Tuesday, 22 July 2014

Menempuh Ujian

Assalammualaikum..

Sebenarnya aku nak sangat buat entri ni semalam. Tapi malangnya, disebabkan oleh kelesuan yang menimpa badan aku maka aku telah membina istana di udara seawal jam 8:30 malam. Tambahan pula, katil terasa sangat empuk membuatkan aku tak boleh blah dari katil tu. Padahal esok ada peperiksaan kertas Fizik. Budak SPM memang begini. Almaklumlah, peperiksaan haanya di sudut sahajaa ! Okay, berbalik kepada katil aku. Ohh sungguh indahnya dibuai mimpi.. Hikhikhik.. Kesian kat Iman(tuan kepada Hitlat) sebab dia nak baca entri aku yang kali ni. Hahaha, sorry Man. Andai dapattt, ku undurkan putaran dunia(menyanyi).

Jadi kisahnya berlaku pada hari aku update entri pasal Hitlat. Iman ni ada sesak nafas. Kalau dalam bahasa Brunei, 'ampus'. Setelah dia baca pasal tu, dia gelak tak hengatt dunia. Disebabkan itu lah dia ampus. Untuk mengurangkan sesak nafas, dia pun ambil laa dua biji pil entah apa, aku pun lupa apa nama dia. Sepatutnya makan sebiji sahaja. Tapi sebab dia nak effect yang cepat, dia makan dua biji. Kesannya, dia mengalami sesak nafas dua kali ganda. Hahaha! Eh, tak baik ketawakan orang yang sakit. Jahat nau aku ni. Astaghfirullah.. Tak sangka pulak entri aku tu boleh membuatkan orang sesak nafas. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai penyakit sedemikian, anda diberi amaran untuk berhati-hati semasa membaca blog aku. Make sure korang bawa tangki oksigen di tepi laptop sambil membaca yaa! 

Harini jawab paper macam nak tak nak jer. Kelesuan badan masih terasa dan Iman masih dengan ampusnya. Masa jawab paper Fizik  kepala aku dah terlentok di atas meja sambil berfikir, "apa yang aku nk merepek dekat paper ni? ". Sementara Iman sedang menjawab paper dengan kaki atas kerusi. Macam-macam kerenah. Orang sebelah aku pun kusut kepala. Kalau Cicakman suka makan lalat, aku pulak suka makan semut, sebab itu lah aku tak ingat apa definisi gelombang. (Amnesia sementara)Jadi aku jawab 

" Gelombang ialah miahahaha"

Anda dinasihatkan agar tidak berbuat sedemikian semasa exam sebenar ya. Amat memalukan. Hahaha! Tapi apakan daya. Definisi yang tidak melibatkan formula merupakan titik kelemahanku. Akibatnya aku malas nak ingat. Oleh sebab itu, kita mestilah mengatasi masalah ini. Untuk mendapatkan kejayaan, kita mesti berusaha! Bak kata peribahasa Brunei, "mun bekarih, baru berulih". 




Sunday, 20 July 2014

Kisah Comel pada Hari ke-23 di Bulan Ramadhan

Assalammualaikum..

Tak lama lagi dah nak raya. Mesti adik-adik happy kan? Ye laa, kalau raya mesti dapat banyak duit raya. Hikhikhik. Sama la macam kisah aku time kecik-kecik dulu. Aku suka sangat masa raya sebab masa tu lah aku akan terjah masuk rumah orang walaupun aku tak kenal. Kemudian, buat muka tak tahu malu dan makan sebanyak yang mungkin. Pastu bila dah nak balik, buat muka seposen kat acik dengan harapan akan mendapat duit raya. Hikhikhikhikk. 

Tapi, bulan Syawal akan lebih terasa kalau kita puasa penuh. Masa bebudak dulu, puasa penuh merupakan cabaran yang paaaaaling mahaa besarr wal dahsyatt! Kan masa kecik-kecik, kita sangat hiperactive. Bila kuat bermain, mulalah rasa dahaga. Diri ini terasa sangat nak minum air, tapi disebabkan takut tak dapat duit raya dari mak ayah, maka terpaksalah tahan dahaga hingga waktu berbuka :')

Cerita pasal puasa time kecik-kecik ni, aku ada adik sepupu lelaki. Tahun ni makcik aku tawarkan hadiah kalau dia puasa penuh. Demi untuk medapatkan hadiah tu, bersungguh-sungguh dia berpuasa. Tapi, tidak pada hari ini. Haha! Busted tapi taknak ngaku. Comel comel. Kakak aku yang nampak dia time tu memang nak gelak tapi taknak gelak. Nanti nangis pulak dia. Hahaha! Kakak aku cerita kat aku macam ni.....

KISAH COMEL #1
Kakak sedang menyuap atuk apabila tiba-tiba ternampak adik sepupu aku tu sedang pegang ikan bilis. Hampir nak masuk mulut. Terus kakak aku potong stim pulak. Dia tegur, "ekkk, jangan makan..." pastu dia jawab "Eh, manada. Ikan bilis ani bahh. Lain baunya". Tak jadi masuk mulut tapi diperhati  dan dihidu-hidu pulak. Hahah. Pastu kakak aku sambung menyuap balik. Tiba-tiba sahaja keadaan menjadi senyap. Kakak aku pusing la tengok dia. Bila tengok, dia macam mengunyah something. Disebabkan takut busted, dia coverline laa. Dia cakap "Eh, abang Jul harini nda ke mari kan?" Hahaha! Comel comel. Korang bayangkan kalau makan sambil bercakap. Haaa, begitu la keadaan dia. Tapi taknak ngaku. xD

KISAH COMEL #2
Masa tu adik sepupu aku ni depan freezer.
Adik sepupu : huhh, pedas pedas..
Kakak : Eh? nda puasa ka ni?
Adik sepupu : Wooo, manadaa. Puasa bahhh
Kakak : Ouhhh..

Pastu kakak aku pun duduk kat meja makan tu. Tripping tidur la kononnya khennnn. After kakak aku tu trip-trip tidur, cepat-cepat dia buka freezer, ambil satu jug kecil air sejuk dan berlari sehabis mungkin ke atas. Kakak aku pun ikut la dia naik pergi ke atas. Bila naik, tengok-tengok dia ada dalam bilik. Sebaik sahaja dia keluar, kakak aku tegur "Ohhh, ndk puasa arrr..". Pastu dia jawab, "Eh, manadaa. Puasaaa" . Hahaha, alasan yang sama. Takpe.. Kakak aku pun bidas lagi. Kali ni dia cakap, "tu, kenapa jug air ada di tangan? Minum ka?". "Ehh, kucing ni yang minum. Bukan aku tuu". Hahaha!!!! Ada ka kucing minum satu jug air sejuk sampai habis? Sekejap puak tu. BAHAHA! Comel comel.. 

Bagi aku alasan yang paling comel antara situasi #1 dab #2, adalah situasi #2. Bagaiman pulak anda?? 



Saturday, 19 July 2014

Hi, Saya Kucing Bernama Hitlat.

Assalammualaikum. Ramadhan Karim ! Heeee...

Hari ni aku nak share sikit pasal Hitlat ni. Errr, Hitlat? Apakah itu? Hahaha. Meh sini.. Aku perkenalkan kat korang semua..

Hi, saya lah Hitlat. Comei tak titewww??
For all cat lovers, I bet that you must be like 'WOW' by seeing this picture right? Aww, Hitlat just look very cute here. Ouh, by the way. This is a picture of Hitlat when he was still a kiddo. Well actually bukan aku yang jaga Hitlat ni. Hahaha! Aku saja nak menggedik post pasal Hitlat. Dan Hitlat ni pun bukan nama sebenar dia. 

Hitlat berdiri dengan gagah menanti makanan
Tuan sebenar Hitlat ni adalah classmate aku sendiri iaitu Iman. Err, Iman is a guy okayy. Lately, kami selalu cerita-cerita pasal kucing and he was a little obsessed on his cat like I do! Yeah, we've got that in common. Oh ya kan, lupa pulak nak cerita pasal nama Hitlat ni. 

Hitlat adalah gabungan nama Hitler dan Bulat. Bulat pulak adalah nama yang Iman bagi dan Hitler adalah nama yang aku baru jer letak tadi. Thanks to Iman sebab sanggup tukar nama kucing dia. But, Hitlat is a kinda comel to pronounce right? The question is, why must I inspired Hitler sebagai nama Hitlat ni???

The answer is here....
Tengok mulut diaa..
Serupa macam misai kontot Hitler kan? Hahaha! Sangat sangat. That is how subjek Sejarah buat otak aku running. Done talking about Hitlat and Hitler. Let us stalk Hitlat's pictures. Bertempat di rumah Iman


Hitlat is sleeping

Hitlat is licking
Overall, thanks to Iman sebab sudi share gambar Hitlat yang omei-omei belaka and also atas kesudian Iman untuk menukar a little bit of his cat's name.Ye laa kan. Aku ni peminat kucing tegar tapi takda kucing peliharaan. Sob sob sob. 

Anyway, thanks for reading!

Monday, 14 July 2014

Just A Thought

Assalammualaikum! Ramadhan Karimm! 

Ececehh, subuh tadi siapa menang? Oh yeah, Germany! Aku suka aku suka. Semalam kan, aku tak dapat nak teruskan revision aku sebab aku asyik terfikir apa aku nak buat lepas SPM? Banyak giler kot plan aku lepas SPM nanti. Kata orang. waktu yang senggang mesti diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Maka, dari situlah terbitnya idea aku nak buat macam-macam perkara(insyaallah) dalam jangka masa menunggu result SPM nanti.

Things to do :
  • Apply masuk Giatmara dalam course bakery sebab aku minat sangat dengan bakery jika dibandingkan dengan culinary. Aku tak berapa sangat masak-memasak ni. Yang menghairankan aku, kakak dan mak aku terror giler bab masak-memasak ni. Memang otaii la beb. Tapi kenapa aku tak mewarisi kepandaian mak aku seperti mana kakak aku mewarisi mende tu? Kesian aku ni, setakat omelate, kari ayam dan benda simple-simple jer aku boleh buat. Rendang? Mintak mahap lah yer, aku tak pandai. Aku hanya lah assistant terhormat di dapur yang hanya akan menyediakan barang-barang keperluan memasak. Tapi sejak aku selalu tolong ayah mak aku buat kuih raya dulu, aku jadi sedar betapa cenderungnya aku dalam bidang bakery. So, aku harap plan aku yang satu ni akan berjaya.
  • Join PLKN jika terpilih. Dengar cerita, dalam bulan Julai ni keputusan untuk memasuki PLKN bagi batch 1997 akan diumumkan. Aku teringin sangat nak ikut sebab ada flying fox! Dengar bunyi pun dah rasa macam ohsem kan? Lepas tu ada senior-senior yang masuk PLKN cakap PLKN best gilerr! Rugi sape tak join. Aku nakkkkk! Tapi satu jer benda alah ni yang aku memang allergic tahap nak mampos, iaitu kawad. Kawad? Omaigadd, aku tak tahan. Dengar arahan dia yang ke kiri, kanannnnnn pusing jer pun dah membuatkan aku rasa nak mampos. Sesak nafas den. Lagipun aku penah ada kisah yang sangat memalukan dalam kawad ni. Malu I !
  • Mendaki Gunung Kinabalu. Sebagai orang Sabah sejati, kalau boleh aku nak sangat menawan Gunung Kinabalu sebagaimana ayah aku dan para pelancong dari negara lain yang telah berjaya. Aku jeles kot. Tapi aku tau, bukan senang nak daki gunung yang tertinggi di Asia Tenggara ni. Banyak cabarannya but I love challenges. Dan yang paling bestnya, harga untuk bumiputera Sabah amat murah jika dibandingkan dengan harga yang dikenakan kepada bukan bumiputera Sabah. So, I have to grab this opportunity as it won't knock your door twice dear ladies and gentlemen *wink wink wink*
  • Berniaga secara online. Aku tak berapa sangat dalam bidang perniagaan ni. Tapi disebabkan aku suka duit, so aku nak try jugak! Well hello? Siapa yang tak suka duit kat sini angkat tangan? Ekkk, kalau kau angkat tangan, maksudnya kau tipu. Tapi menurut prinsip hidup aku, buatlah ape pon asalkan pekerjaan dan hasil duit pendapatan kau tu halal. Biar la kalau kita kena gelar "Pakistan jual kain" atau "Bangla jual kain". So what? Penting duit dalam poket banyak dan pekerjaan tu halal. Lately, aku ada berkongsi modal dengan kakak aku untuk niaga tudung. Jadi, ada la kengkawan aku nak jugak tudung tu. So, aku bawak la bebanyak supaya dorang boleh pilih. Tapi ada pulak suara sumbang tegur, "Eh, Tasha jadi Bangla jual tudung!". Takpe kau, at least aku dapat income hasil watak aku jadi BANGLA tu dan yang paling penting halal dan kawan-kawan pun puas hati. Aku hanya mampu tersenyum jer sebab tudung yang aku jual pun memang laku. Ini baru dugaan pertama dalam perniagaan. Belum lagi bila dah betul-betul serius dalam bidang ni kan? :')
  • Aku nak ada DRIVING LICENSE sebab aku rasa ohsem tengok wanita drive car sendiri pastu pakai eyeglasses. Macam ni
    Very Stailista right?
Akhirulkalam, ini jer lah kot perancangan aku nanti. Insyaallah jika diizinkan, aku akan melaksanakan segala hasrat aku ni. Amin.

Thanks for viewing. Anyway, PRAY4GAZA :'(



Wednesday, 9 July 2014

Shawl labuh, bidang besar dan Murah !!


Assalammualaikum!

Ehem ehem, sebelum aku nak cerita pasal shawl labuh ni, aku nak uar-uarkan kat korang dulu yer. Brazil kalah 7-1 vs Germany okayy! Eventhough kalah teruk, aku tak kesah sebab tukang goal dia Oscar !! Omaigadd omaigadd! Hahaha! And the second thing is, malam ni aku harap Belanda akan kalahkan The Ever Great Argentina (yeahh??) xD

Perghh, cukup padat review aku pasal bola tu siap dengan harapan aku lagi. Hahaha, macam poyo. Poyo-poyo pun, apa kata kalau teruskan tajuk kita hari ini dengan meng'usha' shawls yang lelawa dan murah tahap gaban ni! Last week, Cahaya Bulan Collection baru jer restock shawl ni sebab sangat laris dan harga pun murah. So, iolls cuma sempat update mana yang tinggal jer. 

Harga biasa: RM18
Offer : RM15
Harga kasih sayang* : RM12
p/s : not including with postage.

Sempena Bulan Ramadhan ni, Cahaya Bulan Collection sangat lah tersangat bermurah hati nak bagi harga kasih sayang kat korang! Meh cepat grab sementara stok masih ada !! 

Nak beli ? Sila contact Cahaya Bulan Collection at 0128475001(whatsapp)







Thanks for viewing! Selamat menjalankan ibadah puasa di Bulan Ramadhan ini ;)
xoxo !

Thursday, 19 June 2014

Review: Garnier Brightening Roller on

Assalammualaikum..

Google Courtesy- harga: RM24.90
Cerita hidup:-
Ceritanya bermula cenggini beb. Masa tu bulan Ramadhan dan keluarga aku ada jual biskut raya. Boleh dikira banyak tempahan jugak laa. Kalau tak silap masa tu ada empat atau lima buah sekolah (kalau tak silap) yang tempah. So, memang banyak giler hingga membuatkan parents aku stay-up hingga ke sahur. Sebagai anak, aku haruslah tolong mereka. Tapi serius, aku sentiasa tak dapat tolong hingga masa sahur. Aku tidur kira-kira dalam jam 3.00 pagi. Study untuk trial PMR? Hehehe, takde langsung. Sepanjang bulan Ramadhan aku camtu. Kesannya, mata aku ada eyebag. Kawan-kawan aku fikir aku struggle untuk Trial, padahal takde nye pon. 

Risau ke tak risau tu jangan cakap laa kan. Aku risau eyebag, risau trial lagi. Pastu risau semua lahh! Aku takut  keputusan aku merosot. But alhamdullilah, Trial aku sangat cemerlang. How about the eyebag? Oh no! Saaangat menjengkelkan! (suara gedik). Akhirnya, aku ambik keputusan untuk membeli Garnier Brightening eye roll. Dia cakap dalam masa dua minggu eyebag akan hilang. So, I give this baby a try.

Dua minggu kemudian....

Oh no!!! eyebag aku masih tak hilang-hilang. Sedih tak sedih tak? Oooo, cenggini arr garnierr. Cenggini arr. Tipu punya produk! Esesehh.. Emosi giler wehh. Aku tak tau la kalau ada yang menjadi kat somebody else but for me no. Very-very no. HAHA. 

Review:-
Bentuknya adorable, senang bawak dalam pencil case. Untuk budak sekolah cam aku, senang jer nak sorok dari pengawas. Letak jer dalam pencil case sebab dia menyerupai pen kalau dalam pencil case. Pastu, bila letak kat mata, rasa berminyak gila macam mata aku tu kilang penghasilan minyak. Bila kering, it is soooo sticky. I don't think I am comfortable with the 'sticky' feeling. Next, bau dia so-so jer kot. Tak wangi dan tak juga busuk.

Effect:- Eyebag aku tak hilang langsung. Meaning to say, there is no positive effect. (sia-sia 25 hengget aku) 

Suggestion :- Berdasarkan pengalaman aku, I would say no! HAHA. 

Nasib eye roller garnier : Dalam tong sampah MDP (wide smile)

p/s: eyebag aku hilang setelah aku jaga tidur aku dan jangka masa untuk menghilang eyebag guna kaedah ni sangat lama. Apa boleh buat? Sabow jerr lah nyahh.

Wednesday, 4 June 2014

Felixia Yeap

Assalammualaikum!

Kenal ke tak kenal?

Wah wah wahh.. Akak Felixia Yeap sekarang dah berabis famous amous! (err, bukan dia memang dah famous ker?) Itupun aku kenal akak ni pas aku tengok cerita 'Nikah Kita Bercinta'. Kesian. Orang lain semua dah tengok cerita ni. Aku jer baru nak tengok ULANG TAYANG hari ni. Sob sobs. Teheee, kesah pulak aku derrr. Penting, aku pun sempat tengok akak Felixia berlakon kannnn~ 



First time aku tengok dia kan, i was like WOW!! Islam ke dia tu? Cantik nyer bertudung. Omeiii angattt!. Sebab aku tersangatlah impressed ngan dia, jadi aku pun google pasal dia. Tak sangka pulak akak Felixia Yeap ada BLOG! weee! Apa lagi, terus aku terjah masuk! Zasssss! (Melodi TV3). Rupanya, Felixia Yeap ni bekas Bunny for Playboy! Model yang famous-amous dan very international.. International! (nyanyi lagu Pitbull). Usha punya lah usha baru laa aku dapat tahu bahawa dia bukan lah Muslim seperti yang aku sangkakan dan ini lah punca Felixia Yeap dalam dilema sekarang. Kesian dia. Tak pasal-pasal stress sebab ramai yang cakap bukan-bukan pasal dia hanya sebab isu hijab ni =( 

Bila bahas isu berhijab bagi non-muslim, I think they shouldn't do that. Sebab kan, aku rasa, ada baiknya jugak tindakan Felixia Yeap berhijab. Kita siapa nak larang dia kan? Mak dia pun tak kecoh, jadi buat apa kita nak kepochi sangat? Lagipun, zaman sekarang ni, berlambak orang Muslim kat luar sana pakai mini skirt. Bila ditanya agama apa, berani pulak jawab agama Islam. Patut??? Nauzubillah. Tapi bila Felixia Yeap bertudung litup. tutup aurat, maniss dipandang, terus kecoh laman sosial. Kalau cakap tahniah tak pe la jugak. Kalau cakap benda jahat? Ishh ishh ishh.. 

At least, Felixia Yeap telah membuktikan bahawa, kalau orang bukan Islam boleh bertudung, kenapa yang beragama Islam tidak? Sedangkan ia adalah kewajiban :) Terima kasih untuk Felixia Yeap sebab memberi impak yang sangat besar terhadap Malaysia (maybe but for me she is)

Tambahan pula, kita sebagai umat Islam, perlu menyokong non-muslim yang mungkin berminat dengan Islam. Ustazah aku cakap, kita sebagai umat Islam perlu berkelakuan baik agar umat lain dapat mencontohi kita dan insyaallah akan tertarik dengan agama kita. Alhamdulillah, masa aku baca blog Felixia Yeap tu, aku dapat rasakan she's interested dengan agama Islam. Kalau betul, maka umat Islam akan bertambah lagi! Yeayy!

Dan, kalau anda baca entry dia klik di sini, dia ada ucap kata 'insyaAllah' dan 'Salam'. Alhamdulillah~ 

Pink Cherry