Tuesday, 30 December 2014

Life

Assalammualaikum...

Tanam anggur aka nama saintifiknya, menganggur. Selama aku jadi budak sekolah sejak tadika satu lagi sampai la bulan November lepas, ini la pengalaman first yang aku rasakan sebagai penganggur. Hahaha, giler. Ada ke SPM leavers yang tak pernah rasa menganggur?? Heran..

Tapi kan, lain rasanya bila tengok kawan-kawan satu batch dah ade kerja. Macam mature giler kot tengok dorang cari duit sendiri. Aku kat rumah ni, jadi keyboard warrior dan buat house chores aje. Choiiiiii. Takde manfaat langsung kerja aku kann? Macam orang takde life je aku ni. Hahaha. C'mon lah Tasha~

Pastu kan, aku ada ternampak ex-schoolmates aku yang dah lanjutkan pelajaran ke UPM melalui program fast-track. Guna result trial SPM je dohh! Gilerr, bila aku tengok balik untuk try cuba test apply, rupanya dah tarikh tutup. Habiss. Menyesal tak sudah. Walhal, result trial aku ok apa. Sehhhhhh.. Tapi takpe laa, takde rezeki aku. Allah knows better. Plus, aku memang tak target UPM pun. Mihmihmih.. Pendek cerita, Tasha, kau teruskan aje la jadi penganggur, ohkayyy??

Gilerr..

Kau tau apa rasanya menganggur ni? First, bohsan. Second, macam yang aku cakap tadi, takde life dan takde manfaat langsung. Selebihnya, lu pikir la sendiri. Nasib baik aku tinggal ngan family aku. Kalau tak? Makan minum aku camne? Kemudian, aku terbayang la segala Philadelphia sekalian alam (bahasa sabah = pilak-pilak) yang takde kerja. Apa yang dia buat cuma lepak-lepak dekat CP aje. Fyi, kat Sabah ni, CP lah tempat pertemuan segala Philadelphians sekalian alam. Kat sini la korang akan rasa macam, Eh? Sabah ke ni?? Plus fesyen rambut dorang yang entah pape entah dengan pakaian koyak rabak yang kengkonon nak ikut Korean style tanpa mengetahui bahawa, dude, you're failed. Memang takde manfaat langsung. Palis palis. Semoga hidayah turun kat korang agar ada la rasa nak cari duit dan tak menganggur sampai ke sudah. Pastu, walaupun keshing-keshing dah habis, sanggup jugak dorang round satu CP tu. Jalan-jalan macam orang takde life. Astagaaa, apa baa kamu buat ni? Bisai tah bawa bertaubat. Tolong family anu di rumah atu. 

Eh, dah! Sudah cukup cukup sudahhh. Cukup sampai disini sajaa.

Sambung-sambung.

Ehem.. Tapi, aku menganggur hanya sementara aje. Walaupun hanya sementara, aku rasa macam lama kot. Macam hidup aku terumbang-ambing di tengah lautan. Nasib je rumah aku ni kat darat.  Kalau tak?? Hahaha.

Anyway, kenapa sementara??

Sebab, bulan Januari ni, aku dah start ikut kursus Confectionary and Bakery kat Giatmara Papar. Weheeee! 

Jadi, memandangkan kursus ni macam sekolah jugak sebab bangun pagi-pagi balik petang-petang, maka aku telah menyelit cikedd masa adik aku shopping barangan sekolahnyaa. Hahaha! Anyway, kesian adik aku. Dia jadi alone ranger datang sekolah. Hikss, padan muka kau *ketawajahat*

Maka, sempat la aku beli seluar PJ, kasut sukan, pencil box (kaison punya!) dan satu buku note yang comel! Aku suka benda-benda comel. Dan tak dilupakan, aku ada beli handbag wehh! First branded handbag ever in my life! Ce teka brand ape?? It was Swiss Polo!!!! Ni bukan bag branded tapi klon yang jual kat pasar malam tu. Choiiii. Aku punya authentic lorhh.. Oh, ohkayy.. Aku memang jakun. Hahha, tapi hade haku kesyahh?? Penting, waa guna waa punya keshing keshing. Waa tak cilok lu punyaa. Kekeke..

Benda paling best yang aku shopping haritu adalah kasut sukan! Sebab kaler dia purple pink. Ohkayy, menggelupur jap. Giler kott, in love for the first sight! Nampak je terus tunjuk dan buat muka kiut (padahal ayah menyampah tengok aku camtu, hahaha) then cakap "Ayah, mau yang itu. Lawa. Pleasee?? Pleasee???"  Natijahnya, disebabkan takut tengok aku nangis hentak kaki kat kedai, maka dapat laa aku beli satu. Kekekekekeke*ketawaterkekeh-kekeh* Ish ish ish, burok nau perangai. Anak dara sapo laa ni?

End of story aku harini, aku nekad! Aku nekad..... untuk......... teruskan...........menganggur selagi result belum dapat. Hahhaha!

Bigfootnote: Fuyohhhh! Iman lulus ujian JPJ dengan cemerlang. Happy lettew. Takpe, haku menyusul tiba. BTW, congrats congratss!!*macam cheerleaders*

Sekian sahaja dari saya, hehehe.. Tata!  

No comments:

Post a Comment

Pink Cherry