangat lah teruk sehingga terbawa-bawa ke dunia realiti. Tetiba jer, aku jadi sebak dan mata aku dah mula berkaca. Last-last jatuh jugak air mata aku ni. Menangis depan kawan-kawan merupakan bukan perangai aku. This is not Tasha!!

Kesian kawan-kawan aku apabila dorang terpinga-pinga tengok aku menangis. Padahal pasal sotong jer pun. Bukan lah apa sangat. Yang kau nak emosi sangat pehal kan? Tapi bila dah dikatakan favourite sangat, mungkin begini lah yang akan terjadi. Jujur aku cakap, aku tak pernah menangis kerana makanan, tapi ini merupakan yang pertama. Huhh, mencemar duli sungguh la aku ni xD


Okayy, meh sambung balik cer pasal konvensyen ni, so aktiviti diteruskan pada sebelah malamnya dengan membaca yassin sementara menunggu Isyak. Kemudian, ada sesi ceramah yang bertajuk "Pengurusan Stress". Terima kasih sekolah sebab I really need this session =') Pada pertengahan ceramah tu, dia ada tanya "siapa budak paling pandai di sekolah ni?", pastu aku dah agak dah, mesti aku yang disebut. So, terpaksa aku tampil ke hadapan apabila diminta. Rasa bangga pun ada jugak. Tipu la kalau aku cakap tak bangga kan.. Tapi aku tak nak riak sebab ini semua dengan izin Allah. Kalau tak, aku ni nothing tau. Penceramah tu pun tanya result aku baru-baru ni berapa A? Aku pun jawablah 7A. Pastu dia tanya, "apa yang tak dapat A?". Aku cakap "Sejarah C+ dan Fizik C+". Dalam hati, aku sedih jugak dengan result aku kali ni sebab yang lepas 7A 2B+, tapi kali ni 7A 2C+. Tapi tak pe, aku yakin pasti ada hikmah disebalik semua ni.

Dia tanya la, "jadi macam mana nak dapat kan full A tu?". Dah lah otak aku blurr, dia tanya pulak camtu. Akhirnya, aku jawab jer yang ringkas, iaitu "macam biasa lahh". Amek kau.. Kau tanya time aku blurr pehal? Yang aku ni pun blurr sangat pehall? Hahahha! Maybe sebab aku tengah senget, last-last, dia suruh pulak budak lelaki terpandai kat sekolah tu. xD

Dah habis sesi ceramah, kitorang dibenarkan ambil supper dan boleh terus ke dorm. Modop! Hahaha! Eh korang tau tak maksud modop ni? Aku lupa bahasa kadazan ke dusun ni, tapi maknanya ialah tidur. 

Jadi, malam nya sebelum tidur tu, aku renjis pada setiap penjuru dorm guna air yassin dan aku mulakan dengan bacaan ayat kursi untuk mengelakkan sebarang gangguan. Sebab, malam sebelumnya, dorm lain kena ganggu. Alhamdulillah aku tak diganggu langsung. Disebabkan "malang tidak berbau", jadi aku renjis sampai ke pintu dorm sekali sebab dormate aku cakap, petang pada hari tersebut, pintu dorm kena ketuk-ketuk kuat. Meremang bulu roma aku nyohh! Jadi aku taknak diganggu seperti itu. Oleh itu, pintu pun aku pi renjis jugak. Langkah keselematan lah katakan

Syukur alhamdulillah, malam tersebut aku tidur dengan lenanyaa....

Okayy la, kita sambung untuk hari ketiga program Konvensyen Siap Siaga SPM 2014 pada Part 3(coming soon!). Tata!!


Wednesday 27 August 2014

POTN #2 : Malam ku diganggu..


Assalammualaikum...

Malam ku dipenuhi dengan menjawab soalan skor A tajaan sekolah. We have to appreciate dengan apa yang telah diberi walaupun terasa malamku diganggu. So, aku nak layan chemistry dulu. Then, Sejarah..
KEEP CALM
AND
STUDY
Tata~

Merdeka Raya 2014 SMK Benoni

Assalammualaikum uolls!

Hari Selasa lepas, sekolah aku mengadakan sambutan Merdeka Raya dan pada hari yang sama jugak, majlis penyerahan slip peperiksaan jugak diadakan. So, sambutan kali ni tak berapa nak feel sebab maybe perasaan kecewa tengok result telah membunuh rasa excited dalam hati ini. Tapi takpe, life must go on yaww! 

Pada malam sebelum sambutan raya tu, penat aku berfikir nak masak apa untuk esok? Last-last aku buat yang paling simple dan mudah dan tak susah (sama jer) iaitu macaroni. Hohoho! I yang buat tauu. 

Bila tengok hidangan yang kawan-kawan aku bawak, memang terbaik laa. Bak kata Iman, thorrrbaekk! Ridzqin bawa sup ketam (KETAMMM! :3) , Faizuddin bawa sup udang tom yam, Ijaz bawa jala kari (lupa nama), Iman dan Jul bawa mee (mak dorang yang masak xD), Ashrin bawa cendol, Jiji bawa kek coklat dan macam-macam lagi ! Memang kecur air liur den tengok makanan ni semua. 

Of course tak dilupakan sesi gambar-menggambar antara semua orang. Masing-masing nak tayang baju siapa yang cantik, latest ke tak, branded ke tak, kannn.. Hahaha, tapi aku simple jer, tak branded dan tak latest. Just pakai kain batik with kimono cardigan plus keronsang besar untuk memberi impak seperti dokoh. Ye laa, dokoh kan mahal, mana la aku mampu! Hahahha!

Btw, Iman pakai jubah pink.. Hahhaa! Aku rasa kan, semua boys kelas aku jadi macam al-ustaz baru balik umrah. Miahaha, so comel sebab lain dari yang lain. Kalah bebudak aliran agama xD

Contohnya ini:-

PU Faizuddin! Miahahah!
Aku taknak kecek banyak jadi meh kita tengok gambo-gambo aku and kawan-kawansss ni~


Wiwin (Tuan), Aku (Meow Rasha), Iman (Meow endot)
Ani Aryanie and me! Dia cute sangat buat muka-muka. Well, fotogenik, not like me =(
Hi Ijaz, my cuzzy!

Me and Iman -bloggers-
My lovely besties, start from me, Fanta, Amy and Del~
Korang perasan tak muka aku time 2011 tu pelik sikit? Bibir pucat, tangan macam tulang ikan, dan of course gelap. Perasan tak? Tu sebab, aku baru jer pindah keluar dari SMESH. Masa kat SMESH dulu aku aktif sukan. Tiap petang jogging. Sunburn ke ape ker, ada aku kesah? Pastu tak makan nasi langsung. Padan muka, akhirnya aku jatuh sakit.. Apa la nasib badan.. Hurmmm~

Eh Ehh, jap jap. Pehal bibir aku yang 2014 tu Nampak kaler purple? Nampak tak? Aishh, give me lip balm, lip balm! (poyo)

Eeee, apa-apa pon, kalau ikutkan hati, nak jer aku letak semua gambo kat sini tapi hampeh dehh.. Photographer bukan lahh aku X_X Gahhaha!

So, tu jer lah untuk harini, got to pen off right now, nak sambung Program Score A dulu. tata tata!

Monday 25 August 2014

Konvensyen Siap Siaga SPM : Part 1

assalammualaikum semua !

Kemarin, iolls baru jer balik dari Konvensyen Siap Siaga kat sekolah yang diadakan selama 3 hari 2 malam. Penat nyer terasa seperti aku baru lepas  mengangkat batu sebesar bulan dengan hanya berjalan kaki dari Johor ke Kedah. Bahahah! Metafora sangatt =') Saje jer supaya korang tahu bahawa aku rasa sangat penat xD So, berbaloi la kan kalau aku tak sekolah harini ? *buat muka tak bersalah*

Okeh, meh kiter cer-cer pasal aktiviti yang aku ikut ni. Mula-mula aku memang takde hati nak ikut sebab mana la tau ayah aku tak izinkan aku ikut. Rupanya-rupanya, dia bagi pulak. So, bergegas la aku bersiap hari Jumaat tu. Barang belum packing, baju belum cuci, selimut cilok dari kapal terbang Mas Wing entah kat mana, semua pun aku tak ready lagi. Balik-balik jer, terus aku buat semua kerja packing barang-barang termasuk cari dan cuci segala-galanya. Tak kesah dah pasal checklist apa semua yang penting aku chau!

Sebelum aku chau, sempat lagi ayah aku pesan kat kakak aku suruh bawa makan kat restoran. Kalau aku taknak makan ayah aku tak izinkan aku ikut. Perangai aku ni, kalau dah bergegas, memang tak hengat perut dah isi ke belum. So, terpaksalah aku ikut syarat ayah aku yang satu tu.. Sesampainya aku kat restoran, aku makan kue tiau basah seafood aka Mee Hong Kong Seafood. Makanan favourite aku tuu. Tapi yang sedihnya, seafood dia kali ni takde sotong. Yang ada cuma udang dan isi ikan salmon. Kecewa di hati ibarat hati aku dibelah dua dan kemudiannya di blender, kau tahu tak??!!

Lepas selesai makan, kakak aku drive laju-laju ke sekolah. mak aihh, drift ke apa dia ni? Nak terjatuh jantung eden nyohh. Sampai jer kat sekolah, aku tengok semua orang dah berkumpul dengar taklimat. aku jer masih terhegeh-hegeh angkut barang-barang aku sensorang. Kesiann..

Habis jer taklimat, semua pelajar diminta ke asrama masing-masing untuk pengagihan bilik. Aku dapat dorm 108 dan roomates aku memang sporting gila. I loikee! Tapi aku kesian giler kat budak lelaki. Dahlah tidur kat lantai, banyak belalang pulak tu. Ada yang sampai tidur kat luar malam tu. Kesiann.. Tapi kesian aku melimpah-ruah kepada si Iman sebab dia tak suka serangga-serangga yang banyak tu. Tak aman dia tidur. Kejap-kejap nak tidur ada jer serangga gatal masuk kain pelikat dia. Hahahahha *gelak jahat*, padan muka xD

Lepas solat Asar, aktiviti diteruskan dengan ice breaking yang dihandle oleh kaunselor kitorang iaitu Cikgu Basyir. Oh ye, bini cikgu Basyir dah due, so congrates cikgu! Now, cikgu dah officially a Dad! Miahahaha~ Kemudian makan malam, persiapan diri, solat Maghrib, tazkirah *tak jadi sebab entah* dan solat Isyak.

Jam 8:00 malam, ada motivasi yang bertajuk "Di Mana ada Kemahuan di situ ada Jalan" yang disampaikan oleh student MSU dan kini sedang mengambil Master dalam bidang Biotechnology iaitu En. Anthony Chau. Tak boring langsung sebab ada pergerakan body sekali. Tak la duduk dan tadah telinga sahaja. Hehhehe. Ada satu aktiviti ni, beliau suruh kitorang senaraikan tiga haiwan kegemaran masing-masing bersama sebab kenapa kitorang minat. Tapi aku senaraikan empat iaitu Kucing sebab jinak, Beruang sebab gemuk, Harimau sebab gagah dan Singa jantan sebab hensem. Bila dah submit, beliau akan pilih randomly untuk dibaca. And one of the lucky person is me. Berdasarkan haiwan kegemaran aku tu, beliau assume bahawa aku ni seorang yang baik, dan jinak tapi berkemungkinan akan menjadi salah seorang daripada pesakit Aneroxia Nervosa sebab aku merasakan diri aku gemuk. Walaubagaimanapun, aku merupakan seorang yang gagah dan hensem. Mak aihh, gelak sakan terus kengkawan aku dengar. Aku pun gelak jugak xD Suka kau orang yerr..(menyepetkan mata)

Ceramah berakhir pada jam 10:00 malam. Time to sleep girls! But girls tidur jam 10:00 malam? hahha. no no no no~ Aku tak tidur dulu. Aku mencece dengan kengkawan dulu before tidur. Baru laa dinamakan girls! To the boys there, welcome to the girls' world~ Miahahaha!

Sambung part 2 (^_^) ..

Sunday 24 August 2014

Kelas Sains Sesi 2013

My Classmates

assalammualaikum

This segment is all about my classmates from Science Stream class for session 2013 and 2014.  I will describe about my friends thoroughly. Putra kami seramai 10 orang sahaja, manakala putri terdiri daripada 14 orang.  =') okee, we should start now =D

1st --> Nur Hanie, Nur Azierayanie dan Damit (nama timangan)

Damit yang lelaki tu, Hanie dekat tengah, Azierayanie yang mengenyit mata tu. Happy kan muka durang bertiga ney? hahaha, bestfriend durang ney. Azierayanie ney seorang yang happening. Kalau ndk hadir kelas, konfom sunyi kelas tu. *krikk krikk* . Hanie pulak jenis yang sporting tahap gaban. Kalau Hanie ndk hadir ke kelas, kurang la si Azierayanie punya celoteh. But more important, durang la bawa shine of laughters di kelas. Damit pun bikin ceria kelas. memang barrel of laugh la durang bertiga ney. Tanpa tiga orang ney, memang sunyi tahap gaban menggaban gaban! huhuhu




2nd --> Adib and Ridzqin
Yang peace tu Adib. Sebelah tu Ridzqin. Budak berdua ney memang rapat sebab masing-masing simpan rahsia masing-masing. Adib ney rajin betul membelanja orang. (termasuk aku..hikhikhik). Aku memang rapat dengan budak ney. hahaha. Ridzqin ney pulak master dalam kompang and sangat rajin. other than that, Ridzqin ney seorang yang bertanggungjawab. Cikgu-cikgu pun cakap begitu. Memang tabik spring laa



3rd--> Iman and zulfaqar

Iman di hujung sebelah zul (yang berketayap tu). Iman ney seorang yang pakar IT tau! zul pun sama jugak tapi si Zul ni seorang programmer. Seriously, bila bab cenggini, durang la paling pro. Aku memang alah ngan benda-benda IT ni sebab aku hanya tahu blogging, facebooking dan twittering ='). Hahaha. Anyway, durang sangat suka berlawak and they are very spontaneous. 




4th--> me and Fantagiro
Yang bertudung tu of course laa aku. Sebelah aku tu Fantagiro! Mere dosti he *my bestfriend in Hindi languange*. Aktiviti kelas mesti mau dibuat sama-sama. Terutama kalau masa PJK, kami la first berlari turun ke padang. Always the first infront of Cikgu Ahlip (guru PJK) kami tu. Kalau PJK, Fanta suka bawa aku main bola tampar, and kami partner bola tampar lorhh. Cuma aku servis ndk smart macam Fanta punya servis, so ndk layak deh wakil sekolah. *nobody perfect maa* . Kalau kami berjalan sama-sama, aku ndk suka pegang-pegang tangan, tapi aku suka buat yang style pinky-swear dengan Fanta. So, bagi aku cara tu sweet. Then, Fanta ney suara sedap. Digelar penyanyi kelas kami you know. Fanta ndk suka banyak cakap and didn't complaint a lot. But when she's not in mood, jangan berani nak kacau-kacau yerr. Sepanjang aku friend dengan Fanta, aku sangat-sangat menyenangi eyaa. 






  

5th--> Vanessa and Joyner (dari kiri)

Budak berdua ney bestie. Dalam kelas duduk sebelah-menyebelah. Vanessa suka kucing and I always jealous sebab dia mesti ada something yang comel berupa kucing to make me jealous. hahah! Joyner pulak seorang yang cool down and jenis yang direct. Kalau ndk suka, dia jujur cakap ndk suka. She's our school's athlete too.


4th--> Chester

Pendiam di kelas. Cool down jerr. Rajin buat homework. He is also pantang dicabar. Eya ney diam-diam ubi berisi jugak ney. haa, dia la yang ajar aku main rubic cube tu. Dari aku tersangat noob, sampaila aku pandai main. 
Pandai ney orang tauu =3




okeh, ini Azfi, budak baru kelas kami. At first dia ney nampak sombong. Rupanya ndk.. hahaha, hensem hensem hensem? hahaha! Not much I know about him but so far he's good and shy a little bit too.









Ini Syahierra, Ani and Felicia (start dari kiri).

Syahierra ney seorang yang rajin buat latihan Addmaths. She's prefer Addmaths than any subjects else. Ani pulak bestie kepada Syahierra. Actually durang ney bertiga termasuk Adriana, but I can't include her in this. she's a very shy girl lorh.. Oke, back to Ani. She's a very cheerful girl. Selalu ketawa, tapi bila study, mak aih, serious dohh.. Felicia ney pulak diam-diam ubi berisi tauu. Macam Chester jugak. Pandai ney. Not much I know about her sebab dia ney pendiam dalam kelas. biasalah, concentrate concentrate.. *thumbs up*

Ini Faizuddin. Aku pun ndk tau napa but his facial gestures really funny dohh! Dalam kelas tu, dia la paling hyperactive (aku rasa laa). Rajin buat lawak tapi kalau homework.. hmmmmm.. ahhaha


*jangan marah yerr*





Yang ney pulak Fazirah, Syakilla dan Siti Nazirah. (start dari kiri). Ney ibarat 'the three stooges'. Ndk bule terpisah. hahaha. Fazirah always prefer to be quiet while Siti Nazirah aka Wiwin ney suka cakap banyak. Jarang tengok dia marah and love to cheer up people. Kalau sehari ndk ketawa memang ndk sah. So, kalau dia diam-diam tu, maksudnya badmood la tu. Syakilla ney jenis moderate. Mau kata kicuh, ndk jugak. Mau kata pendiam, ndk jugak. She's so-so laa.




Tudung pink tu Azira, yang hijau tu Alusia. Kalau Azira pakai baju Kadet Polis akakapo (pronounced as ke-poh) memang nampak tough. She's tall you know.. One thing yang aku suka ngan dia ney, she's not talking a lot if she hate something. Alusia pulak orangnya sangat comel and bersederhana. Ketua kelas kami tu yaww. Walaupun kecik orangnya, tapi power tuuu. The thing that I comfort with her is, she's a good listener and a good lecturer too. Boleh suda jadi kaunselor derr.


Okee, this is Ashrin aka Landoh. Kalau time-time dia boring kan, ngam-ngam kamu tengok muka Landoh ney, memang dia bagi kamu muka funny face. Aku pernah terkena time exam. Ughh, funny lol! Jangan ingat muka begini muka ndk pro arr, dia ney pro subjek Lukisan Kujuruteraan (LK) dohh! And dia ney rajin bertanya which is essential for us to be an excellent student.








This is Ijaz. My cousin. Memandangkan tahun ney eya duduk sebelahku, so, malar kan mengacau saja. But weirdly, kalau ndk mengacau memang aku rasa pelik dohh. Akhirnya aku pun dah 'masak' dengan rutinnya ituuu. One thing about him is, he's good in politic. Haritu cer-cer pasal politik, laju yaa.. Amboihh.. Kalau belajar.. hmmm.. haha! tapi, begini-begini pun pandai jugak lorhh. Hensem? ehem-ehem! Cousin aku ney dah berpunya yerr. So, not available!










------------------------------------------------------------------------------------
Ini semua ex-classmate yang suda keluar dari kelas kami. so, here we are, our missed friend




This is Feldia. Now, study dekat Kolej Vokasional Beaufort. Last I met her time sebelum cuti hujung tahun. she's gotten pretty lorhh. Feldia ney ada ciri-ciri kepimpinan yang tinggi. Pengawas la katakan. 

This is Irfarahani but we used to call her as Farah. Sebab susah gilak mau pronounce nama dia tu. So, in short, just Farah. Now study dekat MRSM Sandakan. Huhuhu, dulu aku schoolmate ngan eya dekat Sekolah Menengah Sains Sabah(SMESH) then jumpa di Benoni balik sebab kami berdua pindah. She's first then me. And bila Farah pindah ke MRSM Sandakan, sedih la aku bah. It's like something is missing. Huhuhu. Farah suka baca novel and komik and she'd a lot of comics. Dalam kelas tu, dia la sumber utama untuk kami baca komik. She's best at Chemistry lorh, which is I hate the most. I'd rather to study Addmaths for the whole day than facing my Chemistry books for 30 minutes. Really killing me. Sob sob sob.




Yang ney pulak twins si Farah. Gambar di atas tu bah. Apa? ndk percaya? trust me lorhh, at first aku pun ndk caya. Macam tipu jer, macam tipu jer? but the fact is yes. they are twins but not identical. Perkara yang jarang berlaku. Eh? lupa mau introduce nama. Haa, ney la Irfan. Now study at MRSM Kota Kinabalu. Pandai ney dohh. Gamers or not aku ndk tau pulak. Hahaha. But, majoriti classmates aku yang lelaki ney Gamers. Hahaha. Sadang tah nak, taun depan SPM kita.









So, pendek kata, semua kawan-kawan aku pandai-pandai belaka. Sorry to my friends jika ada yang salah di sini k? Tiada niat apa-apa pun. Just wanna share it. Overall, sorry sebab waa cilok kau orang punyer gambar. hahaha! Good Luck SPM.

Thursday 21 August 2014

Pointless Post : Encik Teddy

Assalammualaikum...


Miahahaha, jeles jeles jeless?? *menjulur lidah*

Wednesday 20 August 2014

Bengkel SPM : Slot English

Assalammualaikum...

Kemarin sekolah aku ada menganjurkan Bengkel SPM dengan usaha gandingan MPP SMK Benoni dan Kg. Seberang. Kiranya, ini merupakan sesuatu yang julung kali diadakan. Hebat kan? So, bengkel telah dimulakan dengan Slot English yang mana start dari jam 8.00 pagi hingga 10:30 pagi. Sepanjang 2 jam 30 minit tersebut, aku rasa banyak input yang aku perolehi. Tapi sebenarnya tak banyak beza pun dengan apa yang teacher kitorang ajar kat kelas.

Cuma yang menambahkan sesuatu di kepala ini adalah kelebihan membuat paragraphing dalam esei. FYI, kami menumpukan kepada esei paper 1 yang mana menyumbangkan paling banyak markah sekali dalam paper English iaitu sebanyak 50 markah. Haa, berbaloi tak? I bet you'll not gonna be left it blank right? Miahahha! So, paragraphing ni menandakan the fluent of your story tau. Kalau salah paragraphing, maybe uolls punya tempat dekat band B.

Kemudian, kalau nak dapat Band A, ofcoz vocabulary tu sangat lah tersangat diambil kira. Ini menandakan korang ni jenis yang kuat membaca atau tak. Bak kata Mdm Naimah, 
no good essays without a powerful vocabs, no powerful vocabs without reading. 
Satu tips yang telah aku rasai sendiri, kalau nak tambah koleksi vocabulary anda, bacalah Chicken Soup For Souls banyak-banyak. Selain boleh improve vocabulary, anda juga boleh improve story  lines anda. Trust me, Chicken Soup is the best yow! Konfom time exam nanti idea korang akan melimpah ruah seperti teh tarik bangla di kedai mamak.

Courtesy of google

Seterusnya, sebelum menjawab esei tersebut, ofcoz kita diminta untuk baca arahan betul-betul dan pilih sama ada kita nak jawab soalan jenis narrative writing, argumentative writing, theme(s), or aku dah tak ingat. Miahahha! Lepas dah decide mana korang nak buat, gunalah konsep PWE ini iaitu Planning (P), Writing (W) dan Editing (E). Teacher aku cakap, kitorang dah pass dah PW tapi masalahnya kat E. Kitorang tak pandai editing. Jangan lupa jugak guna konsep WH-Questions. Dari kitorang lower form lagi telah diajar teknik ni. Aku pula telah didedahkan teknik ni sejak aku tahun 5. *wink wink*

Pastu, penceramah aku cakap, kalau nak end story korang, jangan ended it with "I woke up and suddenly I realised that it was only my dream" or destruction or the death. Penceramah tu cakap, kalau jawab dengan I woke up segala entah apa tu, it is such a boring ending. Dah naik mual, nak muntah tau. Uwekkk! *muntah hijau* Destruction pula memang semua tak suka. Macam ada satu student ni, dia buat cerita memang best la. Adventerous sangat. Tiba-tiba, dia end story dia dengan mak dia mati dikelar oleh watak tu sendiri sebab dia dah naik gila tahap cipanzi. What a horrible ending to tell right? Aku pun tak setuju dengan ending tu tau! Hehehe.. Untuk death pulak, aku suka buat ending macam ni tapi apa boleh buat, pemeriksa tak suka. Sedih tau, sedih! Apa-apa pun, it is your story right? So do whatever you wanna do for the ending. Yang penting moral value harus ada supaya pemeriksa akan merasakan impaknya.

Aku rasa tu jer lah kot. Yang lain tu macam biasa kita dengar cikgu kita cakap ulang-ulang tu la. Takde bezanya pon. Aku tabik arr kat cikgu-cikgu aku tu sebab mereka ibarat portable astro beyond yang akan mengulang-ulang ayat yang sama tanpa jemu. Play and stop. Miahahaha! Anyway, thank you cikgu! Tanpa anda siapalah aku. =D

Miahaha!



Sunday 17 August 2014

Kenangan dulu..



Assalammualaikumm..

Malam ni sementara aku menunggu movie ditayangkan, aku online facebook yang telah lama tak dikacau. Well, seminggu boleh kira lama jugak la kan? Heeee *sengih macam kerang busuk*. Sedang cek fb aku tengok album-album aku dahulu, ternampak album bertajuk 'Tym kecil'. Lucu jugak bila aku ingat balik ejaan aku masa form 1. Time tukar jadi moden sikit. 'Tym' konon. Hahha.

Gambar ni masa aku masih tinggal Semenanjung. Tak semua aku upload kat fb. Just certain only. Sebahagiannya gambar kami sekeluarga melancong kat Cameran Highland. I miss these~




Dalam flight. Tak ingat umur berapa tahun tapi kengkonon buat muka rock padahal kesejukan tahap mampos.

Ni pulak gambar aku kat KL Tower. Masa tu aku tengah gila ngan kasut roda. Alaaa, macam style Apek. So, aku pun ikut laa. Dalam kami empat-beradik, semua ada kasut roda. Tapi yang pakai kasut roda cuma aku jer. Miahahaha! Kalau ikutkan hati, ke sekolah pun aku nak jugak pakai kasut roda kesayangan aku tu.. =')



view of KLCC



How about yours? Heehehe.. Anyway, that's all for now.. With lotsa loves from me Nur Natasha. Tata Guys! Catch ya later~

Saturday 16 August 2014

Friday 15 August 2014

Debaran berakhir..

Assalammualaikum..

Alhamdulillah.. Akhirnya aku telah mendapat keputusan bahawa aku tak terpilih untuk mengikut PLKN siri 12/2015. Walaupun hati ini ada sedikit kecewa but at least aku tak akan dipaksa untuk berkawad. That is what I hate the most :)



Kawan-kawan aku pun tak dapat kecuali Pong. Whoaa, congrats pong!! Hohoho~

Anyway, that's all for now! Tata!

Thursday 14 August 2014

Semakan PLKN Siri 12/2015

Assalammualaikum..

Sekarang ni aku tengah berdebar-debar menantikan keputusan sama ada aku terpilih atau tak untuk mengikuti PLKN. Pada satu sisi aku rasa excited, pada satu sisi aku rasa takut dan macam-macam lagi aku rasa. Tapi benda paling aku tak suka adalah saspens. AKu tak suka laa saspen-saspen ni. Rasa nak tercabut jantung ni dari tangkai aorta aku tau! 


Disebabkan sekarang ialah waktu puncak, so aksesibiliti kitorang akan berkurang sebab busy sangat. Hampeh punya teknologi. Tak canggih langsung. Facebook orang login ramai-ramai masih lagi running tauu. Takde sekat-sekat camni. Huhh *mentang dah study Fizik, sedap jer kutuk-kutuk ehh* Miahahha!

Aku dah try SMS untuk semakan tapi benda yang dia merepek adalah "Maaf, semakan belum diaktifkan". Maksudnya semakan PLKN secara SMS belum aktif lettew. Cara-caraa untuk menyemak secara SMS adalah taip PLKN (jarak) MENU (jarak) NO KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888. 

Untuk semakan secara online pulak klik di sini dan pastikan anda semak bukan pada waktu kemuncak macam sekarang. Semak la bila dah dengar suara burung pungguk(tengah malam) yerr kawan-kawan. Kalau ada yang terpilih tu tahniah! Aku pulak? Masih berdebarrrrrrr!

Anyway, today cikgu Bio aku murah hati sangat nak hadiahkan student Bio dia Badge I Heart Biology. FYI, aliran Sains di SMK Benoni terbahagi kepada dua meskipun satu kelas yang sama. Student yang ambil subjek Lukisan Kejuruteraan digelar 'budak LK' dan yang ambil BIO digelar 'budak BIO'. So, budak LK, jangan jeless arrrr~ Miahaha! =3


Benoni 2013/2014 refers to the batch SPM Biology 2014 =')

Thanks cikgu! Tata!

Good Morning !

Assalammualaikum..


Hi, harini aku ada sedikit rajin nak update blog sebelum melangkah ke sekolah demi menuju kejayaan. Hopefully you guys have a great day. Tata

All with loves from me Nur Natasha =)

Wednesday 13 August 2014

Impian : Jikalau Aku Kaya..

Assalammualaikum. 

As you all know, aku ni berjiwa traveller. So, kalau aku dah kaya nanti, aku nak visit tempat-tempat yang pernah menjadi empayar Islam sebagai bukti keutuhan Islam pada zaman dahulu. I wish Islam is still kuat seperti dulu. #Pray4Gaza.

1. Kaabah. Benda pertama aku nak buat adalah tunaikan umrah dengan family. Biar aku yang belanja, insyaallah.. Hehehehe

2. Paris Kota Cinta. Sejak dulu aku minat France. So, aku nak ke sini ASAP!

3. Turki. Istanbul merupakan Kerajaan Turki Uthmaniah yang agung suatu ketika dahulu. Keindahan Masjid Biru merupakan lambang keagungan Islam pada masa tersebut. =')

4. Sepanyol. Bandar Cordova merupakan pusat tumpuan dan penyebaran Islam di Eropah sebelum berjaya ditakhluk oleh agama Kristian pada Zaman Gelap. Aku interested nak tengok sejarah Islam kat sana!

5. Taman Bunga. Aku tak suka bunga plastik. Aku nak yang real. Kalau lah wujud tempat macam ni, aku nak sangat pergi sana. Boleh feel-feel macam Hindustan sikit. Miahahaha..

How about yours?? BTW, gtg. Tata!


Quotes Of The Day : Life is to Short to put up with fools ..

Assalammualaikum..


Pernah tak korang rasa macam stress tahap gaban sampai korang rasa dunia ni bukanlah tempat yang selayaknya untuk korang? Pernah tak rasa macam sakit hati yang tersangat kat haters, backstabbers dan semua yang menjatuhkan korang?

You know what? I have some. Sejak aku masih bebudak lagi aku asyik kena sabotage la, backstab la. Haters jangan cakap bro, banyakk. Tapi aku tak peduli semua tu sebab aku percaya "Life is too short to put up with fools". Aku percaya bahawa Allah lebih mengetahui siapa aku sebenarnya. Tak kesah la kalau ada yang nak cakap aku sombong tak tau nak senyum, perasan pandai or whatsoever.

Sometimes, aku rasa sedih jugak bila ada yang tak mengenali aku sesuka hati dia jer cakap aku sombong. Aku tak menafikan kalau nak cakap muka aku muka orang sombong tapi please jangan sebarkan kepada semua orang "Dia sombong, jangan tegur". Dahlah junior. Hurmm, where is your respect girls? But sokayy, jatuhkan lah air muka orang lain sepuas-puasnya sebab hidup ini ibarat roda. Once kau ada kat atas, percayalah that one day kau akan berada di bawah.

Once again aku nak tegaskan bahawa 'Life is too short to put up with fools' yow!


Tuesday 12 August 2014

ESSAY : Peperiksaan III : Paper 1, Section B


Assalammualaikum..
Hi! Sharing is caring is what I believed so much. Therefore, I would like to update my essay for last exam that was held during Ramadhan. So, I hope my essay would inspired some of you in your writing. Of course I hope that you will find this helpful. Have a nice reading!

----------------------------------------------------------------------------------------

It had been raining all day which had made the temperature dropped until 10⁰c. Eventhough I was wearing sweater with thermal cloth inside but I still could feel the coldness that seemed to penetrate my bone. I watched the tiny drops of rain through my clear transparent window which were pouring heavily like cats and dogs. My hands were holding a cup of hot chocolate which I love to have during cold weather. I sipped it slowly and tried to indulgence myself with the great taste of it. However, the warmth of the cup reminded me towards my Mom’s warmness by her soft touch that full of love when I was in Malaysia.

            “Anna! Wake up, it is dawn already. Go to bathroom, wash your face and brush your teeth. Then, go and deliver your pray or else you will be late.” Mom yelled at me.

            It was hard for me to open my eyes as I felt to sleepy and I could not help myself from proscrastinating. My blanket also seemed not letting me go. It was a great time for having a dream of meeting with a handsome, charming prince and….

            “Oh no!”, I almost forgotten that I need to take my SPM’s result that will be announced by the noon of that day. I hope that I would passed it with flying colours.

            I had my bath and breakfast as fast as a lightning. I thought that maybe I was the lost-forth-member of Powerpuff Girls’ team because I was sure that even those Powerpuff Girls will be stunned by looking on how fast I was. Next, I prayed to Allah and hope he will fulfil my wish.

            Then I rushed to the front door and wore my shoes quickly. As I tying my shoelace, my Mom came to me from behind. I stood up as I finished tying it and instantly she put her arms on my shoulder and said “Whatever your result will be, I will be fine. I know you had done a great job. You had struggled all the night just to face this exam. So, I will accept whatever Allah gives to us”

            “Thanks Mom” I smiled and hugged her tightly.

            It was 11.00am in the morning. The result will be announced within 30 minutes more. Soon after I reached the school with my Mom, I saw a lot of my friends were having their parents by their side. I was very sad because I knew that my Dad would not be able to stand right here with me but I believed that he was watching me and my Mom from the up there. I looked at the sky. My Mom only letting me doing that as she knew that I really missed Dad a lot.

            It was the announcement of SPM’s results. I was standing next my Mom and held her hands tightly. Then, I gazed into my Mom’s eyes, trying to gain some strength from her when suddenly I heard my name was announced as the best student with straight A1’s result. I was very happy that finally my eyes burst into tears. I thanked to Allah for giving me this reward. It was the best moment ever happened in my life when I could see my Mom’s happy face, standing proudly and gratefully beside me.

            However, the happiness did not last long when suddenly my Mom collapsed on the floor. Her face looked pale, her lips were blue and her hands were sweating cold.

            “Mom? Mom?! Wake up! What is happening?!”, I was panicked

               “We must take your Mom to the hospital. I’ll call 911”, my teacher said while making an emergency call.

            Within few minutes, an ambulance came and quickly lift my Mom on the stretcher. They brought my Mom into an ambulance and was heading to Hospital Kajang. I was in the ambulance too. It was the most horrible and terrifying moment when I saw my Mom inhaled breathlessly from the oxygen mask. She was dying.

            Soon after we arrived the hospital, a doctor and some nurses brought my Mom to the ICU. I was not allowed to enter so I sat on the bench provided outside the ward.

            An hour later…

            A doctor came out from the ward. I stood up when he walked to me and I asked, “How is she? Is she okay?”

            “She is suffering a lung cancer and I’m sorry to say that it is very critical now that we can’t do anything more to help her. She is dying. You better see her now”

            Soon after he finished his word, my heartbeat seemed to stop from pounding and my blood seemed to stop from running through my veins. It was a nightmare. By knowing that my Mom will left me forever, all alone in this world, I felt like my whole world was stopped from rotating. For all this time after the death of my Dad because of cancer too, I spent most of my time with her. Never in my life that the thought of ‘My Mom will leave me forever’ acrossed my head. I mean, I was not ready for another lost my beloved person. Not now.

            As I entered my Mom’s ward, she was not awake. Slowly I sat beside her bed and touched her cold hand gently. There were no exact words for me to say during that moment. Her face had shown everything. It described on how my Mom pretended to be strong in front of me eventhough she had gained a lot of burden on her shoulders. Whenever I heard her coughed, she convinced me that she was okay eventhough she knew she wasn’t. She did everything just to comfort me. She had prepared earlier because she knew her life would not be long. But does I know it? I knew nothing.

            I could not stand to see her burden through her face anymore. I need to do something to ease or stop her burden. So, I whispered to her,

            “Mom, I knew that you are in a lot of pain and that you might like to let go. If you do, then I want you to go. If you want to go for a better place then I understand. Don’t worry as we will be together again along with Dad, right? I love you and I’ll always love you forever. Please send my warmest regards to Dad later.” I cried heavily but only in my heart because I wanted her believed that I would be fine.

            Suddenly, my Mom could hardly breathed. She was like gasping and suffocating for the air. Quickly I pushed the emergency button. Within a few minutes later, a doctor and two nurses entered the ward and I was asked to wait outside as it was one of the procedures that everyone should obey it.

Twenty minutes later…

            The doctor came out of the door just to tell me that my Mom had gone. I smiled but deep in my heart, I was crying. Goodbye Mom. Till we meet again.

            “Anna, what are you gazing at?”, Tiara’s voice had shocked me and brought me back to the reality of life on the Earth that I was stepping. I wiped my cheeks and turned my face to her.

            “Nothing.” I smiled.
“Your hot chocolate will be cold if you does not finish it. By the way, come and join us eat some macaroni cheese.”
“Sure!”, I agreed.
On the small, round dining table, Tiara, Sarah, Amy and I were having a pleasant macaroni cheese as our lunch on that day. Living as a student who studied abroad could be hard but knowing that Mom and Dad were up there, I was not worried anymore. Plus, I had all of these lovely housemates here to share our up and downs in our life in the country of not our own. I was very grateful. Thank you Allah.




By : Dg Nur Natashah bt Armendas (5SC)

p/s : Nobody is perfect. If you noticed any errors, kindly let me know. 

Friday 8 August 2014

Hi Iman!

Assalammualaikum..

Hi, Iman, aku ndk aktif FB, Wechat dan Instagram anymore, so aku hanya blogging sahaja. Macam kau laa kan? Haha, don't worry sebab aku akan stay tuned dengan blog kau arr. Anyway, Good luck for your Mom!! 

Black cat! Awww! So Comellsss..
Oh btw, kesian ehh balik-balik kena oleh bola tampar. Apa gaya Man, main bola tampar haruslah ganas xD hahaha! Bah, chauuu! Tata~~~






Difikirkan skema, tapi tidakk..

Assalammualaikummm..

Harini hari Sabtu, which means Hindustan movie will be played! Hohoho.. Memang benar aku budak SPM, tambahan lagi budak aliran sains yang mana ramai cakap aliran sains ni, bila dah nak exam, dorang meroyan dengan buku-buku. That's not TRUE!! Siapa yang cakap hahh? Hahha, mungkin memang ada yang begitu tapi aku bukanlah jenis meroyan dengan buku yerr nyohh!

Cakap pasal budak Sains, orang akan terbayang student dia jalan-jalan keliling sekolah dengan buku setebal 10 inci, spectacles setebal 5 inci, bila orang tegur "hi.." dibalas dengan senyuman sahaja. Pendek cerita, skema dan tak sporting langsung! Well, this is actually tak betul. Ini hanyalah pemikiran primitif orang yang tak kenal aliran sains.

Sebagai contoh, cikgu kaunselor aku. Masa tu aku dan kawan-kawan lepak kat bilik kaunseling sementara menunggu aktiviti kokurikulum bermula. Pastu kitorang diajak oleh cikgu tu tengok Korea kat Youtube sesama. Aku tanyalah cikgu tu "Cikgu pun minat Korean?", pastu dia balas "Eh, takde lah, saya cuma nak tengok kenapa ramai remaja sekarang ni suka sangat dengan Korea nii".. Oohh, so aku pun join lah duduk beramai-ramai dengan kawan-kawan aku tengok Korea ni. Memandangkan dulu aku memang one of the biggest fans of Korea, so aku tau lah lagu-lagu dia sampai aku terikut-ikut humming. FYI, dulu aku sangat addicted dengan Korea hingga aku belajar steps untuk menari every single song yang aku minat. Bila cikgu dengar aku humming lagu-lagu tu kan, heran cikgu tengok aku. Tapi cikgu tak cakap. Pastu bila keluar lagu MJ 'Just Beat It', terus aku ikut nyanyi. Time tu la cikgu tanya aku..

Cikgu : Rupanya Natasha ni tau banyak lagu eh? Kiranya wide range la kan?
Aku : Heee, iye..
CIkgu : Ohhh... ingatkan skema orangnya..
Aku : Eh? Kenapa pulak skema?
Cikgu : Ye la, budak Sains kan skema. Tambahan lagi kalau top student.
Aku : Manadaa.. Tak semestinya cikgu. Buku lain, hobi lain, minat lain cikgu..
Cikgu : Ohh, Natasha minat apa?
Aku : Minat kumpul movie cetak rompak yang pasal perang-perang, tembak-tembak dan cerita pasal tamadun-tamadun.
Cikgu : Tak sangka Natasha ni suka kumpul movie cetak rompak. Pelik la awak ni.
Aku : Hee, itu namanya minatt~ *tersengih macam kerang busuk*

Tu belum masuk kalau cikgu tau aku berkebolehan translate Hindi sikit-sikit. Meskipun aku belajar France, aku lebih pandai translate Hindi berbanding France. Aku juga kenal artis-artis Bollywood serta tahu filem-filem apa yang dorang lakonkan serta lagu apa yang ada dalam filem tu. Aku tak arif sangat pasal Hindi tapi cukup untuk dibawa bercerita bila mak ajak cerita-cerita pasal filem Hindi dan artis Bollywood yang dia minat. Semua ni hanyalah bermula apabila aku minat cerita Hindi. Secara tak langsung, aku dapat translate bahasa dorang. Cuba bayangkan kalau cikgu tahu pasal ni. Konfom cikgu tak akan fikir bahawa budak Sains ni skema dan hanya dengan buku kan?

Korang ingat tak drama Filipina 'Be Careful With my Heart' dan 'Temptation of Wife' yang ditayangkan di TV3 ? Haa, melalui drama ini lah aku mengetahui serba-sedikit mengenai bahasa Tagalog yang merupakan bahasa arwah nenek aku sebelah ayah.  Maksudnya, keluarga ayah aku ni ada darah Filipina. Kakak ayah aku yang pertama, kedua dan ketiga sempat bersekolah di Filipina. Tapi aku tak pasti pulak kalau-kalau dorang boleh cakap Tagalog. Okehh, well point aku sebenarnya, drama ni telah mengajar aku serba sedikit mengenai bahasa Tagalog tapi aku belum mampu translate Tagalog sepenuhnya.

Korang sedar tak filem horror Thailand mesti nampak real sampai bila nak tidur, kita akan terbayang-bayang hantu dia bergentayangan sekeliling kita padahal semua itu hanyalah ilusi kita semata-mata. Sebab tu aku suka filem horror Thailand sehinggakan aku tengok hampir semua filem horror Thailand dekat Youtube tu. Macam biasa, bila aku tengok movie, secara tak langsung aku terbiasa dengan bahasa-bahasa dorang. Aku suka bahasa Thailand bila dia cakap kap kap dekat belakang. Contohnya "Sawadikapp, masuk pintu keluar tingkappp..". (ndk micing ehh) Tapi seriously Bahasa Thailand ni susah sikit nak masuk kepala otak aku yang comel ni. Miahahaha...

Point aku adalah, tak semestinya kita top student atau aliran budak sains adalah skema. Kita jugak ada minat lain bukan? Melalui minat inilah yang akan mengajar kita sesuatu yang lebih menarik yang semestinya takkan diajar di sekolah. Meskipun minat kau pelik, contohnya suka tengok movie, at least akan ada something kau dapat dari semua minat kau. Trust me, minat is worth it. Tapi minat tu mestilah yang betul ye..

So, janganlah kita rasa offended bila kita dikatakan skema sebab we know who we are right? Memandangkan SPM dah dekat, kurang-kurangkan minat kita itu dan jangan lah sekerap seperti dahulu. That's all for now. Tata!!

p/s : Good luck untuk mamaku dan mama Iman yang sekarang sedang menduduki peperiksaan hujung semester. Chayok Chayok! 


Tuesday 5 August 2014

Bakat Terpendamku..

Assalammualaikum

Hi uolls. How are you? Penat? Me too. Hurmm.. Aku baru jer balik dari tuisyen so I need rest. Tapi rest dari segi urusan ini adalah blogging! Miahahaha! Masa kat sekolah, macam biasa cer-cer dengan kawan-kawan sebab hari Isnin masih tak mencukupi untuk cope up balik segala cerita sakan kitorang sepanjang cuti raya. Kebetulan pulak tadi ramai cikgu tak masuk kelas. So macam masa tu panjang laa. Hohoho..

Kemarin aku ada mintak kawan aku tolong lukiskan header untuk blog aku nanti sebab dia sangat pandai melukis anime. I sangat jeless nyohh. Tapi apakan daya, aku bukanlah pelukis yang handal. Cerita pasal lukis-lukis ni, kawan aku tu dia memang pandai melukis dari kecik. Aku pun pandai apa.. Hahah! Pastu bila masuk Form 1 dia start belajar melukis tempat kakak dia. Itupun dia belajar sikit jer pasal basic-basic melukis anime macam mata, bentuk muka dan aku tak tahu lagi. Hahaha. Aku masa Form 1 hanya tahu melukis pompuan rambut panjang, pakai headband, tangan dan jari tak sama panjang macam ada masalah hormon pertumbuhan, kaki kurus sangat macam mengalami malnutrisi, baju gaun, pinggang tak simetri, pakai kasut powerpuff girls, pastu kaki takkan pernah tak rapat dan semestinya lukisan aku sangat kaku dan statik! Hahaha! 

Tadi, dia melukis anime lain pulak, Fanta pon nak jugak tunjukkan 'kehebatan' dia dalam melukis. So, dia keluarkan sekeping kertas A4. Pastu, dia tanya aku "Cha, kau pun nak lukis jugak? Common lahh, tunjukkan lah skills anda ituuuu". Ishh, tak boleh jadik ni, "Ok, meh sini aku bahagi kertas. Tengok siapa paling pro siniii. Heheee.." Kemudian aku belah la kertas tu jadi dua. Sekeping untuk Fanta, sekeping untuk aku. Maka, bermulalah siri bersaing-saing untuk menunjukkan skills masing-masing..

2 minit telah berlalu..

"Siapp!!!", tak sampai 10 saat disambung pulak oleh Fanta "Aku pun siap jugakk!" Kemudian kawan aku yang seorang tu heran. "Cepat jugak kamu melukis??" Dengan senang hatinya aku jawab "Inilah namanya orang pro. Orang pro jangan mau lawan." Pastu Fanta support aku "Betul tu betul!Hahaha!

Mempersembahkan bakat terpendam ku...

By me...
Miahahaha!

Bak kata Dr. Fatin Liyana, kalau nak buat something yang memalukan haruslah lakukannya secara berjemaah supaya dapat malu pun berjemaah. So ini adalah lukisan Fanta which is much better than me.. Kesian aku ni. Paling noob. Tadi konon mengaku pro. Miahaha!


At least anime dia ada expressions dan posing sikit. Aku?? ='(

Walau apa-apa pon, aku tetap berbangga dengan lukisan aku sebab ini adalah bakat terpendamku! Hahaha! After kawan aku tengok lukisan kitorang. Dia gelak nak mampos siott. Hahaha!

Untuk lukisan kawan aku tu, u'll see it nanti sebab itu adalah header-to-be blog aku nanti! Awww!

BAHAGIAN NDK MICHING
Iman pun mau jua turut-turutan menujukkan bakat terpendamnya. Ku rasa, bisai lagi aku punya lukisan. Miahaha! Eya melukis mata ganya. Oh, Okayy okayy, atu bakat terpendammu. Aku akur! Tapi kan tapii.. xD*gantung*

Ok la, see you later, Tata!


Pink Cherry