Assalammualaikum..
Once kau dah jejak kaki kat Kuching ni, korang jangan hengat tempat ni banyak babun, orang utan and so on eh. Aku hentak kepala korang satu-satu. Hmmph. Hahaha, nayy, just joking~ Bila korang sampai sini, benda first yang korang akan perasan, Kuching ni mempunyai banyak malls. Wisma Satok, Wisma Saberkas (dah tak semegah dulu), The Summermall, The Spring, Boulevard and etc. Banyak sangat nak sebut. Tak kuasa aku. So, sesape yang kaki shopping tu, jangan nak risau sangat la. Bukan KL je berlambak shopping malls eh, sini pun boleh tahan mantapnya jugak. So, takde maknenyer kau cakap kau tak dapat hidup kat Sarawak ni. I guarantee you. Eheks..
Setakat ni, aku and kengkawan dah jejak Wisma Saberkas, The Spring dan semestinya The Summermall yang budak Kampus Timur dok banggakan tak habis-habis. Hahaha. Kau dak dak Kampus Barat takleh jalan kaki ke Summer macam kitorang *sengih-sengih*.
Ehh, dah dah. Jangan bangga sangat jadi dak Kampus Timur. Sat gi tahun depan kau ambek degree kat Kampus Barat jugak. Duhh (-.-) Haa, jom kita usha ape best in every mall ni.
Keistimewaan Wisma Saberkas...
Kat floor paling atas sekali ade jual Rojak Buah. Aku paling suka Rojak Buah kat sini sebab dia special tau. Tang mana specialnya tu aku pun taktau sebab rasa dia memang kene sangat ngan selera aku, Banyak aku ambik keh..
Tapi yang tak bestnya, Wisma Saberkas dah tak semeriah dulu. Aku pun taktau sebab apa. Kat sini ni hanya akan dikunjungi manusia-manusia kalau ade nak beli gajet-gajet ke.. haa.. Haritu, kitorang ke sini sebab nak beli printer. Kalau nak beli kat Summermall boleh jer tapi harga pun boleh tahan la.
Keistimewaan The Spring
Err, istimewanya The Spring adalah decorations nya yang basically semua berteraskan bunga-bungaan. Aku suka sangat. Hahaha. Sampai tandas dia pun cantik sangat. Tak boleh blah langsung. Hahah. Tapiiiii, tempat ni agak eksklusif. Kalau korang nak shopping sakan kat sini, dipersilakan bawa duit banyak-banyak ehh. Aku haritu datang semata-mata nak masuk cinema MBO dia aje. Pastu nak jenguk-jenguk apa makanan yang ada kat The Spring Bazaar tu.
Haritu aku beli Laksa Special Sarawak (RM9.90) dan Milo Ice (RM4.20). Yepp, RM4.20 just for Milo Ice. That's why aku pesan kat korang, before datang The Spring ni, bawa la extra money keh. Aku tekejut gila masa kawan aku cakap Milo aku ni RM4.20. Hmmm, dia dah tolong belikan, so kita pasrahkan jiwa je la. Kawan aku yang sorang lagi beli Jus Tembikai dengan harga RM6.50 which we can get with only RM5.00 kat restoran biasa-biasa. Mahal kan ? Ehh, melalut pulak aku ni. Hmmm.. Aku nak citer pasal Laksa Sarawak yang aku order tu. Haaa.. Rasa dia sedap. Kuantiti pun banyak. So memang kenyang abis la.
Keistimewaan The Summermall
Summermall merupakan lokasi untuk dak dak UNIMAS melepak untuk release tension terutamanya dak dak Kampus Timur. Hal ini kerana.... Summermall ni tersangatlah dekat dengan Kampus Timur. Kitorang hanya perlu jalan kaki merentas jalan raya yang lebar tu pastu nampak la Summer tu dihadapan. Dekat kan ? Tapi, dugaan terbesar nak ke Summer or Desa Ilmu (D.I) ni adalahh bab melintas jalan. Rasa nak terputus nyawa je tiap kali nak lintas. Dah la laluan zebra tak disediakan. Pastu jalan raya dia lebar nak mampus. Ngeri je aku rasa. Kereta semua bukannya bertimbang rasa kat kitorang yang nak melintas ni. Zapppppppp.. Laju berdesup macam tengah racing je (-.-) Kesian kat aku ni yang baru nak merasa life jalan kaki ke mall. Uhuksss...
*krik krik*
Haa, yang bestnya Summer ni satu je la. Tempat lepak yang strategic. Hahaha !
The Angel's Cottage |
Aku lupa dah apa nama makanan ni. Yang pasti, ada cheese, Muahaha (RM12.90) |
Keistimewaan Sarawak Plaza..
Aku rasa every malls ni semua sama je. Yang buatkannya berbeza tu is their food court. Kalau food court best, maka mall tu best la bagi aku. So, begitu jugak la Sarawak Plaza ni. Dia takde food court. Tapi kat bawah tu ada Hartz Chicken Buffet. Istimewanya restoran ni adalah, before korang masuk, korang kena bayar RM27 for per person. Tapi, korang boleh ambik berape je korang nak selama 2 jam korang dalam restoran ni. Kalau misalnya makanan kau dah habis dan nak tambah lagi, tambah je. Jangan malu-malu. Best kan ?? Perut aku sampai dah tak leh nak masukkan makanan lagi weh. Hehehe.. Dalam tu ada aiskrim jugak. Bestttttt....
Aiskrim !! |
Bahagia mak aku tengok aku makan banyak camni =') |
Depan Sarawak Plaza ada Tun Jugah. Tun Jugah pun agak eksklusif macam The Spring jugak. Tapi kecik berbanding The Spring la. Aku and the geng haritu masuk sebab nak jenguk-jenguk Popular kat tingkat atas tu jer.
Haa, tu je malls yang setakat ni kitorang dah jelajah..
Sekarang ni kitorang tengah planning nak ikut aktiviti rekreasi contohnya flying fox. Huahuahua ! Tapi tu semua akan dijalankan setelah Mid Sem Exam berakhir nanti. Insyaallah~ Stay tuned with my posts eh. Bye ! Salam from Sarawak..