Thursday, 24 July 2014

Lokasi Impian Pelanconganku..

Assalammualaikummmmm !

Hi, korang! Dah beli baju raya? Oops! Nampaknya majoriti dah beli. Tapi untuk wanita-wanita di sana, elakkan la daripada memakai pakaian yang jarang yerr. Tak elok. Okay laa. Entri aku kali ni bukannya nak jadi ustazah menceramah korang. Hehehe. Aku nak cerita serba-sedikit mengenai 'Lokasi Impian Pelanconganku'. Sebenarnya aku suka melancong sejak aku kecik-kecik cili padi lagi. Sebab, ayah aku seorang tentera. Jadi, setiap kali naik pangkat, ayah aku akan kena transfer ke tempat lain. Sambil menyelam sambil minum air, kitorang pun melancong la sementara dekat negeri orang. Semasa kitorang tinggal kat Cheras dulu, kitorang sempat jelajah Melaka, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan(Rembau is most wanted yowww) dan Kelantan sebelum berpindah ke Sarawak. So, jiwa traveller tu masih melekat di hati ini.

Tapi kali ni aku berazam nak melancong ke luar negara yang beriklim sejuk sebab aku suka negara yang mempunyai empat musim. Kalau bukan empat musim pun takpe asalkan negara tu sejuk. Tapi aku taknak pergi ke New York or London. Bukan taknak tapi itu bukanlah tempat wishlist aku. Tempat yang aku nak pergi ni adalah Istanbul dan France.

Istanbul
Dalam pelajaran Tingkatan 4 Sejarah telah menyatakan bahawa Istanbul pernah mendirikan Kerajaan Turki Uthmaniah yang gilang-gemilang. Pentadbiran Turki telah menjadi naungan kerajaan Islam yang bermaksud Turki telah menjadi sebuah negara Islam. Aku juga mendapat tahu bahawa, terdapat gereja yang ditukar menjadi masjid semasa dalam tempoh kegemilangan Kerajaan Turki Uthmaniah. Aku sangat tertarik dengan pelbagai info ni. At least, aku akan dapat mendekati salah satu empayar Islam yang agung pada zaman dahulu.

Perancis
Haaa, ini adalah negara idaman aku sejak aku belajar bahasa France lagi kerana aku minat. Masa tu aku tak tahu bahawa daya tarikan Perancis yang paling utama adalah Menara Eiffel dan aku juga tak tahu bahawa Kota France dikenali sebagai kota cinta. Yang aku tahu hanya lah aku minat bahasa France.Aku baru jer tahu benda ni masa aku Form 2. Noob kan? Hahaha.

Bagaimana pula dengan andaa??




No comments:

Post a Comment

Pink Cherry