Wednesday, 30 July 2014

2 Syawal : Bestnya Raya!

Assalammualaikum uolls!

Oh ya, 2 Syawal ni lebih meriah rayanya berbanding 1 Syawal tauu. Semua rumah yang aku serbu merupakan sedara-sedara jugak. So, cerita-cerita pun macam mak nenek. Pot pet pot pet. Jadi, kalau datang tempat sedara-mara ni haruslah mempunyai penampilan yang tip top! Barulah sepadan dengan profesion mak aku masa dia muda-muda dulu iaitu, 'Mak Andam Benoni'. Padahal usia masih muda ya! Hebat tak mak aku? Impressed tak korang? Hahaha! What life!

FYI, aku tak suka make-up sangat. So, I just wore black and chocolate eye shadow a little so that mata sepet aku ni akan nampak besar ye kawan-kawan. Tapi for sure mata aku tak nampak bengkak yerr.

Ini lah rupanya. Tak nampak sangat pun effect dia. Hahahha! (Eleh, tadi cakap macam pro. Menyampah!)

Macam yang aku cakap tadi, aku tak suka heavy make-up. Inipun macam dah tak nampak sebab lipatan kelopak mata aku telah menyembunyikan eye shadow aku. So, yang korang nampak ni hanyalah sebahagiannya. Sedih tak sedih tak? Eye liner pun aku tak boleh pakai. Uwaaa! Disebabkan aku taknak plain sangat, so aku pakai jer contact lens color light grey. Eh? panjang pulak cerita aku pasal mata dan eye shadow ni kan? 

Mari kita beralih kepada, 'how I looks like for the second day of Eid'. Oh! Aku excited sangat tapi tak tau macam mana nak luahkan kat korang so aku letak jer gambar ekk? Sebab, I do believe that pictures can tell you everything. Wahhh, gitu~



Untuk pengetahuan anda semua, ini bukanlah baju raya untuk tahun ini tapi aku nak juga pakai sebab I thought that fashion ni is still in people's choice meskipun aku sedia maklum bahawa style baju Ariana Rose dan maxi dress kini menjadi kegilaan ramai. Ehh, korang gila ke kalau nampak baju tu? Aku takkk tapi aku nakkkk!

Now, cerita pasal raya pulak. Seperti yang telah aku katakan tadi, aku serbu rumah sedara-sedara jerr. Mula-mula aku serbu rumah makcik rumah sebelah. Pastu masa dah nak balik, tetiba kena bagi duit raya. Ehemm, walaupun dah remaja tapi aku masih menerima duit raya. Masa kena bagi tu kan, aku cakap "Eh? Kitorang kan dah besar. Takyah la bagi. Hee.." Tapi tangan tu tetap mengambil angpau yang dihulur. Hikhikhik~

Pastu aku serbu pulak rumah makcik aku kat Kampung Benoni Seberang. Driver kitorang pada hari tersebut ialah abang dan kakak aku. Aku hanyalah VVIP terhormat. Masa kitorang masuk rumah makcik aku, cepat jer hidung aku ni mengesan bau yang sangatt sedap. Oh yeah oh yeah! Durian is in the house yow! Cepat jer aku masuk dapur dan tanpa dijemput aku tarik kerusi meja makan dan duduk. Pastu, seakan-akan mengerti kemahuan aku, makcik aku pun bawa keluar durian dia. Hahaha! FYI, makcik aku dan aku tersangatttt rapat. That's why aku tak rasa awkward sangat kat dapur dia. Dah biasa dahh.

Muka orang yang dahagakan durian
Next adalah rumah Tangah Kirah. Mereka buat open house pada malamnya tapi aku serbu awal iaitu pada petangnya. Hahaha! Sebenarnya, aku tak tahu pun malam ni dorang ada open house. Tapi kan, part paling aku suka masa budak-budak datang beraya. Bila dijemput minum, dia cakap taknak, kitorang dah kenyang. Eh? Kenyang? Nak duit raya la ni.. Hahah! Busted! Lagipun aku tengok masing-masing pegang sampul raya. But it's okayy. Budak-budak mestilah macam ni, baru terasa Raya. Kalau tak, what life???

Pastu, tiba-tiba aku dapat akal. Akal aku memang bernas. Jadi aku suruh bebudak tu posing untuk ambil gambar. Aku jadi cameraman tak berbayar jap.

Budak-budak buat gaya gwiyomi
Aku suruh buat peace. Tapi budak-budak taknak dengar arahan cameraman, so aku merajuk.
Rumah yang last kami serang pada petang tu adalah rumah kawan aku iaitu Wiwin di Jalan DJ Bersama Anda. Kenapa nama jalan tu macam tu? Ohh, itu sebab bapa dia adalah DJ Kampung. Yang bestnya, first time aku datang rumah dia adalah secara mengejut. Kali ni second time punya pun aku datang mengejut. Yeahh! I love surprise yoww! So, bersantaplah aku kat sana. Ermm, sedap sedap sedapp (suara Upin Ipin)

Sebelah malamnya pulak, kakak aku drive bawak pi rumah kawan dia. Oh yes, korang ingat lagi tak cerita keempat aku masa kat BSN tu? Kalau korang baca laa cerita BSN. Ada kan aku cakap pasal guard hensem tu kan? Arr, itu adalah abang kawan kakak aku ni. I was like, omg omg omggggg!!! Tapi tu tak berapa omg. Yang paling omg adalah....


Yeah, kucing idaman aku ada kat rumah dia! Sukanya sukanya sukanyaa! Rumah dia banyak kucing tauu. Semua pun comel-comel. Heee

Then, kitorang pigi beraya rumah Kak Mimie dan last sekali raya ke rumah makcik aku yang bagi durian tu balik. Kitorang stay sana sampaii jam 12 tengah malam. Mak ayah aku pun syok sangat cerita-cerita sampai tak perasan dah tengah malam. Aku pulak cerita-cerita dengan cousin aku iaitu Kak Ummie sebab esoknya dia dah balik. So, take time bro!

Oh, btw, aku suka gambar ni. Kengkonon candid masa otw ke rumah makcik. Heee~

 
Nampak sangat  tak lap cermin.
Pastu gambar ni, 

Selfie bersama adik-beradik. Kakak adalah driver
And, begitulah berakhirnya raya ku pada 2 Syawal. Later, I will update pasal 3 Syawal. Ada dua part.  So, stay tuned ya! Tata~

No comments:

Post a Comment

Pink Cherry