Assalammualaikum..
HACHUMMMM!!!
Adoyaii.. Bersin lagi. Dah tiga hari aku asyik bersin. Sekarang hidung aku tersumbat giler, peratusan oxygen berkurang sebab cuma satu lubang hidung aje berfungsi. Sebelah dah tak taste apa-apa lagi. Hahaha. Suara pun dah agak-agak sengau sikit. Kalau korang dengar aku bercakap, memang korang tak dapat bezakan, adakah itu cik tashachibi ataupun itik?? Kalau ada anatidaephobia sini, memang dah lama chau. Hahaha!
Eh malas nak celoteh pasal itik ni.. Hahaha xD
Buat masa sekarang, memang tak dinafikan bahawa aku agak khuatir pasal result SPM 2014 yang dengar ceritanya akan keluar awal bulan Mac 2015. Aku takut, risau, gementar, semua ada! Bila cakap pasal SPM dengan parents aku, terus terpancar sparkling dari mata mereka ni sebab harapan tinggi melambung. You know, batch 97s ni macam kena cursed tau. Sebabnya, berdasarkan soklan-soklan tahun-tahun lepas punye, UPSR 2009 dan PMR 2012 is the toughest. Tak yah cite pasal PT3 korang lagi susah sini, pasal memang PT3 susah. Jadi, berdasarkan exam yang kitorang dah lalui ni, memang kitorang agak, SPM 2014 pun konfom akan susah punye.
Jadi, tekaan kitorang tu tepat. Kalau kat sekolah masa jawab exam, aku duduk rilek-rilek je sambil jawab soklan tu. Tak kira la senang ke atau susah debaboom ke, aku tak kesah. Tapi, bila aku tengok je kertas SPM tu, aku tenung je kertas tu sedalam dan setajam mungkin. Aku rasa, maybe kertas tu tembus sebab aku. Ciss!! Aku tenung bukan sebab ada soklan fevret aku kat sana, tapi aku tenung sebab "What the heck of Questions you are giving to us??"
Baru first week of SPM tak aku dah macam dead walking season 5 (-.-)
Pasal eksperimen untuk sains subjek pulak, memang aku tak hafal langsung sebab sebelum ni, cikgu akan bagi hint sebelum exam. Tapi SPM ni sape nak bagi hint? Bila search, banya target experiment nak kena baca. Fizik dalam 9 or lebih experiment. BIO? Kimia? Lagiii banyak nak kena hafal. So, decision aku memang kira macam suicide la. Aku pilih untuk tak perlu hafal apa-apa experiments tapi baca je. Flip through gitu. Esoknya bila tengok kengkawan sibuk menghafal itu-ini, iman aku goyah sikit. Last-last, ada la satu dua experiments yang aku hafal last minute. Dan part tragisnya, semua yang aku hafal TAK KELUAR LANGSUNG! Haha, dalam hati gelak aje la. 17 markah beb! Bila balik rumah, alhamdulillah sebab semua eksperimen yang aku rasa aku hambur kat paper-paper tersebut rupanya mengena jugak. Tak 100% serupa dengan hamburan aku, tapi ade la serupa dengan imaginasi kreatif aku ni. Hahaha..
Bila aku ingat balik moment aku SPM haritu, terdetik kat hati ni. Layak ke aku straight A's? Boleh ke straight A's kalau macam tu? Tiap kali aku cuba yakinkan hati aku, mesti ade je yang buat aku takut untuk yakin. Takut, bila dapat result nanti, tak macam yang diharapkan.
Aku terbayang kalau aku tak dapat straight A's. Dah sah-sah untuk masuk PASUM tu agak susah sebab dengar citer, kalau straight A's, konfom dapat kalau apply. Realitinya, majority students kat sana straight A's. Aku sentiasa admire PASUM dan aku berharap sangat dapat jejak kaki kat sana kelak. At least, bila aku straight A's, maybe aku akan terjamin sikit untuk dapat kat sana nanti (ikut rezeki masing-masing).
Adakah aku fanatik dengan keputusan straight A's ni?
Sebenarnya, bukan fanatik. Tapi, aku nak parents aku rasa berbaloi dengan segala usaha mereka. Aku nak buat mereka berbangga dengan pencapaian anak mereka yang agak degil ni. Sape tak nak buat parents mereka bangga kan? Masa aku tengok muka parents aku after ambil result UPSR dulu, aku nekad untuk dapatkan straight A's PMR pulak. Bila dah straight, aku tak dapat lupakan muka mak ayah aku yang sangat bersyukur dan bangga. (I always said in my head that SPM isn't like UPSR or PMR, it's kinda tough dengan lotsa essays compared to objective questions) Pastu, aku nekad pulak nak dapat straight A's SPM untuk balas pengorbanan mak ayah dari segi kewangan dan masa sepanjang aku Tingkatan 5 ni. Sebab, apa yang mereka nak cuma untuk tengok kejayaan anak-anak dia. Jadi, apa salahnya kalau aku nak straight A's untuk mereka kan??
Bila masuk IPTA nanti, walaupun kau straight A's maybe kau akan dipandang sebelah mata sahaja sebab ada je yang dapat straight A1.
Mengenangkan result SPM yang laaaama lagi akan keluar, aku risau. Risau kalau tak dapat. Aku dah try my best walaupun ada certain yang aku kira macam suicide jugak la. Fuhhh, giler aku camni. Please lah, please lah cakap yang korang pun risau jugak dengan result korang. At least, aku tak bersendirian. Hikhikhik..
Dah laa, penat aku celoteh harini.
HACHUMMM!!
Dia dah datang balik.. Malas arr..
HACHUMM!
Gtg guys, tata!
No comments:
Post a Comment