Monday, 25 August 2014

Konvensyen Siap Siaga SPM : Part 1

assalammualaikum semua !

Kemarin, iolls baru jer balik dari Konvensyen Siap Siaga kat sekolah yang diadakan selama 3 hari 2 malam. Penat nyer terasa seperti aku baru lepas  mengangkat batu sebesar bulan dengan hanya berjalan kaki dari Johor ke Kedah. Bahahah! Metafora sangatt =') Saje jer supaya korang tahu bahawa aku rasa sangat penat xD So, berbaloi la kan kalau aku tak sekolah harini ? *buat muka tak bersalah*

Okeh, meh kiter cer-cer pasal aktiviti yang aku ikut ni. Mula-mula aku memang takde hati nak ikut sebab mana la tau ayah aku tak izinkan aku ikut. Rupanya-rupanya, dia bagi pulak. So, bergegas la aku bersiap hari Jumaat tu. Barang belum packing, baju belum cuci, selimut cilok dari kapal terbang Mas Wing entah kat mana, semua pun aku tak ready lagi. Balik-balik jer, terus aku buat semua kerja packing barang-barang termasuk cari dan cuci segala-galanya. Tak kesah dah pasal checklist apa semua yang penting aku chau!

Sebelum aku chau, sempat lagi ayah aku pesan kat kakak aku suruh bawa makan kat restoran. Kalau aku taknak makan ayah aku tak izinkan aku ikut. Perangai aku ni, kalau dah bergegas, memang tak hengat perut dah isi ke belum. So, terpaksalah aku ikut syarat ayah aku yang satu tu.. Sesampainya aku kat restoran, aku makan kue tiau basah seafood aka Mee Hong Kong Seafood. Makanan favourite aku tuu. Tapi yang sedihnya, seafood dia kali ni takde sotong. Yang ada cuma udang dan isi ikan salmon. Kecewa di hati ibarat hati aku dibelah dua dan kemudiannya di blender, kau tahu tak??!!

Lepas selesai makan, kakak aku drive laju-laju ke sekolah. mak aihh, drift ke apa dia ni? Nak terjatuh jantung eden nyohh. Sampai jer kat sekolah, aku tengok semua orang dah berkumpul dengar taklimat. aku jer masih terhegeh-hegeh angkut barang-barang aku sensorang. Kesiann..

Habis jer taklimat, semua pelajar diminta ke asrama masing-masing untuk pengagihan bilik. Aku dapat dorm 108 dan roomates aku memang sporting gila. I loikee! Tapi aku kesian giler kat budak lelaki. Dahlah tidur kat lantai, banyak belalang pulak tu. Ada yang sampai tidur kat luar malam tu. Kesiann.. Tapi kesian aku melimpah-ruah kepada si Iman sebab dia tak suka serangga-serangga yang banyak tu. Tak aman dia tidur. Kejap-kejap nak tidur ada jer serangga gatal masuk kain pelikat dia. Hahahahha *gelak jahat*, padan muka xD

Lepas solat Asar, aktiviti diteruskan dengan ice breaking yang dihandle oleh kaunselor kitorang iaitu Cikgu Basyir. Oh ye, bini cikgu Basyir dah due, so congrates cikgu! Now, cikgu dah officially a Dad! Miahahaha~ Kemudian makan malam, persiapan diri, solat Maghrib, tazkirah *tak jadi sebab entah* dan solat Isyak.

Jam 8:00 malam, ada motivasi yang bertajuk "Di Mana ada Kemahuan di situ ada Jalan" yang disampaikan oleh student MSU dan kini sedang mengambil Master dalam bidang Biotechnology iaitu En. Anthony Chau. Tak boring langsung sebab ada pergerakan body sekali. Tak la duduk dan tadah telinga sahaja. Hehhehe. Ada satu aktiviti ni, beliau suruh kitorang senaraikan tiga haiwan kegemaran masing-masing bersama sebab kenapa kitorang minat. Tapi aku senaraikan empat iaitu Kucing sebab jinak, Beruang sebab gemuk, Harimau sebab gagah dan Singa jantan sebab hensem. Bila dah submit, beliau akan pilih randomly untuk dibaca. And one of the lucky person is me. Berdasarkan haiwan kegemaran aku tu, beliau assume bahawa aku ni seorang yang baik, dan jinak tapi berkemungkinan akan menjadi salah seorang daripada pesakit Aneroxia Nervosa sebab aku merasakan diri aku gemuk. Walaubagaimanapun, aku merupakan seorang yang gagah dan hensem. Mak aihh, gelak sakan terus kengkawan aku dengar. Aku pun gelak jugak xD Suka kau orang yerr..(menyepetkan mata)

Ceramah berakhir pada jam 10:00 malam. Time to sleep girls! But girls tidur jam 10:00 malam? hahha. no no no no~ Aku tak tidur dulu. Aku mencece dengan kengkawan dulu before tidur. Baru laa dinamakan girls! To the boys there, welcome to the girls' world~ Miahahaha!

Sambung part 2 (^_^) ..

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Update rayee lgii.. Aku mau asing2 . Gahahahahah!!!!!

    ReplyDelete

Pink Cherry