Sunday, 20 July 2014

Kisah Comel pada Hari ke-23 di Bulan Ramadhan

Assalammualaikum..

Tak lama lagi dah nak raya. Mesti adik-adik happy kan? Ye laa, kalau raya mesti dapat banyak duit raya. Hikhikhik. Sama la macam kisah aku time kecik-kecik dulu. Aku suka sangat masa raya sebab masa tu lah aku akan terjah masuk rumah orang walaupun aku tak kenal. Kemudian, buat muka tak tahu malu dan makan sebanyak yang mungkin. Pastu bila dah nak balik, buat muka seposen kat acik dengan harapan akan mendapat duit raya. Hikhikhikhikk. 

Tapi, bulan Syawal akan lebih terasa kalau kita puasa penuh. Masa bebudak dulu, puasa penuh merupakan cabaran yang paaaaaling mahaa besarr wal dahsyatt! Kan masa kecik-kecik, kita sangat hiperactive. Bila kuat bermain, mulalah rasa dahaga. Diri ini terasa sangat nak minum air, tapi disebabkan takut tak dapat duit raya dari mak ayah, maka terpaksalah tahan dahaga hingga waktu berbuka :')

Cerita pasal puasa time kecik-kecik ni, aku ada adik sepupu lelaki. Tahun ni makcik aku tawarkan hadiah kalau dia puasa penuh. Demi untuk medapatkan hadiah tu, bersungguh-sungguh dia berpuasa. Tapi, tidak pada hari ini. Haha! Busted tapi taknak ngaku. Comel comel. Kakak aku yang nampak dia time tu memang nak gelak tapi taknak gelak. Nanti nangis pulak dia. Hahaha! Kakak aku cerita kat aku macam ni.....

KISAH COMEL #1
Kakak sedang menyuap atuk apabila tiba-tiba ternampak adik sepupu aku tu sedang pegang ikan bilis. Hampir nak masuk mulut. Terus kakak aku potong stim pulak. Dia tegur, "ekkk, jangan makan..." pastu dia jawab "Eh, manada. Ikan bilis ani bahh. Lain baunya". Tak jadi masuk mulut tapi diperhati  dan dihidu-hidu pulak. Hahah. Pastu kakak aku sambung menyuap balik. Tiba-tiba sahaja keadaan menjadi senyap. Kakak aku pusing la tengok dia. Bila tengok, dia macam mengunyah something. Disebabkan takut busted, dia coverline laa. Dia cakap "Eh, abang Jul harini nda ke mari kan?" Hahaha! Comel comel. Korang bayangkan kalau makan sambil bercakap. Haaa, begitu la keadaan dia. Tapi taknak ngaku. xD

KISAH COMEL #2
Masa tu adik sepupu aku ni depan freezer.
Adik sepupu : huhh, pedas pedas..
Kakak : Eh? nda puasa ka ni?
Adik sepupu : Wooo, manadaa. Puasa bahhh
Kakak : Ouhhh..

Pastu kakak aku pun duduk kat meja makan tu. Tripping tidur la kononnya khennnn. After kakak aku tu trip-trip tidur, cepat-cepat dia buka freezer, ambil satu jug kecil air sejuk dan berlari sehabis mungkin ke atas. Kakak aku pun ikut la dia naik pergi ke atas. Bila naik, tengok-tengok dia ada dalam bilik. Sebaik sahaja dia keluar, kakak aku tegur "Ohhh, ndk puasa arrr..". Pastu dia jawab, "Eh, manadaa. Puasaaa" . Hahaha, alasan yang sama. Takpe.. Kakak aku pun bidas lagi. Kali ni dia cakap, "tu, kenapa jug air ada di tangan? Minum ka?". "Ehh, kucing ni yang minum. Bukan aku tuu". Hahaha!!!! Ada ka kucing minum satu jug air sejuk sampai habis? Sekejap puak tu. BAHAHA! Comel comel.. 

Bagi aku alasan yang paling comel antara situasi #1 dab #2, adalah situasi #2. Bagaiman pulak anda?? 



No comments:

Post a Comment

Pink Cherry