Assalammualaikum..
Pernah tak korang experienced benda ni? In which, kawan korang tengah syok dengan handphone dia dan kita pulak macam batu bagi dia. Ataupun, korang tengah cerita syok-syok dengan dia dengan harapan korang dapat respons yang excited macam korang jugak, but then dia hanya balas "Oh..". Atauuuu, korang tengok kawan korang macam nak taknak je layan korang sebab busy dengan handphone yang mana korang pun akhirnya bermain handphone jugak sebab rasa boring. Then, wujudlah awkward situation...Macam, krik krik krik.. Pernahh?
Kalau korang pernah melalui semua ni, apa korang rasa? Offended? Yeahh, of course you do kann? Tipu la kalau sekelumit perasaan tersinggung pun takde dalam hati time tu. Kan? You know what? Everybody really did experienced this if they really had their 'bestfriend' once.
Aku pernah ternampak satu awkward situation ni. Tapi sebelum tu, apa yang aku nak cerita ni takde kena-mengena dengan orang yang aku kenali, okay? It's just my observation. So, let's continue! Masa tu, aku tengah makan dalam KFC dengan family aku. Awkward situation tu pula berada di hadapan meja aku sahaja. Jadi, senang aku nak observe facial gestures kawan dia yang satu tu. Sambil aku makan, sambil aku perhati. (ada macam gaya CSI or FBI tak?)
Masa tu, aku tengok dia tengah syok-syok cerita kat kawan dia ni. Excited giler la kan. Tapi masa tu kawan dia tengah layan handphone kat bawah meja(I saw it). Habis dia cerita, dia pun mintak la pendapat kawan dia ni. Pastu, korang tahu apa dia balas? Dia balas "Ok la tu.." Pastu, tunduk balik sambung main handphone. Kawan dia tu pun macam tak puas hati sebab dibalas sependek itu aje. Buat bazir air liur je cerita kat dia kalau macam tu. Tak lama kemudian, aku tengok dia pun keluarkan handphone jugak. Then, terjadilah krik krik krik sampaiiiii la kami sekeluarga habis makan. Tapi mereka masih tak berganjak, masih dengan handphone masing-masing. And I was like, what the heck?! Aku pun tak berapa sure mereka ni tengah bergaduh atau tak, tapi I don't think so mereka bergaduh. Yes, I'm pretty sure about that.
Dari situasi ni, aku semakin sedar bahawa orang masa kini lebih mementingkan alam siber sehinggakan mereka mencipta dunia mereka sendiri dalam alam siber. Malahan, kawan sendiri pun mereka tak dapat nak layan sebab sibuk check notifications kat Facebook, baca post orang lain yang entah apa-apa entah, main komen-komen and like-like, sape banyak likers or followers maka dia la yang hot and etc. Persoalannya, perlukah kita mengejar hot tu? Disebabkan ingin kepopularitian di alam maya, mereka sanggup mengetepikan hal bersama kawan-kawan. Disebabkan itu jugalah mereka lebih melibatkan diri dalam sosial alam maya. Perlukah semua itu sedangkan ada kawan yang boleh menerima kita seadanya. Tak perlu jadi hot stuff, but she/he always be there. Waiting for you to reply her and be like the old times di mana korang akan borak-borak sampai tak hengat dunia.
Bila aku tengok post orang lain semasa cuti sekolah, masing-masing sibuk nak update "rindunya sekolah", "rindunya bestie aku" and blablabla. Kemudian, kau tag pulak 'bestie' kau tadi. Do you really mean it? Betulkah kau rindu 'bestie' kau? Bukan kerana hanya ingin post supaya Facebook kau tak berhabuk? Bukan kerana itu hanya idea kau sahaja untuk meraih likers banyak or whatsoever? Tepuk dada tanya selera bro.
Padahal in reality life, bila berjumpa macam biasa-biasa aje. Takde nampak macam superb sangat friendship mereka ni sebagaimana yang mereka tweet atau post. Bila ternampak dekat restoran pulak, masing-masing layan handphone. Bila berjauhan, baru la rancak tanya apa khabar, kau buat apa and whatsoever.
Well hello?! Wake up! Menjadi seorang kawan yang baik dan sejati bukanlah dengan cara tweet atau post yang bahawa korang sayang kawan korang till jannah and korang nak semua tahu friendship korang. Tak payah semua tu bro. Korang boleh buktikan bahawa korang layak digelar friend till jannah dengan hanya tunjukkan care korang bila berjumpa, menjadi listener yang baik bila kawan korang ada masalah, menjadi partner yang awesome when having any conversations dan yang paling penting sekali, doakan kesejahteraan kawan korang tiap kali menghadap Tuhan. Bila kawan korang menyimpang jauh dari landasan agama yang sebenar, bawa dia kembali. Itu lah erti kawan yang sebenar. Friends till jannah adalah kawan yang membawa, membimbing dan masing-masing memperbaiki diri untuk kebaikan bersama. Itulah kawan yang sebenar.
Sekarang hanya tinggal satu persoalan,
Adakah anda merupakan kawan sejati?
Well, itu lah masalah aku. Aku tak boleh kalau tak perhati keadaan sekeliling. Dari sudut itu aku nampak pelbagai aspek which maybe can drive me crazy. But I like the way I thinking. Maybe ada yang fikir aku ni such a busy body. Tapi percayalah, tanpa observation, maka hipotesis korang tak dapat disimpulkan sama ada boleh diterima atau tidak. In total, maaf kalau ada yang terkasar bahasa. Heee. Peace yow!
Agree. Pernahdan selalu alami.. Kdang2 tersinggung jua la , kitani cer2 .. Skli kna respond lmbat bnar.. Ilang mood kn becer trus. Serius.. https://www.facebook.com/GrafikIslamik/photos/a.148760235248371.3425.148753198582408/245755512215509/?type=3&permPage=1
ReplyDelete