Saturday, 2 August 2014

3 Syawal: Part 2: Beraya di rumah bekas pilihan hati

Assalammualaikum..

Hi, seperti yang aku cakap kat entri ini, yang mana aku datang beraya ke rumah keempat kan? Hurm, dulu dia merupakan kawan istimewa aku. Kisah di sebalik semua tu malas aku nak cerita. Ingat lagi tak entri pasal luahanku ? Yang aku bersusah-payah keluar dari lubang entah apa benda tu? Hahaha, that's about him. So, bila aku datang beraya ke rumah dia memang awkward laa. Last year aku tak datang beraya rumah dia pon sebab malu. Tapi sekarang sebab dah takde apa-apa jadi aku tak malu sangat. 

Dari rumah ketiga, aku, adik aku, Kamilla dan Azza diangkut naik kereta dia. Kiranya kitorang ni dijemputla. Hehee, senang sikit aku nak raya rumah dia. Aku yang nak raya tapi dia yang ambil kitorang. Ekk, tapi aku tak suruh dia ambil pun. Dia call Kamilla nak tanya kitorang kat mana sebab dia nak datang jemput. Dia volunteer okayy!

So, tiba je kat rumah dia, kitorang terus dijemput duduk. Makan minum apa semua self-service. Time tengah makan-makan tu kan, tiba-tiba uwan(dia panggil ayah dia uwan) dia tanya kat kitorang "Mana satu Si Tasha ni?" . Terus tersentak aku. Nasib baik tak tersedak. Aku pandang ke arah uwan dia dan angkat tangan secara perlahan-lahan seakan-akan taknak mengaku Aku bukanlah Tasha. Aku bukan!. Tapi akhirnya, aku mengaku dan kemudian tersenyum. Terus uwan dia senyum. Bukan uwan sahaja, mak, kakak, abang dan dia-dia sekali ikut senyum. Hurmmm.. Whatever~

Kemudian aku teruskan santapan aku. Hahaha. Tapi kan, aku terasa diperhatikan oleh family dia terutamanya mak dia sebab mak aku dan mak dia ni bau-bau bacang. Tambahan pula, ini merupakan first met antara mak dia dan aku. Oh God! Aku tak nervous.. Ayam yang mak dia masak adalah kari. Oh I like this dish! Tapi sebab keadaan terasa sangat janggal, ayam dalam tekak jadi macam tak tertelan. Last-last, aku minum jer air banyak-banyak untuk memaksa ayam lalu tekak dan agar rasa nervous tu hilang sebab perasaan nervous aku ni membuatkan perut aku kecut! Kiranya, kalau aku minum banyak, tak nampak laa aku kecut.

Lepas aku trip-trip habis makan, aku tengok gambar-gambar dia. Ada masa kecik dan ada gambar raya masa dia Form3 kalau tak silap. Terburai ketawa aku masa tengok gambar dia masa kecik. Hahaha! Muka innocent giler. Hilang keayuan mak datin tauu (pergh, menyampah!) Kamilla pun terkejut tengok aku. hahaha! Welll~

Oh, aku lupa nak cerita kan? Kakak dia putih, slim dan cantik sangat! Jealous aku tengok. Tapi, Iman cakap, kita harus bersyukur dengan apa sahaja pemberian Allah kepada kita. So, having this type of body pun okayy jer. Lagipun, kita nak show body ni dengan siapa jugak? Kalau dengan husband ok la, tapi jangan tunjuk dengan orang lain. Setuju tidak?? Eh, bukan aku cakap kakak dia tak tutup aurat tau. Tutupp laa. Tapi dah namanya perempuan, memang mata tajam kalau tengok sesiapa sahaja yang kelihatan cantik. Heee~

Aku dah tak tahan, kita harus chau, kita harus chauu! Anybody? Pleasee??, begitulah rintihan hati akuu. Orang lain tak dapat dengar, tapi Allah Maha Mendengar jadi Allah makbulkan permintaan aku apabila Kamilla tiba-tiba cakap "Bah, Tasha, jum jalan." Ya Allah, terima kasihh! Cepat jer aku berdiri, ambil beg, jumpa family dia dan bersalaman. Senang jer kan? Hohoho~

Apabila kami semua melangkah pergi, tiba-tiba mak dia suruh hantar kitorang balik. EH? Biar betul?. Aku taknak menolak rezeki so jalan jer.. Hahaha! Tapi yang tak bestnya, kali ni aku disuruh duduk kat depan which means bersebelahan driver which means bersebelahan dia which means OH MY GOD! Janggal lah weh, janggal. Tapi aku ikut jer, kalau aku menolak, nanti dia perasan kengkonon aku ada feel sikit kat dia dalam hati aku ni padahal sekarang antara kami kosong-kosong. So, duduk lah jawabnyaa. 

Destinasi rumah seterusnya adalah rumah Adib. Apa-apa pun, thank you for all accomodations that had been offered to us. Between us double-zero right? Anyway, your family is so nice but I'm sorry for that awkward situation as that was my first met with them. Heee~

That's all for now, tata!
p/s: Sabtu ni ada open house so I'll update it later k? Stay tuned!


No comments:

Post a Comment

Pink Cherry