Monday, 22 December 2014

Girls' Job

Assalammualaikum~
Hi uolls!

Perempuan ni memang takkan lari daripada house chores walaupun tahap pendidikan kau ni tinggi melambung sampai bertingkat-tingkat. Bila jumpa bakal mak mentua, konfom benda first diorang uji "jom teman makcik buat air kat dapur" sebab diorang nak tengok sejauh mana kau lincah bekerja kat dapur. Pastu, nanti dia akan sentuh-sentuh tangan kau sebab nak tengok kelembutan tangan nya. Kalau makin lembut, makin pemalas la maksudnya tu. (based on my Mom's guidance) Tapi tak pula tangan wanita perlu terlalu kasar. Dia hanya sedang-sedang lembut sahaja..

Perempuan mempunyai banyak benda nak kena buat. Memasak, mengemas, menjemur, melipat, menyapu, memop, cuci pinggan mangkuk dan sebagainya. Itu untuk single ladies yang baru post graduate dan tinggal sebumbung dengan keluarga. Kalau dah married dan ada permanent job, lain lagi tugasnya. Kalau dah ada anak dan ada job, makin berlipat-gandalah tugasnya. Lain lagi kalau dah jadi MJ (mak janda eh, bukan Marry Jane) atau ibu tunggal. So, simply to say, jadi perempuan bukan senang.

Bukan senang untuk buat house chores sambil buat benda lain. Kalau aku, aku lebih selesa kalau buat house chores tanpa perlu hiraukan handphone aku sebab konfom dan pasti aku akan leka. Kerja yang boleh siap dalam 20 minit jadi extended ke 1 jam. It is such a waste kan?? Dah lah kerja yang lain masih berlambak. Kalau macam ni, bila nak habisnya??

Selain itu, aku plan bila dah siap semua chores, aku akan baca novel sebab buat masa sekarang, masih banyak novel yang aku belum habis baca. Sebab, lepas SPM haritu, aku terus melabuci baju kahwin kazen aku (korang tau kan?). Pastu, bila siap, aku teman mak dan ayah buat 360 biji muffin cake. Bila kazen kawin, kitorang yang saudara-mara terdekat ni mesti akan bermalam kat sana for a few days dan tolong apa yang patut sampai la jam 2-3 pagi. Kalau tak silap, dalam 3 berturut-turut macam tu sampai aku ada eye bag akibat terlalu penat. Dah tu, ada pulak perempuan-perempuan yang curi tulang sikit. Hadoiiii.. Pendek cerita, macam mana aku nak habiskan baca novel aku, kan??

Bila majlis dah tamat dengan jayanya, rumah pulak nak kemas sebab beberapa hari kitorang tinggalkan rumah ni tak berkemas langsung. Maka, disini lah Girls' Job mainkan peranan. Jadi, memang susah aku nak fokus untuk baca novel or main handphone like all the SPM-leavers tu. After all, it's really girls' job kan?

Fortunately aku takde boyfriend. So, tak lah aku terbeban nak layan mana satu. Sebab zaman sekarang ni gedik sikit. Bila tak reply text ke ape ke, dah merajuk. Sikit-sikit nak merajuk. Pastu mula la sesi pujuk-memujuk. Macam takut sangat pulak nak break. Macam yakin sangat yang si dia tu jodoh mereka sedangkan umur baru belasan tahun. Hahaha, gelak sikit jap.

Contohnya..

Papa, mama busy sekarang ni. Nanti kita chat ehh?
Busy ke atau layan lelaki lain?? Takpe la, kalau camtu kita break.
Awlololo, papa ni, jangan la camtu. Ok la, mama layan papa jer k?

Amboi, takde angin takde ribut, tiba-tiba merajuk. Haa, ni la zaman sekarang. Sikit-sikit merajuk. Orang nak buat kerja sikit pun dia dah sangka buruk. Hahaha, tu laa. Sape suruh nak bercinta kann....
Another thing yang aku heran. Bila aku ada masa nak online kejap, aku ternampak beberapa budak perempuan yang aku rasa tiap 5 minit ade je dia nak post. Macam takde kerja lain dah. Dia tak buat house chores ke? Haa, mak aku pesan, online tu online jugak tapi kerja tu mesti siap.

As a border line to me. Aku tak nak jadi seseorang yang asyik online aje memanjang sedangkan kat rumah kerja belum siap. Orang kata, home sweet home . Tapi kalau rumah bersepah, layak ke jadi home sweet home?? Tepuk dada tanya selera girls ..

Anyway, gtg~

No comments:

Post a Comment

Pink Cherry