Tuesday, 22 July 2014

Menempuh Ujian

Assalammualaikum..

Sebenarnya aku nak sangat buat entri ni semalam. Tapi malangnya, disebabkan oleh kelesuan yang menimpa badan aku maka aku telah membina istana di udara seawal jam 8:30 malam. Tambahan pula, katil terasa sangat empuk membuatkan aku tak boleh blah dari katil tu. Padahal esok ada peperiksaan kertas Fizik. Budak SPM memang begini. Almaklumlah, peperiksaan haanya di sudut sahajaa ! Okay, berbalik kepada katil aku. Ohh sungguh indahnya dibuai mimpi.. Hikhikhik.. Kesian kat Iman(tuan kepada Hitlat) sebab dia nak baca entri aku yang kali ni. Hahaha, sorry Man. Andai dapattt, ku undurkan putaran dunia(menyanyi).

Jadi kisahnya berlaku pada hari aku update entri pasal Hitlat. Iman ni ada sesak nafas. Kalau dalam bahasa Brunei, 'ampus'. Setelah dia baca pasal tu, dia gelak tak hengatt dunia. Disebabkan itu lah dia ampus. Untuk mengurangkan sesak nafas, dia pun ambil laa dua biji pil entah apa, aku pun lupa apa nama dia. Sepatutnya makan sebiji sahaja. Tapi sebab dia nak effect yang cepat, dia makan dua biji. Kesannya, dia mengalami sesak nafas dua kali ganda. Hahaha! Eh, tak baik ketawakan orang yang sakit. Jahat nau aku ni. Astaghfirullah.. Tak sangka pulak entri aku tu boleh membuatkan orang sesak nafas. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai penyakit sedemikian, anda diberi amaran untuk berhati-hati semasa membaca blog aku. Make sure korang bawa tangki oksigen di tepi laptop sambil membaca yaa! 

Harini jawab paper macam nak tak nak jer. Kelesuan badan masih terasa dan Iman masih dengan ampusnya. Masa jawab paper Fizik  kepala aku dah terlentok di atas meja sambil berfikir, "apa yang aku nk merepek dekat paper ni? ". Sementara Iman sedang menjawab paper dengan kaki atas kerusi. Macam-macam kerenah. Orang sebelah aku pun kusut kepala. Kalau Cicakman suka makan lalat, aku pulak suka makan semut, sebab itu lah aku tak ingat apa definisi gelombang. (Amnesia sementara)Jadi aku jawab 

" Gelombang ialah miahahaha"

Anda dinasihatkan agar tidak berbuat sedemikian semasa exam sebenar ya. Amat memalukan. Hahaha! Tapi apakan daya. Definisi yang tidak melibatkan formula merupakan titik kelemahanku. Akibatnya aku malas nak ingat. Oleh sebab itu, kita mestilah mengatasi masalah ini. Untuk mendapatkan kejayaan, kita mesti berusaha! Bak kata peribahasa Brunei, "mun bekarih, baru berulih". 




1 comment:

  1. Otw mau tulis blogpost baru.. Jga kau,, teboongkar sgala rasiamu

    ReplyDelete

Pink Cherry