Monday, 14 July 2014

Just A Thought

Assalammualaikum! Ramadhan Karimm! 

Ececehh, subuh tadi siapa menang? Oh yeah, Germany! Aku suka aku suka. Semalam kan, aku tak dapat nak teruskan revision aku sebab aku asyik terfikir apa aku nak buat lepas SPM? Banyak giler kot plan aku lepas SPM nanti. Kata orang. waktu yang senggang mesti diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Maka, dari situlah terbitnya idea aku nak buat macam-macam perkara(insyaallah) dalam jangka masa menunggu result SPM nanti.

Things to do :
  • Apply masuk Giatmara dalam course bakery sebab aku minat sangat dengan bakery jika dibandingkan dengan culinary. Aku tak berapa sangat masak-memasak ni. Yang menghairankan aku, kakak dan mak aku terror giler bab masak-memasak ni. Memang otaii la beb. Tapi kenapa aku tak mewarisi kepandaian mak aku seperti mana kakak aku mewarisi mende tu? Kesian aku ni, setakat omelate, kari ayam dan benda simple-simple jer aku boleh buat. Rendang? Mintak mahap lah yer, aku tak pandai. Aku hanya lah assistant terhormat di dapur yang hanya akan menyediakan barang-barang keperluan memasak. Tapi sejak aku selalu tolong ayah mak aku buat kuih raya dulu, aku jadi sedar betapa cenderungnya aku dalam bidang bakery. So, aku harap plan aku yang satu ni akan berjaya.
  • Join PLKN jika terpilih. Dengar cerita, dalam bulan Julai ni keputusan untuk memasuki PLKN bagi batch 1997 akan diumumkan. Aku teringin sangat nak ikut sebab ada flying fox! Dengar bunyi pun dah rasa macam ohsem kan? Lepas tu ada senior-senior yang masuk PLKN cakap PLKN best gilerr! Rugi sape tak join. Aku nakkkkk! Tapi satu jer benda alah ni yang aku memang allergic tahap nak mampos, iaitu kawad. Kawad? Omaigadd, aku tak tahan. Dengar arahan dia yang ke kiri, kanannnnnn pusing jer pun dah membuatkan aku rasa nak mampos. Sesak nafas den. Lagipun aku penah ada kisah yang sangat memalukan dalam kawad ni. Malu I !
  • Mendaki Gunung Kinabalu. Sebagai orang Sabah sejati, kalau boleh aku nak sangat menawan Gunung Kinabalu sebagaimana ayah aku dan para pelancong dari negara lain yang telah berjaya. Aku jeles kot. Tapi aku tau, bukan senang nak daki gunung yang tertinggi di Asia Tenggara ni. Banyak cabarannya but I love challenges. Dan yang paling bestnya, harga untuk bumiputera Sabah amat murah jika dibandingkan dengan harga yang dikenakan kepada bukan bumiputera Sabah. So, I have to grab this opportunity as it won't knock your door twice dear ladies and gentlemen *wink wink wink*
  • Berniaga secara online. Aku tak berapa sangat dalam bidang perniagaan ni. Tapi disebabkan aku suka duit, so aku nak try jugak! Well hello? Siapa yang tak suka duit kat sini angkat tangan? Ekkk, kalau kau angkat tangan, maksudnya kau tipu. Tapi menurut prinsip hidup aku, buatlah ape pon asalkan pekerjaan dan hasil duit pendapatan kau tu halal. Biar la kalau kita kena gelar "Pakistan jual kain" atau "Bangla jual kain". So what? Penting duit dalam poket banyak dan pekerjaan tu halal. Lately, aku ada berkongsi modal dengan kakak aku untuk niaga tudung. Jadi, ada la kengkawan aku nak jugak tudung tu. So, aku bawak la bebanyak supaya dorang boleh pilih. Tapi ada pulak suara sumbang tegur, "Eh, Tasha jadi Bangla jual tudung!". Takpe kau, at least aku dapat income hasil watak aku jadi BANGLA tu dan yang paling penting halal dan kawan-kawan pun puas hati. Aku hanya mampu tersenyum jer sebab tudung yang aku jual pun memang laku. Ini baru dugaan pertama dalam perniagaan. Belum lagi bila dah betul-betul serius dalam bidang ni kan? :')
  • Aku nak ada DRIVING LICENSE sebab aku rasa ohsem tengok wanita drive car sendiri pastu pakai eyeglasses. Macam ni
    Very Stailista right?
Akhirulkalam, ini jer lah kot perancangan aku nanti. Insyaallah jika diizinkan, aku akan melaksanakan segala hasrat aku ni. Amin.

Thanks for viewing. Anyway, PRAY4GAZA :'(



No comments:

Post a Comment

Pink Cherry