Thursday, 28 August 2014

POTD #1 : Rakan realiti dan maya.

Assalammualaikumm...

Kau orang mesti tahu bahawa aku dan Iman ni classmates kan? Pada masa yang sama, kami juga blogger. Remaja sekarang ni lebih prefer kawan dunia maya. Tapi aku lebih suka kawan yang realiti punya sebab boleh percaya sikit kalau nak banding ngan kawan maya ni. Aku taknak ada risiko kawan-kawan dengan orang kat laman sosial ni. Nanti tak pasal-pasal aku kena aniaya. Tak ke haru nanti? 

Courtesy of Iman's blog
Kamilah kawan realiti dan maya. Boleh trust punyaa~ 

Konvensyen Siap Siaga SPM 2014 : Part 2

Assalammualaikumm..

I dah janji nak sambung cer pasal konvensyen kan? Haaa, alhamdulillah Iolls harini ada masa sikit nak update blog titeww. Eh, pehal kau cakap gedik tahap mampos ni ? Sekeh kang!

So, pada hari kedua konvensyen ni, aktiviti diteruskan dengan ceramah. Yess, ceramah. Tapi subjek Sains. So aku takde! Budak aliran Sains ada aktiviti dengan guru Kimia kitorang. So, kitorang ada rilek sikit la. Tapi tangan tak relek buss. Kitorang buat latihannn! Oh maiii~

Ceramah Subjek Sains by Cikgu Fizik kitorang, Cikgu Christie!
Pada masa yang sama, budak aliran Sains sedang......

Kami releks kat luar. Miahahaha~ Angin sepoi-sepoi bahasa gituuu...
Pastu, aktiviti diteruskan dengan ceramah Pendidikan Agama Islam selepas lunch. Memandangkan Ustaz yang ditugaskan tak dapat hadir sebab urgent last minute, so 'terpaksa'lah dibatalkan. Cakap pasal lunch ni memang buat aku sedih laa. Seperti yang aku cakap kat entri yang lepas, aku makan kue tiau seafood tapi takde sotong kan? Lunch kali ni ada sotong tapi aku tak sempat nak merasa. Sebab apa? Masa tu, cikgu dah cakap "pelajar-pelajar bolehlah makan sekarang". Tapi aku tak direct ambil makanan tau. Aku lepak dalam 15 minit kat dalam dorm bersama Amy, kemudian baru lah kami turun lunch together-gether. Bila sampai kat dining hall, (takyah nak trip mat salleh, selama ni sebut dewan makan , okey jer pon xD), aku agak terkezut dengan makanan yang dihidangkan sebab cuma ada Kari ikan dan Nasi jerr. Tapi sebab aku lapar, aku taknak la banyak complain walaupun karinya cair. Aku peminat kari jugak, so aku tau tekstur yang betul untuk kari. Jadi, betul-betul tak best lunch dia. Bila dah lapar, yang tak sedap pun jadi sedap. Sedih kan aku ni?

Tepat jam 1:50 tengah hari, kami semua menuju ke dewan walaupun ceramah Pendidikan Agama Islam dibatalkan. So, aku lepak la ngan kengkawan aku yang sekampung bukan se'classmate' ni. Syok gilerr bergaul ngan dorang ni. Pastu tetiba dorang sebut pasal lunch tadi. Terpinga-pinga aku apabila mereka cakap pasal sotong goreng dan sayur. Aku heran? Ehh, ada ke hidangan tu tadi? Ke aku yang lambat ambil? Sotong?? Tapi bila fikir-fikir balik, aku yakin yang aku tu tak lewat melainkan kalau Dewan Makan tu sendiri yang lewat hidang. Ye, aku yakin mereka lewat hidang apabila Amy cakap, dia nampak ada sotong goreng dan sayur dihidang masa kitorang turun dari dorm untuk dengar ceramah tadi.

Kecewanya hati aku tak payah cakap wehh. Remuk tau, remuk! Dua kali aku kempunan sotong. Aku terasa aku diabaikan dalam hal sotong-menyotong ni. Perasaan di hati aku tu sangat lah teruk sehingga terbawa-bawa ke dunia realiti. Tetiba jer, aku jadi sebak dan mata aku dah mula berkaca. Last-last jatuh jugak air mata aku ni. Menangis depan kawan-kawan merupakan bukan perangai aku. This is not Tasha!!

Kesian kawan-kawan aku apabila dorang terpinga-pinga tengok aku menangis. Padahal pasal sotong jer pun. Bukan lah apa sangat. Yang kau nak emosi sangat pehal kan? Tapi bila dah dikatakan favourite sangat, mungkin begini lah yang akan terjadi. Jujur aku cakap, aku tak pernah menangis kerana makanan, tapi ini merupakan yang pertama. Huhh, mencemar duli sungguh la aku ni xD


Okayy, meh sambung balik cer pasal konvensyen ni, so aktiviti diteruskan pada sebelah malamnya dengan membaca yassin sementara menunggu Isyak. Kemudian, ada sesi ceramah yang bertajuk "Pengurusan Stress". Terima kasih sekolah sebab I really need this session =') Pada pertengahan ceramah tu, dia ada tanya "siapa budak paling pandai di sekolah ni?", pastu aku dah agak dah, mesti aku yang disebut. So, terpaksa aku tampil ke hadapan apabila diminta. Rasa bangga pun ada jugak. Tipu la kalau aku cakap tak bangga kan.. Tapi aku tak nak riak sebab ini semua dengan izin Allah. Kalau tak, aku ni nothing tau. Penceramah tu pun tanya result aku baru-baru ni berapa A? Aku pun jawablah 7A. Pastu dia tanya, "apa yang tak dapat A?". Aku cakap "Sejarah C+ dan Fizik C+". Dalam hati, aku sedih jugak dengan result aku kali ni sebab yang lepas 7A 2B+, tapi kali ni 7A 2C+. Tapi tak pe, aku yakin pasti ada hikmah disebalik semua ni.

Dia tanya la, "jadi macam mana nak dapat kan full A tu?". Dah lah otak aku blurr, dia tanya pulak camtu. Akhirnya, aku jawab jer yang ringkas, iaitu "macam biasa lahh". Amek kau.. Kau tanya time aku blurr pehal? Yang aku ni pun blurr sangat pehall? Hahahha! Maybe sebab aku tengah senget, last-last, dia suruh pulak budak lelaki terpandai kat sekolah tu. xD

Dah habis sesi ceramah, kitorang dibenarkan ambil supper dan boleh terus ke dorm. Modop! Hahaha! Eh korang tau tak maksud modop ni? Aku lupa bahasa kadazan ke dusun ni, tapi maknanya ialah tidur. 

Jadi, malam nya sebelum tidur tu, aku renjis pada setiap penjuru dorm guna air yassin dan aku mulakan dengan bacaan ayat kursi untuk mengelakkan sebarang gangguan. Sebab, malam sebelumnya, dorm lain kena ganggu. Alhamdulillah aku tak diganggu langsung. Disebabkan "malang tidak berbau", jadi aku renjis sampai ke pintu dorm sekali sebab dormate aku cakap, petang pada hari tersebut, pintu dorm kena ketuk-ketuk kuat. Meremang bulu roma aku nyohh! Jadi aku taknak diganggu seperti itu. Oleh itu, pintu pun aku pi renjis jugak. Langkah keselematan lah katakan

Syukur alhamdulillah, malam tersebut aku tidur dengan lenanyaa....

Okayy la, kita sambung untuk hari ketiga program Konvensyen Siap Siaga SPM 2014 pada Part 3(coming soon!). Tata!!


Wednesday, 27 August 2014

POTN #2 : Malam ku diganggu..


Assalammualaikum...

Malam ku dipenuhi dengan menjawab soalan skor A tajaan sekolah. We have to appreciate dengan apa yang telah diberi walaupun terasa malamku diganggu. So, aku nak layan chemistry dulu. Then, Sejarah..
KEEP CALM
AND
STUDY
Tata~

Merdeka Raya 2014 SMK Benoni

Assalammualaikum uolls!

Hari Selasa lepas, sekolah aku mengadakan sambutan Merdeka Raya dan pada hari yang sama jugak, majlis penyerahan slip peperiksaan jugak diadakan. So, sambutan kali ni tak berapa nak feel sebab maybe perasaan kecewa tengok result telah membunuh rasa excited dalam hati ini. Tapi takpe, life must go on yaww! 

Pada malam sebelum sambutan raya tu, penat aku berfikir nak masak apa untuk esok? Last-last aku buat yang paling simple dan mudah dan tak susah (sama jer) iaitu macaroni. Hohoho! I yang buat tauu. 

Bila tengok hidangan yang kawan-kawan aku bawak, memang terbaik laa. Bak kata Iman, thorrrbaekk! Ridzqin bawa sup ketam (KETAMMM! :3) , Faizuddin bawa sup udang tom yam, Ijaz bawa jala kari (lupa nama), Iman dan Jul bawa mee (mak dorang yang masak xD), Ashrin bawa cendol, Jiji bawa kek coklat dan macam-macam lagi ! Memang kecur air liur den tengok makanan ni semua. 

Of course tak dilupakan sesi gambar-menggambar antara semua orang. Masing-masing nak tayang baju siapa yang cantik, latest ke tak, branded ke tak, kannn.. Hahaha, tapi aku simple jer, tak branded dan tak latest. Just pakai kain batik with kimono cardigan plus keronsang besar untuk memberi impak seperti dokoh. Ye laa, dokoh kan mahal, mana la aku mampu! Hahahha!

Btw, Iman pakai jubah pink.. Hahhaa! Aku rasa kan, semua boys kelas aku jadi macam al-ustaz baru balik umrah. Miahaha, so comel sebab lain dari yang lain. Kalah bebudak aliran agama xD

Contohnya ini:-

PU Faizuddin! Miahahah!
Aku taknak kecek banyak jadi meh kita tengok gambo-gambo aku and kawan-kawansss ni~


Wiwin (Tuan), Aku (Meow Rasha), Iman (Meow endot)
Ani Aryanie and me! Dia cute sangat buat muka-muka. Well, fotogenik, not like me =(
Hi Ijaz, my cuzzy!

Me and Iman -bloggers-
My lovely besties, start from me, Fanta, Amy and Del~
Korang perasan tak muka aku time 2011 tu pelik sikit? Bibir pucat, tangan macam tulang ikan, dan of course gelap. Perasan tak? Tu sebab, aku baru jer pindah keluar dari SMESH. Masa kat SMESH dulu aku aktif sukan. Tiap petang jogging. Sunburn ke ape ker, ada aku kesah? Pastu tak makan nasi langsung. Padan muka, akhirnya aku jatuh sakit.. Apa la nasib badan.. Hurmmm~

Eh Ehh, jap jap. Pehal bibir aku yang 2014 tu Nampak kaler purple? Nampak tak? Aishh, give me lip balm, lip balm! (poyo)

Eeee, apa-apa pon, kalau ikutkan hati, nak jer aku letak semua gambo kat sini tapi hampeh dehh.. Photographer bukan lahh aku X_X Gahhaha!

So, tu jer lah untuk harini, got to pen off right now, nak sambung Program Score A dulu. tata tata!

Monday, 25 August 2014

Konvensyen Siap Siaga SPM : Part 1

assalammualaikum semua !

Kemarin, iolls baru jer balik dari Konvensyen Siap Siaga kat sekolah yang diadakan selama 3 hari 2 malam. Penat nyer terasa seperti aku baru lepas  mengangkat batu sebesar bulan dengan hanya berjalan kaki dari Johor ke Kedah. Bahahah! Metafora sangatt =') Saje jer supaya korang tahu bahawa aku rasa sangat penat xD So, berbaloi la kan kalau aku tak sekolah harini ? *buat muka tak bersalah*

Okeh, meh kiter cer-cer pasal aktiviti yang aku ikut ni. Mula-mula aku memang takde hati nak ikut sebab mana la tau ayah aku tak izinkan aku ikut. Rupanya-rupanya, dia bagi pulak. So, bergegas la aku bersiap hari Jumaat tu. Barang belum packing, baju belum cuci, selimut cilok dari kapal terbang Mas Wing entah kat mana, semua pun aku tak ready lagi. Balik-balik jer, terus aku buat semua kerja packing barang-barang termasuk cari dan cuci segala-galanya. Tak kesah dah pasal checklist apa semua yang penting aku chau!

Sebelum aku chau, sempat lagi ayah aku pesan kat kakak aku suruh bawa makan kat restoran. Kalau aku taknak makan ayah aku tak izinkan aku ikut. Perangai aku ni, kalau dah bergegas, memang tak hengat perut dah isi ke belum. So, terpaksalah aku ikut syarat ayah aku yang satu tu.. Sesampainya aku kat restoran, aku makan kue tiau basah seafood aka Mee Hong Kong Seafood. Makanan favourite aku tuu. Tapi yang sedihnya, seafood dia kali ni takde sotong. Yang ada cuma udang dan isi ikan salmon. Kecewa di hati ibarat hati aku dibelah dua dan kemudiannya di blender, kau tahu tak??!!

Lepas selesai makan, kakak aku drive laju-laju ke sekolah. mak aihh, drift ke apa dia ni? Nak terjatuh jantung eden nyohh. Sampai jer kat sekolah, aku tengok semua orang dah berkumpul dengar taklimat. aku jer masih terhegeh-hegeh angkut barang-barang aku sensorang. Kesiann..

Habis jer taklimat, semua pelajar diminta ke asrama masing-masing untuk pengagihan bilik. Aku dapat dorm 108 dan roomates aku memang sporting gila. I loikee! Tapi aku kesian giler kat budak lelaki. Dahlah tidur kat lantai, banyak belalang pulak tu. Ada yang sampai tidur kat luar malam tu. Kesiann.. Tapi kesian aku melimpah-ruah kepada si Iman sebab dia tak suka serangga-serangga yang banyak tu. Tak aman dia tidur. Kejap-kejap nak tidur ada jer serangga gatal masuk kain pelikat dia. Hahahahha *gelak jahat*, padan muka xD

Lepas solat Asar, aktiviti diteruskan dengan ice breaking yang dihandle oleh kaunselor kitorang iaitu Cikgu Basyir. Oh ye, bini cikgu Basyir dah due, so congrates cikgu! Now, cikgu dah officially a Dad! Miahahaha~ Kemudian makan malam, persiapan diri, solat Maghrib, tazkirah *tak jadi sebab entah* dan solat Isyak.

Jam 8:00 malam, ada motivasi yang bertajuk "Di Mana ada Kemahuan di situ ada Jalan" yang disampaikan oleh student MSU dan kini sedang mengambil Master dalam bidang Biotechnology iaitu En. Anthony Chau. Tak boring langsung sebab ada pergerakan body sekali. Tak la duduk dan tadah telinga sahaja. Hehhehe. Ada satu aktiviti ni, beliau suruh kitorang senaraikan tiga haiwan kegemaran masing-masing bersama sebab kenapa kitorang minat. Tapi aku senaraikan empat iaitu Kucing sebab jinak, Beruang sebab gemuk, Harimau sebab gagah dan Singa jantan sebab hensem. Bila dah submit, beliau akan pilih randomly untuk dibaca. And one of the lucky person is me. Berdasarkan haiwan kegemaran aku tu, beliau assume bahawa aku ni seorang yang baik, dan jinak tapi berkemungkinan akan menjadi salah seorang daripada pesakit Aneroxia Nervosa sebab aku merasakan diri aku gemuk. Walaubagaimanapun, aku merupakan seorang yang gagah dan hensem. Mak aihh, gelak sakan terus kengkawan aku dengar. Aku pun gelak jugak xD Suka kau orang yerr..(menyepetkan mata)

Ceramah berakhir pada jam 10:00 malam. Time to sleep girls! But girls tidur jam 10:00 malam? hahha. no no no no~ Aku tak tidur dulu. Aku mencece dengan kengkawan dulu before tidur. Baru laa dinamakan girls! To the boys there, welcome to the girls' world~ Miahahaha!

Sambung part 2 (^_^) ..

Sunday, 24 August 2014

Kelas Sains Sesi 2013

My Classmates

assalammualaikum

This segment is all about my classmates from Science Stream class for session 2013 and 2014.  I will describe about my friends thoroughly. Putra kami seramai 10 orang sahaja, manakala putri terdiri daripada 14 orang.  =') okee, we should start now =D

1st --> Nur Hanie, Nur Azierayanie dan Damit (nama timangan)

Damit yang lelaki tu, Hanie dekat tengah, Azierayanie yang mengenyit mata tu. Happy kan muka durang bertiga ney? hahaha, bestfriend durang ney. Azierayanie ney seorang yang happening. Kalau ndk hadir kelas, konfom sunyi kelas tu. *krikk krikk* . Hanie pulak jenis yang sporting tahap gaban. Kalau Hanie ndk hadir ke kelas, kurang la si Azierayanie punya celoteh. But more important, durang la bawa shine of laughters di kelas. Damit pun bikin ceria kelas. memang barrel of laugh la durang bertiga ney. Tanpa tiga orang ney, memang sunyi tahap gaban menggaban gaban! huhuhu




2nd --> Adib and Ridzqin
Yang peace tu Adib. Sebelah tu Ridzqin. Budak berdua ney memang rapat sebab masing-masing simpan rahsia masing-masing. Adib ney rajin betul membelanja orang. (termasuk aku..hikhikhik). Aku memang rapat dengan budak ney. hahaha. Ridzqin ney pulak master dalam kompang and sangat rajin. other than that, Ridzqin ney seorang yang bertanggungjawab. Cikgu-cikgu pun cakap begitu. Memang tabik spring laa



3rd--> Iman and zulfaqar

Iman di hujung sebelah zul (yang berketayap tu). Iman ney seorang yang pakar IT tau! zul pun sama jugak tapi si Zul ni seorang programmer. Seriously, bila bab cenggini, durang la paling pro. Aku memang alah ngan benda-benda IT ni sebab aku hanya tahu blogging, facebooking dan twittering ='). Hahaha. Anyway, durang sangat suka berlawak and they are very spontaneous. 




4th--> me and Fantagiro
Yang bertudung tu of course laa aku. Sebelah aku tu Fantagiro! Mere dosti he *my bestfriend in Hindi languange*. Aktiviti kelas mesti mau dibuat sama-sama. Terutama kalau masa PJK, kami la first berlari turun ke padang. Always the first infront of Cikgu Ahlip (guru PJK) kami tu. Kalau PJK, Fanta suka bawa aku main bola tampar, and kami partner bola tampar lorhh. Cuma aku servis ndk smart macam Fanta punya servis, so ndk layak deh wakil sekolah. *nobody perfect maa* . Kalau kami berjalan sama-sama, aku ndk suka pegang-pegang tangan, tapi aku suka buat yang style pinky-swear dengan Fanta. So, bagi aku cara tu sweet. Then, Fanta ney suara sedap. Digelar penyanyi kelas kami you know. Fanta ndk suka banyak cakap and didn't complaint a lot. But when she's not in mood, jangan berani nak kacau-kacau yerr. Sepanjang aku friend dengan Fanta, aku sangat-sangat menyenangi eyaa. 






  

5th--> Vanessa and Joyner (dari kiri)

Budak berdua ney bestie. Dalam kelas duduk sebelah-menyebelah. Vanessa suka kucing and I always jealous sebab dia mesti ada something yang comel berupa kucing to make me jealous. hahah! Joyner pulak seorang yang cool down and jenis yang direct. Kalau ndk suka, dia jujur cakap ndk suka. She's our school's athlete too.


4th--> Chester

Pendiam di kelas. Cool down jerr. Rajin buat homework. He is also pantang dicabar. Eya ney diam-diam ubi berisi jugak ney. haa, dia la yang ajar aku main rubic cube tu. Dari aku tersangat noob, sampaila aku pandai main. 
Pandai ney orang tauu =3




okeh, ini Azfi, budak baru kelas kami. At first dia ney nampak sombong. Rupanya ndk.. hahaha, hensem hensem hensem? hahaha! Not much I know about him but so far he's good and shy a little bit too.









Ini Syahierra, Ani and Felicia (start dari kiri).

Syahierra ney seorang yang rajin buat latihan Addmaths. She's prefer Addmaths than any subjects else. Ani pulak bestie kepada Syahierra. Actually durang ney bertiga termasuk Adriana, but I can't include her in this. she's a very shy girl lorh.. Oke, back to Ani. She's a very cheerful girl. Selalu ketawa, tapi bila study, mak aih, serious dohh.. Felicia ney pulak diam-diam ubi berisi tauu. Macam Chester jugak. Pandai ney. Not much I know about her sebab dia ney pendiam dalam kelas. biasalah, concentrate concentrate.. *thumbs up*

Ini Faizuddin. Aku pun ndk tau napa but his facial gestures really funny dohh! Dalam kelas tu, dia la paling hyperactive (aku rasa laa). Rajin buat lawak tapi kalau homework.. hmmmmm.. ahhaha


*jangan marah yerr*





Yang ney pulak Fazirah, Syakilla dan Siti Nazirah. (start dari kiri). Ney ibarat 'the three stooges'. Ndk bule terpisah. hahaha. Fazirah always prefer to be quiet while Siti Nazirah aka Wiwin ney suka cakap banyak. Jarang tengok dia marah and love to cheer up people. Kalau sehari ndk ketawa memang ndk sah. So, kalau dia diam-diam tu, maksudnya badmood la tu. Syakilla ney jenis moderate. Mau kata kicuh, ndk jugak. Mau kata pendiam, ndk jugak. She's so-so laa.




Tudung pink tu Azira, yang hijau tu Alusia. Kalau Azira pakai baju Kadet Polis akakapo (pronounced as ke-poh) memang nampak tough. She's tall you know.. One thing yang aku suka ngan dia ney, she's not talking a lot if she hate something. Alusia pulak orangnya sangat comel and bersederhana. Ketua kelas kami tu yaww. Walaupun kecik orangnya, tapi power tuuu. The thing that I comfort with her is, she's a good listener and a good lecturer too. Boleh suda jadi kaunselor derr.


Okee, this is Ashrin aka Landoh. Kalau time-time dia boring kan, ngam-ngam kamu tengok muka Landoh ney, memang dia bagi kamu muka funny face. Aku pernah terkena time exam. Ughh, funny lol! Jangan ingat muka begini muka ndk pro arr, dia ney pro subjek Lukisan Kujuruteraan (LK) dohh! And dia ney rajin bertanya which is essential for us to be an excellent student.








This is Ijaz. My cousin. Memandangkan tahun ney eya duduk sebelahku, so, malar kan mengacau saja. But weirdly, kalau ndk mengacau memang aku rasa pelik dohh. Akhirnya aku pun dah 'masak' dengan rutinnya ituuu. One thing about him is, he's good in politic. Haritu cer-cer pasal politik, laju yaa.. Amboihh.. Kalau belajar.. hmmm.. haha! tapi, begini-begini pun pandai jugak lorhh. Hensem? ehem-ehem! Cousin aku ney dah berpunya yerr. So, not available!










------------------------------------------------------------------------------------
Ini semua ex-classmate yang suda keluar dari kelas kami. so, here we are, our missed friend




This is Feldia. Now, study dekat Kolej Vokasional Beaufort. Last I met her time sebelum cuti hujung tahun. she's gotten pretty lorhh. Feldia ney ada ciri-ciri kepimpinan yang tinggi. Pengawas la katakan. 

This is Irfarahani but we used to call her as Farah. Sebab susah gilak mau pronounce nama dia tu. So, in short, just Farah. Now study dekat MRSM Sandakan. Huhuhu, dulu aku schoolmate ngan eya dekat Sekolah Menengah Sains Sabah(SMESH) then jumpa di Benoni balik sebab kami berdua pindah. She's first then me. And bila Farah pindah ke MRSM Sandakan, sedih la aku bah. It's like something is missing. Huhuhu. Farah suka baca novel and komik and she'd a lot of comics. Dalam kelas tu, dia la sumber utama untuk kami baca komik. She's best at Chemistry lorh, which is I hate the most. I'd rather to study Addmaths for the whole day than facing my Chemistry books for 30 minutes. Really killing me. Sob sob sob.




Yang ney pulak twins si Farah. Gambar di atas tu bah. Apa? ndk percaya? trust me lorhh, at first aku pun ndk caya. Macam tipu jer, macam tipu jer? but the fact is yes. they are twins but not identical. Perkara yang jarang berlaku. Eh? lupa mau introduce nama. Haa, ney la Irfan. Now study at MRSM Kota Kinabalu. Pandai ney dohh. Gamers or not aku ndk tau pulak. Hahaha. But, majoriti classmates aku yang lelaki ney Gamers. Hahaha. Sadang tah nak, taun depan SPM kita.









So, pendek kata, semua kawan-kawan aku pandai-pandai belaka. Sorry to my friends jika ada yang salah di sini k? Tiada niat apa-apa pun. Just wanna share it. Overall, sorry sebab waa cilok kau orang punyer gambar. hahaha! Good Luck SPM.

Thursday, 21 August 2014

Pointless Post : Encik Teddy

Assalammualaikum...


Miahahaha, jeles jeles jeless?? *menjulur lidah*
Pink Cherry