Saturday, 18 January 2014

HandPhone GiveAway

assalammualaikum


haa, nampak tajuk tu? best gilerr kalau dapat handphone! aku pun nak jugak join. Kalau uols pun nak join, click banner tu yerr.. Tak rugi pun kalau try kan? hikhikhik. Valid until 31 January 2014. Cepat cepatt!

aku suka yang ney =3

aku dah poke yang ney, korang ambek yang lain jer k ? hahahah! 


Tuesday, 14 January 2014

Getting Happy with NanoWhite

Assalammualaikum

Sekarang dah pertengahan bulan Januari 2014. Ndk sangka cepat betul masa berlalu last year. So, tahun ney aku mau mulakan azam baru with new effort. Ahatsss.. Cakap pasal last year, muka aku suka tumbuh pimples time tu. Sebelum ney susah giler mau tumbuh. Pastu, kulit gelap. Demmit. Now, suka-suki ja kau mau tumbuh kan? Ughhh! So, azam aku tahun ney ialah menyahkan semua pimples di muka, memutihkan kulit and study dengan sepenuh hati.

yerr, inilah muka aku time Form3. Belum start pimples and kulit
belum gelap segelap time Form4
Ini gambar aku dengan Amiey time Raya 2013. Gelap? yes memang gelap.
FYI, pimples ada di dahi but not very clear disini yerr.
Setelah aku tengok the differences of my facial textures when I was Form 3 and Form 4, seriously I miss when I was in Form 3. Aku terlampau risau sampai satu malam tu aku ndk tidur semata-mata untuk mencari jalan penyelesaian for my face. Aku google punya google, then aku terjumpa produk NanoWhite. Aku pun bacalah review dekat blog-blog NanoWhite users and I found it works on them. Lagipun harganya affordable. So, I decided to give this baby a try.

So, here I am. NanoWhite and Hazeline
White and Natural with my dark face.
NanoWhite trial pack RM15.90. Contains Awakening Snow Wash (10ml), Polishing Renewal Exfoliator aka PRE (10ml), Omega Day Shield SPF 50++ (10ml) and Cell Moist Whitenor(5ml). Semua ney cukup untuk seminggu. Hazeline tu abaikan dulu. Aku nak buat review NanoWhite jer k? Esehh, trip cakap semenanjung kunun. Hakhakhaks!

Baru semalaman aku guna, produk ney dah tunjukkan effect yang ohsem ! Esoknya, aku datang sekolah, kawan aku puji okehh. Suka la kan kalau dipuji.. They said I'm getting fairer. Sebelum ney dorang cakap aku datang ke sekolah with dark and dull skin. Gehh, to honest dorang ney but yeah, I admit it. Since then. I started to trust this product.
So, this is me with Amiey after using NanoWhite. Snapping after
lari rentas desa. Still ohsem even after merentas desa. No editing.

p/s: I'm using 0.3mp of front camera. Samsung SIII
 mini punya. that's why hancur
Also after I'm using the trial pack.
 I bought directly at Guardian. Kalau beli dekat tempat lain selain Guardian or Watson, harga dia mahal dohh. Aku plan mau beli lagi tapi nannnnnti. So, here are the list:-
  • Awakening Snow Wash (100ml) : RM12.50
  • Polishing Renewal Exfoliator (60ml) : RM23.90
  • Omega Day Shield SPF 50++ (35ml) : RM24.50
  • Cell Moist Whitenor (40ml) : RM26.50
1. Awakening Snow Wash.
Cleanser ney adalah asas you know.. Aku akan pakai ney after aku apply PRE. Time aku cuci muka guna ney, effect dia ndk tight macam other pencuci muka. Sejuk jaa. Lepas pakai, muka rasa soft and fairer. Memang best.

2. PRE
Ney aku apply to clean my pores and to exfoliate my dead skin. Kulit aku ney payah mau terkupas even after sunburn. So, aku buntu mau use which products so I jump to this. Effectnya, kulit aku exfoliate perfectly. Dead skin tu macam rubber dust jak lepas guna. Best. This is suitable for everyday use but I only use this every three days. I apply before tidur supaya esok kulit baru yang appear.. Hikhikhik..

3. Cell Moist Whitenor.
Benda ney paling aku suka sebab texture dia light. First time pakai memang rasa greasy, but it dries softly on my face and leave a fair and soft skin. Aku suka bau dia jugak. I use this  after cuci muka. Sepatutnya guna toner dulu. Since aku belum beli toner, aku pakai je la apa yang ada. I rate this 5/5. Seriously ndk sama with other moisturizers.

4. Omega Day Shield SPF50++
Can you see the SPF value there? Yeah I love it! Paling jarang la mau jumpa day shielders with SPF50 okayy. Harga pun affordable. So, I use this after moisturise my face. Sama jugak macam moisturizer tadi, firstly it is greasy but then it  dries softly. Just dot dot onto your palm and It is enough for your whole face already. Perghh, memang jimat. The most importantly is, this cream tahan sampai berjam-jam.

I'd also give this a try to my younger sister aged 14 years old but the result was her face getting itchy. So, NanoWhite ney depends laa. Kalau ngam, oke lettew. kalau ndk ngam, you shouldn't blame on the product as it works on me and some other peoples too. Lastly, you'll never know if you did not want to try it. Now, I'm getting happy with NanoWhite. Bye-bye Alaisyah =D

FYI, my pimples getting decreases! Yeayy!!

Sunday, 29 December 2013

Homemade Satay Ayam

Assalammualaikum

Yes, here I am again, writting on my blog. Today family aku buat sambutan New Year. Buat untuk sendiri-sendiri jerr. Ndk sambut di mana-mana. Macam last year jugak. Tapi last year kami buat homemade cake dan aku laa tukang hiasnya. Hikhikhikk. Bangga sebab pandai menghias (la sangatt). Talk about satay, it is very complicated but the taste really power! Waa cakap sama lu. Hahaha! Mau resepi? Click here! Seriously menjadi.

Ney tangan aku yang gaul k! Kesannya, tangan menjadi kuning. Then, kitorang perap for almost 3 hours jer pon. 

tangan yang berpeace tu aku la tu. Lepas diperap, kitorang cucuk pulak. Lepas dikira-kira, semuanya ada 90 cucuk. Waa cakap sama lu, semua ney habis licin oleh kami sekeluarga. Hahaha, yeah perut kami perut gergasi. =D

Yang ney kuah kacang resepi mama aku. Sedap hingga menjilat jari. But beware yerr. Boleh menimbulkan jerawat ney. Hmm, terima aja takdirnya.

Ney madu campur minyak. Untuk renjiskan dekat satay time dimasak. Guna serai time renjiskan tu. Okay, asal aku tengok abang aku renjiskan benda ney atas satay ayam tu, aku terbayang abang aku merenjis orang kahwin. Demmit. Kuat tul imagination aku kan?

Ini laa rupa satay kami yang ohsem mohsem tu. Very sedap!

Selamat mencuba! 


DIY: Penanda buku yang comel iaitu 'Corner Bookmark '


Assalammualaikum

Kehidupan ney cuma sekali. Oleh itu, kita hendaklah mengisi setiap masa yang terluang right? Disebabkan aku rasa aku telah melakukan pembaziran pada malam ney, so aku pun buat la penanda buku. Biasanya, kalau aku mau henti baca buku, aku akan lipat hujung buku tu untuk menanda. Kawan aku selalu kasi nasihat jangan buat buku cenggitu. Terutamanya kalau buku mahal-mahal macam Chicken Soup. Wait a second! Chicken Soup ney bukan buku resepi k, ini buku mengisahkan true stories from different people yang diceritakan semula dalam buku Chicken Soup For The Soul. Buku ney ada banyak souls. Contohnya teenager's souls, mother's souls, father's souls and etc. Aku suka sangat baca buku ney. Seriously best! You should try this!
Buku ney paling aku suka.

Okay, cukup la pasal buku Sup Ayam ney k? Sambung to my penanda buku yang comel lagi loteh ney. First and foremost, tengok la dulu my penanda buku ney. Comey? Yerr aku tau ianya sangat somelsss! *perasan jap*


comey ke tidakk? oh yeah, for me, itu sangat kiut. Hikhikhik

Wanna try to make this too? Okay jom! First of all, what you need are gunting, kertas lukisan yang keras, a few highlights, pensel and pen. Already have it? Jom start!


1. Lukis atas kertas lukisan tu sebiji macam ney. Ukuran tu depends on you. 

2. Then, gunting. Make sure bentuk nya jadi cenggini yerr. 

3. Kalau dapat bentuk cenggini, anda salah yerr. Huhuhu. Ney waa tersilap buat. So, terpaksa redraw.

4. Lipatkan satu triangle tu macam ney. Then gam and cantumkan dengan triangle yang satu lagi tu.

5. If you have your creativity, buat la macam ney. Kalau mau simple jak, highlight jer then hias-hias. Memandangkan aku rajin sikit, so aku buat untuk kawan-kawan aku yang tiga orang tu. As my New Year gift for them =)

So, I'm done with my penanda buku yang somels. Selamat mencuba !









Friday, 27 December 2013

Masker Putih Telur For Oily Face

Assalammualaikum~

Disebabkan aku rasa boring tahap melampau, aku pun try la buat masker guna putih telur ney sebab sebelum ney kakak sepupu aku rajin guna buat. Tapi aku ndk join sekali sebab time tu busy abiss. Well, minggu exam kannn. Meme arr cenggitu. Sampai aku rasa aku teda time mau makan. Padahal time untuk tidur sentiasa ada. Okay, abaikan itu. Back to our story-mory. 

Memandangkan T area aku oily, so I decided to try this out. Cuma aku terlebih rajin sikit. Alang-alang dah pecahkan telur tu, bagus guna untuk keseluruhan kulit muka. Ndk baik membazir. Sesungguhnya membazir itu amalan syait---on ya roji---im. Kan kan kan?

Sumber semestinya from Encik Google yang baik hati

Bahan-bahan:-
1. Pecahkan sebiji telur dan asingkan kuningnya. Just take putih telur.
2. Sediakan tisu.
3. Lembapkan tuala bersih guna warm water. Tujuannya supaya liang pori-pori membesar. Nanti senang la masker tarik keluar whitehead or blackhead semua tu.

Cara-cara:-
1. Bilas muka sebersih-bersihnya guna pencuci muka.
2. Ambil tuala bersih yang dilembabkan guna air suam tadi.
3. Apply putih telur tu ke atas muka atau kulit yang berminyak. Elakkan dari area mata. (biasanya, kalau aku apply putih telur mesti banyak-banyak terutama at the T area. Supaya, kalau aku bukak, baru perghhh)
4. Kemudian, letak tisu atas kulit yang ada putih telur. Mesti cepat sebab takut putih telur tu kering. Nanti tisu ndk lekat pulak.
5. Lepas tisu diletakkan, sapu permukaan muka yang bertisu tu dengan putih telur balik.
6. Tunggu hingga kering dan keras.
7. Selepas kering, bukak dan bilas muka guna air sejuk. Tujuannya guna air sejuk supaya mengecilkan kembali liang pori-pori.

p/s: ada orang pukul putih telur sampai berbuih. tapi aku ndk buat camtu sebab aku malas. kalau hang pa rajin, buat la. tapi yang version telur ndk dipukul ney pun perghh jugak. best bahhhhh.


Kesannya ke atas kulit aku lepas aku bukak:-
Memang ketara perubahannya. Muka aku terasa lebih licin and tegang. Most importantly is, my T area ndk oily lagi. Ndk mau cakap banyak, just do it kalau mau tengok hasilnya sendiri. Besides, it is also cost low you know... btw, aku ndk mau upload gambar aku before and after tu sebab aku malu mau tunjuk. ececehh. *macam la ada yang mau tengok* .  

Kalau mata kamu tajam, kamu akan nampak atas masker kamu tu benda kecil yang kaler putih and berdiri-diri macam bulu. Itu la kotorannya. Aku recommend, buat la dalam 2 kali seminggu. Aku suka buat time aku membaca supaya aku lebih fokus. seh seh seh. Kalau tetiba mama you guys bising sebab heran mana perginya telur-telur tu, lu pikirr laa sendiri! =D 

Thanks for reading !

Review: Kisah aku guna Produk Hazeline

Assalammualaikum..

Walaupun muka aku tak lah selicin and seputih mana, but sharing is caring. Just want to share pengalaman guna produk ni ok? Pengalaman mana mau beliii maaa? Okee, dulu, time aku Form 1, aku ada masalah kulit muka kering especially di dagu and pipi but oily on the T area*hingga kini*. Asal dekat naik tengah hari di sekolah, pipi aku akan merona merah and aku rasa hidung aku menyumbangkan banyak minyak. Boleh dah ni nak buat telur goreng. Memandangkan aku pakai pencuci muka Alaisyah time tu *until now*, so aku try la pakai krimnya pulak. First apply time pagi aku rasa putih tahap gaban menggaban-gaban. Bangga la ni kononnya, ke sekolah dengan kulit bak mutiara. Seh seh sehh. Naik tengah hari start oily balik. Ughhhh. Last-last, aku cuma bertahan for a week only. Bakinya tu dijadikan perhiasan jerrrr. Sekarang krim tu sudah pun dibuang sebab menyemak.

Setelah muka aku suda lama tak bertempek selama hampir 2 tahun setengah dengan krim-krim bagai, tiba-tiba hati aku terbuka nak guna product Hazeline. Macam mana boleh hati aku terbuka? Time tu aku ngan kawan aku wakil Saintis Muda sekolah for KASTEK 2012 peringkat negeri. So, Pertandingan tu held di Sekolah Menengah Agama Inanam(SEMAI),Kota Kinabalu. Terpaksalah bermalam di asrama sebab jarak antara Papar and KK jauh.

Since she's feminine, konfom ada moisturizer or cream and so on kan? So, she had one. Hazeline White And Natural. Time syok-syok dia apply krim, aku pun tanya lah, macam-macam.
Image cilok dari Encik Google. Terbaik punyaa.


Besanya, walaupun banyak aku tanya, aku tetap takkan beli punyaa. Tapi, yang buat aku tertarik tu, dia punya cerita. Time dia kena cacar air aka chickenpox, mestila ada kesan kan? So, her mother suruh pakai Hazeline Snow. Dia pun pakai laa. And guess what? It's working. Aku siap belek-belek lagi muka budak seekor ney. Takut kena ting tong. But betullah. Besanya kesan chickenpox lambat hilang and ketara kalau baru sembuh. Tapi dia punya muka almost cure completely. Dia siap kasi aku try pulak tu. Punya la baikk. Thank you yaww. Bak kata orang rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Hehehe. Cuma masa tu dia guna Hazeline White and Natural sebab Hazeline Snow habis. Dia cakap, it's normal for it kalau stock habis. Apply punya apply punya apply then done! Seriously aku rasa muka aku tegang giler giler gilerr nak mampos. Bau pun best.So, jeng jeng jeng. Aku pun terpengaruh.

Balik dari KASTEK, aku direct beli Hazeline White and Natural instead of Hazeline Snow sebab yang aku try tu best. Aku suka. Yang kena recommend tu yang snow-snow. Takpe. Nanti lagi beli lepas habis. So, aku pun rajin la pakai ke sekolah. Sebelum tidur pun aku pakai. Punya la aku sayang moisturizer tu, sampai siap simpan dekat peti sejuk. Point letak dalam tu supaya time aku pakai, I got the cooling effect which I like the most. After hampir three weeks aku pakai, I got plenty compliments yang cakap pipi aku kurang-kurang dah reddish time tengah hari. Kembang kecut hidung eden. Hampir sebulan setengah, baru la benda tu habis.

Lepas habis, aku try pulak pakai Hazeline Snow. Aku siap tanya-tanya Encik Google lagi. Ramai la jugak cakap yang snow lagi best dari hijau. Kawan aku yang recommend tu pun suka snow jugak. So, aku pun beli snow. Seriously, texture dia aku tak suka sebab dia macam solid. Bila dekat muka baru cair. Is that special? aku rasa weird laa. Then bau dia kurang enak ya ibu-ibu *slang indon*. Bila dekat muka, dia tak macam yang hijau tu. Dia cepat kering and aku rasa kulit aku macam kena tempek tepung bila kering. Kalau yang hijau, dia meresap ke dalam kulit. Aku cuma bertahan for two weeks. Baki masih banyak tapi aku jadikan perhiasan. Nasib yang sama macam krim Alaisyah jugak dimana ending ceritanya aku akan buang.

So, inilah dia. Gambar ney pun aku cilok.

Sekarang, disebabkan aku dah kurang memanjakan muka sebab entah. Malas maybe. So, aku tak guna any moisturizer dah. Just totally depends on pencuci muka Alaisyah. Aku plan mau guna balik benda ni sebab muka aku really need help. Stress sejak naik Form 4 ney. Baru Form 4, apa lagi Form 5 kan? Ughhh..

Suggestions:-
Patut beli yang kuning ke hijau? Kalau type muka hang pa macam aku ney, I'll say yes. For oily face, use  the yellow one. Harga pun affordable. Time aku beli yang hijau dulu RM12.90 (big size) , tak tau la sekarang ni harga dia berapa.

Directions for use:-
Apply evenly di muka. Kena cepat-cepat sebab benda ni cepat meresap. Untuk snow punya, kalau lambat dan penggunaan tak sekata, muka nampak bertampang putih. Kalau hijau tu tak nampak bertampang putih. Tunggu sampai habis benda ni meresap completely, baru la pakai compact powder.

Tips:-
Letak moisturizer dalam freezer supaya time pakai, kulit muka akan rasa fresh and you're gonna feel the cooling sensation. Perghhh, aku suke aku suke aku suke ! Untuk mengurangkan tahap minyak muka, you can try this out.

Selamat mencuba !

Tuesday, 24 December 2013

Happy Anniversary

assalammualaikum!

Haa, ambek kau.. Awal-awal view dah nampak gambar tu. Sorry guys. Hikhikhik. Kenapa setiap kali diwish 'happy anniversary' mesti kena fikir pasal bercinta or berkahwin. Jarang mau terfikir pasal 'happy anniversary of frienship' kan? Bahaha! Mau tau? Bila kamu ada masalah dengan boifren or gelfren kamu tu, mesti kamu rujuk ngan kawan kan? Siap mengadu bagai dohh. Tapi bila relationship kamu dah okay, dilupakan la kawan tempat curhat kamu tu? Eyy, geram aku orang cenggini ney. So, apa la function kawan pada mata kamu? Aiyaa, jangan gini lorhh.

Daripada kamu sibuk-sibuk meraikan celebration kamu dengan boifren yang entah konfom ke jinjang pelamin tu, bagus kamu celebrate anniversary ngan kawan-kawan kamu. Lebih bermakna kan? Kalau ya pun mau celebrate anniversary sangat, tunggu la lepas berkahwin. Tu lagi sweet right? 

Dikesempatan ini, aku mau wish kawan aku yang satu ney aka ambuk (Kamilla). Sweet nama ambuk atu? Hahaha, memang pun, normal la tu kena panggil ambuk tu camtu. Hahaha! Jam 12.00 tengah malam ney, genap la anniversary kami kenal selama setahun. So, happy 1st anniversary of our friendship! Banyak happened for our first year of friendship kan? Thanks for being loyal to me and be there whenever I'm in need =) Big hug for you babe!

Laa, napa ada gambar merry christmas sini? hahaha

And also, aku mau wish to my Fantagiro and Delviana, Merry Christmas and Happy New Year! Ndk jugak forgotten for our Happy 2nd Anniversary of our Friendship! To Amiey jugakk.. Aku ndk ingat tarikh sebenar bila kita start b'tegur, sebab tu semua chemistry dalam diri kita yang bikin aku makin selesa with you guys without remembering the date. Thanks for being my friend in this two horrible years (not so horrible) You always support me whenever I need you guys for all this while =) . Huge hug for the three of you! =')

P/S: Aku tau tarikh anniversary aku ngan Kamilla pun sebab aku cek di fb when our first chat starts. LOL

#So in short, I love keempat-empat kamu!


Pink Cherry