Thursday, 27 November 2014

Hilang Semua..

Assalammualaikum..




Harini aku rasa nak pissed-off je. Tadi, masa aku sibuk tengok ig orang, aku dapat satu idea. Masa idea aku tengah mencurah-curah, aku nak on WecChat. Tapi, tiba-tiba WeChat aku macam ter'log-out' and I was like "Huhhh???" . Dahlah aku lupa password, simcard pun dah aku patahkan and now what?! How can I get my WeChat back? Dalam tu penting. Hilang dah semuanyaa  T_T

Nampaknya aku kena buat WeChat baru. Tapi WeChat baru pun perlu guna nombor telefon jugakk! Stress lah kalau macam ni.. Menyesal aku patahkan simcard dulu.. Eleh, kengkonon orang putus cinta macam dalam drama. Propa sangat. Sekarang sape susah? 

Ye, aku susah! Padan muka kau T_T

Movie Review : Dracula Untold (2014)

Assalammualaikum...

Genre : Action / Drama / Fantasy

Okayy, cerita ni best sangat. Ianya mengisahkan mengenai seorang putera raja yang terpaksa bertukar menjadi monster (dracula) demi mempertahankan kingdom and family dia ni daripada serangan kerajaan Turki. Jadi, dia pun minum darah dracula yang satu lagi untuk jadi dracula. Malangnya, ia ibarat satu sumpahan untuk putera ni.

Dia jadi monster hanya dalam 3 hari sahaja. Biasalaa, dracula ni limited jer kerja dia. Siang tak boleh keluar sebab cahaya matahari, so boleh keluar malam aje. Tapi dia boleh fly-fly dan bertukar jadi kelawar. Perghhh!

Jadi, macam mana ending cerita ni? Apa cer kingdom dia? Selamat ke family dia?

Haa, just watch this ok! Fyi, cerita ni sebenarnya ada berkait rapat dengan history empayar Turki, tapi tak kena tunjukkan sangat jalan ceritanya kat sini. Overall, I rate this 4/5 (^_^)

Movie Review : A Little Thing Called Love

Assalammualaikum..

Genre : Romantic / Comedy

I watched this ever since I am in Form 3(2012) and now is 2015. Aku dah banyak kali tengok movie ni. Setiap kali tengok konfom nangis. Touching sangat cerita dia ni. So, disebabkan cerita ni sangat best, aku nak recommend korang tengok cerita ni jugak tau. 

Betapa romantic nya ending cerita ni yang definitely korang akan rasa terharu.. =')

Tengok tau, jangan tak tengok!

Tuesday, 25 November 2014

Movie Review: Beautiful Creatures (2013)

Assalammualaikum

Genre : Drama / Fantasy / Romance
I'd watched it just now. Sangat best, so I recommend you untuk tengok movie ni jugak.

Ianya mengisahkan mengenai budak Lena ni, dia ada kekuatan yang mutlak selepas aje umur dia masuk 17 tahun. Masa ni, dia akan ditentukan untuk menjadi caster jahat atau caster baik mengikut kepada sifat keperibadian dia sendiri.

Kemudian, Lena jatuh cinta dengan seorang lelaki biasa(mortal) iaitu Ethan. Dorang ni suka antara satu sama lain. How sweet. Masalahnya, mengikut tradisi, seorang caster tak boleh bercinta dengan mortal.

So, apakah kesudahan cinta dorang ni???

Tak perlu cemas sangat la. Kalau nak tau, tengok la movie ni. I rate this 5/5 !

Finally...

Assalammualaikum..

Alhamdulillah.. 
Finally, saat-saat yang dinantikan telah tiba. I owned my freedom guys! Setelah penat duduk beberapa exam dalam  upper form sepanjang 2 tahun ni, memang sangat susah. Sangat menyeksakan dan of course sangat stress.

Now, 
it is all in out babe! Aku ibarat burung dari sangkar yang berkicauan. Wihiiii...

So, ramai la yang tanya soalan kinda regular untuk SPM-leavers. Macam..
"kau nak buat ape lepas ni?"

Kalau korang, ramai yang celebrate kemerdekaan dengan party with friends or what-so-ever kan? Aku tak. Aku prefer duk kat rumah, tengok movie, makan, tidur. Hehehee, yes aku bukan orang yang suka keluar rumah for no reasons. Aku suka outing with family jerr...

Maybe, when I dah grow up sikit, aku akan lebih out with friends...? (Huhh?) 

Eh, who cares? Yang penting, aku sekarang is officially a SPM-leavers and Alumni of SMK Benoni Papar~

Hello World!

Thursday, 20 November 2014

OTW to Freedom !

Assalammualaikummm~

Freedom?

Apa maksud freedom bagi korang? 

Freedom bagi aku adalah kebebasan mutlak daripada SPM sebab aku kan SPM candidates.Heee.. Nanti bila aku dah habis SPM, then dapat result, kemudian masuk IPTA/IPTS/Matriks segala freedom tu dah tamat. Sebab aku akan terpaksa menanti next freedom, iaitu tamat pengajian tinggi. Bila dah tamat pengajian tinggi, dapat kerja, aku akan free lah nak shopping dengan duit sendiri. Mesti best!


Tepat 25 November 2014, aku akan merasai segala freedom ni! Aku akan terlepas dari cengkaman SPM yang sungguh menyesakkan nyawa eden. I'll freeeeee, let it go! Let it go! *nyanyi lagu frozen*
This is my third freedom sebab first sekali free dari UPSR. Second, free dari PMR, The third-to-be is SPM. Yeay! From now, 4 days to go. Oyeah, tak sabar rasanya nak tamatkan semua ni. Segala ke'tension'an, you may fade away. 

Talking about SPM dari tadi, SPM setakat ni okayy tak? Frankly speaking, Soalannya sangat susah. Agak berbelit otak aku nak memahaminya. Hurmm, nampaknya sel-sel otak aku tak berhubung xD fyi, SPM 2014 adalah batch starter yang menggunakan KBAT/HOTS. Jadi, boleh tak bayangkan how difficult soalan tu? Bayangkan, hari pertama je aku dah rasa, omaigadd.. Start dari situ la aku terpaksa survive dalam SPM ni supaya aku dapat capai target. Gila kott. Tapi paper Physics kemarin, alhamdulillah. Because it is a little bit much easier dari soalan past years punya. Tapi kat paper 3, aku kondem sebab eksperimen tu aku tak tau. Aku pasrah aje laa...

Next Monday adalah Chemistry. My fav subect. Dulu subjek ni paling aku benci. Tahap kebencian adalah 5/5. Sekarang, aku dah jatuh cinta dengan subjek ni. Tahap cinta aku 5/5 (^_^) Aku harap, soalan Chemistry nanti tetap sama ngan format lama. Selasa pulak exam BIO. Last peiiiperrr! Untuk both final papers, aku tak tahu eksperimen nak baca apa, so aku cuma berserah aje laa.. Kalau apa yang aku baca tak keluar, lu pikirr la sendiri! xD

Hoiii!



Lepas habis aje last peiiperr nanti, aku nak enjoy-kan diri aku dengan menonton movie banyak-banyak biar sampai lebam mata aku macam panda kat sebelah ni. Nanti aku akan buat review pasal movie-movie yang best. 

Sekian sahaja dari sayaa, tataa♥



Saturday, 8 November 2014

It's My 17th Birthday!

Assalammualaikumm..

Alhamdulillah, 27 Oktober lepas aku dah pun genap 17 tahun! Yeay!
Tahun lepas, aku telah dikejutkan dengan pelbagai surprise antaranya telur. Yucks! Yeah I know it but I think it's pretty cool you know (meh). Aku jalan-jalan sekeliling sekolah pun dengan bau busuk telur yang tak terkata, semerbak harumnya mekar mewangi di keliling sekolah. Nasib baik masa tu ujung taun, so tak ramai yang datang sekolah. Huh, what a shame =(

Jadi, masa hari Isnin lepas, aku berdoa dengan bersungguh-sungguh dan berharap tak kan ada lagi telur prank kat aku. Haha! Akhirnya, Tuhan yang Maha Mengasihani hambanya ini pun dengar lalu mengabulkan permintaan aku. Syukur. Takde la kereta ayah aku bau hanyir telor. Yeay! (bersorak kegembiraan)

Yang bestnya, birthday aku kali ni sangat-sangat tacing gitu. Sebab, kali ni disambut dengan meriah walaupun dari sudut pandangan zahir, birthday aku lebih meriah pada last year, but honestly, tahun ni sangat awesome. Antara sebabnya adalah, first, my ayah is the first man yang wish kat saye masa otw ke sekolah yerr uolls. Apa lagi, aku pun semangat la melangkah ke sekolah (^_^) Pada malamnya pulak, kami sekeluarga makan KFC kat rumah sebagai main course, Blueberry fruit cake sebagai dessert, roti untuk supper pulak. Hilang segala pantang larang diet aku.Sehhhh.... Ehem, fyi, kami sekeluarga tak suka sambut family fiests kat luar. Lebih selesa kalau kat rumah aje =) Second, my buddies yang diketuai oleh Fanta make a fantabolous surprise dengan membeli kek mango cheese from Kak Kiah Cakehouse, my fevret! (tenkiu sangat). Third, dapat makanan from En. Eqin ! Tenkiu the mayoh-mayoh =D

Kemudian, aku dikejutkan lagi dengan hadiah yang amat aku tak jangka from Mr. Blogger kita, iaitu tuan kepada Hitlat. Sebelum ni aku memang tau dia ada something untuk aku sebab dia ada bagi hint juga sebelum my birthday ritu. Tapi aku ingat benda 'something' tu benda biasa orang bagi as a birthday gift. But guess what? Dia tiba-tiba jadi macam Santa Claus kat aku. Hahaha! Bezanya, Santa Claus version Mr. Blogger ni tak pakai mascot Santa. Korang ingat lagi tak aku ada KIV: mini tafsir al-quran dan #POTD 2: Books Madness ? Aku bercadang nak beli hujung bulan lepas, tapi tak jadi sebab Santa Claus yang takde gaji ni dah pun tunaikannya as a birthday gifts. Tenkiu sangat. Aku rasa terharu gilerr doh. ='D

Inilah tafsirnya....

Mine is the pink colour <3
Bahagian tidak matching:
What I want to tell you is not about how awesome was my birthday or making any comparisons. No! Aku cuma nak korang buatlah something yang bermakna dan penuh dengan keikhlasan serta kesungguhan semasa ingin membuat birthday gifts or celebration untuk anybody apatah lagi untuk ahli keluarga anda! Because, trust me. Dengan hanya sebaris ucapan "Happy Birthday" dari family member kita pun kita dah rasa wowwwww.. =') Jangan nak harap "tepatt pukul 12 tengah malam, boifren aku wajib kol aku! Kalau tak, aku nak break! Huhh"  No no no, jangan harap macam tu sebab of course korang akan dapat dan itu dah tak jadi surprise sebab korang dah tahu dari awal. Lapuk. Kan lebih best kalau ayah merupakan first man yang wish kita instead of your boifren.

Addition : Tenkiu sebab sudi wish kepada Cik Tashachibi tempoh hari walaupun saya hanya seperti sebutir pasir di Gurun Sahara. Terima kasihhh!!

Jangan nak propa sangat, boleh tak?


Pink Cherry