Monday, 12 May 2014

Animals memang Comel!

Assalammualaikum

Untuk pengetahuan korang, aku ni peminat tegar chanel 550. Jadi, mesti korang tau apa yang selalu kena siarkan dalam chanel ni kan? Hohoho. Yerr, semua pasal haiwan-haiwan belaka. Part aku paling suka bila ada ditayangkan pasal harimau, singa, koala dan beruang. Bagi aku semua haiwan mamalia yang berbulu dan berkaki empat memang sangat comel! Tapi kalau reptilia berkaki lapan, memang sah aku lari sampai ndk cukup tanah! 

Wahh, nampak gagah <3

Comel nyerr dia! Tengok tu tengok!


Sedih laa bila harimau ni selalu kena salah anggap oleh manusia. Heyy, harimau ndk kan menyerang kalau ndk dikacau. Semua ni salah manusia. Sedih .. Sobs sobs. Pastu aku suka tengok beruang. Terutama beruang kutub. Bagi aku dorang comel sangat. Penah satu hari tu, aku cakap kat ayah aku. "ayah, mesti best kalau bela beruang kan?" Pastu free-free aku kena cakap gila.

Geramm!



Yang kat tengah-tengah tu macamm buat "Gong Xi Fatt Chai"


Koala pulak memang the very comels one sebab telinga dia furry and besar tahuu! Penjaga-penjaga dekat zoo boleh kenal pasti koala dengan hanya melihat telinga dia sahaja yerr. Tengok betapa hebatnya dorang ni. Haha, kau mampuuu?? Lagi satu, koala bear ni tukang tidur jerr. Huhh, pemalas nau engko ni! Dia stay-up malam jer. Aku pun tak tau ape hal koala ney stay-up. Namu, ada jugak kelebihan di sebalik sikap pemalas koala ney. Masa koala tidur, disitulah kecomelan haiwan ni terserlah. Aww, so cute!



Kalau singa pulak, aku prefer yang jantan sebab jantan banyak rambut. Betina takde rambut. Tak ohsem laa.

Hensem kan? Hikhikhik
Dan sudah tentu kucing merupakan haiwan paling comel antara semua. Aku nak sangat bela kucing tapi mak aku tak benarkan sebab mak aku cakap ekor kucing macam ular. Jadi mak aku geli. Dia tak takut pun. Tapi, ye ker ekor kucing macam ular?? Hmm, macam-macam. Kakak aku pulak memang takut kucing gilos. Asal ada kucing memang terpekik terlolong macam histeria.

Muka aku yang comel ni pun ada orang takut?
Uihh, anak muka innocent, sekali mak dia.. Fuhh



Masa aku kat KL haritu, aku sempat bergambar ngan binatang ni

Yes, mata anda tidak salah, aku telah bergambar dengan seekor ular! Yeayyy! Ular. Seekor ular yang sangatt cantikk dan sihat tapi belum cukup matang (maybe). Aku jugak ada bergambar dengan parrot yerr. Nakal giloss parrot ney. Siap gigit tangan aku lagi tuu. Berani kau gigit tangan aku yerr. Tapi takpe, nasib baik kau cantik, kalau tak, aku gigit kau balik. 

Walaupun polar bear and koala tak wujud langsung kat Mesia ni, tapi aku akan berusaha jugak supaya aku boleh kecapi impian aku untuk jumpa korang! Wait yerr. Harimau pulak senang jer jumpa kat Mesia. Sabah ney cukup banyak harimau. Haa, kalau nak jumpa harimau ker, babun ker, and segala jenis mamalia yang ada, sila lah datang ke Sabah yer. The Land Below The Wind. Macam-macam adaa.

Sempat lagi aku promote Sabah. Ishh ishh ishh. Ok lah, pendek cerita, aku suka mamalia yang berbulu lebat, besar, gemuk dan semestinya comel! 

Ok lah, jap lagi rancangan fav aku nak mula. Got to go! Tata~

No comments:

Post a Comment

Pink Cherry