Oooo balik kampung,
Oooo balik kampung,
Oooo balik kampung,
Hati girang..
Bestnya bila dapat dengar lagu raya dendangan arwah Sudirman bila berada di negara orang. Terasa macam dekat negara sendiri pulak. Oh, Malaysia. mu tunggu aku datang yerr. Esok merupakan flight aku ke Malaysia. Jadi, tak sabarnya nak balik kampung! Hati ini rindu sangat dekat mak dan ayah. Betapa semangatnya aku ketika packing barang. Setiap kali raya, mak akan buat lemang pandan yang memang favourite aku dari dulu hingga kini sebab mak memang pandai masak. Tapi taknak masuk Masterchef. Hikhikhik...
Keesokan harinya...
Ya Allah, lambatnya aku bangun?! Tanpa fikir panjang, aku bergegas ke tandas dan kemudian bersiap-siap. Sesampainya aku di airport, segera aku mengeluarkan IPhone untuk berselfie. Ye, kita haruslah berselfie dahulu yerr! Setelah itu, aku mem'post' di Facebook dengan caption "otw to Malaysia for Raya. Bye Amsterdam!"
Prosedur untuk flight international ialah berada 3jam sebelum waktu penerbangan. Fuhh, nasib sempat. Tatkala kaki melangkah menuju ke pesawat setelah hampir dua jam menunggu, aku rasa excited sangat. Cepat-cepat aku cari tempat duduk aku yang nampaknya berada di kedudukan yang paling belakang. Almaklum lah, economy class kan. Tapi yang bestnya, lokasi aku dekat tepi tingkap iaitu seat favourite aku! Hikhikhik..
Dah jumpa tempat duduk, aku letak backpack aku dekat bawah kerusi. Taknak taruh dekat atas tu sebab aku pendek. Hee.. Kemudian, tiba lah masa untuk pesawat berlepas. Seperti biasa, pramugari dan pramugara akan menunjukkan safety precautions on the aircraft. Seakan-akan sudah hafal dengan semua itu, aku lantas mencapai sebuah majalah di hadapan seat aku dan membacanya sehingga pesawat berlepas.
Beberapa jam kemudian..
Boringnya.. Jam berapa nak sampai KL ni? Bila belek-belek tiket, eh? Jam 6:10 rupanya. Apsal la aku ni clumsy sangat? ish ish ish.. Ini ker gaya nak jadi doktor? Hahaha..
Tapi siapa sangka. Ibu bapa yang menanti kepulangan anak mereka untuk menyambut lebaran tahun ini tidak kesampaian. Yang diharapkan anak yang selamat tiba tapi malangnya hanya lah jasad yang tidak bernyawa dikhabarkan.
Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan para penumpang MH17 dan MH370 yang belum ditemui..

No comments:
Post a Comment