Saturday, 2 August 2014

4 Syawal : Biru dan Pink, Kuning dan Biru.

Assalammualaikum

Kenapa tajuk entri aku macam ni? Oh, itu sebab Biru dan Pink adalah baju aku beraya pada siang hari dan kuning dan biru adalah baju aku pada malam hari.


Macam biasa, aku akan cerita rumah siapa yang aku serbu secara berurutan. Mula-mula aku serbu rumah Shahierra uolls! She's my classmate. Rumah dia kat Kelatuan sebelah dengan rumah YB Alimin. Betul ke tu nama dia? Aku tak sure sangat la, tapi yang penting abang kepada cikgu Sejarah aku time Form 2 iaitu Cikgu Yahya. Rumah dia jauh giler kott. Jenuh kakak aku drive. Dah la tu, kitorang masuk simpang rumah dia yang sempit. Kakak aku tersangatlah tak pro kalau bab-bab jalan sempit ni. Iolls sangat takut kalau kereta masuk lubang! Tapi alhamdulillah, abang aku sedia membantu. Dengan hanya sekelip mata, kitorang dah parking kat belakang rumah Shahierra. Terror tak terror tak? Miahahaha!

Raya kat rumah Shahierra best sebab kitorang datang-datang jer dah ada Iman, Faizuddin, Lando dan Zulfaqar kat situ. Semua pun classmates uolls! Menyusul tiba selepas kami adalah Yayah dan adiknya bersama dengan Ani Aryanie. Yayah dan Ani ni merupakan bestfriend Shahierra. Aku ni hanyalah sekadar kawan biasa tempat perkongsian ilmu. Huhuhuhu...

Apa-apa pon, iolls suka dekorasi rumah Shahierra sebab ala-ala tradisional. Terasa sangat macam raya. Eh, memang raya pon! So, gambar haruslah ada sebagai kenangan aku menjejak kaki di rumah Shahierra for the first time.


Aku jadi cameraman so si tashachibi takde kat sini yerr~
Next, kakak drive ke rumah Ain sebab Ain ada open house. Aku sanggup datang rumah dia walaupun aku tak tahu kat mana kerana hanya ingin mengejar Kak Kiah cheese cake kegemaran ku!! FYI, aku merupakan penggemar cheese dan aku adalah pelanggan tetap Kak Kiah Cakehouse. Trust me, once you taste their cake, you'll gonna be addicted! Just like me yoww! Setiap kali ada apa-apa ceremony dengan besties aku, seperti birthday party or saja-saja party, kitorang akan tempah cheese cake dari Kak Kiah Cakehouse. Finger licking good yow! Don't worry, harga pun affordable jer.  500g cheese cake hanyalah pada harga serendah RM25 !! WOW! Melopong tak mulut korangg? Korang harus melopong yerr! Lagipun diorang ada jugak jual dalam bekas yang comel-comel, macam ni..



Comel tak? Suka? Kalau ya, have a look at instagram : kak_kiahcakehouse . Jangan lupa! Hahah, entri kali ni nak sembang pasal raya aku. Tiba-tiba aku dah bertukar topik jadi tukang promote. Tapi takpe, that's what friends for right??

Kemudian aku raya rumah kembar tak seiras dan tak sejantina iatitu Irfarahani dan Irfan. Mereka ex-classmate aku sebab sekarang masing-masing dah sekolah kat MRSM Sandakan dan MRSM Kota Kinabalu. Aku jer yang tak pindah sekolah sebab dah selesa dengan sekolah aku sendiri. So, kiranya kitorang dah lama tak jumpa. Once berjumpa,mencece tak habis-habis macam mak nenek sehinggakan terlupa benda yang paling penting iaitu bergambar together-gether. Alaaa! Tak best ahhh! Apa-apa pon, makanan catering yang disediakan memang tip top sampai aku menambah dua kali. Yang kali kedua aku hanya meratah udang goreng bermayonis. Sedappppp! Ehemm, selain penggemar cheese, coklat, dan masak kari ,aku juga penggemar seafood yaa! Fuhh, sedap-sedapp..

Pada sebelah malamnya pulak, aku raya ke rumah Cacan, boleh kira cousin la jugak dengan kitorang. Yang aku suka kat rumah dia, kucing ada di merata-rata tempat! Sampaikan tuan rumah pening kepala dengan perangai aku yang terkejar-kejarkan kucing tanpa memperdulikan makanan yang dihidang. Ehh, bukan tak peduli, aku peduli tapi sattt lagi naaa. Hehehe. So, Ni kucing yang aku sempat bergambar bersama. Meh, bergambar dengan kakak, sini mehh~


Kemudian, aku raya ke rumah Wiwin buat kali kedua! Hikhikhik, tak tau malu. Macam biasa, masuk rumah orang, "Selamat Hari Raya, jemput duduk". Pastu labuhkan punggung kat kerusi empuk sambil menikmati kuih ladam kuda dari Brunei yang Wiwin khas beli untuk raya ni. Kemudian nampak gitar pink terus capai dan main. Pastu buat muka-muka candid, tak perasan kena gambar sambil main gitar. Padahal "Eh adik, tolong gambar aku sambil main gitar. Tapi aku ndk tengok camera tu arhhh" Hahaha, so nakallss! Btw, gitar pink Wiwin sama dengan gitar aku cuma my gitar ada besar sikit. Hahhaa..

Oh hi! Peace yow!
Dan begitulah berakhirnya raya aku pada 4 Syawal. 5 Syawal aku tak beraya sebab nak buat preparation untuk open house pada 6 Syawal iaitu raya keenam~

So, that's all for now! Catch yaa later! Tata!







No comments:

Post a Comment

Pink Cherry