Friday, 10 October 2014

Throwback to 27 October 1997: Dg Nur Syakila Natasha

Assalammualaikum~

Hi uolls, tadi mak aku cerita nama aku yang sebenar adalah Dg Nur Syakila Natasha. Aku tak pasti Syakilla atau Syakila, yang pasti pronounciation nya kedengaran macam tu lah. First dengar macam sedap je nama aku. Tapi bila aku try nak sebut, walaowehh! Susah sungguh. Tersembur-sembur air liur aku nak sebut. Ahaks!

Mak aku cakap, nama aku mana ada letter 'H' kat belakang. Tapi disebabkan ayah aku yang berbangsa Bajau selalu macam ada 'H' kat belakang, maka jadilah Natashah. Mak aku siap ejek lagi nama aku tu macam nama lelaki. Lelaki mana? Adakah Irwansyah??


mula-mula <3 tetapi dihalang, maka </3 ahaks!

Memandangkan mak aku berketurunan Brunei, dan kakak aku sebelum ni ada nama Nur di depan, maka terjadilah nama aku Dg Nur Natashah binti Armendas. Fyi, keturunan Brunei ni tak boleh sesuka hati kau aje nak letak gelaran kat depan. Misalnya mak kau mempunyai gelaran Dg(makesure Brunei!!) tapi ayah kau bukan mempunyai gelaran Pangeran, jadi tak boleh la kau nak bagi nama anak kau Pangeran, Awangku atau Dk(Dayangku) apatah lagi Ampuan. No no no! Paling layak kau nak dapat adalah Dg. Haha! Itulah yang terjadi pada adik-beradik aku. Kami semua mempunyai gelaran Dg dan Awg sahaja. Kalau nak upgrade, kahwinlah dengan Ampuan agar dapat memberi nama anak gelaran Ampuan =D (esesehhhh)

Masa aku lahir dulu, berat aku 4 kg lebih dan semestinya mewarisi trait mak aku yang berkulit putih. Cewahhh! After aku selamat dilahirkan, satu hospital riuh sebab ada kuih pau dalam wad bayi. Tau la nurse-nurse macam mana kan? Cepat je tersebar mengenai kelahiran kuih pau ni. Dan fyi, aku lah kuih pau tersebut! Ihikks..(gelak comel)

Anyway, gtg guys! Tata!



Wednesday, 8 October 2014

Thought for tonight

Assalammualaikum..

Deep tak tajuk aku tu? Walaowehh. Macam serius sangat. Eh, tak tak. Aku tak serius tau. Nanti muka aku cepat kerepot. Collagen please? (terlajak laris). Sebenarnya, malam ni aku berfikir pasal macam mana nak jadi kesayangan orang ramai. Eh, but itu tak bermaksud aku ni budak kekurangan kasih sayang. No! Tidak sama sekali. Hiks! Kan aku dah cakap. Just a thought~

Dalam dunia ni, manusia ada matlamat, pendapat dan cara perspektif yang berbeza lagi maha pelbagai. No matter how we did and what we done, akan tetap ada certain individu yang tak suka dengan perangai kita. Aku nak bagi korang contoh ni, tapi absolutely tak berkaitan sama ada yang hidup mahupun yang telah mati tau. Ingat?! Contoh ni hanya berdasarkan pemerhatian aku sahaja. Ok la , mari kita sambung.. Misalnya la kan kau ni dilabel sebagai 'sombong' but actually you're not. Then, balik rumah, kau stress sendiri bagai nak rak bila difikir mengenai label kau yang famous amos tu. Padahal, tak payah ambil peduli pun takpe. Tapi kau nak jugak solve masalah tu. Good, ada jugak inisiatif kau untuk berubah kann. Then, akhirnya kau berubah jadi lebih 'peramah'. Dengan kawan-kawan kau yang sosial lebih pun kau pi dekat-dekat nak bergaul dengan meka meka ni semata-mata nak dianggap geng sedangkan kau tahu pengaruh meka ni tak elok. Dan pada akhirnya, kau pun merana sekali lagi sebab bestie kau yang sebelum ni cakap kau berubah la, itu la, ini la. Kenapa nak berubah sampai macam tu sekali??

Untuk pengetahuan uolls, we'll never satisfied others. Never. Jadi, apa yang kau perlu buat adalah memuaskan diri sendiri. Contohnya, kau suka baca buku sambil jalan macam orang nerd. Asal lalu kau jer, orang cakap nerd. Peduli apa kau? Janji aku bahagia. Kan? Haa, itu sepatutnya yang ada dalam pemikiran kita. Selagi kita tau kita tak ganggu kehidupan orang lain, tak kacau ketenteraman mereka, so why not kan? Lagi satu, kalau kau sebok nak ubah diri jadi apa yang orang nak fikir pasal kau, then, sape yang akan jadi kau? Err, you got the idea kan? Ke tak ni? (-.-)

Maksud aku, contohnya la kan, kau sebok nak jadi Selena Gomez sampai nak terkeluar anak tekak kau melalak dekat Kbox. Punya la kau berusaha sampai serak-serak suara. But then, kau kecewa sebab suara kau hanya serupa dengan kucing mengiao mintak ikan. Frust menonggeng. Buat apa susah-susah nak jadi Selena Gomez? Kalau kau jadi Selena Gomez, so where is your identity bro?? Haa, now you got what I meant right?


Misi : Untuk menjadi Selena Gomez
.
.
.

Hakikat sebenar : Hanya suara kucing. (sedih)

Jadi, kan.. Nak jadi kesayangan orang ramai ni susah tau. Bila kita ikut macam yang dorang nak, kita pulak yang berubah jadi 'bukan kita yang sebenar'. Ada orang terpaksa jadi talam dua muka. Macam artis Korea yang pompuan-pompuan tu la. Majoriti pembedahan plastik sebab nak jadi bertambah cantik dan comel agar diminati dengan kecomelan mereka. Finally apa dorang dapat? Satu habuk artis lelaki Korea pun tak lekat kat dorang tau. Apatah lagi nak idolised meka ni. Memang tak laa =)

Bila kita fanatik sangat nak ubah diri kita agar lebih disayangi, automatically kita tergolong dalam golongan insan yang tak reti nak bersyukur kat muka bumi Allah ni. Allah sangat tak suka dengan orang yang tak reti bersyukur. Ada orang Allah jadikan dia mata coklat. Tapi dia nak mata biru sampai sanggup buat eyes surgery sebab taknak pakai contact lens colour biru forever. Bila kita lihat pada orang lain, ada je Allah jadikan dia takda penglihatan sebab dari kecik tak dapat buka mata. Kita pun tak tau warna apa iris dia. Arr, camne tu? Satu, tak reti bersyukur. Keduanya pulak, dah jadi dosa besar sebab mengubah ketentuan Allah. Kau nak ke? Aku taknakkk!

Kesimpulannya, why not kita jadi diri kita? As long as kita selesa dengan who we are, then teruskan. Ingat! Jangan ubah diri kita! Just us =)

Aku adalah DG NUR NATASHAH yang hanya beridentitikan DG NUR NATASHAH. Bukan orang lain, hanya aku! (Suara semangat)
Jiran kiri kanan heran tengok aku 'bahagia'.

p/s: Kalau nak mengubah diri atas dasar keagamaan, amat digalakkan!

Tuesday, 7 October 2014

Kembali ke Zaman 1987

Assalammualaikum..

Hi, harini aku ada mood nak cerita mengenai mak aku ni. Fyi, mak aku merupakan mak andam yang ohsem kat kampung aku dulu. Normally mak andam ni mesti yang dah kahwin kan? Tapi mak aku masa tu masih bujang trang tang-tang lagi. Meskipun masih muda berkecimpung dalam bidang make-up ni tapi ramai yang percaya kat kebolehan mak aku masa tu. Tengok kepada penampilan mak aku, siapa tak percaya kann? Mak aku ohsem kot dulu! Bukan nak jual minyak, tapi inilah kebenarannya. Mak aku cantik! Macam anak dia jugak

Aku ingat mak aku ni main-main masa mak cerita mengenai kisah dulu-dulu. Tapi, ternyata apa yang aku fikir salah. Dulu, masa aku tengah duduk menunggu ayah, alone kat bus stop luar pagar sekolah, ada seorang makcik macam sebaya mak aku datang dan turut duduk menunggu anak dia kat bustop tu. At first, aku rasa awkward giler nak bercakap so aku prefer untuk diam aje lahh. Tiba-tiba pulak, makcik yang friendly tu tegur aku. Biasa lah, kalau orang kampung menegur, mesti nak tanya, "anak siapa?", "tinggal kat mana?" dan blablabla..

Seperti biasa, aku jawab straight forward, "mamaku Dg Piut Salamah, anu cucu Hjh Jual sama Hj. Ibrahim yang tinggal di Kg Tambing atu. Tapi kami sekeluarga ndk tinggal sana. Kami tinggal di Taman Greendfield." Fuhh, lengkap jawapan aku kan? Yeah, normally I'll answered like that.

Bila mentioned nama Dg Piut Salamah , terus makcik tu cakap "Eh? Anak Dg Piut Salamah rupanya. Di mana mama mu sekarang? Batah ndk meliat. Ku pikir tah kamu ani lakat lagi di KL". Demi meleraikan kekusutan makcik tu, aku pun jawablah "Hee, kami dari KL pindah ke Sarawak. Pastu ke mari. Mama sekarang ani mengajar di iskul Cina." Pastu makcik tu pun balas "Ouhh.. Eh, ndk kau tau mama mu atu dulu mak andam di kampung ani. Iya tah me'make-up'kan kediaku masa kawin dulu". And I was like "HUHH? Banar bah?" Hahaha! Menyesal aku tak percaya cerita mak aku dulu. No wonder la gambar mak aku dulu ohsem-ohsem. Mak andam rupanya.

Bila cerita mengenai mak aku yang ohsem ni, terflashback lah semula mengenai fashion-fashion dahulu kala. Masa tu kami sekeluarga tengah mengemas bilik lama kami kat rumah babu tua. Keadaan bilik sangat berhabuk. Tengah aku sebok selongkar almari, aku ternampak berlambak baju mak aku yang cantik-cantik. Aku yang gedik ni pun gatal tangan nak try semua baju tu. To my surprise, saiz pinggang mak aku adalah saiz aku yang sekarang. Fulawehh! Keciknya mak aku! Slim!

Salah satu baju mak aku yang paling aku suka adalah ini 

Sebagai bukti aku suka baju ni sangat, aku telah memakai baju ni masa Hari Raya Aidiladha! Mak aku suka tengok aku pakai baju ni. She said to me that eventhough my face wasn't her trait but I am just looks like her when she was young. Kiranya aku ni mencerminkan mak aku yang dulu laa. You know what? Aku rasa mak aku ni seorang yang berfikiran jauh. Proof? Haaa, walaupun baju ni mak aku buat masa tahun 1987, but peoples masih memuji baju ni cantik. Jadi, terbuktilah bahawasanya mak aku ni berfikiran jauh dalam pemilihan kain. I am proud!

Basically, pemakaian aku pada Hari Raya Aidiladha tahun ni sangat nostalgic dan yang penting sekali, tak keluar duit walau sesen pun! Hahaha. 

Berpandangan jauhhh.....


Anyway, that's all for now! Tata!

Monday, 6 October 2014

KIV : Mini Tafsir al-Quran

Assalammualaikum semua!

Kita sebagai umat Islam mesti menjadikan al-quran sebagai the top most significant thing dalam daily life kita, kan? Tak kira la ke mana pun kita pergi, al-quran perlulah kita amalkan sebagai pendamping kita. Tapi tapi tapi, we are all Malaysians and not Arabians, so it may hard for us nak faham maksudnya. Unless if you had learnt Arabic hence, that will help you to understand its content. Macam aku ni, aku tak learn Arabic, jadi aku tak faham maksudnya. Aku taknak la nanti, bila aku baca punya baca but at the end of it, aku tak faham pun surah tu mengisahkan pasal apa. Lagi satu, al-quran yang avail kat rumah aku tu bukan kecik tau. Besar dan berat sangat. Jadi, memang tak la kalau aku nak bawak setiap hari to everywhere kan?

Dipendekkan cerita, I NEED, I MUST AND I HAVE to grab satu mini tafsir al-quran. Kelebihannya adalah supaya bila aku boring ke apa ke, aku boleh geledah beg aku dan terus baca maksud ayat tersebut. Bila air wuduk aku batal, aku tak perlu nak risau mana nak ambil air wuduk semula sebab kita boleh pegang tanpa wuduk. Tafsir je kot. Jadi, tafsir ni sangat convenient untuk kita para Muslims. As a girl, aku nak tafsir yang comel, kecik dan wajib berwarna pink! So, ini adalah senarai gambar-gambar mini tafsir al-quran yang kini keep in view(KIV). Buat masa sekarang, hanya mampu untuk viewing aje. Insyaallah, nanti I'll have it.




FYI, aku perasan ada tafsir al-quran pelbagai mushaf, contohnya mushaf Burhan. To my suggestion, weolls mesti pakai mushaf Uthmani. Nak tau sebab apa? klik di sini. Jangan malas nak baca entry tu tau sebab itu akan membantu anda nak differentiate mushaf mana seelok-eloknya kita ikut.

So, that's all for now, tata! 

Tuesday, 30 September 2014

Infinity love towards white coats

Assalammualaikum semua :)

Harini aku ada ikut pameran dan ceramah kerjaya yang diadakan di SMK Bongawan II. So, kebanyakan IPTAs ada menghadiri program ini. Basically, those were IPTSes -.-" Antara 'IPTA' yang turut hadir adalah Lincoln University, ATI College dan aku lupa selebihnya sebab aku study Chemistry pulak (-.-).

Actually that is not my point. Point aku adalah, aku tertarik dengan Royal College of Surgeons Ireland(RSCI) yang aku pun tak berapa tau apa kena-mengna RCSI ni dengan Universiti Perdana(PU). For sure, program mereka ni dinamakan PU-RCSI. Adakah ini adalah twinning programme seperti UKM dengan Universiti Padjajaran(Indonesia)?? Aku pun tak tau. Anyway, yang buat aku macam nak tau banyak mengenai RSCI ni adalah sebab dorang ada offer Bachelor of Medicine (5 years degree). Ye aku tau, universiti lain jugak ada offer MBBS tapi entahlah. Aku saja jer kot. Ahaks! Erm, btw, did I mentioned that I really wanted to enter PASUM before? Err, takde eh? Hahaha, now you know! 

PU-RCSI ni program swasta tau! Dia sama level dengan KURSK STATE MEDICAL UNIVERSITY, RUSSIA yang sekarang ni orang ramai dok berpusu-pusu nak hantar anak masing-masing study medic kat sini. Padahal, study kat Malaysia lebih tip-top gitu. Tapi kalau nak dibandingkan study oversea dengan study dalam Malaysia, kos pembelajaran including kos sara diri sangat jauh berbeza. Sebab apa? Sebab kos untuk mengikuti MBBS di Malaysia ni cukup tinggi uolls! That's why biasiswa amat penting. Untuk memperoleh biasiswa pulak, result kena meletopp bak kata hang. Untuk mendapatkan result meletop pulak mesti study hard. Dan aku pulak di sini sedang menulis entry (T_T). Aku sedar diriku ini siapa. Rileks la, petang bukan masa aku study~

Korang perasan tak, dari tadi aku sebut pasal medic/MBBS aje? FYI, aku sangat meminati bidang kedoktoran yang mana itu adalah impian aku sejak kecil. Bukan atas paksaan sesiapa akan tetapi hati ini lebih mencintai bidang tersebut. Cuma bila dah datang angin kus-kus tu, adalah terbentuk angan-angan nak jadi pramugari, pilot dan sebagainya. Tapi bila aku fikir dua, tiga malahan hingga banyak kali, aku tak rasa ada any profession yang sesuai dengan aku. Pernah jugak aku menanyakan kakak aku, apa agaknya pekerjaan yang boleh dikatakan sesuai dengan aku apabila dewasa kelak? Dengan selambanya dia gelak besar macam lucu sangat dan cakap, aku tak matching dengan any profession pun sebab dia dah terbiasa memandang aku sebagai seorang doctor-to-be dalam keluarga meskipun aku belum lagi menduduki SPM. Hahaha.. Pendek kata, I must to be a doctor in our family. The FIRST doctor in our BIG family gitu..

Aku selalu membayangkan diri aku sendiri sedang berlegar-legar di hospital dengan memakai white coat dan stethoscope melingkari tengkuk. Masa aku kecik-kecik dulu, aku suka tengok rancangan Medic TV yang pernah disiarkan di TV3. Mereka menunjukkan macam mana mereka menjalankan pembedahan tersebut. Frankly speaking, sebagai budak kecik, aku langsung tak takut tengok darah dan aku selalu membayangkan, akulah yang sedang melakukan pembedahan tersebut. Selalu. So, korang boleh bayangkan tak betapa aku minat bidang ini? It's like infinity love towards white coats.

KASTEK 2012 : Naib Johan Saintis Muda Peringkat Negeri Sabah
Alhamdulillah, atas izin Allah dan doa ibu-bapa serta restu guru-guru, aku berjaya melepasi UPSR 2009 dan PMR 2012 dengan result yang cemerlang namun aku tahu, itu semua kini tidak dipandang oleh mana-mana universiti. Kau gila ke nak masuk Foundation dengan membawa result PMR? Walaupun kau straight A's tapi ada dorang kesah? Ahaks! Jadi, aku harus mendapat straight A's dalam SPM. Kini ada tinggal 33 hari sebelum SPM. Pada entry sebelumnya, aku ada menulis bahawa betapa aku tak yakin untuk menghadapi bakal penentu arah pengajianku aka kehidupanku. Aku rasa takut, cemas dan sebagainya. Aku juga merasakan bahawa ilmu aku selama ni tak dapat membantu walau sedikitpun. Namun Alhamdulillah, kini aku agak bersedia untuk menghadapi SPM 2014. Terima kasih kepada Iman sebab membantu aku dalam mengembalikan diri aku yang dulu iaitu Tasha yang penuh dengan keyakinan. Semuanya atas jasa tafsir yang telah Iman pinjamkan untuk aku. Terima kasih sekali lagi. <Kesian si Iman, ndk dapat tidur lettew tanpa tafsirnya di sisi xD>

Insyaallah, jikalau Allah mengizinkan aku untuk mendapat straight A, aku nak buat Asasi Sains Hayat di PASUM atau di UKM. Kalau ikutkan hati, aku nak buat dekat Timur Tengah(Jordan) yang ada ditawarkan oleh KPM sekarang ni. Tapi parents aku taknak sebab risaukan keselamatan aku disana nanti. Mereka cakap, it's better kalau dalam negara sebab kita tau negara kita terjamin keselamatannya. Tak payah la nak ikut program PU-RSCI atau ke Rusia atau ke luar negara bagai. Tapi kalau dapat rezeki ke oversea dan bukan dalam negara, apa salahnya kan? So, aku buat keputusan, jikalau keputusan aku cemerlang, aku nak buat dalam negara sahaja sepertimana parents aku suruh. Kita mesti dengar cakap parents agar dapat redha mereka. Kan?

Anyway, that's all for now guys. Tata~


Saturday, 27 September 2014

Relaks-lah~

Assalammualaikumm..

Dah lepas sedih-sedih, aku try cari ke'syok'kan melalui Internet. Alang-alang sentuh laptop kann (suara meleret). So, tengah aku sibuk mencari quotes untuk self-improvement, ternampak pulak images yang boleh dianggap sebagai lucu la jugak. Bila aku tengok images tu kan, aku terasa macam 'eh! kita serupa!' miahahah..

Hahaha, macam aku xD

Examiner : Bahahhaha (gelak jahat)
Student : You're gonna failed me huh??! Uwaaa!

Pengawas Peperiksaan : Ok murid-murid, masa menjawab untuk uolls semua tinggal berbaki lima minit yerr.
Student : Omaigadd, Iyahhhhhh! (menulis dengan kelajuan 60km/j atas kertas)

Finally.....


Aku rasa aku nak jalan camni jugak la. Hahha, kelas kau Tasha! #likeaboss

SPM : Aku tak tahu apa aku buat

Assalammualaikum...

Hello there.. Ye, aku tahu SPM hanya tinggal 36 hari lagi :( You know, SPM.. papers.. and duhhh -.- Kalau sebelum ni aku asek nak blogging aje kan? Tapi sekarang I need to controlled. SPM tinggal 36 hari! Ohmaigadd! Dalam tempoh sesingkat ini pun aku tak tahu nak buat apa sekarang. It's like aku ni tak tahu apa-apa. Ilmu pun terasa cuma sedengkal aje. Confidence level pun macam drop tiba-tiba :( 

Orang cakap, SPM ni penentu masa depan dan aku rasa memang betul pun SPM ni penentu kita. Iman ada jugak tanya kat abang yang bagi ceramah kat kitorang haritu. Memandangkan dia a doctor-to-be, so essential sangatlah kalau Iman tanya soalan yang berbunyi "kalau nak amek medic, minimum result mesti dapat berapa?" and sadly to say, abang tu jawab "at least straight A's". So, korang boleh bayangkan tak apa yang kita perlu hadapi untuk amek medic tu? Ia nya memerlukan pengorbanan yang tinggi and now aku tak rasa aku sedang berkorban. Aku tak tahu apa yang aku buat. Aku lemah subjek Sejarah and I don't think aku boleh rangkul A untuk sejarah.

School's hopes,
My parent's hopes,
My teacher's hopes,
is definitely I can feel it,
and yes, 
those hopes are on my shoulders..


Gtg guys :'( Just pray for me if you think you should .. (sedihh)

Pink Cherry