Thursday, 20 November 2014

OTW to Freedom !

Assalammualaikummm~

Freedom?

Apa maksud freedom bagi korang? 

Freedom bagi aku adalah kebebasan mutlak daripada SPM sebab aku kan SPM candidates.Heee.. Nanti bila aku dah habis SPM, then dapat result, kemudian masuk IPTA/IPTS/Matriks segala freedom tu dah tamat. Sebab aku akan terpaksa menanti next freedom, iaitu tamat pengajian tinggi. Bila dah tamat pengajian tinggi, dapat kerja, aku akan free lah nak shopping dengan duit sendiri. Mesti best!


Tepat 25 November 2014, aku akan merasai segala freedom ni! Aku akan terlepas dari cengkaman SPM yang sungguh menyesakkan nyawa eden. I'll freeeeee, let it go! Let it go! *nyanyi lagu frozen*
This is my third freedom sebab first sekali free dari UPSR. Second, free dari PMR, The third-to-be is SPM. Yeay! From now, 4 days to go. Oyeah, tak sabar rasanya nak tamatkan semua ni. Segala ke'tension'an, you may fade away. 

Talking about SPM dari tadi, SPM setakat ni okayy tak? Frankly speaking, Soalannya sangat susah. Agak berbelit otak aku nak memahaminya. Hurmm, nampaknya sel-sel otak aku tak berhubung xD fyi, SPM 2014 adalah batch starter yang menggunakan KBAT/HOTS. Jadi, boleh tak bayangkan how difficult soalan tu? Bayangkan, hari pertama je aku dah rasa, omaigadd.. Start dari situ la aku terpaksa survive dalam SPM ni supaya aku dapat capai target. Gila kott. Tapi paper Physics kemarin, alhamdulillah. Because it is a little bit much easier dari soalan past years punya. Tapi kat paper 3, aku kondem sebab eksperimen tu aku tak tau. Aku pasrah aje laa...

Next Monday adalah Chemistry. My fav subect. Dulu subjek ni paling aku benci. Tahap kebencian adalah 5/5. Sekarang, aku dah jatuh cinta dengan subjek ni. Tahap cinta aku 5/5 (^_^) Aku harap, soalan Chemistry nanti tetap sama ngan format lama. Selasa pulak exam BIO. Last peiiiperrr! Untuk both final papers, aku tak tahu eksperimen nak baca apa, so aku cuma berserah aje laa.. Kalau apa yang aku baca tak keluar, lu pikirr la sendiri! xD

Hoiii!



Lepas habis aje last peiiperr nanti, aku nak enjoy-kan diri aku dengan menonton movie banyak-banyak biar sampai lebam mata aku macam panda kat sebelah ni. Nanti aku akan buat review pasal movie-movie yang best. 

Sekian sahaja dari sayaa, tataa♥



No comments:

Post a Comment

Pink Cherry