Thursday, 28 August 2014

Konvensyen Siap Siaga SPM 2014 : Part 2

Assalammualaikumm..

I dah janji nak sambung cer pasal konvensyen kan? Haaa, alhamdulillah Iolls harini ada masa sikit nak update blog titeww. Eh, pehal kau cakap gedik tahap mampos ni ? Sekeh kang!

So, pada hari kedua konvensyen ni, aktiviti diteruskan dengan ceramah. Yess, ceramah. Tapi subjek Sains. So aku takde! Budak aliran Sains ada aktiviti dengan guru Kimia kitorang. So, kitorang ada rilek sikit la. Tapi tangan tak relek buss. Kitorang buat latihannn! Oh maiii~

Ceramah Subjek Sains by Cikgu Fizik kitorang, Cikgu Christie!
Pada masa yang sama, budak aliran Sains sedang......

Kami releks kat luar. Miahahaha~ Angin sepoi-sepoi bahasa gituuu...
Pastu, aktiviti diteruskan dengan ceramah Pendidikan Agama Islam selepas lunch. Memandangkan Ustaz yang ditugaskan tak dapat hadir sebab urgent last minute, so 'terpaksa'lah dibatalkan. Cakap pasal lunch ni memang buat aku sedih laa. Seperti yang aku cakap kat entri yang lepas, aku makan kue tiau seafood tapi takde sotong kan? Lunch kali ni ada sotong tapi aku tak sempat nak merasa. Sebab apa? Masa tu, cikgu dah cakap "pelajar-pelajar bolehlah makan sekarang". Tapi aku tak direct ambil makanan tau. Aku lepak dalam 15 minit kat dalam dorm bersama Amy, kemudian baru lah kami turun lunch together-gether. Bila sampai kat dining hall, (takyah nak trip mat salleh, selama ni sebut dewan makan , okey jer pon xD), aku agak terkezut dengan makanan yang dihidangkan sebab cuma ada Kari ikan dan Nasi jerr. Tapi sebab aku lapar, aku taknak la banyak complain walaupun karinya cair. Aku peminat kari jugak, so aku tau tekstur yang betul untuk kari. Jadi, betul-betul tak best lunch dia. Bila dah lapar, yang tak sedap pun jadi sedap. Sedih kan aku ni?

Tepat jam 1:50 tengah hari, kami semua menuju ke dewan walaupun ceramah Pendidikan Agama Islam dibatalkan. So, aku lepak la ngan kengkawan aku yang sekampung bukan se'classmate' ni. Syok gilerr bergaul ngan dorang ni. Pastu tetiba dorang sebut pasal lunch tadi. Terpinga-pinga aku apabila mereka cakap pasal sotong goreng dan sayur. Aku heran? Ehh, ada ke hidangan tu tadi? Ke aku yang lambat ambil? Sotong?? Tapi bila fikir-fikir balik, aku yakin yang aku tu tak lewat melainkan kalau Dewan Makan tu sendiri yang lewat hidang. Ye, aku yakin mereka lewat hidang apabila Amy cakap, dia nampak ada sotong goreng dan sayur dihidang masa kitorang turun dari dorm untuk dengar ceramah tadi.

Kecewanya hati aku tak payah cakap wehh. Remuk tau, remuk! Dua kali aku kempunan sotong. Aku terasa aku diabaikan dalam hal sotong-menyotong ni. Perasaan di hati aku tu sangat lah teruk sehingga terbawa-bawa ke dunia realiti. Tetiba jer, aku jadi sebak dan mata aku dah mula berkaca. Last-last jatuh jugak air mata aku ni. Menangis depan kawan-kawan merupakan bukan perangai aku. This is not Tasha!!

Kesian kawan-kawan aku apabila dorang terpinga-pinga tengok aku menangis. Padahal pasal sotong jer pun. Bukan lah apa sangat. Yang kau nak emosi sangat pehal kan? Tapi bila dah dikatakan favourite sangat, mungkin begini lah yang akan terjadi. Jujur aku cakap, aku tak pernah menangis kerana makanan, tapi ini merupakan yang pertama. Huhh, mencemar duli sungguh la aku ni xD


Okayy, meh sambung balik cer pasal konvensyen ni, so aktiviti diteruskan pada sebelah malamnya dengan membaca yassin sementara menunggu Isyak. Kemudian, ada sesi ceramah yang bertajuk "Pengurusan Stress". Terima kasih sekolah sebab I really need this session =') Pada pertengahan ceramah tu, dia ada tanya "siapa budak paling pandai di sekolah ni?", pastu aku dah agak dah, mesti aku yang disebut. So, terpaksa aku tampil ke hadapan apabila diminta. Rasa bangga pun ada jugak. Tipu la kalau aku cakap tak bangga kan.. Tapi aku tak nak riak sebab ini semua dengan izin Allah. Kalau tak, aku ni nothing tau. Penceramah tu pun tanya result aku baru-baru ni berapa A? Aku pun jawablah 7A. Pastu dia tanya, "apa yang tak dapat A?". Aku cakap "Sejarah C+ dan Fizik C+". Dalam hati, aku sedih jugak dengan result aku kali ni sebab yang lepas 7A 2B+, tapi kali ni 7A 2C+. Tapi tak pe, aku yakin pasti ada hikmah disebalik semua ni.

Dia tanya la, "jadi macam mana nak dapat kan full A tu?". Dah lah otak aku blurr, dia tanya pulak camtu. Akhirnya, aku jawab jer yang ringkas, iaitu "macam biasa lahh". Amek kau.. Kau tanya time aku blurr pehal? Yang aku ni pun blurr sangat pehall? Hahahha! Maybe sebab aku tengah senget, last-last, dia suruh pulak budak lelaki terpandai kat sekolah tu. xD

Dah habis sesi ceramah, kitorang dibenarkan ambil supper dan boleh terus ke dorm. Modop! Hahaha! Eh korang tau tak maksud modop ni? Aku lupa bahasa kadazan ke dusun ni, tapi maknanya ialah tidur. 

Jadi, malam nya sebelum tidur tu, aku renjis pada setiap penjuru dorm guna air yassin dan aku mulakan dengan bacaan ayat kursi untuk mengelakkan sebarang gangguan. Sebab, malam sebelumnya, dorm lain kena ganggu. Alhamdulillah aku tak diganggu langsung. Disebabkan "malang tidak berbau", jadi aku renjis sampai ke pintu dorm sekali sebab dormate aku cakap, petang pada hari tersebut, pintu dorm kena ketuk-ketuk kuat. Meremang bulu roma aku nyohh! Jadi aku taknak diganggu seperti itu. Oleh itu, pintu pun aku pi renjis jugak. Langkah keselematan lah katakan

Syukur alhamdulillah, malam tersebut aku tidur dengan lenanyaa....

Okayy la, kita sambung untuk hari ketiga program Konvensyen Siap Siaga SPM 2014 pada Part 3(coming soon!). Tata!!


No comments:

Post a Comment

Pink Cherry