Wednesday 8 October 2014

Thought for tonight

Assalammualaikum..

Deep tak tajuk aku tu? Walaowehh. Macam serius sangat. Eh, tak tak. Aku tak serius tau. Nanti muka aku cepat kerepot. Collagen please? (terlajak laris). Sebenarnya, malam ni aku berfikir pasal macam mana nak jadi kesayangan orang ramai. Eh, but itu tak bermaksud aku ni budak kekurangan kasih sayang. No! Tidak sama sekali. Hiks! Kan aku dah cakap. Just a thought~

Dalam dunia ni, manusia ada matlamat, pendapat dan cara perspektif yang berbeza lagi maha pelbagai. No matter how we did and what we done, akan tetap ada certain individu yang tak suka dengan perangai kita. Aku nak bagi korang contoh ni, tapi absolutely tak berkaitan sama ada yang hidup mahupun yang telah mati tau. Ingat?! Contoh ni hanya berdasarkan pemerhatian aku sahaja. Ok la , mari kita sambung.. Misalnya la kan kau ni dilabel sebagai 'sombong' but actually you're not. Then, balik rumah, kau stress sendiri bagai nak rak bila difikir mengenai label kau yang famous amos tu. Padahal, tak payah ambil peduli pun takpe. Tapi kau nak jugak solve masalah tu. Good, ada jugak inisiatif kau untuk berubah kann. Then, akhirnya kau berubah jadi lebih 'peramah'. Dengan kawan-kawan kau yang sosial lebih pun kau pi dekat-dekat nak bergaul dengan meka meka ni semata-mata nak dianggap geng sedangkan kau tahu pengaruh meka ni tak elok. Dan pada akhirnya, kau pun merana sekali lagi sebab bestie kau yang sebelum ni cakap kau berubah la, itu la, ini la. Kenapa nak berubah sampai macam tu sekali??

Untuk pengetahuan uolls, we'll never satisfied others. Never. Jadi, apa yang kau perlu buat adalah memuaskan diri sendiri. Contohnya, kau suka baca buku sambil jalan macam orang nerd. Asal lalu kau jer, orang cakap nerd. Peduli apa kau? Janji aku bahagia. Kan? Haa, itu sepatutnya yang ada dalam pemikiran kita. Selagi kita tau kita tak ganggu kehidupan orang lain, tak kacau ketenteraman mereka, so why not kan? Lagi satu, kalau kau sebok nak ubah diri jadi apa yang orang nak fikir pasal kau, then, sape yang akan jadi kau? Err, you got the idea kan? Ke tak ni? (-.-)

Maksud aku, contohnya la kan, kau sebok nak jadi Selena Gomez sampai nak terkeluar anak tekak kau melalak dekat Kbox. Punya la kau berusaha sampai serak-serak suara. But then, kau kecewa sebab suara kau hanya serupa dengan kucing mengiao mintak ikan. Frust menonggeng. Buat apa susah-susah nak jadi Selena Gomez? Kalau kau jadi Selena Gomez, so where is your identity bro?? Haa, now you got what I meant right?


Misi : Untuk menjadi Selena Gomez
.
.
.

Hakikat sebenar : Hanya suara kucing. (sedih)

Jadi, kan.. Nak jadi kesayangan orang ramai ni susah tau. Bila kita ikut macam yang dorang nak, kita pulak yang berubah jadi 'bukan kita yang sebenar'. Ada orang terpaksa jadi talam dua muka. Macam artis Korea yang pompuan-pompuan tu la. Majoriti pembedahan plastik sebab nak jadi bertambah cantik dan comel agar diminati dengan kecomelan mereka. Finally apa dorang dapat? Satu habuk artis lelaki Korea pun tak lekat kat dorang tau. Apatah lagi nak idolised meka ni. Memang tak laa =)

Bila kita fanatik sangat nak ubah diri kita agar lebih disayangi, automatically kita tergolong dalam golongan insan yang tak reti nak bersyukur kat muka bumi Allah ni. Allah sangat tak suka dengan orang yang tak reti bersyukur. Ada orang Allah jadikan dia mata coklat. Tapi dia nak mata biru sampai sanggup buat eyes surgery sebab taknak pakai contact lens colour biru forever. Bila kita lihat pada orang lain, ada je Allah jadikan dia takda penglihatan sebab dari kecik tak dapat buka mata. Kita pun tak tau warna apa iris dia. Arr, camne tu? Satu, tak reti bersyukur. Keduanya pulak, dah jadi dosa besar sebab mengubah ketentuan Allah. Kau nak ke? Aku taknakkk!

Kesimpulannya, why not kita jadi diri kita? As long as kita selesa dengan who we are, then teruskan. Ingat! Jangan ubah diri kita! Just us =)

Aku adalah DG NUR NATASHAH yang hanya beridentitikan DG NUR NATASHAH. Bukan orang lain, hanya aku! (Suara semangat)
Jiran kiri kanan heran tengok aku 'bahagia'.

p/s: Kalau nak mengubah diri atas dasar keagamaan, amat digalakkan!

No comments:

Post a Comment

Pink Cherry