Tuesday, 30 September 2014

Infinity love towards white coats

Assalammualaikum semua :)

Harini aku ada ikut pameran dan ceramah kerjaya yang diadakan di SMK Bongawan II. So, kebanyakan IPTAs ada menghadiri program ini. Basically, those were IPTSes -.-" Antara 'IPTA' yang turut hadir adalah Lincoln University, ATI College dan aku lupa selebihnya sebab aku study Chemistry pulak (-.-).

Actually that is not my point. Point aku adalah, aku tertarik dengan Royal College of Surgeons Ireland(RSCI) yang aku pun tak berapa tau apa kena-mengna RCSI ni dengan Universiti Perdana(PU). For sure, program mereka ni dinamakan PU-RCSI. Adakah ini adalah twinning programme seperti UKM dengan Universiti Padjajaran(Indonesia)?? Aku pun tak tau. Anyway, yang buat aku macam nak tau banyak mengenai RSCI ni adalah sebab dorang ada offer Bachelor of Medicine (5 years degree). Ye aku tau, universiti lain jugak ada offer MBBS tapi entahlah. Aku saja jer kot. Ahaks! Erm, btw, did I mentioned that I really wanted to enter PASUM before? Err, takde eh? Hahaha, now you know! 

PU-RCSI ni program swasta tau! Dia sama level dengan KURSK STATE MEDICAL UNIVERSITY, RUSSIA yang sekarang ni orang ramai dok berpusu-pusu nak hantar anak masing-masing study medic kat sini. Padahal, study kat Malaysia lebih tip-top gitu. Tapi kalau nak dibandingkan study oversea dengan study dalam Malaysia, kos pembelajaran including kos sara diri sangat jauh berbeza. Sebab apa? Sebab kos untuk mengikuti MBBS di Malaysia ni cukup tinggi uolls! That's why biasiswa amat penting. Untuk memperoleh biasiswa pulak, result kena meletopp bak kata hang. Untuk mendapatkan result meletop pulak mesti study hard. Dan aku pulak di sini sedang menulis entry (T_T). Aku sedar diriku ini siapa. Rileks la, petang bukan masa aku study~

Korang perasan tak, dari tadi aku sebut pasal medic/MBBS aje? FYI, aku sangat meminati bidang kedoktoran yang mana itu adalah impian aku sejak kecil. Bukan atas paksaan sesiapa akan tetapi hati ini lebih mencintai bidang tersebut. Cuma bila dah datang angin kus-kus tu, adalah terbentuk angan-angan nak jadi pramugari, pilot dan sebagainya. Tapi bila aku fikir dua, tiga malahan hingga banyak kali, aku tak rasa ada any profession yang sesuai dengan aku. Pernah jugak aku menanyakan kakak aku, apa agaknya pekerjaan yang boleh dikatakan sesuai dengan aku apabila dewasa kelak? Dengan selambanya dia gelak besar macam lucu sangat dan cakap, aku tak matching dengan any profession pun sebab dia dah terbiasa memandang aku sebagai seorang doctor-to-be dalam keluarga meskipun aku belum lagi menduduki SPM. Hahaha.. Pendek kata, I must to be a doctor in our family. The FIRST doctor in our BIG family gitu..

Aku selalu membayangkan diri aku sendiri sedang berlegar-legar di hospital dengan memakai white coat dan stethoscope melingkari tengkuk. Masa aku kecik-kecik dulu, aku suka tengok rancangan Medic TV yang pernah disiarkan di TV3. Mereka menunjukkan macam mana mereka menjalankan pembedahan tersebut. Frankly speaking, sebagai budak kecik, aku langsung tak takut tengok darah dan aku selalu membayangkan, akulah yang sedang melakukan pembedahan tersebut. Selalu. So, korang boleh bayangkan tak betapa aku minat bidang ini? It's like infinity love towards white coats.

KASTEK 2012 : Naib Johan Saintis Muda Peringkat Negeri Sabah
Alhamdulillah, atas izin Allah dan doa ibu-bapa serta restu guru-guru, aku berjaya melepasi UPSR 2009 dan PMR 2012 dengan result yang cemerlang namun aku tahu, itu semua kini tidak dipandang oleh mana-mana universiti. Kau gila ke nak masuk Foundation dengan membawa result PMR? Walaupun kau straight A's tapi ada dorang kesah? Ahaks! Jadi, aku harus mendapat straight A's dalam SPM. Kini ada tinggal 33 hari sebelum SPM. Pada entry sebelumnya, aku ada menulis bahawa betapa aku tak yakin untuk menghadapi bakal penentu arah pengajianku aka kehidupanku. Aku rasa takut, cemas dan sebagainya. Aku juga merasakan bahawa ilmu aku selama ni tak dapat membantu walau sedikitpun. Namun Alhamdulillah, kini aku agak bersedia untuk menghadapi SPM 2014. Terima kasih kepada Iman sebab membantu aku dalam mengembalikan diri aku yang dulu iaitu Tasha yang penuh dengan keyakinan. Semuanya atas jasa tafsir yang telah Iman pinjamkan untuk aku. Terima kasih sekali lagi. <Kesian si Iman, ndk dapat tidur lettew tanpa tafsirnya di sisi xD>

Insyaallah, jikalau Allah mengizinkan aku untuk mendapat straight A, aku nak buat Asasi Sains Hayat di PASUM atau di UKM. Kalau ikutkan hati, aku nak buat dekat Timur Tengah(Jordan) yang ada ditawarkan oleh KPM sekarang ni. Tapi parents aku taknak sebab risaukan keselamatan aku disana nanti. Mereka cakap, it's better kalau dalam negara sebab kita tau negara kita terjamin keselamatannya. Tak payah la nak ikut program PU-RSCI atau ke Rusia atau ke luar negara bagai. Tapi kalau dapat rezeki ke oversea dan bukan dalam negara, apa salahnya kan? So, aku buat keputusan, jikalau keputusan aku cemerlang, aku nak buat dalam negara sahaja sepertimana parents aku suruh. Kita mesti dengar cakap parents agar dapat redha mereka. Kan?

Anyway, that's all for now guys. Tata~


1 comment:

  1. Assalamualaikum nyoh!.. Selamat menyambut hari raya kurban ah!. Nda ku tau kan mewish d mana. Wooofhahaha .. Di sni pun jadi la.. I know both of us skrg ani makin busy.. Nda lama lagi mau spm kan.. I hope our ukhuwah akan lebih akrab d msa akan datang.. imsyaAllah.. Jgn pulang lpas spm nnti aku d lupakan. Noooo!.. Doakan kejayaan ku di dunia dan akhirat..InsyaAllah aku akan mendoakan cita2 kitani jadi doktor dan melancong2 tercapai .. :p .. anyway.. kau tau ? aku sdg betapuk ni.. sbb tkut2 aku pulang kana korban d sbb kan kegendotan ku .. meow endut kan.. wooofhahaha , x mihcing ihh.. tataaa~

    ReplyDelete

Pink Cherry