Wednesday, 7 January 2015

Mimpi tak best

Assalammualaikum..

Lately, aku asyik dapat mimpi yang mengerikan. Nasib baik sebelum ini, Encik Zulfaqar (haha!) ada post pasal kenapa kita ada mimpi macam tu atau macam ini. Katanya, salah satu puncanya adalah sebab kita terlalu memikirkan soal itu.

Mimpi aku ni sangatlah tidak keruan. Dua hari yang lalu, aku mimpi pasal result SPM aku cuma 5A sahaja. Dalam mimpi tu, aku menangis bagai nak rak. Pastu takut nak kasitau mak ayah pasal result aku tu. Dalam hati, "5A je?! Apa yang aku boleh buat dengan 5A?! Nothing!" . Aku risau giler dalam tu. Macam masa depan aku langsung tak cerah. Nak apply PASUM pun sah-sah tak layak. Nak masuk Sains Hayat pun nyawa-nyawa ikan aje. Giler kan? Bila aku bangun, air mata aku takde, tapi sedu aku tu ada. Pastu, cecepat aku menuju ke dapur (bukan nak makan), jumpa mak ayah dan kasitau pasal mimpi aku tu. Dengan keadaan aku belum berus gigi lagi tuh, aku cakap "Yah, aku mimpi aku dapat 5A ja SPM" . Tau apa ayah aku respon?? Dia tak cakap apa-apa, tapi gelak je. Tau gelak camne? Camni ha.. hihihihihihihihihi Macam hantu pun ade jugak, nasib suara ayah aku garau dan tak nyaring =') 

Pastu kemarin nye lak, aku mimpi mengenai someone ni. Dia tak penting pun dalam hidup aku. Last call haritu just via WeChat aje. Itu pun bulan September yang lalu (kalau aku tak silap la). Dia la punca aku patahkan simcard DiGi sampai bila aku lupa password WeChat, aku terpaksa beli simcard baru. Aku tak pernah bercinta dengan orang tu. Contact pun tak selalu. Dia macam angin yang lalu tanpa aku sedar. Haha, teruk sangat ke deskripsi aku ni? =') Tapi kan, dalam mimpi aku tu, dia jumpa dan minta maaf kat aku. Pastu, siap masuk dalam rumah dan jumpa parents aku lagi. Peliks nya, parents aku pulak macam suka dia ni. Ye laa, orangnya hensem, tough, ada kerja tetap, tinggi dan memang ohsem la. Sape tak suka kan? Aku suka dia pun sebab tu juga. But then aku tak suka dia atas sebab tertentu sehingga aku decide taknak contact ngan dia lagi (kes patah simcard).

Boleh dikatakan macam ni la dia tu. Haha!


Based on mimpi aku kat atas, yang aku terlalu fikir hanya SPM. Pasal someone tu aku memang tak fikir pasal dia langsung. So, how can he be in my dream? 

Okeh... Ni takde kena-mengena. Aku terjumpa masa usha Steve Rogers. Haha ! 

Hurmm, dihantui betul la hidup aku ni. Ape-ape pon, gtg guys, tata!

No comments:

Post a Comment

Pink Cherry