Saturday, 7 March 2015

Keputusan SPM ku ^_^

Assalammualaikum!!

Hi uolls! I am so happy! Sorry for the delay about my result. Sorry sorry sorry! Alhamdulillah.. Aku tak dapat straight A's tapi almost straight A's pun dah memuaskan bagi aku, iaitu 8A 1B. Eventhough B+ tu adalah Chemistry which is my favourite subject, aku terima seadanya. Dan the most shocking part was Sejarah aku A+.. Ohemjayy. Aku tak sangka dapat macam tu. Selama ni aku target A- sahaja untuk Sejarah dan A untuk Chemistry but Allah dah plan what's the best for me. Jadi, apa-apa pun, aku bersyukur. Heee.. Ape?? Korang hengat 8A cikai ker? Kawan-kawan aku kat SMESH pun say congrats to me as they knew our batch got the bad luck. So far, aku dapat tahu result SPM 2014 drop. Even MRSM Kota Kinabalu pun drop. Apatah lagi kami yang hanya Kategori Sekolah Harian. Ye dak??

Overall, I feel blessed and grateful. Thanks to those who's been supporting me ever since 2014 until now. Thank you so muchh! Allah sahaja yang mampu balas jasa anda semua!

p/s : This is an appreciatian post ^_^

Tuesday, 24 February 2015

Resepi : Coklat Rosset

Assalammualaikum..

Harini resepi coklat rosset dengan kaedah piping. Korang tau kaedah piping camne?? Korang letak adunan dalam piping bag buat macam hias kek. Then lapis dengan satu lagi piping bag. Supaya tak koyak. Kiranya macam backup la gitu. 

Jadi, bahan-bahan yang korang akan perlukan adalah..

  • Butter - 250gm
  • Susu Segar - 50gm
  • Garam - 1/2 tsp
  • Tepung Gandum - 325gm
  • Gula Aising (diayak) - 125gm
  • Coklat Masakan - 100gm
  • Esen Vanilla - 1/2 tsp
Cara-caranya....
  1. Cairkan coklat dan susu segar hingga sebati. Kaedah macam biasa yer.. Iaitu kaedah double boil.
  2. Pukul butter, gula aising, garam dan esen vanilla hingga rata.
  3. Then, masukkan coklat yang telah dicairkan bersama susu segar tadi ke dalam bowl.
  4. Bila dah ok, masukkan tepung gandum perlahan-lahan dan gaul-gaul-gaul-gaul.....
  5. Tekstur adunan mesti lembik macam samperit yer..
  6. Pastu piping atas loyang yang telah siap di'grease'.
  7. Bakar pada suhu 180 selama 20 minit atau sampai masak.
Ni piping bebudak baru belajar. Ahaks! Saya budak baru belajar~~

Aku piping tak bertanduk camni. Ape kebendenyerr tok??


Sibuk hakak kitorang piping.


Haa, ni piping aku. Sape kata aku tak piping tadi angkat tangan!
 Aku cili jugak mulut engko ni. 

Hurmm, ada bakat.. hahahha! Nampak dah seninya.

 Proses menghias. 

 Peace yow! Kain lap kat tangan tapi selfie itu harus! Arghh, peduli! Persetankan itu semuaaaa

Tu sahaje aktiviti iolls harini. Babai! Muah panda kat atas tu cikedd! Ahaks!

Resepi : Rainbow Crystall Ball

Assalammualaikum..


Anda harus cuba buat resepi ni sebab ianya sangatttttt sedap! Wa tak tipu punya! Bahan-bahan nya adalahh..

  • 125 gm Butter
  • 120 gm gula kastor
  • 125 gm minyak sapi
  • 1/2 tsp Garam
  • 300 gm Tepung Gandum
  • 125 gm Tepung Jagung
  • 50 gm Serbuk Almond
  • Paper Cup
Cara-caranya.....
  1. Pukul minyak sapi, butter dan gula kastor bersama.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan garam yang telah diayak bersama
  3. Tambahkan serbuk almond dan gaul sebati
  4. Bahagi doh kepada tiga bahagian dan warnakan. Warna tu terserah kepada uolls la. Hahha
  5. Then, bulatkan jadi comel-comel dan bakar pada suhu 180 selama 20 minit.
  6. Lastly, after masak, lumurkan balls tadi dengan gula kastor dan masukkan kedalam paper cup anda =)
Enjoy yer!

Thursday, 12 February 2015

Resepi Puding Roti

Asalammualaikum.

Haaa, hai uolls! Maaf ek sebab baru harini aku dapat buat entri tentang life aku kat Giatmara ni. So far so good. Muehehehe. So, let's cekidaut what have I done with my team. Jeng jeng jeng. Kitorang buat Puding Roti. (padahal dah tertera kat tajuk di atas)


So, today tak banyak kitorang ber'selfie'. Makanan lebih cantik dari muka kitorang. Muehehe.

Okeh, now kita usha resepi pulak. Mula-mula kan aku hengat susah ler sangat buat benda ni, rupanya as easy as a pie. Hahah! Angkuh nampak xD

Resepi :-
  • Roti - 8 hingga 10 keping 
  • Susu segar - 500ml
  • Gula kastor - 120gm
  • Marjerin (dicairkan) - 30gm
  • Telur - 4biji
  • Esen vanilla - 1 tbsp
  • Tepung Jagung - 15gm
  • Kismis - 50gm (kalau nak letak lebih pun boleh)
Cara-caranya adalahhhh....
  1. Telur, gula dan esen kacau sebati. Kemudian masukkan susu segar.
  2. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh rata dengan sedikit susu segar
  3. Masukkan marjerin yang telah dicairkan dan kacau sebati. Make sure marjerin tu dah sejuk sebelum dimasukkan ke dalam adunan tadi ekk.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang hingga roti tenggelam. Bila dah adjust-adjust sikit, baru lah hangpa tabur kismis.
  5. Biarkan adunan tu jap kemudian baru la bakar dengan menggunakan kaedah 'steam bake' pada suhu 180 selama 40 hingga 60 minit atau hingga masak.
So, endingnya harus macam ni yer..



p/s : resolusi yang daebak ini credits to En. Jovear (tuan kepada Oppo Find 7) Kamsahamnida oppa! (oppa??)

Thursday, 29 January 2015

Pointless..

Assalammualaikum..

Bila takde kerja nak dibuat, ini lah apa yang akan terjadi. Pemangkin kepada segala-galanya adalah Oppo Find 7 milik kawan yang sangat ohsem ditambah lagi dengan keboringan yang melanda tahap gaban kat Giatmara Papar~




eh eh.. ni blog saya. Sukahati aku la kalau aku nak taruh gambar aku sebesar alam. Hehehe, just kidding. Aku rasa aku kiut kat sini, so aku nak letak besar-besar. Hehehe (gedik ko ni). Ehem! ini raw pictures tau!

Fyi, setakat ni kami baru masuk modul 2 iaitu mengenai kebersihan diri. So, aku belum boleh update any recipe here. Setakat ni, layan je la gambar kitorang aku ber'selfie' syok sendiri ni ye. Wakakka~

Wednesday, 7 January 2015

Mimpi tak best

Assalammualaikum..

Lately, aku asyik dapat mimpi yang mengerikan. Nasib baik sebelum ini, Encik Zulfaqar (haha!) ada post pasal kenapa kita ada mimpi macam tu atau macam ini. Katanya, salah satu puncanya adalah sebab kita terlalu memikirkan soal itu.

Mimpi aku ni sangatlah tidak keruan. Dua hari yang lalu, aku mimpi pasal result SPM aku cuma 5A sahaja. Dalam mimpi tu, aku menangis bagai nak rak. Pastu takut nak kasitau mak ayah pasal result aku tu. Dalam hati, "5A je?! Apa yang aku boleh buat dengan 5A?! Nothing!" . Aku risau giler dalam tu. Macam masa depan aku langsung tak cerah. Nak apply PASUM pun sah-sah tak layak. Nak masuk Sains Hayat pun nyawa-nyawa ikan aje. Giler kan? Bila aku bangun, air mata aku takde, tapi sedu aku tu ada. Pastu, cecepat aku menuju ke dapur (bukan nak makan), jumpa mak ayah dan kasitau pasal mimpi aku tu. Dengan keadaan aku belum berus gigi lagi tuh, aku cakap "Yah, aku mimpi aku dapat 5A ja SPM" . Tau apa ayah aku respon?? Dia tak cakap apa-apa, tapi gelak je. Tau gelak camne? Camni ha.. hihihihihihihihihi Macam hantu pun ade jugak, nasib suara ayah aku garau dan tak nyaring =') 

Pastu kemarin nye lak, aku mimpi mengenai someone ni. Dia tak penting pun dalam hidup aku. Last call haritu just via WeChat aje. Itu pun bulan September yang lalu (kalau aku tak silap la). Dia la punca aku patahkan simcard DiGi sampai bila aku lupa password WeChat, aku terpaksa beli simcard baru. Aku tak pernah bercinta dengan orang tu. Contact pun tak selalu. Dia macam angin yang lalu tanpa aku sedar. Haha, teruk sangat ke deskripsi aku ni? =') Tapi kan, dalam mimpi aku tu, dia jumpa dan minta maaf kat aku. Pastu, siap masuk dalam rumah dan jumpa parents aku lagi. Peliks nya, parents aku pulak macam suka dia ni. Ye laa, orangnya hensem, tough, ada kerja tetap, tinggi dan memang ohsem la. Sape tak suka kan? Aku suka dia pun sebab tu juga. But then aku tak suka dia atas sebab tertentu sehingga aku decide taknak contact ngan dia lagi (kes patah simcard).

Boleh dikatakan macam ni la dia tu. Haha!


Based on mimpi aku kat atas, yang aku terlalu fikir hanya SPM. Pasal someone tu aku memang tak fikir pasal dia langsung. So, how can he be in my dream? 

Okeh... Ni takde kena-mengena. Aku terjumpa masa usha Steve Rogers. Haha ! 

Hurmm, dihantui betul la hidup aku ni. Ape-ape pon, gtg guys, tata!

Monday, 5 January 2015

Hairul Azreen & Hanis Zalikha

Assalammualaikum!

Okehh, aku excited giler dohh! Finally, Hanis Zalikha (blogger femes tu) yang aku adore sangat kini dah dilamar oleh Hairul Azreen! omg! Syukur.. Kita yang tengok ni pun dah happy, apa lagi tuan punya badan kan?? Untungg laa. Tambahan lagi, tadi aku usha Insta keknis, beliau pun sedang happy. Awww, so cuit la keknis..

Comel je kan???


Tapi.....

Disebalik kegembiraan keknis, ada jugak yang tak suka. Aku tak paham betol la. Tetiba, kengkononnya sultan murka. Sultan Melaka pulak tuh. Pastu, ada pulak dah orang share benda ni. Sebab, dorang rasa, "eh, Sultan pun tak suka laa.. hahahhahaha!"  *ketawa jahat* (-.-)
Sepanjang aku belajar Sejarah Form 5, Melaka dah takde Sultan. Sape yang pecaya tuh memang @#$%^&* ! 



Biasa la tu, kalau dalam hati ni kita ade hasad dengki, mula la tu nak jatuhkan orang. Pastu guna alasan yang tak munasarawak. Kononnya, menyalahi norma masyarakat Melayu la, melanggar adat la, tak kena dengan cara Islam, menyerupai Kristian/Barat. Semua tak kena. Semua nak guna nama Islam dan Melayu. Kau dah kenapa??


Fyi, kita selama ni tengok Melayu bersanding sebenarnya tu bukan adat melayu, tahu?? Tu adat india. Berinai tu pun adat India jugak. Kalau ikut cara Islam yang sebenar, kahwin hanya perlu akad nikah, mas kahwin dan walimaturus. Kalau ikut cara melayu sebenar pulak, merisik, bertunang dan nikah. Kan? 

Kalau dah jeles sebab tak dapat macam Keknis, takyah buat camni. Kalau lelaki jeles sebab tak seberani Hairul Azreen, takyah komen lelebih. Jaga tepi kain sendiri. Plus, sebenarnya Hairul dah jumpa family Keknis terlebih dahulu dan ini semua planning family Keknis, Astro dan Hairul sendiri. Kalau benda ni tak bagus, dah lama dah family Keknis tegah daripada buat surprise camni.

Ape-ape pon, to Keknis dan Captain Hairul, congrats! I love you both! Semoga berkekalan. #tilljannah.


Pink Cherry