Friday, 8 August 2014

Difikirkan skema, tapi tidakk..

Assalammualaikummm..

Harini hari Sabtu, which means Hindustan movie will be played! Hohoho.. Memang benar aku budak SPM, tambahan lagi budak aliran sains yang mana ramai cakap aliran sains ni, bila dah nak exam, dorang meroyan dengan buku-buku. That's not TRUE!! Siapa yang cakap hahh? Hahha, mungkin memang ada yang begitu tapi aku bukanlah jenis meroyan dengan buku yerr nyohh!

Cakap pasal budak Sains, orang akan terbayang student dia jalan-jalan keliling sekolah dengan buku setebal 10 inci, spectacles setebal 5 inci, bila orang tegur "hi.." dibalas dengan senyuman sahaja. Pendek cerita, skema dan tak sporting langsung! Well, this is actually tak betul. Ini hanyalah pemikiran primitif orang yang tak kenal aliran sains.

Sebagai contoh, cikgu kaunselor aku. Masa tu aku dan kawan-kawan lepak kat bilik kaunseling sementara menunggu aktiviti kokurikulum bermula. Pastu kitorang diajak oleh cikgu tu tengok Korea kat Youtube sesama. Aku tanyalah cikgu tu "Cikgu pun minat Korean?", pastu dia balas "Eh, takde lah, saya cuma nak tengok kenapa ramai remaja sekarang ni suka sangat dengan Korea nii".. Oohh, so aku pun join lah duduk beramai-ramai dengan kawan-kawan aku tengok Korea ni. Memandangkan dulu aku memang one of the biggest fans of Korea, so aku tau lah lagu-lagu dia sampai aku terikut-ikut humming. FYI, dulu aku sangat addicted dengan Korea hingga aku belajar steps untuk menari every single song yang aku minat. Bila cikgu dengar aku humming lagu-lagu tu kan, heran cikgu tengok aku. Tapi cikgu tak cakap. Pastu bila keluar lagu MJ 'Just Beat It', terus aku ikut nyanyi. Time tu la cikgu tanya aku..

Cikgu : Rupanya Natasha ni tau banyak lagu eh? Kiranya wide range la kan?
Aku : Heee, iye..
CIkgu : Ohhh... ingatkan skema orangnya..
Aku : Eh? Kenapa pulak skema?
Cikgu : Ye la, budak Sains kan skema. Tambahan lagi kalau top student.
Aku : Manadaa.. Tak semestinya cikgu. Buku lain, hobi lain, minat lain cikgu..
Cikgu : Ohh, Natasha minat apa?
Aku : Minat kumpul movie cetak rompak yang pasal perang-perang, tembak-tembak dan cerita pasal tamadun-tamadun.
Cikgu : Tak sangka Natasha ni suka kumpul movie cetak rompak. Pelik la awak ni.
Aku : Hee, itu namanya minatt~ *tersengih macam kerang busuk*

Tu belum masuk kalau cikgu tau aku berkebolehan translate Hindi sikit-sikit. Meskipun aku belajar France, aku lebih pandai translate Hindi berbanding France. Aku juga kenal artis-artis Bollywood serta tahu filem-filem apa yang dorang lakonkan serta lagu apa yang ada dalam filem tu. Aku tak arif sangat pasal Hindi tapi cukup untuk dibawa bercerita bila mak ajak cerita-cerita pasal filem Hindi dan artis Bollywood yang dia minat. Semua ni hanyalah bermula apabila aku minat cerita Hindi. Secara tak langsung, aku dapat translate bahasa dorang. Cuba bayangkan kalau cikgu tahu pasal ni. Konfom cikgu tak akan fikir bahawa budak Sains ni skema dan hanya dengan buku kan?

Korang ingat tak drama Filipina 'Be Careful With my Heart' dan 'Temptation of Wife' yang ditayangkan di TV3 ? Haa, melalui drama ini lah aku mengetahui serba-sedikit mengenai bahasa Tagalog yang merupakan bahasa arwah nenek aku sebelah ayah.  Maksudnya, keluarga ayah aku ni ada darah Filipina. Kakak ayah aku yang pertama, kedua dan ketiga sempat bersekolah di Filipina. Tapi aku tak pasti pulak kalau-kalau dorang boleh cakap Tagalog. Okehh, well point aku sebenarnya, drama ni telah mengajar aku serba sedikit mengenai bahasa Tagalog tapi aku belum mampu translate Tagalog sepenuhnya.

Korang sedar tak filem horror Thailand mesti nampak real sampai bila nak tidur, kita akan terbayang-bayang hantu dia bergentayangan sekeliling kita padahal semua itu hanyalah ilusi kita semata-mata. Sebab tu aku suka filem horror Thailand sehinggakan aku tengok hampir semua filem horror Thailand dekat Youtube tu. Macam biasa, bila aku tengok movie, secara tak langsung aku terbiasa dengan bahasa-bahasa dorang. Aku suka bahasa Thailand bila dia cakap kap kap dekat belakang. Contohnya "Sawadikapp, masuk pintu keluar tingkappp..". (ndk micing ehh) Tapi seriously Bahasa Thailand ni susah sikit nak masuk kepala otak aku yang comel ni. Miahahaha...

Point aku adalah, tak semestinya kita top student atau aliran budak sains adalah skema. Kita jugak ada minat lain bukan? Melalui minat inilah yang akan mengajar kita sesuatu yang lebih menarik yang semestinya takkan diajar di sekolah. Meskipun minat kau pelik, contohnya suka tengok movie, at least akan ada something kau dapat dari semua minat kau. Trust me, minat is worth it. Tapi minat tu mestilah yang betul ye..

So, janganlah kita rasa offended bila kita dikatakan skema sebab we know who we are right? Memandangkan SPM dah dekat, kurang-kurangkan minat kita itu dan jangan lah sekerap seperti dahulu. That's all for now. Tata!!

p/s : Good luck untuk mamaku dan mama Iman yang sekarang sedang menduduki peperiksaan hujung semester. Chayok Chayok! 


No comments:

Post a Comment

Pink Cherry