Wednesday, 10 September 2014

Konvesyen Siap Siaga SPM : Part 3

Assalammualaikum..

Dah nak lapuk dah citer aku ikut konvensyen ni kan? Mihmihmih.. Sorry guys, lately aku agak busy nak buat entry part 3 ni. So, terpaksalah selama ni keep on view sahaja~ Harini aku ada free siket sebab aku rindu blog aku. Asek tengok blog orang aje, blog sendiri bila nak update? Pemalas. Ngaku blogger tapi habuk pon takda. Pi daaa (angkat tangan macam Karam Sing Walia). Apa-apa pon, meh kita sambung part 3....

Hari ke tiga ni, kitorang boleh balik pada tengah hari nya. Jadi, waktu pagi diisi dengan sesi 'Muhasabah diri' di mana sesi tangis-menangis kat sini. Hisyy, aku tak suka sungguh kalau aktiviti nangis-nangis ni. Macam propa aje lebih. Nangis sini, nangis sana. Nak tunjuk hati lembut la tuu. Hahaha, itu la pemikiran aku kalau bab nangis-nangis ni. Lagipun, aku memang tak suka nangis public. Eh, ada ke orang yang suka nangis kat public?? Mihmihmih.

Masa mula-mula aktiviti ni, ceramah la kan pasal remaja zaman sekarang yang tak reti-reti nak hargai parents dia. Sampai ada yang sanggup hisap dadah durjana tu tanpa hiraukan nasib family dia. Pastu, didedahkan pulak akibat-akibat dadah. Ada yang macam lidi aje. Bila angin tiup, dia pun ikut terbang. Ada yang kanser mulut. Sungguh menjijikkan. Rasa kesian pun ada jugak. Apa la nasib korang sampai dapat pengaruh yang tak baik ni? Tahu tak? Korang yang buat benda ni akan menjatuhkan ekonomi negara(cakap macam student eko padahal sikit pun aku tak paham pasal eko)! Oleh itu, meh kita bersama-sama membanteras dadah. Kalau engkau nak try hisap dadah, JANGAN lakukannya! Buruk padahnya.

Mula-mula ceramah macam kat kempen Anti Dadah Sedunia. Bila lama-lama siket, dia macam lebih menyentuh mengenai hubungan kita dengan ibu-bapa. Macam-macam persoalan yang penceramah tu timbulkan dalam hati kami. Macam rapat dengan mereka ke tak? Kita hargai mereka ke tak? Pernah ke kita cakap 'I love you'? dan pernah ke cakap 'terima kasih'?? Haaa, tu semua korang jawab la dalam hati.. (Macam banyak yang aku cakap macam kat sini kan?)

Sambung pasal bab nangis-nangis, time tu kitorang disuruh tutup mata. Ada alunan muzik kedengaran. Very relaxing and tranquility tu dapat kita rasakan dan bayangkan. Ada bunyi burung berkicauan, seruling beralun-alun dengan bunyi deras sungai yang segar dapat kita sense. Sangat tenang. Time tu la penceramah ni memulakan strategi beliau dengan suruh kita buat throwback mengenai jasa ibu bapa kepada kita dan apa pula balasan kita kepada mereka.. Hishh, tacing sungguh iolls! Masa tu aku taknak nangis sebab nak tunjuk kuat. Tapi lama kelamaan, terpaksalah ego aku turun takhta apabila aku memang tak dapat tahan. Eeeee, uolls jangan mainkan perasaan iolls! (ko dah gedik pehal??) Oh yess, aku nangis yerr. At least, aku tak nangis sensorang. Kitorang semua nangis berjemaah.. Mihmihmih. Apa yang amazingnya adalah, taiko kat sekolah tu pun nangis jugak. Apa tak percaya?? Kau nak aku tunjuk gambauu?? Hahhaha, tak payahh.. Nanti taiko marah, aku taknak tanggung xD

Ni masa aktiviti peluk-peluk sesama rakan sebagai tanda kita hargai mereka. Sambil tu, weolls diarahkan untuk wish all the best antara satu sama lain. Iolls and kengkawan say 'peace'!!
Paling tak boleh blah bila aku tengok gambar sendiri sebab tetiba aje aku merasakan aku adalah klon Datin Rosmah yang turun padang untuk berjumpa dengan rakyat jelata sekalian. Hi uolls, datin is on the field yoww! Ehemm.. Abaikan..

Perempuan berpelukan normal...
Tapi lelaki......?


Tak salah berpelukan. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri memeluk sahabat baginda sebagai tanda cinta dan kasih baginda terhadap para sahabatnya.. =') Begitu sekali cinta baginda terhadap para sahabatnya, So, nothing nak dimalukan lah kalau peluk-peluk ni. Oops! Peluk berlainan jantina tak boleh. Haram uolls!


Ni pula masa sesi menangis.. Tacing sungguh, sangat tacing... ='(

Adakah rupa aku pun camni jugak? Tersentuh hati aku tengok kengkawan macam ni. Sampai hati En. Penceramah
buli hati dan perasaan kami. =(

Di atas tu gambar kitorang tulis mengenai nasihat-nasihat parents kita yang berkesan di hati. Kalau aku pulak, nasihat ayah yang paling aku ingat adalah "Cha, pigi makan. Isi perut tu, jangan kosong. Nanti sakit, diri sendiri yang susah" ataupun "makan banyak-banyak supaya gemuk macam adik kakak abang tu.." Manakala nasihat mak yang paling aku ingat adalah "jadilah seorang doktor supaya nanti anak mama sendiri yang akan merawat mama" Very deep. Dan semestinya parents akan selalu mengingatkan kita untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT, kan?

Ini lah En. Penceramah yang buat kengkawan iolss nangis. 

Kepada En.Penceramah, terima kasih sebab telah menyedarkan kami yang selalu lalai dengan dunia sehingga melupakan mereka yang sentiasa di sisi kami. Ibu bapa kami. Terima kasih jugak kerana telah menyedarkan kami mengenai segala tanggungjawab kami kepada ibu bapa kami. Tak sia-sia air mata kau orang semua jatuh kan? (termasuk aku) Dan tak sia-sia jugak ego aku turun takhta buat kali kedua sepanjang program ni.

Habis sesi tangis-menangis, esak-esakan, maka bermulalah sesi penutupan. Macam biasa, segala macam ucapan keluar yang mana aku sangat yakin bahawa hampir separuh daripada para hadirin dewan sekalian tak ambil perhatian. Sebab apa? Sebab masing-masing sebok bermonolog dalam hati 'panjangnya ucapan' dan 'bila laa nak habis??'. Perut pun memang dah berbunyi. Yeah, konsert hard rock is rolling in my stomach yow! Wanna join us??

Tak lama kemudian.....

Yeay! Lunch time! Hehehe, hilang dah mata yang sembab tadi, dan yang hanya adalah perasaan excited nak mengisi perut yang sedang rancak mendendangkan lagu rock yang maha dahsyat. Sabar perut, sabar.. Untuk pengetahuan uolls, lunch pada hari tersebut adalah ikan masak sos cili, sotong masak entah (SOTONG!!) dan sayur. Akhirnya, sempat juga aku makan sotong kat dewan makan. Taklah parents aku susah-susah masak. And FYI too, pada malamnya aku call ayah semata-mata nak cakap "ayah, tadi aku kempunan sutung, bisdia ndk meninggalikan kediaku sutung. Belikan esuk buleh?" (Brunei membahasakan dirinya aku bukannya saya) Sambil buat suara sedih supaya ayah jatuh simpati dan kesian kat aku. And you know what? Aku balik je dari program ni, berlambak aku tengok sotong dalam peti sejuk. Awww, my dad love me!!

Dan begitulah berakhirnya kisah sotong aku di sepanjang program ni. (eh, sejak bila jadi kisah sotong? Whatever). Overall, thanks kepada pihak sekolah sebab menjalankan aktiviti macam ni. Sangat bagus untuk kita budak SPM agar sedar dan laju-laju muhasabah diri masing-masing. It's not too late to realize our mistakes. But does it too late untuk sedar bahawa SPM tinggal 50+ hari lagi? (buat muka tak tahu sambil tanya orang sebelah, SPM tu natang apa wehh?) Haha!

Bahagian ndk micing: Sotong sedap, uollss sukaaa?? (meleretkan suara) 



1 comment:

  1. Mutur ada prob. Smpai lupa mau ckp happy holiday nyoh!! xD

    ReplyDelete

Pink Cherry