Tuesday, 5 August 2014

Bakat Terpendamku..

Assalammualaikum

Hi uolls. How are you? Penat? Me too. Hurmm.. Aku baru jer balik dari tuisyen so I need rest. Tapi rest dari segi urusan ini adalah blogging! Miahahaha! Masa kat sekolah, macam biasa cer-cer dengan kawan-kawan sebab hari Isnin masih tak mencukupi untuk cope up balik segala cerita sakan kitorang sepanjang cuti raya. Kebetulan pulak tadi ramai cikgu tak masuk kelas. So macam masa tu panjang laa. Hohoho..

Kemarin aku ada mintak kawan aku tolong lukiskan header untuk blog aku nanti sebab dia sangat pandai melukis anime. I sangat jeless nyohh. Tapi apakan daya, aku bukanlah pelukis yang handal. Cerita pasal lukis-lukis ni, kawan aku tu dia memang pandai melukis dari kecik. Aku pun pandai apa.. Hahah! Pastu bila masuk Form 1 dia start belajar melukis tempat kakak dia. Itupun dia belajar sikit jer pasal basic-basic melukis anime macam mata, bentuk muka dan aku tak tahu lagi. Hahaha. Aku masa Form 1 hanya tahu melukis pompuan rambut panjang, pakai headband, tangan dan jari tak sama panjang macam ada masalah hormon pertumbuhan, kaki kurus sangat macam mengalami malnutrisi, baju gaun, pinggang tak simetri, pakai kasut powerpuff girls, pastu kaki takkan pernah tak rapat dan semestinya lukisan aku sangat kaku dan statik! Hahaha! 

Tadi, dia melukis anime lain pulak, Fanta pon nak jugak tunjukkan 'kehebatan' dia dalam melukis. So, dia keluarkan sekeping kertas A4. Pastu, dia tanya aku "Cha, kau pun nak lukis jugak? Common lahh, tunjukkan lah skills anda ituuuu". Ishh, tak boleh jadik ni, "Ok, meh sini aku bahagi kertas. Tengok siapa paling pro siniii. Heheee.." Kemudian aku belah la kertas tu jadi dua. Sekeping untuk Fanta, sekeping untuk aku. Maka, bermulalah siri bersaing-saing untuk menunjukkan skills masing-masing..

2 minit telah berlalu..

"Siapp!!!", tak sampai 10 saat disambung pulak oleh Fanta "Aku pun siap jugakk!" Kemudian kawan aku yang seorang tu heran. "Cepat jugak kamu melukis??" Dengan senang hatinya aku jawab "Inilah namanya orang pro. Orang pro jangan mau lawan." Pastu Fanta support aku "Betul tu betul!Hahaha!

Mempersembahkan bakat terpendam ku...

By me...
Miahahaha!

Bak kata Dr. Fatin Liyana, kalau nak buat something yang memalukan haruslah lakukannya secara berjemaah supaya dapat malu pun berjemaah. So ini adalah lukisan Fanta which is much better than me.. Kesian aku ni. Paling noob. Tadi konon mengaku pro. Miahaha!


At least anime dia ada expressions dan posing sikit. Aku?? ='(

Walau apa-apa pon, aku tetap berbangga dengan lukisan aku sebab ini adalah bakat terpendamku! Hahaha! After kawan aku tengok lukisan kitorang. Dia gelak nak mampos siott. Hahaha!

Untuk lukisan kawan aku tu, u'll see it nanti sebab itu adalah header-to-be blog aku nanti! Awww!

BAHAGIAN NDK MICHING
Iman pun mau jua turut-turutan menujukkan bakat terpendamnya. Ku rasa, bisai lagi aku punya lukisan. Miahaha! Eya melukis mata ganya. Oh, Okayy okayy, atu bakat terpendammu. Aku akur! Tapi kan tapii.. xD*gantung*

Ok la, see you later, Tata!


No comments:

Post a Comment

Pink Cherry