Tuesday, 24 February 2015

Resepi : Coklat Rosset

Assalammualaikum..

Harini resepi coklat rosset dengan kaedah piping. Korang tau kaedah piping camne?? Korang letak adunan dalam piping bag buat macam hias kek. Then lapis dengan satu lagi piping bag. Supaya tak koyak. Kiranya macam backup la gitu. 

Jadi, bahan-bahan yang korang akan perlukan adalah..

  • Butter - 250gm
  • Susu Segar - 50gm
  • Garam - 1/2 tsp
  • Tepung Gandum - 325gm
  • Gula Aising (diayak) - 125gm
  • Coklat Masakan - 100gm
  • Esen Vanilla - 1/2 tsp
Cara-caranya....
  1. Cairkan coklat dan susu segar hingga sebati. Kaedah macam biasa yer.. Iaitu kaedah double boil.
  2. Pukul butter, gula aising, garam dan esen vanilla hingga rata.
  3. Then, masukkan coklat yang telah dicairkan bersama susu segar tadi ke dalam bowl.
  4. Bila dah ok, masukkan tepung gandum perlahan-lahan dan gaul-gaul-gaul-gaul.....
  5. Tekstur adunan mesti lembik macam samperit yer..
  6. Pastu piping atas loyang yang telah siap di'grease'.
  7. Bakar pada suhu 180 selama 20 minit atau sampai masak.
Ni piping bebudak baru belajar. Ahaks! Saya budak baru belajar~~

Aku piping tak bertanduk camni. Ape kebendenyerr tok??


Sibuk hakak kitorang piping.


Haa, ni piping aku. Sape kata aku tak piping tadi angkat tangan!
 Aku cili jugak mulut engko ni. 

Hurmm, ada bakat.. hahahha! Nampak dah seninya.

 Proses menghias. 

 Peace yow! Kain lap kat tangan tapi selfie itu harus! Arghh, peduli! Persetankan itu semuaaaa

Tu sahaje aktiviti iolls harini. Babai! Muah panda kat atas tu cikedd! Ahaks!

No comments:

Post a Comment

Pink Cherry