Wednesday, 31 December 2014

Copy dan Paste? Share?.

Assalammualaikum..

Copy dan paste, coffee and pasta dan etc. Sesimple dan semudah itu aje. CTRL C dan kemudian CTRL V. Tapi takde pun yang peduli akan besarnya makna disebalik aktiviti kopipes ni.

Misalnya...

Kalau dulu, femes giler lagu Matahariku nyanyian Agnes Monica yang kate nye (ala-ala Azwan Ali) menghina Islam. Part mane aku pun tak tau. Tapi semua orang dok sebok kopipes mengenai isu ni. Padahal, tak sorang pun yang tau kebenarannya. Disebabkan nak sangat update, dan takut facebook berhabuk, maka dia pun nak jugak update mengenai isu ni. 

Pastu...

Isu MH370 yang tak habis-habis jadi sebutan orang ramai. Ada yang kata disembunyikan bunian la, itu la ini la. Dan ada jugak yang tambah asam garam bercili api lagi kat dalam cerita tu supaya lebih panas dan zasssssss gitu. Kemudian, update dekat media sosial. Bila orang lain nampak cerita hot ala-ala gempak ni, senang-senang jer dia tekan Copy Paste. Tapi sekarang lebih simple. Tekan aje button SHARE. Bila ahli keluarga mangsa nampak, tak ke dia sedih?? Ade ke individu tersebut pikir apakah kesan akibat daripada yang dia buat tu? Hehehe, memang tak laa. Sebab tu la dia share, kann??? Tak berhati perut langsung.

Dan..

Haritu, masa lagu Gangnam Style tengah hit. Aku ternampak orang main copy paste post orang lain. Katanya, tarian Gangnam Style yang seakan-akan menaiki kuda tu sebenarnya menghina Islam. Kengkonon, tarian tu mengejek Rasulullah SAW sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj. Pastu, siap ada footnote lagi kat bawah.

Share berita ni ramai-ramai jika anda adalah seorang Islam dan sayang Allah.
Giler, kesahihan pun kita tak tau tapi sibuk-sibuk pulak nak share. Ini la mentaliti kita orang Melayu. Tak tau apa cer, apa kes tapi nak jugak share. Kau dah kenape?? Tau tak, bila kita share sesuatu yang salah dan tak sahih, ia ibarat menyebar fitnah. Menyebar fitnah pulak lebih teruk daripada membunuh!! 

Bila aje ternampak footnote yang berlandaskan keagamaan, ramai lettew nak share. Kengkonon, dia ni prihatin. Pastu, kengkonon nanti takut dicop sebagai seorang yang tak sayang agama. Well hello?? Sayang agama bukan begini caranya. Menyebar berita-berita yang hampeh kejadahnya. Actually, kalau anda benar prihatin mengenai agama kita, agama Islam. Caranya senang aje. Update la dengan seikhlas hati tak kira la pasal ape pon. Yang penting bukan share benda-benda yang korang sendiri pun tak pasti.


Sebenarnya, bebudak yang suka copy paste share benda-benda camni ni tak dengar Era.fm. Sebab haritu, Dr Fazley Yakob (betul ke ejaan ni?) ada bagi motivasi siket pasal isu ni. Beliau kata,

Jangan share sesuatu yang kita tak pasti. Sebab ianya umpama fitnah. Fitnah pulak lebih teruk daripada membunuh. 
Lebih kurang camni arr kot. Serupa pulak macam yang aku cakap tadi kan? Hahaha, actually, aku copy paste  ayat ni dari beliau arr.

Malas pulak aku nak berleter panjang. Ni semua sebab aku dah bohsan dengan aktiviti orang yang sebok copy paste share ni. Korang yang buat, aku pulak sakit hati. Senang cer, aku block aje nanti.  Ape-ape pon, lu pikirr arr sendiri beb. Benarlah kata omputih, everything is on your fingertips only.

No comments:

Post a Comment

Pink Cherry