Monday, 28 July 2014

Kosong-Kosong yerr??

Assalammualaikum..

Alhamdulillah.. Sempat jugak akhirnya kita merasakan indahnya di pagi Syawal yang dinanti. Tapi jangan lah pulak kita melupakan mereka yang berada dalam kesusahan. Saudara kita di Gaza entah bagaimana nasibnya dan saudara kita yang masih hilang bersama misteri #MH370 masih belum terungkai tetapi kita pulak sedang sibuk bergembira di Hari Raya ini. Saya tidak menafikan bahawa saya juga merasakan kebahagiaan itu, tetapi bila mengenangkan nasib mereka yang kurang bernasib baik, Masyaallah..

Di hari yang mulia ini, eloklah jikalau kita bersederhana. Tak salah kalau bersederhana kan? Contohnya, makan jangan kenyang-kenyang. Nanti perut buncit, baju pulak tak muat. Opps! Hahaha. Duit raya pulak jangan nak minta lebih-lebih. Dapat 50sen pun dah cukup. Syukur alhamdulillah. Ehh? Dah dewasa pun nak duit raya kerr?? Hikhikhikhik~ 

Tapi kan, bila dah meningkat dewasa ni, hari raya lah yang paling aku takutkan. Sebab, masa ini lah merupakan peluang keemasan bagi makcik-makcik di luar sana nak cakap pasal dah kawin ke belum??. Makk aihh, terketar-ketar lutut aku (eh, aku? tadi guna saya. Hahah, abaikan) masa aku disuruh membawa dulang makanan untuk dihidang kat tetamu di atas. Alaaa, ni yang aku tak suka.. Bukan sebab malas ya! Jadi aku pun bawa la dulang tu dengan kakak sepupu aku yang seorang lagi. Aku sengaja jalan dahulu sebab aku nak poke hidang dekat makcik-makcik. Alamatnya, kakak sepupu aku terpaksa hidang dekat abang-abang (abangg?) teruna dan pakcik-pakcik sana tuuu. Heee, bijak tak aku?

Point nya adalah, supaya aku dapat mengelakkan diri daripada kaum Adam tersebut. Aku hengatt dah selamat. Hemm, harapan hanya tinggal harapan apabila pakcik yang tinggal sebelah rumah tu tegur, "Eh, ani naa anak dara. Pilih ganya mana kamu mau. Ndk susa kan menghantar rombongan ni. Subalah ruma jua ganya"

Pastu, bahahaha! Gelak terbahak-bahak. Aku dan kakak sepupu aku terus blah tapi dorang masih mencece. Bla bla bla bla and bla. Hahaha.. Aku tau keadaan ni bukan hanya dialami oleh aku sahaja. Pasti ada jugak yang kena kann? Haha, yeah, kita sama. High five lukk!

Apa-apa pun, bila cakap pasal hari raya, bukan itu sahaja. Pasti ada salam-bersalaman dengan ayat yang paling kita sinonim dengar iaitu,
"Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kalau ada salah dan silap ya?"

Tapi sekarang ada tambahan, #kosongkosong. Ehemm, aku pun taknak ketinggalan jugak. Aku harap masih tak terlewat, so aku pun nak ucapkan 
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Antara kita kosong-kosong yerr?


Oh, btw, Iman ada buatkan kad Hari Raya version Iman, Hitlat and ME  atas desakan aku. Hehee, muka tak tahu malu memang camni. Hikhikhikk~


p/s: photos maybe later will be uploaded insyaallah. Stay tuned yaa!

No comments:

Post a Comment

Pink Cherry