Saturday, 2 August 2014

3 Syawal: Part 1 : Raya rumah kawan

Assalammualaikum..

Hi korang! Amacam raya ke-3 ni? Best tak? Untuk aku memang best tapi satu jerr masalah aku. Pada hari tersebut, matahari sangat terik seperti hendak membakar diriku ini. Ya Allah! Baru hangat di dunia, belum lagi hangat di neraka, kan? Nauzubillahhh.. Tapi kelebihan di sebalik kepanasan ini adalah, pipi aku bertukar jadi merah tanpa perlu tempek blusher which means blusher aku selamat daripada diguna. Huahahaha!

So, untuk raya ke-3, aku pakai serba merah pada siangnya. Oh yeah, merah nampak hot gituu. Tambahan lagi pada cuaca panas. Memang superbb! Kalau korang nak try baju merah pada siang hari, dipersilakan! Tak kan rugi punyer lahh!


See? Kawan aku pun pakai merah jugak. Haha! Ada matching di situ ya! Oh, lupa pulak. FYI, ini adalah Anis Asmin merangkap sebagai bestie aku masa aku masih kat Sekolah Menengah Sains Sabah(SMESH) dulu. So, dah lama tak jumpa tapi alhamdulillah, Allah bagi aku peluang untuk berjumpa dia pada hari tersebut masa aku datang beraya di rumah Adib(rumah kelima aku serbu). Btw, Anis ni seorang pianist tau. Aku pun impressed sangat tengok dia main. Memang ohsem yoww. Dia ada buat lagu sendiri, cek-cek la dekat Youtube yerr. 

Okay laa, rumah pertama ialah rumah Kamilla. Aku beraya sambil lepak-lepak kat sana sementara menunggu Azza kemas rumah. Well, adat Melayu kan.. Kalau rumah semak sikit terus malu sebab Melayu memang sopan dan pemalu kann? Kalau ada Melayu yang tak sopan, haaa maka mereka lah perosak bangsa dan negara. Miahahaha! Tapi kan, yang lucu masa aku raya kat rumah Kamilla ni adalah, kitorang menjamu selera maggi asam laksa semangkuk! Hahaha, itu pun sebab aku terliur tengok iklan tv makan maggi. Kebetulan rumah dia ada maggi, so dia offer nak masak maggi. Bagai harimau yang lapar diberikan rusa, aku menjamah dengan penuh selera! 

Rumah kedua ialah rumah Azzarinah. Masa kitorang kat sana dah naik tengah hari. Keadaan rumah pun memang ala-ala tradisional, so memang cepat ngantuk. Sempat lagi aku tertidur jap. Hohohoho.
Adik aku rasa boring, aku rasa ngantuk. What a candid?!
Rumah ketiga pulak adalah rumah Zidie. Dia hidang banyak sangat kuih. Aku rasa dalam 24 jenis biskut kot. Memang ohsem laa. Tapi aku taknak rasa semua sebab aku bukan penggemar biskut. Lagipun, dia ada hidang susu soya which is my favourite. So, aku minum tu je laa sampaii kenyang. Kalau dalam bahasa Brunei, 'kebungkayangan'. Hahha, yeah. Aku kenyanggggg~

Rumah keempat merupakan Rumah Syukri which I will cerita kat korang dalam entri seterusnya sebab ini merupakan cerita yang aku rasa aku patut ceritakan kat korang. Errr, maybe. Hahaha!

Rumah kelima adalah rumah Adib. Ini adalah gambar selain daripada gambar di atas. Aku dan Anis Asmin kat rumah Adib. Yeayy!

 



 Rumah keenam adalah rumah Ijaz. Ohh, he is my classmate dan juga my cuzzy. Rumah dia memang cantik lahh! Superbb. Banyak betul koleksi barangan daripada yang antik, elegan dan moden. Semua adaa. Kalau korang tinggal kat Kampung Seberang Benoni, datanglah beraya rumah Ijaz eh? Besttt! Tapi sayangnya aku tak makan kat rumah dia sebab aku kekenyangannnnn~

Rumah ketujuh adalah rumah Ridzqin iaitu ketua pelajar kat sekolah aku, SMK Benoni Papar. Hoho. Masa aku datang rumah dia, sebenarnya aku taknak makan. Tapi bila dia cakap dia masak Sup Ketam, terus aku menjamah sikit. Perghh, memang sedap. Tapi aku tak pecaya dia yang buat sebab sedap sangat. So, aku pun tanya la mak dia ni untuk confirmation and guess what? He did it all by himself! Ohh, siapa yang dapat Ridzqin memang untung sebab setiap hari dapat makan sup ketam~

Pada sebelah malamnya pulak, aku tak kemana-mana. Just stay kat rumah untuk merehatkan diri. Penat dohh! Apa-apa pon memang best lah. Heee~ How's your raya on 3rd of Syawal? Mine was great! Anyway, gtg guys, tata!

No comments:

Post a Comment

Pink Cherry