Friday, 22 September 2017

First Year of Medic Life

Assalammualaikum

Hey guys ! I'm back !

Ok, takde sape pun yang excited kalau aku write this blogpost or not kan tapi takpe, sis redo. Hahaha So yeah, the title explained it all about what I'm going to share with you in this blogpost. Aku dah passed year 1 alhamdulillah.. Kepada juniors yang recognized me through my blog, sis sangat terharu sebab rupanya ada jugak yang baca blogpost aku. Ni yang buat sis bersemangat nak update blog ni. Hehehe.. Mengada pulak dia ni. Hm..

Now I'm entering my second year of medical school which I would likely to say it is a tough beginning compared to my first year. Mesti ramai nak tahu medic UNIMAS ni macam mana kan? Memandangkan aku baru je second year jadi aku hanya mampu cerita first year punya experience je la.

Firstly, kitorang punya pembelajaran adalah berdasarkan sistem block. Year 1 ada 5 Blocks dan Year 2 ada 4 Blocks.

Year 1
Block 1 : Foundation Block
Block 2 : Man In Environment Block
Block 3 : Blood and Immunolgy Block
Block 4 : Musculoskeletal Block
Block 5 : Endocrine System Block

Year 2
Block 6 : Nervous System and Behaviour Block
Block 7 : Gastrointestinal System Block
Block 8 : Cardiovascular and Respiratory System Block
Block 9 : Renal and Reproductive System Block

Professional Exam I

So basically ni adalah benda yang kitorang medic students perlu belajar untuk pre-clinical years sebelum proceed to clinical years untuk Year 3, 4 and 5 nanti.

Untuk memasuki Year 2, result Year 1 mestilah sekurang-kurangnya 250 daripada 500 markah penuh untuk jumlah Blocks yang ada sepanjang year 1. Kalau C- dah dikira sebagai fail. Jadi maksudnya setiap block kena dapat at least 50%. Bagi aku benda ni taklah susah sangat kalau korang tau apa yang nak dibuat. Year 1 adalah tahun yang paling easy untuk korang dalam medic school ni sebab bila dah masuk Year 2 nanti, masa tu la pening nak atur masa. Dah la kelas full dari 8 pagi sampai 7 malam, nak kena buat research lagi. Tu belum masuk revision untuk first year sebab ye lah, pro exam include your whole pre-clinical studies. When I said research just now, it really means a 'research', bukan assignment copy paste tu yang biasa korang (termasuk aku) buat sebelum ni.

Setiap orang lain cara belajarnya. Ye betul tu dan kita kena la pandai cari which method yang sesuai dengan kita. Ada yang study guna medical textbooks, ada yang study guna lecture notes je but in either way tu semua depends ngan korang. Fyi, lecture notes tu dah cukup untuk korang nak EOB (end of block exam aka final) nanti tapi kalau nak skor lebih, sila lah baca medical textbooks. Kalau ada yang mintak recommendation aku which book is good kan, aku memang tak dapat jawab sebab aku tak guna medical textbooks sangat pun. In certain conditions je aku guna contohnya untuk PBL atau selesaikan cases.

I forgot to mention to you guys just now. Medic kat UNIMAS ni guna sistem PBL which stands for Problem Based Learning. Asasi UNIMAS pun guna teknik ni jugak. Setiap minggu ada PBL weh. Hari Isnin adalah untuk trigger iaitu, korang akan discuss case yang diberi pastu point out what is the most likely diagnosis. Hari Jumaat of the same week pulak korang akan discuss the pathogenesis, pathophysiology, anatomy and etc. Bagi pendapat aku, secara keseluruhannya PBL ni 50-50. In some ways, PBL membantu banyak membantu aku dalam anatomy. Tapi part yang agak menyusahkan aku dan PBL mate aku yang lain adalah bila kitorang kena cari untuk discussion nanti. Seriously it is very time consuming and tiring a bit. Budak medic UNIMAS mesti setuju ngan aku part ni kan? hehe.. Tapi kan tapi, benda ni penting sebab some diseases yang kitorang bincang dalam PBL takde kat dalam lecture notes. Sometimes kan, bila aku cari pathogenesis untuk certain penyakit tu, aku akan jumpa terms yang aku tak pernah dengar especially in biochem. Bukan tu je, PBL ni bantu kita punya communication skills sebab bila kita jadi dah masuk clinical years nanti, akan ada banyak case presentation yang kita kena buat dan jugak discussion sebiji macam PBL. So actually buat PBL ni boleh menambahkan pengetahuan dan untuk membiasakan kita dengan keadaan ni once dah masuk clinical years. EOB nanti pun akan ada include diseases from PBL, jadi jangan pandang PBL ni sebelah mata je yer.

And yeah, that's the reason kenapa medic UNIMAS buat PBL ni. Kita sebagai medical students ni cope up je lah with everything and make the best out of it =)

How I managed to pass my Year 1?

Macam yang aku cakap awal-awal tadi, Year 1 ni is the easiest year dalam medical school so just enjoy tapi jangan la pulak terlebih enjoy. Nanti tak pasal-pasal failed pulek. Don't make it hard on yourself sebab korang dah worked very hard hanya untuk memasuki medical school kan? Jadi first year ni take it easy dulu. Slowly and eventually korang akan biasa dengan medical life. Aku sebenarnya takleh cakap banyak sangat sebab aku pun masih student gak. Aku cuma boleh bagi pendapat aku je untuk macam mana nak survive Year 1 ni. Aku awal-awal dulu pun stress gak sebab risau kan. Kot-kot aku failed first block pastu terpaksa patched up my mark in the second block, tapi alhamdulillah, tak pernah fail lagi.. These kind of thoughts were really haunting me. So apa aku buat, aku ikut je nasihat sorang akak senior ni dan sekarang dia dah masuk Year 3. Dia cakap, study je guna lecture notes and that's what exactly I did. Lecturers dah bagi notes and PBL sessions enough for our knowledges jadi takyah risau ya temen-temen.

Block apa yang paling susah untuk year 1?

Definitely musculoskeletal block weh. Sebabnya banyak sangat muscles nak kena hafal. Anatomy here and there. Mana yang nak jadi surgeon tu boleh la try to target this block. Have a glimpse on it. Kalau agak-agak boleh hafal semua ni, boleh dah tu jadi surgeon ;)

Block apa yang paling best dalam Year 1?

Of course Block 3 Blood and Immunology. Sebab masa ni la kita akan ambik the real blood dari kawan kita during lab nanti. Best gila dapat prick your friend's and also you own blood and discover your recent blood glucose level, blood pressure and etc. Block ni jugak lah yang menyedarkan aku betapa banyak gila jenis anemia yang wujud dalam medic ni sampai aku dah terkonfius bila aku revise benda tu.


This was taken during our final day of EOB 5. Try to spot me there! It is not difficult pun~

Last but not least, to all Year 1 medical students, congratulations upon your admission and be happy on your first year. Lol, berapa banyak kali aku nak mention be happy ni.To those yang nak masuk medical school, there is no time for you to play around now. Work hard for it and make your dreams come true. Aku pecaya korang boleh buat punya. Ecewah gituuu.. Hahaha

That all from me for now. Bye !

Sunday, 2 April 2017

My First Runway

Asalammualaikum semua !

Phew, sejak kebelakangan ni aku suka join aktiviti-aktiviti kat UNIMAS ni so yeah my schedule get a bit hectic. Sape suruh kau join benda-benda macam ni sedangkan kau tau jadual kau penuh dari pagi sampai petang. Degil ! Nak jugak ikut. Tapi, aku rasa happy buat walaupun penat so why not ? Demi self-satisfaction right ? Ayah aku pun okay je aku join sebab bagi dia asalkan study aku tak terganggu and pandai atur masa, then it's fine. So, alhamdulillah I still prioritized my studies first. Hehehehe

Antara aktiviti aku ikut adalah Sukan Bola Tampar Interbatch (FMHS) in which I'm becoming the captain (yeah) and Modelling. Yes! Yes! Ni yang aku nak citer. Aku join casting for modelling sekali dengan roomate aku. Alah, sekadar untuk mencuba. Tak berharap pun terpilih ke apa ke.. Kan.. Memula tu, dia interview aku, tanya pernah tak join modelling before ? Aku jawab tak pernah. Dia tanya lagi, langsung tak pernah ke ? Aku ye kan je lah. Dah tu dia suruh aku catwalk and yes kitorang casting wajib pakai heels so I tried my best untuk catwalk tapi sumpah segan. Diorang cakap takpe takpe, masih boleh train lagi jangan malu-malu. Kfine aku pun jalan je la dengan harapan tak jatuh tergolek macam nangka bungkus depan diorang. Kalau tak, malunya aku sampai sorok kat hujung dunia pun masih tak dapat tutup. Pecayalah. Tapi nasib baik tak jatuh. Huhuhu..

The next segment pulak kena posing for photoshoot. Aku gazed the camera kengkonon feel ala-ala model Levi's gitu. Perasan ! Interviewer tu pulak siap puji pandangan mata aku tajam and have a good figure. Aduh, jangan puji depan iolls. Iolls jadi segan kalau macam ni. Ecewahhh ! Pastu dah habis photoshoot, diorang tanya aku one last question whether aku free tak pada tarikh sekian-sekian tu sebab katanya nak jadual yang flexible. Aku flexible je kalau weekends. Hehehe..

Before the casting ended, result kena announced dulu. Aku dengan rumet buat rilek arr sebab tak expect lebih pun. But fortunately turns out kitorang dua dapat ! Happy la walaupun modelling untuk fakulti lain.

Kitorang jadi model tema 'Mix and Match' untuk Karnival Pendidikan Tinggi Negara kat CityOne Megamall. So nak kata ramai boleh tahan jugak. Aku practice catwalk seminggu je so aku takut la kot-kot aku jatuh nanti. Dahlah baju yang aku dapat tu species kain meleret. Bahaya masa pusing tu, kau tahu tak ? Dibuatnya aku jatuh nanti tak ke malu ? Lagi teruk dari jatuh masa casting.

Tapi

Alhamdulillah sis tak jatuh gais !

And therefore, lemme share the pictures with uolls =)

My first catwalk !

Bukan tak happy tapi kitorang kena dilarang senyum and stay macam patung. Mannequin challenge ker ?

Tu rumet aku kat sebelah !

This is the whole team. Yang kat tengah tu adalah manager and the lecturers in charge of us

Me, Fasihah (rumet), Kakpaten, Win

Fyi, yang tarik aku untuk casting haritu Kakpaten ni la. Dia memang dah lama modelling tapi bukan under UNIMAS. Dia outside punya which is much better actually. Thanks to her sebab kitorang dapat experience something yang luar daripada field kitorang. Bukan tu je, Kakpaten ni jugak la yang jadi trainer aku kat gym. Dia train aku yang real hard punya sedangkan tu first day aku pergi gym. Ko rase ? The next day, my muscles aching a lot but in a good way. I'm telling you, she's muscular but not 'that' muscular which is the ideal one I shall say. Body goals gitu.. Back to the road, untuk haritu Kakpaten jadi UNIMAS Ambassador uolls.



All in all, aku rasa sangat berbaloi sebab dapat cuba benda baru and dapat betulkan pandangan budak fakulti lain terhadap kitorang budak medic ni. Oh, aku lupa nak mention, masa kitorang casting haritu, manager masuk tanya siapa budak medic kat sini jadi aku dengan Fasihah pun angkat la tangan. Semua pandang kitorang sambil bisik-bisik. Pastu Kakpaten cakap tu sebab tak pernah lagi ada budak medic join casting dan kitorang la first. So yeah.. We did it =D

Lagi dua minggu dari sekarang, kitorang akan mengdapi EOB 4 on Musculoskeletal Block jadi aku harap aku dapat pass block ni seperti block lain, inshaallah amin ! Lecturer cakap block ni paling susah untuk year 1 so stay focus and beware. HAHAHA!

p/s: baju-baju tu semua adalah designed and made by student themselves. Student course designing under FACA UNIMAS. Aku pun tak sure sangat nama full course tu. Anyway, anyone have interests in designing boleh lah apply kat UNIMAS ye.

That's all for now, tq for reading my post ! xoxo

Wednesday, 10 August 2016

UNIMAS UPDATE : Doktor Perubatan

Assalammualaikum

Haritu masa result UPU keluar, result UNIMAS pun keluar jugak dan alhamdulillah aku dapat first choice aku iaitu Ijazah Doktor Perubatan. Gembiranya aku masa tu memang tak terkata. Masa aku khabarkan kat parents pasal tawaran tu, dorang lagi happy. Benda yang touching sikit tu, ni memang impian aku cita-cita aku sejak kecik. Parents pulak tak penah jemu nak support aku. Keluarga apatah lagi. Makcik pakcik semua gembira sebab tak sangka budak kecik yang kuat berhingus dulu yang tiap kali ditanya nak jadi apa  tiap kali tu jugak kata nak jadi doktor, akhirnya tertunai jugak. This is really a dream comes true. Apa yang ayah cakap kat aku masa tu serius aku rasa terharu.\

Walaupun belum bergelar doktor lagi, tapi aku akan usahakan sehingga aku layak bergelar doktor 5 tahun akan datang. Inshaallah. Semoga dipermudahkan.

Ni baru setapak. Medic life susah. Ramai yang remind aku benda ni. Betul tu tapi susah jugak aku nak naik sampai ke tahap ni. Takde benda yang senang kat dunia ni. Semua susah.

Ada satu blog ni aku baca, lecturer dia cakap "If you think you'd study hard. Study harder". Perghh.. Untuk yang bukan genius cam aku ni kena harder harder harder la maknanya. Semua nak kena harder. Hukhukhuk.

Pastu,  another info yang aku dapat. Medic kat UNIMAS takde main repeat paper. Kalau fail kena repeat setahun terus. Mak aih. Mintak dijauhkan..

All in all, I hope my journey ahead will be eased with blessings. Thank you Allah for giving me this chance.

Thanks for reading this entry ∩__∩

Tuesday, 28 June 2016

MAHSA University : MBBS Offer Letter

Assalammualaikum guys !

Today would be a really short entry

Recently I got offer from Mahsa University and it is for MBBS ! Gila kau tak happy ? Mesti lah aku happy kan. Tapi bila tengok balik kos pembelajaran. Aku rasa nak nangis. Tu belum masuk kos sewa bilik, air, wifi dll. Kos untuk makan minum aku pun belum masuk lagi. Lagi la aku nak nangis. For once in my life time, I really wanted to be filthy rich macam budak-budak international school tu. Lol

Tambahan pulak MARA sekarang ni tak buka permohonan pinjaman dan biasiswa which I hope the most. Dengar cita dah takkan bukak lagi. Aduu, serabut otak aku. So, aku mintak la pendapat kawan aku ni. Dengan fast reply nya, dia hantarkan aku a lot of info pasal scholarships. Immediately aku search satu-satu yang aku boleh pohon and pathetically, hanya satu je aku dapat mohon sekarang ni.

Berdasarkan calculations aku, aku andaikan yang aku dapat scholarship tu, so kos pembelajaran MBBS tolak PTPTN  dan tolak scholarship, masih belum dapat tampung all the fees. Parent masih perlu topup. Asal sedih sangat ni ???????

LOL

Anyway, I'm still waiting. Manatau tiba-tiba ada berita gembira. Hiks 

Kalau sapa-sapa ada info, meh la share-share. Any updates I'll share to you guys ekk.

Thanks for reading ^_^

UNIMAS: pengalaman interview medic

Assalammualaikum guys! 

Lamanya kita tak borak sama. Huhuhu. Teruk gila habuk kat blog aku ni. Perghh! Sempena minggu terakhir bulan Ramadhan ni, elok lah kita bermaaf-maafan. Maafkan lah saya sebab tak update pasal movie review, books review, product review and so on. I'm so sorry! 

So harini taknak sembang panjang sebab aku tau sape yang tengah baca ni mesti berminat dengan medical field kan? Mana tak gempak title aku kat situ kot. LOL. And yeah, dalam diam saya dah pun menamatkan Asasi Sains Hayat UNIMAS batch ke-6. Ekei bha tagappp ! Yayy ! *alhamdulillah*

Iv dijalankan di Faculty Medicine and Health Sciences (FMHS) UNIMAS. Sebelum ko nak iv, first thing first, akan ada banyak saringan and tapisan yang korang kena went through. (Footnote: guidance only for budak asasi UNIMAS) Mula-mula, korang kena buat every test and quizzes betul-betul supaya final semester 1 nanti dapat 3.50 and above. Pastu, masuk mid-semester pulak, pastikan korang punya result minimum B+. Nanti, tak lama lepas tu, exactly 120 name list akan dikeluarkan untuk budak-budak yang bakal di iv. And this list menunjukkan korang adalah the top 120 among 600+. Tapi dengar cite batch ke-7 ni 1000 lebih. Taktau pulak budak hayat berapa ramai. Anyway, Be proud ! Masa ni la kau dapat ucapan tahniah even dari orang yang kau tak kenal. LOL

Before ko iv, biasanya Sir Fairuz (now kat fac language) akan buat perjumpaan and guide macam mana nak iv. The proper ethics, forecast questions dan train self-confidence korang. Macam batch aku, kitorang tak dapat buat individual assesments. Jadi, siapa yang betul-betul rapat dan strive for this iv je akan bersungguh nak mintak tunjuk ajar Sir Fairuz. I mean, everybody nak tapi Sir Fairuz is a busy man. But don't worry, he'll guide you through whatsapp. Fyi, Sir Fairuz selalu buat ceramah kat masjid asasi. So, rajin-rajin lah datang masjid yer =')

Iv biasanya dijalankan masa study week final semester 2. Pemakaian mestilah yang proper kan. Tanak cerita pasal ethics ni, let's go straight about the iv. Aku diinterview oleh timbalan dekan fakulti perubatan dan seorang lagi pensyarah perempuan. Before aku punya turn, ramai cakap "be prepared, they're such a psycho". aku macam knocked down weh. Jadi nervous kot-kot aku dapat soalan yang aku tak jangka. Tapi aku rasa aku dah prepared well enough.

Once my name was called at the waiting room, aku cuba untuk tenangkan diri. Inhaled exhaled move your ass ! Bila dah masuk bilik interview, aku pun disuruh intro. Both ada warming smiles so aku tak rasa kekok sangat nak introduce diri. Mereka hanya akan tanya berdasarkan apa yang kau intro tadi. Tips, jangan sesekali mention pasal diseases yang susah gila nak sebut ataupun medical term yang kau belum khatam sepenuhnya. Sebab nanti kau akan ditembak bertubi-tubi dengan soalan tu which finally you're mentally drained. So, aku cite lah pasal family background aku, pasal berapa lama aku pernah tinggal kat Sarawak and how much my memories held there. Another tips by Sir Fairuz, don't be too serious, be yourself and if possible, be naturally humorous.

Antara conversation yang aku highlight...

"Why do you choose to study medicine at UNIMAS?"

"UNIMAS is the first university I've been stepped on. I was 11 years old and were chosen to attend a programme held at here. So, I wanted to further my studies in medicine at UNIMAS"

"Why are you not choosing UMS as it is nearer to your place?"

"It's because 5 years is quite a long time for me to fall in love with Sarawak and I wanted to experience Sarawak more with it's culture and diversity of people. I still remember when I said to my parents that I got the offer at UNIMAS and they were too happy and said that 'oh, you can be a sarawakian!'"

*dua-dua gelak* "yeah, you should be a Sarawakian. We are the biggest state afterall... Or, you might have a sarawakian boyfriend that you didn't tell us"

Ah sudah .. Aduu, dalam hati hanya mampu berbisik, 'saya takda bf kat sini' tapi cakap "hahahaha, no I haven't" awkward pulak. Kira ok la sebab aku jadi makin selesa. Tak stress dah. Ada satu part ni yang aku tak pasti ok ke tak masa aku jawab tu.

"What make we should choose you as a doctor?"

"Because I'm precise, punctual and fast"

*and they kept nodding to what I said*

"What would make us proud of making you as our student?"

"I'm a soft spoken type of person and really good at communicating with people. If I'm treating my patient with this manner perhaps they would think which uni/school I came from, and there I would be proudly said I'm from UNIMAS"

Disebabkan aku tak yakin, aku pun tanya la Sir Fairuz, pastu sir cakap aku punya response ok. Kalau muka dorang expressionless, tu sebab maybe dorang dah penat sebab dorang nak kena iv 120 orang kot. Sape tak penat kan. Tapi aku taktau lah. HAHAHA

Tips yang aku ambil ni semua dari Sir Fairuz and I really hope it will work on me. Idk la aku dapat ke tak. Kalau ada rezeki alhamdulillah, kalau takde takpe. Allah pasti ada plan yang lebih baik untuk aku. Result keluar awal bulan Ogos ni and aku nervous gila sebab you know, the pressure right ?

Hehew

Aku masih ada beberapa tips tambahan yang berguna untuk korang yang aku nak share.
Cc : Sir Fairuz

  1. Do eye contact. Jangan pandang atas kalau gagap sebab tu maksudnya tengah hafal skrip. Instead, pandang bawah.
  2. Tegakkan badan, jangan bongkok.
  3. Show confidence. Jawab mesti padu baru ada impak.
  4. Resume jangan semak sangat. Buat yang simple
  5. Selalu practice kat cermin
  6. Expect the unexpected
  7. Baju kurung tanak floral sangat macam orang nak gi kenduri. Be plain only.

#ootd of the D-Day
Disebabkan aku takde kasut formal, aku pinjam kasut formal kawan aku yang kakinya lebih kecik dari aku. So, masa iv haritu aku pakai kasut dia. Ko bayangkan macamana aku endure kesakitannya msa iv. Sakit bro sakit. Habis iv, cecepat aku tukar kasut balik. Mihmihmih. So, masalah kasut selesai. Takyah beli baru. Wee !

Oh ya ! Sebelum ni aku cakap 120 orang budak hayat akan terpilih untuk iv kan? Untuk admission pulak, hanya 60 seats available. So chance untuk kau dan aku nak masuk medical school ni memang 50-50 je lah =')

pasrah.reda.berserah

Thanks for reading guys. Any enquiry, jangan segan silu, komen je.

Monday, 29 June 2015

Jelajah Malls di Kuching

Assalammualaikum..

Once kau dah jejak kaki kat Kuching ni, korang jangan hengat tempat ni banyak babun, orang utan and so on eh. Aku hentak kepala korang satu-satu. Hmmph. Hahaha, nayy, just joking~ Bila korang sampai sini, benda first yang korang akan perasan, Kuching ni mempunyai banyak malls. Wisma Satok, Wisma Saberkas (dah tak semegah dulu), The Summermall, The Spring, Boulevard and etc. Banyak sangat nak sebut. Tak kuasa aku. So, sesape yang kaki shopping tu, jangan nak risau sangat la. Bukan KL je berlambak shopping malls eh, sini pun boleh tahan mantapnya jugak. So, takde maknenyer kau cakap kau tak dapat hidup kat Sarawak ni. I guarantee you. Eheks..

Setakat ni, aku and kengkawan dah jejak Wisma Saberkas, The Spring dan semestinya The Summermall yang budak Kampus Timur dok banggakan tak habis-habis. Hahaha. Kau dak dak Kampus Barat takleh jalan kaki ke Summer macam kitorang *sengih-sengih*. 

Ehh, dah dah. Jangan bangga sangat jadi dak Kampus Timur. Sat gi tahun depan kau ambek degree kat Kampus Barat jugak. Duhh (-.-) Haa, jom kita usha ape best in every mall ni.

Keistimewaan Wisma Saberkas...
Kat floor paling atas sekali ade jual Rojak Buah. Aku paling suka Rojak Buah kat sini sebab dia special tau. Tang mana specialnya tu aku pun taktau sebab rasa dia memang kene sangat ngan selera aku, Banyak aku ambik keh..


Tapi yang tak bestnya, Wisma Saberkas dah tak semeriah dulu. Aku pun taktau sebab apa. Kat sini ni hanya akan dikunjungi manusia-manusia kalau ade nak beli gajet-gajet ke.. haa.. Haritu, kitorang ke sini sebab nak beli printer. Kalau nak beli kat Summermall boleh jer tapi harga pun boleh tahan la.

Keistimewaan The Spring
Err, istimewanya The Spring adalah decorations nya yang basically semua berteraskan bunga-bungaan. Aku suka sangat. Hahaha. Sampai tandas dia pun cantik sangat. Tak boleh blah langsung. Hahah. Tapiiiii, tempat ni agak eksklusif. Kalau korang nak shopping sakan kat sini, dipersilakan bawa duit banyak-banyak ehh. Aku haritu datang semata-mata nak masuk cinema MBO dia aje. Pastu nak jenguk-jenguk apa makanan yang ada kat The Spring Bazaar tu.



Haritu aku beli Laksa Special Sarawak (RM9.90) dan Milo Ice (RM4.20). Yepp, RM4.20 just for Milo Ice. That's why aku pesan kat korang, before datang The Spring ni, bawa la extra money keh. Aku tekejut gila masa kawan aku cakap Milo aku ni RM4.20. Hmmm, dia dah tolong belikan, so kita pasrahkan jiwa je la. Kawan aku yang sorang lagi beli Jus Tembikai dengan harga RM6.50 which we can get with only RM5.00 kat restoran biasa-biasa. Mahal kan ? Ehh, melalut pulak aku ni. Hmmm.. Aku nak citer pasal Laksa Sarawak yang aku order tu. Haaa.. Rasa dia sedap. Kuantiti pun banyak. So memang kenyang abis la.



Keistimewaan The Summermall
Summermall merupakan lokasi untuk dak dak UNIMAS melepak untuk release tension terutamanya dak dak Kampus Timur. Hal ini kerana.... Summermall ni tersangatlah dekat dengan Kampus Timur. Kitorang hanya perlu jalan kaki merentas jalan raya yang lebar tu pastu nampak la Summer tu dihadapan. Dekat kan ? Tapi, dugaan terbesar nak ke Summer or Desa Ilmu (D.I) ni adalahh bab melintas jalan. Rasa nak terputus nyawa je tiap kali nak lintas. Dah la laluan zebra tak disediakan. Pastu jalan raya dia lebar nak mampus. Ngeri je aku rasa. Kereta semua bukannya bertimbang rasa kat kitorang yang nak melintas ni. Zapppppppp.. Laju berdesup macam tengah racing je (-.-) Kesian kat aku ni yang baru nak merasa life jalan kaki ke mall. Uhuksss... 

*krik krik*

Haa, yang bestnya Summer ni satu je la. Tempat lepak yang strategic. Hahaha !
The Angel's Cottage

Aku lupa dah apa nama makanan ni. Yang pasti, ada cheese, Muahaha (RM12.90)
 Keistimewaan Sarawak Plaza..
Aku rasa every malls ni semua sama je. Yang buatkannya berbeza tu  is their food court. Kalau food court best, maka mall tu best la bagi aku. So, begitu jugak la Sarawak Plaza ni. Dia takde food court. Tapi kat bawah tu ada Hartz Chicken Buffet. Istimewanya restoran ni adalah, before korang masuk, korang kena bayar RM27 for per person. Tapi, korang boleh ambik berape je korang nak selama 2 jam korang dalam restoran ni. Kalau misalnya makanan kau dah habis dan nak tambah lagi, tambah je. Jangan malu-malu. Best kan ?? Perut aku sampai dah tak leh nak masukkan makanan lagi weh. Hehehe.. Dalam tu ada aiskrim jugak. Bestttttt....


Aiskrim !!

Bahagia mak aku tengok aku makan banyak camni =')

Depan Sarawak Plaza ada Tun Jugah. Tun Jugah pun agak eksklusif macam The Spring jugak. Tapi kecik berbanding The Spring la. Aku and the geng haritu masuk sebab nak jenguk-jenguk Popular kat tingkat atas tu jer. 

Haa, tu je malls yang setakat ni kitorang dah jelajah..


Sekarang ni kitorang tengah planning nak ikut aktiviti rekreasi contohnya flying fox. Huahuahua ! Tapi tu semua akan dijalankan setelah Mid Sem Exam berakhir nanti. Insyaallah~ Stay tuned with my posts eh. Bye ! Salam from Sarawak..


UNIMAS update : Preparations before and after

Assalammualaikum guys..

Okay, lemme straight to the point keh ? Aku dapat keputusan UPU pada 6hb May 2015 that saying I'm going to UNIMAS untuk buat Asasi Sains Hayat. Aku kat sini sebagai Asasian 6th Batch. Daftar pada 3rd June 2015. So, preparations tu aku boleh buat dalam lebih kurang sebulan. More than enough untuk prepare everything kan??

before...

Kalau ada adik-adik yang nak masuk UNIMAS ni, benda yang adik-adik harus prepare after dapat tawaran are print semua dokumen without exceptions termasuklah Panduan Pendaftaran tu. Sebab, banyak info akan korang dapat dari Panduan Pendaftaran tersebut. Macam batch aku, ramai tak print benda tu so asyik-asyik tanya soalan yang sama kat Group FB. Oh yaa, fyi, sebelum korang masuk sini akan ada group kat FB nanti. Pandai-pandailah korang cari keh. 

Part paling memeningkan dalam preparations before masuk UNIMAS ni adalah urusan dokumen tu la sebab banyak sangat yang korang perlu minta pengesahan and so on. Kalau ada student yang parents dia urus semua tu tak kesah la tapi for those yang parents dia busy, in some business tu memang agak memeningkan la. Nanti kalau korang dah dapat tawaran, you'll know what I meant. Haaa, tang mana yang pening tu kan.

Tapi part paling best pulak is shopping ! Yayy ! Untuk shopping ni korang perlu buat list supaya senang nak tau apa yang patut korang beli or tak. So, antara yang amat-amat patut korang beli before fly ke Sarawak adalah..

  1. Baju Kurung 5 pasang
  2. Stoking hitam dan warna kulit*
  3. Stocking yang kiut-kiut.* (HAHA)
  4. Kelengkapan Solat
  5. Blouses 7 pasang*
  6. Skirts*
  7. Kasut Hitam macam pengawas tu 2pasang
  8. Kasut Sukan 1 pasang
  9. Towel
  10. Alat Mandi
  11. Bantal and selimut
  12. Files, Foolscap paper, A4 paper (80gsm)
  13. Alat tulis yang lengkap 100% (including stapler, punch, gluestick, scissors, etc)
  14. First Aid Kit
  15. Cadar and Sarung bantal
  16. Mug, pinggan, sudu and garfu. Nak mangkuk pun ok jugak, senang rendam Maggi. Haha !
  17. Baldi and Gayung
  18. Hanger dan penyangkut baju*
  19. Seluar slack hitam 3 helai
  20. Seluar jeans *
note :* 'bermasud ikut sukahati korang nak berapa.'

After dah sampai Sarawak, korang perlu beli benda-benda ni pulak supaya nanti tak la over dari luggage limitation korang nanti. Haa..
  1. Iron (takyah iron board pun ok)
  2. Penyapu and penyedok
  3. Pencuci baju
  4. Printer (ni sangat penting! WAJIBBBBBBBUL GHUNNAH)
after check-in UNIMAS, yay !

Korang ingat korang dah bahagia la after masuk UNIMAS ni ? No no no keh.. Sebab ada a few things korang perlu uruskan lagi. AND for my batch, a lot yang stucked with this problem. So, aku nak korang sediakan payung sebelum hujan yer. Takut nanti korang panik pulak kan.

Sediakan gambar saiz passport 20keping termasuk 1 disc kecik tu keh..
Bapak banyak gila 20 keping kau nak buat ape sehh ? Ohkays, actually 20 keping ni untuk dokumen-dokumen korang tu termasuk urusan pas pelajar bagi students dari Sabah Sarawak. Bayangkan eh, before masuk sini, korang kena guna 6 keping gambar untuk certain documents tu. 2 keping untuk pas pelajar after daftar UNIMAS and 1 keping untuk borang pas pelajar, 1 keping untuk buat DPT, ada borang-borang yang aku dah tak ingat lagi sebab banyak sangat. Lagipun, buat lebih tak rugi ape-ape pon. I guarantee you. Unless if korang nak buat cukup-cukup, maka bersedialah untuk berjalan kaki dari Kampus Timur ke Desa Ilmu semata-mata nak cuci gambar korang je. 

Sediakan salinan nombor akaun korang
Ramai yang tak aware hal ni tau. Bila ada borang mengenai bantuan kewangan asasi IPTA, please ingat bahawa ini melibatkan nombor akaun sebab nanti goverment nak masukkan duit dalam akaun korang. depends kepada keperluan dia la. Macam batch kitorang, UNIMAS nak Bank Islam. As weolls knew, Bank Islam takde buku, so camne nak buat Salinan dia ? FYI, after korang buat bank tu, ada satu paper yang di klip bersama. Dia ada tulis PERINGATAN and blablabla tu. If korang notice, on the left upper side of it, ada nama korang and nombor akaun yang tertera. Paper ni la yang harus korang buat 2 salinan kelak. Once dah masuk sini, later pihak UNIMAS akan announced kat group fb when nak hantar salinan akaun tu. Be alert !  Kawan-kawan aku ramai yang panik sebab takde salinan nombor akaun. Mula la nak ke Bank Islam kat Desa Ilmu tu. Adoii tak kuasa aku nak jalan keh. Dah la jalan raya tu lebar. Keta semua laju berdesup. Perghh ngeri aku. (tapi kuasa pulak kau nak ke Summermall. Eheks)

with mama ayah before departed haritu T^T

haa, setakat ni tu je lah kot. anything boleh tanye je aku eh. hahah. tata ~~

Pink Cherry